Assalamualaikum semua reader. Harapnya semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia disamping keluarga. Mana yang masih terkandas tak mampu pulang ke kampung halaman, jangan sedih ye. InsyaAllah ada hikmah untuk semua yang terjadi.
Berbalik pada tajuk cerita ni mesti semua akan terfikir yang aku akan cerita mengenai seorang ibu. Betul, memang itu niat aku sebenarnya.
Aku anak kedua dalam family yang besar. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ibu yang sangat penyayang, sabar, memahami and semua ciri yang ada la dalam setiap ibu semua orang.
Sebenarnya aku bergaduh dengan mak aku semalam. Aku tau aku anak yang jahat dan derhaka, aku paling banyak lukakan hati mak aku. Tadi sedang aku mandi tetiba aku terfikir pasal mak aku itu yang tetiba rasa nak share dengan reader sekalian mengenai mak aku.
Mak aku ni jenis orang yang simple tapi sangat teliti. Sebelum tu, kalau pembaca jenis hati tisu tolong siapkan tisu dekat sebelah ye. Takut karang ada empangan yang pecah. Okay, done gurau.
Umur mak aku lagi 4 tahun masuk 60 an, dah 2 tahun bercerai dengan ayah aku setelah hampir 8 tahun hidup bersama serumah tapi hubungan dingin.
Mak aku dibesarkan oleh moyang aku dari umur 2 tahun lagi sebab arwah nenek aku meninggal dunia kena buatan orang bersama seorang kakak sulung dan 5 orang abang.
Kiranya mak aku ni anak bongsu la. Mana pergi ayah kepada mak aku A.K.A datuk aku? dia tinggalkan semua anak dia pergi kawin dengan perempuan lain sebab tu aku benci datuk aku sampai sekarang.
Bagi aku bila mak aku dan adik beradik dia dah besar baru terhegeh nak cari. Dah tinggalkan dulu tak pernah ambik tau kenapa baru sekarang nak muncul.
Setiap kali hari raya mereka akan pergi melawat datuk aku tapi aku tak pernah sekalipun ikut even mak aku dah berbuih mulut cuba lembutkan hati aku and buat macam cara untuk ajak aku ikut tapi aku tak pernah pergi.
Selalu bila mak dah balik akan bagitau yang datuk aku sering bertanyakan mengenai aku bila aku nak datang melawatnya tapi aku akan jawab time kecil dulu dia tinggalkan mak aku yang masih baby berkawin dengan perempuan lain tinggalkan mak aku so dia bukan datuk aku.
Mak aku selalu cakap benda tu dah lama and biar la apa yang jadi dulu tu tambahan pula datuk aku dah tua so takde apa yang nak disimpan dalam hati lagi. Entah la, sampai sekarang aku tak boleh terima dan mengaku dia datuk aku.
Lepas arwah nenek aku meninggal dunia, moyang aku la yang bekerja keras besarkan mak aku dengan adik beradik dia yang lain sebab tu la mak aku sayang sangat dengan moyang aku.
Mak aku pun sangat sayangkan mak long aku sebab mak long aku la yang jagakan mak aku bila moyang aku keluar bekerja. Bila balik rumah mak long aku, mesti mak long aku akan cerita macam mana dia tolong moyang aku jagakan mak aku sampai besar.
Seronok dan sedih bila dengar kisah mak aku. Mak long aku cakap mak aku ni sangat senang dijaga and tak banyak buat perangai time baby macam sangat faham la yang mak dia (arwah nenek) dah takde.
Mak aku tak pernah tanya kenapa dia dah takde mak dan tak pernah menangis bila tengok orang lain dengan mak mereka. Mak aku selalu usaha sendiri untuk dapatkan apa yang dia nak tanpa menyusahkan moyang dan mak long aku.
Mak aku sangat berdikari dari kecil sebab dia tau yang dia dah takde mak untuk minta disiapkan. Aku yang dengar mak long aku cerita sangat sebak mengenangkan betapa kuat dan cekalnya semangat mak aku.
Mak aku sebenarnya pandai tapi sebab dia dari family tak senang so dia belajar sampai sekolah menengah and terus bekerja kilang.
Since mak aku tinggal dengan mak long aku even sampai mak long aku dah kawin sebab dia takde sesiapa so mak aku sangat manjakan anak mak long aku (beza anak sulung mak long dengan aku dalam 20 tahun).
Semua benda nak dibelikan sampaikan anak mak long aku semua sangat sayangkan mak aku. Pantang dengar mak aku ada masalah mesti akan datang tanya apa yang boleh dibantu. Abang-abang mak aku pun sangat protective dengan mak aku. Alhamdulillah, rezeki mak aku disayangi orang sekeliling.
Mak aku nikah dengan ayah aku by arrange married. BTW, moyang aku meninggal dunia 4 tahun sebelum mak aku menikah dalam umur nak dekat 100 tahun juga. So bermula life mak aku lepas berkahwin and time ni baru datuk aku datang cari mak aku.
Kami selalu berpindah randah sebab ayah aku tentera and selalu jugak mak aku ditinggalkan sorang bila ayah ada keje dekat luar negara.
Pernah aku ditinggalkan sekejap selepas dilahirkan semata mak nak hantar ayah aku ada urusan luar negara. Setahun dua juga aku dibesarkan oleh mak sendiri tanpa ayah aku disisi. Kuatnya mak aku ni.
So bila ayah dah pencen, kami balik ke negeri asal mak ayah aku. Ayah aku ni dari luaran orang cakap pijak semut tak mati la and paling dipuji dalam kalangan keluarga besar kami sebab sikap yang baik.
Sebab tu bila mak aku bagitau dekat semua yang mereka dah bercerai disebabkan ayah aku ada perempuan lain, bukan sekali je tapi banyak kali. At first mereka tak percaya yang ayah aku sanggup buat macam tu tapi tu la kebenarannya.
Sebenarnya, aku yang paling rapat dengan ayah aku bebanding adik beradik yang lain. Dulu, aku tak rapat dengan mak sebab biasa la umur muda ni garangnya lain macam.
Apa je tak pernah kena pukul dulu? penyangkut baju? getah air? batang kayu? ahhh, semua dah kena sebab aku nakal. So ayah aku la yang back up kami semua and dia pun turut kena marah sekali dengan mak.
Aku pulak jenis suka main handphone ayah aku sebab game banyak and aku la orang pertama yang tau pasal ayah aku ada perempuan lain bilamana aku terjumpa whatsapp and mesej diaorang.
Bukan tu je, banyak gambar and video tak senonoh ada dalam handphone tu jugak. Sumpah time tu aku sangat terkejut and nak muntah baca semua mesej tu.
Aku tak percaya orang yang aku sanjung and pandang tinggi selama ni sanggup buat benda terkutuk belakang mak aku. Silap besar la ayah aku tak pandai sorok dari aku sebab aku paling pandai bab nak unlock handphone even dah lock sekalipun.
Aku tak sampai hati nak bagitau mak aku so aku simpan rahsia ni selama 3 tahun start aku dari umur 16 tahun sampai aku masuk degree first year.
Aku cover semua aktiviti ayah aku dengan delete semua mesej, gambar and video tak senonoh yang ada. Nasib baik ayah aku jenis tak bijak sangat high tech and tak sedar aku delete semua benda.
Ayah aku pulak tak pernah delete apa yang ada so tu jadi satu bebanan untuk aku. Sebab aku stay di sekolah asrama penuh and sambung study jauh dari family aku so aku akan jadi sangat risau takut kalau mak or adik beradik aku yang lain tau hal ni.
Tapi apakan daya, instinct seorang isteri tu sangat tinggi especially bila suami tak jujur dengan isteri sendiri dengan ada perempuan lain dibelakang. Kelebihan yang Allah bagi untuk semua isteri diluar sana so suami jangan memain ye dengan isteri.
Allah Maha Besar, Maha Adil jadi jangan nak aniaya pasangan sendiri. Aku pulak anak harapan keluarga so apa yang jadi semua akan diadukan dekat aku untuk diselesaikan.
Maybe sebab aku kasar and hati keras sikit berbanding kakak sulung. Dengan kuasa Allah, rahsia 3 tahun tu tak bertahan and mak aku dah tau pasal ni.
Actually, mak aku dapat rasa lama dah tapi mak aku simpan sebab dia takde bukti. Ayah aku pulak jenis suka melepak kedai and tak keje oun duk harapkan duit pencen je. Keluar pagi, balik tengahari untuk makan then keluar pulak sampai malam melepak kat kedai.
Mak aku dah lama dah bising tapi sekejap jela ayah aku elok then buat hal balik. Awal tahun 2014, bila mak aku dapat tau ayah aku ada perempuan lain, bukan sekali tapi banyak kali terus call aku bagitau sambil menangis.
Time tu aku baru first sem degree and tengah study sebab esoknya aku ada 3 paper killer (paper susah nak mati). Bayangkan aku tengah serabut study esoknnya finak exam dengan mak aku menangis lagi dekat rumah and aku dah la jauh beratus km.
On the spot aku call ayah aku tak dapat so aku mesej maki hamun ayah aku padahal esok exam sepatutnya mintak semangat macam selalu aku buat selama ni.
Aku pujuk mak aku bertenang dulu jangan buat apa pun (time tu mak aku siap ambik pisau) tunggu sampai aku balik lagi seminggu untuk settlkan hal ni.
Aku call kakak aku bagitau suruh simpan semua barang tajam jangan bagi mak nampak, tambahan pula aku ada 2 adik yang umur 6 tahun dengan 8 tahun so aku suruh kakak aku letakkan diaorang dalam bilik. Aku taknak adik aku yang masih kecil tengok apa yang jadi.
Malam tu kakak aku call bagitau yang mak aku hampir nak tikam ayah aku, mau nak tercabut jantung aku.
Sepanjang final exam week, aku tak pernah tenang sekalipun and aku sangat tertekan. Result aku pun teruk sebab aku tak boleh focus study padahal aku antara pelajar cemerlang dalam kelas. Habis je final paper terus aku rush balik rumah untuk settlekan benda ni.
Aku sampai rumah memang barai sebab tak cukup tidur and kebetulan mak ayah aku tengah gaduh. Kakak ada dekat situ tapi speechless so aku cuba tenangkan keadaan bila mak aku mula nak pukul ayah aku tapi ayah aku tahan and at last aku pun kena tempias pukul.
Then, aku suruh ayah aku keluar rumah dulu sementara mak aku cool down. Lepas tu mak aku lari masuk bilik and ayah aku keluar rumah. Aku tanya mana adik yang lain, kakak cakap ada dalam bilik taknak bagi tengok semua ni.
Kakak aku masuk bilik tengok adik adik aku and aku duduk luar rumah menangis senyap senyap taknak bagi sesapa pun nampak. Aku fikir aku kena kuat demi mak and adik beradik aku. Tak lama pun aku menangis terus aku masuk bilik tengok mak.
Nampak mak dekat atas katil menangis, dia cakap dia tak percaya ayah aku sanggup buat macam tu belakang mak aku, hati dia luluh sangat. Cuba bayangkan aku yang sangat terseksa dan tersepit dah 3 tahun cover rahsia ayah aku tanpa sorang pun tau.
Demi anak anak, mak aku berbaik dengan ayah aku tapi hubungan mereka dingin even serumah. Mak aku nak bercerai tapi ayah aku janji takkan buat lagi benda ni. Lepas case tu, mak aku still uruskan ayah aku baik macam isteri lain.
Selepas setahun (bulan 9, 2015) bila dah elok sikit tetiba mak aku dapat tau ayah aku buat hal lagi dengan perempuan lain pulak. Petang tu mak aku call bagitau and time ni aku dah sem 5 tengah study dekat library sebab esok paginya akan ada test subject killer.
Bila aku dapat tau ayah aku buat hal lagi, terus aku kemas barang keluar library and jalan kaki balik bilik untuk pack barang balik rumah. Terus aku book ticket bus and Alhamdulillah malam tu ada bus balik negeri aku.
Aku sampai rumah pukul 5 am and nampak ayah aku tidur di sofa and mak aku tidur di bilik. Aku terus baring sebelah mak aku sebab aku terlampau penat and tertidur. Mak aku pun terkejut aku balik rumah senyap senyap tapi time ni ayah aku tak tau lagi aku ada dalam bilik.
Pagi tu aku terjaga bilamana mereka bergaduh balik. Aku dengar mak aku cakap dekat ayah aku yang nak bagitau hal ni dekat aku tapi ayah aku bidas balik cakap mak aku “mana dia? bagitau la bukannya ada pun kat sini”. Berapi hati aku dengar terus aku keluar bilik, terkelu ayah aku.
Ayah aku takut dengan aku sebenarnya, dia tak pernah berani marah aku. mak aku cakap “ni anak aku dah balik untuk aku”. Terus mak aku paksa ayah aku bawak kami pergi rumah perempuan tu nak tau siapa orangnya.
Malam tu mereka bergaduh lagi and aku tak tahan terus aku maki hamun ayah depan semua. Mak aku nak bercerai tapi ayah taknak and janji takkan buat lagi. Sejak dari tu, aku tak pernah bercakap dengan ayah aku sampai sekarang.
Still, kuatnya mak aku ni dia maafkan lagi kesalahan ayah aku demi anak-anak. Tahun 2018 tahun kemuncak bilamana ayah aku buat hal lagi ada perempuan lain and kali ni mak aku tak maafkan dia. Mereka bercerai pada waktu sahur puasa ke-3 and time tu aku ada jauh dari family.
Macam biasa mak aku call bagitau tapi kali ni dah bercerai. Aku tak dapat balik time tu and aku tau ni jalan yang terbaik untuk semua.
Pernah je aku cakap dekat mak sebelum ni suruh cerai je dengan ayah aku sebab aku tak kisah hidup takde ayah tapi mak aku taknak fikirkan anak-anak. Mak aku cakap aku maybe tak kisah tapi kesiankan adik beradik aku yang lain takut mereka terganggu.
Selepas tu, mak aku naik turun mahkamah tinggi dan rendah untuk settlekan hal penceraian. Harta benda dan nafkah 2 adik aku yang masih bersekolah. Mak aku pulak susah payah pergi mahkamah naik grab or teksi sebab mak aku tak boleh drive and aku stay jauh.
Sometimes kakak aku ada temankan mak aku. Aku tak pernah dengar mak aku merungut pun penat ke fed up dengan semua ni. Ayah aku pernah nak jual rumah kami duduk ni tapi mak aku la yang bermatian bergaduh dekat mahkamah defend rumah ni.
Macam benda lagi la ayah aku buat tapi Allah lindungi mak and permudahkan urusan mak. Semua case sebelahkan pihak mak. Mak aku cakap tak kisah la berat mana pun ujian kita mesti ada hikmah untuk apa yang jadi.
Mak aku siap pesan “Kita ni sebagai orang perempuan kalau dah tau lelaki tu dah ada orang punya, jalan sesekali pergi kacau hak orang.
Tak bahagia hidup kita dekat dunia ni kalau bina hidup atas kesedihan dan air mata perempuan lain. Mungkin sekarang bahagia tapi masa depan kita tak tau macam mana. Allah tu Maha Adil, setiap benda ada balasannya”. Sampai sekarang aku simpan nasihat mak tu.
Semangat mak sangat kuat, tak pernah sekalipun aku tengok mak menangisi hidup dia. Sikit pun mak aku tak pernah mengeluh dengan apa yang jadi dalam hidup dia.
Dibesarkan tanpa kehadiran dan kasih sayang seorang ibu dan ayah dari umur 2 tahun, dicurangi suami banyak kali dan diceraikan suami ketika perkahwinan berusia 26 tahun.
Kalau nak cerita semua memang banyak lagi kisah sedih mak aku. Aku teringin nak jadi macam mak aku, seorang yang cekal dan kuat semangat tapi aku rasa aku takkan mampu tahan kalau aku kena ujian yang sama macam mak.
Doakan mak aku sentiasa cekal dan kuat semangat tau semua. Doakan mak aku dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Doakan mak aku dilindungi dan sentiasa dibawah rahmahNya sentiasa.
Even aku anak derhaka selalu bergaduh dengan mak tapi aku sayang mak sangat. Mak syurga aku dunia dan akhirat. Doakan jugak aku mampu jaga dan bahagiakan mak aku sampai masa yang diizinkan Allah.
Terima kasih semua yang sudi baca sampai habis. Last but not least, hargai mak anda sementara masih ada. Buat yang dah tiada, semoga Allah letakkan bersama orang yang baik baik disana. Selamat malam dan selamat hari raya semua.
– Anak derhaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit