Kuatnya Wanita Ini

Assalamualaikum dan aku harap semuanya dalam keadaan baik ketika membaca artikel ini. Aku seorang wanita yang baru saja menghabiskan degree. Aku hanya wanita biasa.

Tak pernah terfikir aku untuk kongsi kisah hidup aku yang biasa dan membosankan kan ini di internet. Mungkin sedikit kisah daripada aku boleh membantu dan memberi harapan kepada semua lelaki atau perempuan yang mengalami masalah emosi berkaitan dengan manusia.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang mampu dan sederhana. Kedua ibu bapaku bekerja dalam sektor kerajaan, jadi kau faham saja lah. Tak kaya tak miskin. Pendekkan cerita, aku lalui zaman kecil aku hingga remaja seperti kanak kanak normal lain.

Atas kerja keras kedua ibu bapaku, kami ada 2 biji rumah & 3 kereta. Cukup 18 tahun aku mendapat tawaran untuk sambung belajar luar dari tempat tinggal aku. Alhamdullilah cukup 3 tahun aku grad. Namun dalam 3 tahun itu, hanya Allah dan rakan terdekat sahaja tahu apa yang aku lalui..

Mari aku kongsi kisah gelap hidup aku. Sedang aku berjalan ke kafe untuk dinner, aku mendapat panggilan telefon dari nenek aku. Tak lain tak bukan nenek aku call mesti nak gossip. Aku pun angkat dan bertanyakan khabar, since aku dah lama tak balik kampung.

Sedang rancak bersembang, nenek aku putuskan conversation kami dengan memberi statement ‘Kau tahu tak mak bapak kau nak bercerai?’ Aku terduduk. Ye aku terduduk dan tercengang.

Bermula dari saat itu, macam macam dalam kepala aku. Adakah mak aku akan okay? Adakah bapak aku akan okay? Macam mana dengan adik adik aku?Aku perempuan dan anak pertama dalam adik beradik. Ya Allah..

Pendekkan cerita, sepanjang 3 tahun aku diploma, hidup aku masih normal cumanya akan ada hari aku akan jadi orang tengah untuk sampaikan apa apa berita atau info berkaitan duit. urusan rumah, document. Kau sebut saja. Aku yang kan jadi orang tengah. Walaupun dalam kelas.

Emosi dalaman aku meronta, sedih, marah, kecewa, gusar, sakit, menjerit, memberontak atas apa yang jadi pada keluarga aku. Ibu dan bapaku sudah berkahwin untuk 23 tahun. Jadi diusia itu bagi aku tidaklah relevant tambahan ibu & bapa aku pasangan yang cukup bahagia.

Segalanya berubah selepas aku & adik lelaki aku sambung belajar luar dari kampung. Benar penceraian itu diharuskan jika tidak mampu berbuat apa apa lagi. Punca ibu bapa aku bercerai, biarlah aku dan adik beradik aku sahaja yang tahu..

Sebaik aku tamat belajar, aku decide untuk balik ke kampung dan menetap disana. Aku tinggal dengan ibu ku. Serta adik beradik aku. Semuanya nampak normal, cuma bapa ku iaitu lelaki yang paling aku sayang tak lagi duduk serumah dengan aku.

Dalam tempoh aku down, Allah hadirkan aku semula dengan seorang lelaki yang aku dah kenal 5 tahun. Kami sudah berkawan. dan decided bercinta jarak jauh. Hidup aku ketika itu, seperti ada warna warni yang jatuh dari langit. 4 tahun aku penuh warna. Aku bahagia. Ya, aku cukup bahagia. Aku rasa seperti mungkin ini ‘hadiah’ dari Allah setelah aku bersedih selepas ibu bapaku bercerai.

Segalanya nampak normal dan bahagia. Ya, aku berjauhan dengan dia. Tidak pernah dekat. Hampir 5 tahun aku berkenalan dengan dia. Aku juga mendapat tawaran sambung degree. Its a good news! Dalam keadaan yg terumbang ambing, aku berbincang dengan kedua ibu bapaku. Keduanya menggalakan.

Its a good news! (untuk aku). Jadi aku boleh dekat dengan dia. , dia hanyalah bekerja sebagai receptionist di sebuah barbershop di KL. Bagi aku status/ pekerjaan tak penting. Ya, duit itu penting. Tapi aku nampak keihlasan dia dan kebaikan yang dia kongsi dengan aku.

Namun apakan daya, dia juga terpaksa jauh sekali lagi. Dia mendapat tawaran untuk buka sebuah kedai luar KL. Aku iakan sahaja. Untuk masa depan la kononnya. Aku yakin, optimis. Aku akan bahagia kelak. Aku akan habiskan degree dan dia akan tunggu aku disana.

Bercinta jarak jauh untuk 5 tahun bukan lah semudah disangka. Aku student, dia dah bekerja. Timing lain, masalah duit, kejujuran, salah faham, cemburu, mungkin dari perspektif ideology, minat musik, fashion, makanan kegemaran, input dan output kami yang sama. Itu yang buat kami survided. Masuk tahun ke 4, kami decided untuk bertunang.

Walaupun keadaan ibu & bapaku yang tak interact langsung, aku uruskan semua untuk majlis. Dari A-Z. Dia jauh. Jadi aku hanya akan update apa yang berlalu apa yang tak cukup. Ibu & bapaku adalah orang paling happy. Aku kan puteri sulung.

Akhirnya majlis berjalan dengan lancar, apa yang kami rancang berjalan dengan lancar. Namun bapaku tak dapat hadir atas persilisihan bersama ibuku yang masih belum reda..

Ya, aku sangat bahagia. Malah aku tersenyum sekarang. Aku sudah betunang. Maknanya, aku akan berkahwin. Hidup aku lengkap! Aku baru saja tamat degree & akan habiskan zaman bujang aku! Namun.. pelangi tak selalu ada & langit tak selalu cerah.

Masuk minggu kedua kami bertunang, aku dan dia kerap gaduh. Gaduh yang luar biasa. Isunya sangat kecil. (ha ha ha) Kami bergaduh dalam telefon. & dengan satu perkataan saja dari dia, buat aku kembali ke zaman diploma aku gelap & kecewa. ‘Aku tak boleh teruskan lagi, kau perempuan pyscho, kita putus tunang’. Aku tersentak. Apa yang aku dah buat?

Aku bukan kaki lelaki, aku setia, kalau jumpa tak pernah gaduh. Jarak ni buat aku gila. Ya aku cligy. Tapi mungkin orang yang kenal aku, aku sedikit cool dari perempuan kat luar tu. Aku tak rasa ada couple yang boleh survived sepanjang 5 tahun jarak jauh. & dia tak romantik langsung. Bunga ke benda benda romantik bodoh tu jarang sekali aku dapat.

& Sepanjang berjauhan jarang sekali aku keluar dngan lelaki lain, melainkan group discussion untuk subject. Mungkin sebab umur dah meningkat & dia adalah satu.

Semasa putus, Allah dan keluarga adalah yang paling utama. Tak ada mereka, aku tak tahu apa jadi dengan aku. Perpisahan itu jadi semasa aku intern di sebuah kementerian kerajaan. Prestasi aku hancur, kedatangan aku teruk. Aku banyak ambil MC & rupa pakaian aku asal boleh. Aku turun 10 kg dalam sebulan. Sampai aku kena maki dengan boss department aku sebab banyak sangat MC.

Semua orang dalam department aku tak tahu sampaila, ada sorang kakak kat office aku ni ternampak aku menangis tersedu sedu kat tangga. Habisla kecoh kat office. ‘ aku dah putus tunang’ Aku dalam mood masa diploma aku. Semuanya gelap.

Pendek cerita, zaman internship aku hancur dan gelap. Namun aku kuatkan diri, dengan tak ada duit ( kementerian internship lambat bayar elaun). Aku gagahkan habiskan internship tu dengan penuh duka. Alhamdulillah aku berjaya habiskan.

5 bulan aku tak bekerja. Yelah sebab fresh graduate macam aku ni susah sikit nak dapat kerja. 5 bulan macam macam aku hadap. To be honest, aku down yang melampau. Nasib baik ada parents aku yang masih cakna dan tanya kan khabar aku. 5 bulan cari kerja pon dikira stress dan penat sebab tak bekerja.

Satu hari yang biasa aku dapat ‘whatsapp’. dari kawan aku dan kawan dia juga (bekas tunang), menceritakan hal sebenar. Circle kawan aku & dia dalam circle yang sama. Rupanya, bekas tunang aku dah berkenalan dan tidur dengan beberapa perempuan sepanjang kami di hujung tanduk. Aku lagi terduduk.

Dugaan apa Allah bagi kat aku ni? Penuh tanda soalan dalam kepala aku. Apa teruk sangat ke aku? Sedangkan kemana dia pergi apa dia buat aku ada disisi aku sokong aku dia. Ya, macam macam dalam kepala aku. Mungkin kawan aku tu tak perlu exposed sebab benda dah jadi.

LOST. Itu sahaja terms yang sesuai dengan aku sepanjang aku tak bekerja. Lost. Aku hanyalah perempuan biasa, tak berduit, tak cantik, tak istimewa, namun aku masih bangun dan tersenyum dengan ada nya ibu bapa dan ahli keluargaku.

Tak campur lagi soalan & herdik dari orang luar. Apa pun aku anggap itu hanyalah side problem. Yang penting keadaan aku. Sampailah, kawan degree aku offer aku untuk bekerja kat tempat dia kerja, ada kekosongan. Aku pergi interview dan alhamdullillah dapat dengan gaji yang aku nak :)

Sekarang dah masuk bulan ke 6 aku bekerja disini. Alhamdulillah aku happy, hari2 dapat tengok muka ibu aku sebab aku stay dengan dia sekarang. Aku juga ada buat business kecil kecilan. Aku buat apa yang aku suka iaitu dalam industry fashion.

Itu sahaja lah aku nak kongsikan. Ada masa kita kat bawah ada masa kita kat atas. Apa pun apa yang berlaku, keep in mind’ this is only temporary’. Juga segala bad thoughts yang ada dalam kepala korang masa korang down tu adalah bad thoughts sahaja. Nama pun bad thoughs kan :)

Be strong and strong more than today because you deserve it. Jatuh kali ke 6 kali 7 bangkit :)

– Mogwai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *