Aku tak tahu nak luahkan macam mana. Cuma nak tahu adakah benda ni normal atau pelik sebenarnya.

Untuk makluman.. aku ada seorang abang, kami ni dua beradik dan abang aku ni masih belum berkahwin walaupun umur dah 34.

Jadi abang aku ni tinggal dengan mak aku berdua di rumah di kampung kerana aku telah berkahwin.

Kisahnya bermula macam ni, awal tahun haritu, abang aku terjumpa kucing yang luka dekat belakang rumah jiran. Mulanya cuma nak bawak dia pergi klinik, tapi lama-lama kucing tu dibela.

Sejak dia bela kucing tu, dia jadi seorang pencinta kucing, sampai mana-mana kucing yang datang rumah akan dipungut untuk bela.

Sehingga kini, dah ada 10 ekor kucing belaan di rumah. Aku okay je sebab bertambah la peneman mereka di rumah kan..

Tapi lama kelamaan benda ni jadi melarat lepas abang aku lepaskan kucing-kucing dia di dalam rumah, sebelum ni dalam sangkar.

Kau bayangkan, dalam rumah tengah di taman perumahan yang sempit tu, dipenuhi dengan 10 ekor kucing yang dibebaskan, sah- sah la bau kucing tu kuat kan.

Drama bermula bila mak aku di diagnos allergi dengan bulu kucing. Mulanya asyik gatal dan bersin saja, tapi bulan puasa haritu mata mak aku merah, merah yang penuh satu mata tu.

Aku dah boleh agak benda tu berpunca dari kucing, tapi aku malas nak cakap, jadi aku rekod suara doktor dan forwardkan ke abang aku.

Tak disangka-sangka, abang aku yang asalnya sopan santun menjadi sangat sangat defensive weh bila aku suggest dia untuk bagi satu atau dua ekor kat orang lain..

Aku ni kesian tengok mak aku gatal-gatal dan bengkak mata sampai pembuluh darah dalam mata pecah.. tapi abang aku berkeras tak nak kurangkan bilangan kucing dalam rumah.

Aku tak tahu dah macam mana nak sihat, sebab yelah aku ni adik perempuan yang jarang balik.

Tapi sejak dia bela kucing, setiap kali aku balik kampung, mesti tangan dan mata mak aku merah merah sebab alergi kucing.

Aku kasihankan mak aku sebab dia pun dah berusia. Mak aku tak cakap apa-apa sebab dia boleh nampak betapa sayangnya abang aku kat kucing kucing dia.

Cuma aku risau mak aku akan melarat ke sakit lain kalau dah 4 bulan berturut mak aku alergi macam ni.

Aku sampai pelik dengan abang aku sebab terlalu obses, sampai abai kesihatan mak nya sendiri.

Dia je abang aku, jadi aku macam stress sangat sangat dan rasa dia selfish bila dia tak cuba nak faham situasi mak aku. Dah banyak kali bertekak mulut sebab benda ni.

Untuk Pencinta Kucing semua apa nasihat yang boleh aku berikan dekat abang aku? Aku dah buntu sangat ni..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Kalau rumah dua tingkat, mungkin boleh bahagikan rumah. Belah atas kucing, ibu dekat bawah. Kucing tak boleh turun (ada pagar atau pintu) dan ibu pun tak perlu naik atas.

    • Saya pun pencinta kucing ..saya hanya 2 ekor je…bagi tahu abang tu biar kucing dia dok luar rumah lama2 kucing tu pandai cari makan sendiri n balik bila perlu ..
      Kucing pun pandai juga brsiar2..

  2. Beri kata dua kat abg awk tu, bagi kucing2 tu kat org or ‘rumah kebajikan’ utk kucing2 terbiar, (ada je bdn2 NGO yg buat kerja amal kpd binatang), atau awk bwak mak awak tinggal dgn awk.. of coz husband u kna bagi izin la.. kesihatan ibu tu lg penting, kta kat abg tu, “ibu yg melahirkan kita, bkn nya kucing2 tu..” lagi satu alternatif, klaw kucing2 tu diletakkan di luar rumah, mngkin alergy ibu awak xlah teruk sgt, still dlm rumah tu kna ‘sanitize’ betul2.. lagi pon, klau kucing2 dok berkeliaran dlm rumah, sbg org Islam, kita x pasti ‘kesucian’ dlm rumah tu, esp. utk bersolat, kerana ‘bau’nya tetap ada.. so keutamaan skrg ialah untuk Allah (tempat solat), ibu (penyakit n alergy), then only comes the cats.. makhluk Allah tu x salah, cuma kita manusia ni lah yg kna pandai mngatur keadaan utk hidup harmoni di dunia & Akhirat.. wallahu a’lam

  3. Korbankan 1 bilik khas utk kucing2 tersebut, kalo nk bg keluar ke ruang tamu setakat 1-2 ekor saja secara bergilir2,,,

  4. I feel u sis….
    Angkara adik I bercinta dengan pencinta kucing..dia yg tak pernah suka kucing p beli kucing dgn perempuan tu bawa balik kucing ke rumah…dah 8 tahun kucing tu dua ekor di sini.

    Alergik..gatal kulit dan mata serta bersin tu memang sah.Jadi balaci kuli batak cuci najis kucing merata rata dan lap bulu kucing dlm rumah adalah aku dan mak …

    Sgt derita ada kucing sgt bebankan …adik aku tak peduli pun soal kebersihan.
    Aku tertekan nak kena sakit mental

    Kucing bawa petaka pada aku.Aku jd mangsa

    • Bukan allergic dengan kucing tetapi animal danders (fur and feathers animals). Sikit2 salah kucing. Ambil la ubat antihistamine/ ubat selesema.

  5. Saya rasa puan belum baca berkaitan Rasul sayang pada semua binatang kerana binatang yg dipelihara memveri pahala yg banyak sangat kepada tuan kucing…kita di dunia ini sepatutnya mengumpul pahala untuk dibawa ke alam akhirat. Salah satu cara adalah memveri kucing makanan atau bersedekah. Satu cara untuk berkompromi dgn masalah puan adalah menyuruh abang menjaga kebersihan sangkar kucing dan tempat pembuang najis nya. Kucing adalah makhluk yg pembersih…yg dibenarkan oleh islam untuk dipelihara di dalam rumah. Kucing memberi rahmah dan keberkatan kepada tuan nya. Pahala dpt setiap haribila memelihara kucing. Sakit mata ibu mungkin tidak boleh disalahkan 100% kepada kehadiran kucing kucing tersebut. Jika ada tempat diluar rumah……boleh di buat rumah kucing yg bagus di luar rumah…untuk menempatkan senua kucing. Kita sebagai manusia perlu melihat ke depan di mana akhir nya kita semua akan mati….apakah yg akan kita semua persembahkan kepada Allah. Jika byk dosa …neraka laah kita masuk…jika byk pahala …..syurga laah kita masuk….semua nya timbangan ….mana yg lebih berat timbangan… satu cara yg senang untuk dpt pahala yg byk adalah secara memberi makanan kepada kucing kucing jalanan. Jika memelihara kucing lagi laah dpt byk pahala. Sebagai adik…..jika ada ruang di luar rumah…cadangkan kepada abang untuk buat rumah untuk kucing di luar rumah…tapi perlu bagus sebb takut ular boleh masuk sarang mkn kucing2.

  6. Mana lagi penting, kesihatan ibu atau kuching? Bela kucing, sayang kat kucing boleh tak da masalah, tp kalau sampai memudaratkan, tu tak kena pada tempatnya. Benda yg berpahala boleh jadi berdosa. Lagi satu, soal kebersihan, kalau dlm rumah kucing merata2 bulu dia yg bnyak tu kalau terbawak dlm solat boleh jadi najis, tu tak termasuk bau2an lagi. Terjamin ke kebersihan rumah? Kencing berak kucing tu mcm mana kejadian dia? sebab ada sesetengah kucing saya pernah tgk dia gosok bontot dia kat karpet mana da dia jilat kasi bersih.

    Soal pahala menjaga kuching, pahala menjaga ibu lebih besar dan lebih diutamakan di dalam islam. Lagi2 bila dia sedang sakit.

    Tak salah kalau kita lepaskan kucing kepada org boleh untuk menjaga. Boleh cari org terdekat utk bela, senang abg awak nak jenguk2 kalau rindu. Sebab keadaan tidak mengizinkan untuk kucing berada di rumah awak buat masa sekarang. Kesian ibu awak.

  7. aku pun bela kucing. asalnye mmg x de la minat sgt kucing ni. tapi sejak bela ni dah jadi salah sorg pencinta kucing. cumanye tu la….kena sgt2 aware pasal kebersihan ni. kena latih kucing2 tu untuk berak di toilet die sendiri,& kena selalu jugak bersihkan toilet die. 1 lagi, sesetengah kucing, bulu suka luruh. jadi sebagai yg menjaga ni, kene selalu vacuum rumah, tempat diorg selalu lepak kena selalu bersihkan, etc. cumanye nak bagi tau dekat sini, awak kena pesan dengan abg awak, bela & jaga kucing ni sebenarnye komitmen. kalau betul die pencinta kucing, die kena betul2 bagi komitmen dalam menjaga kucing tu. yg paling penting adalah pasal kebersihan rumah. abg awak tu sendiri kena setiap hari bersihkan rumah,vacuum & sebagainye, sebab ade 10 ekor. kalau persekitaran tak bersih, kita sakit, kucing pon sakit. kucing tu pon kena selalu pantau kulit dia, sebab diorg ni berbulu. kdg2 kite x nampak kulit diorg ade yg berkurap. jadinye kena selalu bawak check up vet. kalau boleh grooming lagi bagus, walaupon kucing kampung je. mmg ikutkan kucing ni haiwan yg pembersih, tapi kadang kalau macam kucing saya yg jenis lepas keluar, kdang tau2 je berkutu, kdg2 naik kurap. jadi nye, kena selalu check. mmg sape2 je boleh cakap die pencinta kucing, tapi kalau setakat ambik bela bagi makan, tak jaga elok2 sampai kesihatan & kebersihan kucing & orang dalam rumah terabai, tu bukan pencinta kucing namanye. kalau betul abg awak tu pencinta kucing, die sepatutnye sedar yg 10 ekor tu komitmen yg besar sebenarnye.

  8. susah nak cakap sebenarnya. aku pernah hadap. ex suami tak faham aku. dia lebih menangkan kucing. kulit tangan aku selalu naik bintik2 sejak duk serumah dengan dia. mata merah berair. p klinik memang doktor kata alergik. ex suami kata aku ngada-ngada. tu pun lepas aku naik angin, baru dia nak tutup semua pintu bilik. sebelum tu pintu tak boleh tutup sebab dia kata kucing tak suka pintu bertutup. itupun dah tau aku alergik , dia kutip kain kat ampaian, terus letak atas sofa yang kucing selalu lepak tu. kecil hati aku.. padahal dia tahu, lepas aku kutip baju terus masuk dalam bilik dan lipat baju dalam bilik.. kucing tu selalu menang. aku ni takda harga dalam rumah tu. jangan sebut apa bab kucing. mesti gaduh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *