Kucing Oyen

Assalamualaikum semua dan terima kasih admin siarkan luahan hati saya ni.

Saya suka kucing. Saya ada membela 5 ekor kucing jalanan yang berkeliaran di rumah ni. Saya nak cerita mengenai kucing2 saya yang kebelakangan sakit silih berganti.

Semalam sekor kucing saya dah mati. Dia dah 2-3 hari takda selera makan, saya bagi ayam rebus pun dia taknak makan. Saya suap pun dia luahkan balik, air saya suap pakai picagari. Tu pun dia luah juga.

Saya memang nak sangat bawa dia ke klinik tapi saya takda kereta dan ada baby. Saya tunggu hari sabtu, suami saya cuti jadi boleh mintak tolong dia bawakan.

Nak bawa hari biasa tak dapat sebab suami pun dah balik pukul berapa, sampai rumah 8-9 malam, gerak kerja 6.30. Dia pun mesti penat, dah la dia tak minat kucing. Tapi saya bangun semalam kucing saya(tompok) dah takda. Saya sedih sangat.

Semalam juga saya perasan kucing saya (oyen), lidah dia macam terjelir sikit. Saya cek dalam mulut macam ada luka kat langit gigi depan atas.

Selera makan masih ada, pagi tadi saya cek lagi macam melarat ke lidah dah. Saya pun hairan padahal makanan harian pagi, tengahari, malam dorang ayam atau ikan rebus sahaja.

Tadi saya minta tolong suami bawakan oyen ke klinik, nasib baik suami sudi tolong tu pun sambil dia nak pergi beli barang kereta. Bahagian oyen buat masa sekarang dah selesai.

Masalah terbaru, lepas je suami bawa oyen ke klinik, saya sediakan makan tengahari untuk belang dan dadai dan oval. Saya perasan belang pula yang takda selera untuk makan. Ya Allah, ujian sangat.

Saya cek dalam mulut takda luka pape, saya ajak dia makan kat dapur sambil saya masak pun dia tak layan. Sedihnya, dah la antara semua dia yang paling manja.

Saya nak bawa semua ke klinik pun saya kurang berkemampuan juga sebab saya surirumah tiada pendapatan. Masa yang sama saya tak nak menyusahkan suami, tapi hati ni tidak tenteram. Setiap masa dan waktu asyik teringat dan terfikir fasal kucing2 saya je.

Saya harap sangat suatu hari nanti saya akan mempunyai pendapatan sendiri dan boleh bina tempat khusus untuk kucing2 saya dan boleh selamatkan dan rawat kucing jalanan.

Doakan saya dimurahkan rezeki untuk sentiasa berkongsi dengan makhluk tuhan yang lain. InsyaAllah dengan doa kalian, rezeki saya diluaskan Allah S.W.T.

Terima kasih semua jika korang gigih baca luahan hati ni. Saya sayang kucing2 saya.

– Xeera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *