Kucing Rambutan

-Untuk siri lengkap, “Roommate Dalam Selimut”,

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-ii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-iii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-iv/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-v/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-vi/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-vii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-viii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-ix/)

 

-Untuk siri yang lain,

(https://iiumc.com/ayah-rambutan/).

(https://iiumc.com/cerita-seram-rambutan/).

(https://iiumc.com/mak-rambutan/).

(https://iiumc.com/mak-rambutan-ii/).

 

-Untuk confession terakhir yang Butan tulis,

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-x/)

 

Assalamualaikum, nama aku Rambutan. Seorang perempuan cantik. Dekat sini Butan nak cerita pasal kucing baru Butan. Cerita ni pendek saja.

PKP 2020

Bermulanya PKP pada bulan Mac tahun ni, aku pon bercutilah dirumah. Impian aku nak guling-guling, makan, tidur, makan, tidur akhirnya tercapai. Tapi lepas 3 hari aku mula bosan.

Aku kacau mak lepas tu kena marah. Aku kacau ayah tengah menyimen batu-bata belakang rumah. Renovate sikit-sikit.

“Butan, hari ni giliran kau masak kan, pegi kutip bahan-bahan sendiri kat kebun, ayah busy ni jangan kacau ayah.”

Aku pon pergi la bersiap-siap nak ke kebun belakang rumah. Aku kutip la, bawang, kunyit, cili, serai, pucuk ubi. Lepas tu aku capai kelapa yang ayah dh siap kait. Cuba teka aku nak masak apa?

Aku ternampak pankin di bawah pokok ceri. Baru seminggu ayah buat pankin ni. Aku pon baring hirup udara segar. Tiba-tiba aku nampak ada benda terbelit belit terbelit belit warna hijau dekat dahan pokok ceri tersebut.

Tanpa sempat otak aku memproses, aku bangun berlari dan melompat parit kecil yang memisahkan kebun aku dan kebun Pak Dollah.

Ni pertama kali aku nampak ular daun. Ular kan banyak jenis. Tapi aku takut semua, ular mainan pon aku takut.

Bahan-bahan gulai lemak pucuk ubi aku semua dekat pankin tu. Tapi biar la sana.

Aku sekarang berada di kebun Pak Dollah. Sebelah rumah Pak Dollah, rumah Mimi. Mimi ni kawan aku dekat kampung. Aku pergi dekat kebun rumah Mimi. Mimi ada jenguk aku dekat tingkap atas rumah,

Mimi: Woi Butan, PKP ni!!

Butan: Aku nak balik la ni nak ikut depan. Belakang rumah aku ada ular.

Tengah aku nak balik, ada suatu makhluk kelabu gesel-gesel kat kaki aku. Dia ikut aku.

Butan: Mimi, anak kucing kau ikut aku.

Mimi: Bawak la balik Butan. Aku ada banyak lagi ni. Tapi kucing tu bisu , bye Butan.

Belum sempat aku cakap apa-apa, dia tutup tingkap. Aku tak boleh bela kucing tuan puan. Mak ayah aku tak bagi.
Aku ambik anak kucing tu, aku letak dekat rak kasut Mimi. Aku lari laju-laju balik sebelum mak sebat aku.

Sampai rumah aku tengok anak kucing tu ada dekat kaki aku. Kemudian aku dengar suara mak memanggil. Aku cepat-cepat sorokkan anak kucing tu dalam baju.

Aku lari masuk bilik, aku letakkan anak kucing tersebut. Aku tutup pintu dari luar. Aku pergi ke dapur.

Bahan-bahan yang aku tinggal dekat pankin tadi ayah aku dah bawak masuk rumah. Aku mula memasak. Aku keluarkan ikan kembung. Sekor aku rebus bagi anak kucing tersebut.

Tengah aku masak, aku fikir siap-siap nama anak kucing tu. Nama dia Kiki. Misi aku sekarang ialah elakkan mak ayah tahu aku bawak balik Kiki.

….

Marilah Butan flashback sedikit kisah kenapa mak ayah Butan tak suka kucing.

Kucing terakhir kami bela ialah Jojo. Mula-mula Jojo merupakan kucing yang baik tetapi lama kelamaan Jojo mula kencing di dalam rumah.

Orang cakap Jojo ni tanda kawasan tapi satu rumah Jojo tanda. Risau lama-lama Jojo halau kami dari rumah sebab semua dah jadi kawasan Jojo.

Katil Butan, sofa baru mak, sejadah ayah dan pelbagai lagi semua jadi mangsa kencingan Jojo. Akhirnya Butan tak bagi Jojo masuk rumah dah. Kemudian Jojo lari rumah.

Sejak tu mak ayah tak bagi kucing masuk rumah. Tapi Kiki masih baby lagi. Umur dalam sebulan lebih. Aku kesian dekat Kiki.

-Hari Pertama

Aku bagi Kiki makan ikan rebus yang dibuang tulang. Aku bagi makan dalam bilik aku. Kemudian masa mak ayah leka tengok tv. Aku ambik pasir kat luar rumah. Aku letak dalam besen untuk Kiki buang najis. Aku letak elok-elok dalam bilik.

Kiki ni bisu, comel, warna kelabu terang, mata biru cair. Macam sayang pulak nak pulangkan ke Mimi.

-Hari Kedua

Disebabkan PKP ni tak boleh keluar, aku pesan dekat ayah beli ikan banyak-banyak sikit. Mak ayah aku tak syak apa-apa sebab aku kuat makan.

Kali ni aku bagi dia makan ikan bakar. Lepas tu aku teringat mak ada minum susu kambing bancuh-bancuh tu. Aku bancuhkan untuk Kiki. Banyak Kiki minum.

Aku tukar pasir Kiki 2x sehari. Yang bertaik aku pulang balik, aku ambil yang bersih. Dia pandai kencing berak situ. Aku bangga dengan Kiki sebab dia dengar cakap aku.

Bila tidur, Kiki akan tidur atas kepala aku. Manja Kiki ni. Kiki ni tak kotor. Dia rajin jilat badan dia. Kadang-kadang dia jilat aku sekali.

-Hari Ketiga

Aku rebus ikan, aku tak buang air rebus tu. Rupanya Kiki suka minum air rebus tu. Dia jilat-jilat sampai habis. Tiap kali aku bagi makan, Kiki akan habiskan licin. Aku suka kucing jenis yang bersyukur apa adanya ni.

Macam biasa la aku tukar pasir. Nasib la ayah aku tengah renovate rumah. Adalah pasir aku nak rembat.

Aku bawak Kiki pergi kebun belakang walaupon aku masih trauma dengan penampakan ular dekat situ. Aku bagi Kiki main lari-lari.

Kemudian aku nampak Mimi melintasi kebun Pak Dollah. Dia menuju ke arah aku. Dengan muka tak bersalahnya,

“Best lah kebun ayah kau ni Butan, bersih. Banyak pokok. Ayah kau tanam apa-apa semua menjadi kan. Elok hidup sihat pokok-pokok kau. Ayah aku tanam tak ada yang hidup, mati semua.”

Kenapa lah dia nak samakan ayah aku seorang pekebun dengan ayah dia seorang penggali kubur.

“Butan, mak ayah kau marah tak? Kalau marah biar aku bawak dia balik.” tanya Mimi sambil usap-usap Kiki.

“Tak payah lah Mimi. Biarlah aku jaga. Mulai sekarang Kiki ni anak aku.”

-Hari Keempat

Aku bangun nak solat subuh. Dalam keadaan mamai, aku lupa tutup pintu. Aku solat dekat ruangan solat dengan mak ayah. Siap solat aku baru perasan Kiki ada sebelah aku.

Mak ayah nampak. Mereka terkejut. Aku cepat-cepat bawak Kiki masuk bilik. Kemudian mak panggil aku.

Mak: Mana kau dapat tu Butan? Jantan ke betina?

Butan: Betina kot. Kucing Mimi dia ikut Butan balik.

Mak: Pulangkan la balik kucing orang. Nanti besar beranak-renek susah nak jaga.

Ayah: Patutlah ayah bancuh simen ada taik kucing.

Aku masuk bilik. Aku nangis. Kiki ni comel macam aku, seiras sebab tu aku sayang dia. Aku tertidur. Dalam pukul 8 aku terbangun dengar ayah hon kereta.

Ayah minta aku tolong angkat barang. Aku nampak ayah beli bekas pasir kucing, pasir kucing, susu kucing, wetfood dengan mainan kucing. Betapa gembiranya aku bila tahu ayah aku dh mula terima cucu dia.

Tapi mak aku macam tak gembira,

“Semua simpan dekat belakang, pasir-pasir letak dekat belakang. Jangan simpan dalam bilik kau. Biar kat dapur semua.”

-Hari Kelima

Aku dah mula jaga Kiki secara open. Mak jeling-jeling je.

-Hari Keenam

Aku dengan mak pergi dekat stor rumah, mengemas. Aku bawak Kiki sekali. Masuk je stor, melompat mak aku sebab nampak seekor tikus tengah menggelabah. Maka Kiki dengan beraninya pergi kejar tikus tu sampai hilang kemana tah tikus tersebut.

“Butan bagi Kiki makan, letih dia tu. Bagus Kiki ni. Tak macam Jojo dulu, tikus lalu sebelah dia buat dek je.”

Nampaknya mak dah mula suka si Kiki.

-Hari Ketujuh

Malam tu aku terdengar mak gelak-gelak dalam bilik. Apa lah yang mak bergurau dengan ayah tu. Kemudian baru aku teringat ayah tengah dalam jamban.

Aku masuk bilik. Aku tengok mak tengah bergurau senda dengan Kiki. Oow patutlah Kiki malas layan aku sekarang.

-Hari Kelapan

Kiki tak nak layan aku.

-Hari Kesembilan

Mak ayah aku asyik main dengan Kiki, bagi Kiki makan sedap-sedap. Kiki pon dah malas layan aku. Kiki, mak dan ayah dah jadi satu keluarga bahagia. Diabaikannya aku ni.

-Hari Kesepuluh

Aku menyelinap ke kebun rumah Mimi. Aku nampak Mimi kat tingkap dapur. Aku terus jumpa dia dengan jarak yang selamat.

Butan: Mimi, kau ada anak kucing lebih tak?

Mimi: Ada kejap.

Mimi ni rumah dia banyak kucing, dia memang suka bagi orang sebab kucing-kucing dia subur sangat asyik beranak je.

Mimi datang bawak kucing warna putih nampak sebaya dengan Kiki tapi Kiki dah gemok. Dia bagi aku.

Mimi: Ni adik beradik Kiki ni. Ada lagi sekor warna kelabu putih kalau kau nak. Mak dia beranak 3 ekor hari tu.

Butan: Bagilah semua sekali.

Aku pon bawak balik anak kucing yang aku beri nama Kaka dan Koko. Sampai dekat rumah, berebut mak ayah aku nak Kaka dan Koko.

Bila Kiki tengok mak ayah dapat anak kucing lain, barulah si Kiki ni nak ajak bergurau senda dengan aku. Dipujuk-pujuknya hati aku yang terluka kena abai ni.

Itu jelaa aku nak cerita.

Kiki, Koko dan Kaka dah gemok sekarang sebab dorang tak puasa.

*Butan selalu ada dekat live admin.

*Butan ada baca komen isteri admin. Beliau bijak.

*Butan merupakan silent reader iiumc.

*Butan sentiasa ada.

– Rambutan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *