Salam sejahtera diucapkan buat kalian yang sudi membaca. Meh nak tepek ayat cliché sikit kat bawah ni.
Ini adalah kali pertama aku meluah rasa di sini. Kebiasaannya, aku hanya membaca luahan hati orang lain. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan aku ni. Maaf andai tulisan aku ni caca marba. Maaf juga kalau tulisan aku ni panjang sangat ye.
Aku confess ni one off je. Tak nak la buat part 2 part 3. Oh ye, izinkan aku menggunakan kata ‘aku’ untuk merujuk kepada diriku sendiri.
Kucing.. lovely lovable cute lil creatures loved by people… especialy the cat lovers. Aku dulu bela kucing jugak. Tompok nama dia. Kucing yang paling aku sayang sepanjang hayat aku. Teman tido sekatil. Dia tak nak tido sebelah aku. Dia lagi suka tido kat kaki aku.
Hampir makan nasik sepinggan, tapi tak sempat sebab kene tempik dengan mak aku sampai si Tompok mencicit lari ketakutan. Bila da sekolah menengah, aku masuk asrama. Tinggallah si Tompok kat rumah sebab asrama mana lah boleh bawak kucing kan.
Mati aku weh kalau kene tangkap dengan warden. Hahaha… Ada satu hari tu, waktu hujung bulan yang budak-budak asrama memang balik ke rumah masing-masing, aku balik lah ke rumah. Tompok takde.. rupanya dah seminggu dia menghilangkan diri.
Malam tu aku mimpi dia datang, panjat ke katil macam biasa. Meleset-leset kat aku mengiau-ngiau panggil aku. Aku layan dia yang nak bermanja.. main dengan dia.. cium dia..
Pastu tiba-tiba dia lompat turun dari katil dan hilang dari pandangan mata aku. Aku duk panggil-panggil dia tapi dia dah tak muncul-muncul. Aku sedar dari tidur aku panggil dia lagi dengan air mata bercucuran.
Rupa-rupanya dia hadir seketika dalam mimpi aku hanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Dan semenjak kehilangan Tompok, my very best friend, tempat aku meluah rasa suka duka pahit manis kehidupan aku, aku hilang minat kepada kucing.
Kehidupan aku sekarang ni, seorang ibu yang dikurniakan dua orang anak lelaki yang sememangnya lasak, bekerja dari rumah dan berusia di pertengahan 30an.. eh jap.. aku yang bekerja dari rumah tau, bukan budak-budak dua ketul tu.. dorang kecil lagi dan kerja dorang menyepah rumah je..
okay sambung pasal aku..memulakan hobi PKP sejak awal Mac lalu dan dah perabis sejumlah wang untuk hobi baru aku tu. Korang mungkin boleh teka kan apa hobinya..
Since aku ni bukan green fingers.. sejenis tangan panas makanya bila mana aku semai benih je, keluar pucuk sikit pastu mati.. atau tak keluar pucuk langsung walau da lama aku duk tunggu-tunggu. Sampai aku rasa macam dah hampir visible bebulu halus atas bibir aku nih.
Tapi tu mungkin perasaan aku je kot sebab suami aku takde la pulak kata aku tumbuh misai ke janggut ke apa kan.. Makanya aku keluarkan lebih sikit duit untuk beli anak-anak pokok, tanah, pasu dan sebagainya yang diperlukan untuk bercucuk tanam.
Aku mula cari ilmu dengan join group-group berkebun dekat FB sebab kawan aku yang ambil ijazah pertanian cakap, istilah tangan panas tu tak wujud kalau kau ada ilmu bercucuk tanam. Dan ye tanah aku kene beli sebab tanah sekangkang kera kat laman aku tu ada masanya dipenuhi semut api.
Dan nutrien tanah tu didominasi oleh pokok buah besar gedabak yang ditanam oleh owner asal rumah ni. Penuh akar dia weh kat tanah tu. Aku cangkul je kene akar.. cangkul lagi kene akar jugak lagi. Celah mana aku nak bercucuk tanam kat situ? Dulu laki aku nak tebang pokok tu, aku kurang setuju.
Jap pembetulan, aku tak setuju sebab pokok tu bagi manfaat pada ramai orang. Buah dia.. dedaunan yang memayungi dari hangatnya mentari.. Sejuk je rasa..
Tapi sekarang aku tak sabar pulak nak tunggu pokok tu ditebang dek kerana akar halus dia da mula penetrate pasu pokok aku, plus da mula jugak penetrate lubang air bilik mandi kat dalam bilik tidur aku tu.
Sejak PKP Mac lalu, datang la tiga ekor kucing si entah siapa menjengah meminta makanan. Aku ni kan, sungguh pon minat pada kucing da lama hilang, tapi takde la sampai berlaku kejam nak biarkan kucing tu kebuluran.
Aku belikan Whiskas siap bekas makanan untuk kucing tu bila dapat tau tuan dia yang duk kat ujung jalan sana stranded kat kampung sebab PKP. Atas ihsan sesama makhluk sesama jiran, aku bagi kucing tu makan dalam bekas okay.. bukan atas lantai tak beralas.
Dorang.. eh sesuai ke guna dorang eh? Depa pi tidoq kat umah jiran satu lagi. Ada lagi satu jiran yang bagi depa makan jugak. Kiranya ada dalam tiga rumah la yang berehsan pada kucing tu dengan bagi makan dan ruang untuk tido.
Bila PKP ditamatkan, aku tunggu si entah siapa tu untuk ambil balik kucing dia ni. Waktu ni kucing-kucing tu da mula menjambankan tanah sekangkang kera kat laman aku tu. Kenapa ntah tanah kat umah aku ni yang dia pilih.
Padahal hujung jalan sana punya banyak tanah, kalau seratus kera terkangkang kat situ pon masih banyak lagi lebihan tanah untuk kucing tu jambankan.
Asal bukak tingkap bukak pintu je semerbak bau. Pening kepala dengan bau ‘air-freshner’ dari kucing tu. Hadiah yang aku dapat setelah berehsan kepada mereka tetamu yang tak diundang.
Macam yang aku cerita sebelum ni, tanah sekangkang kera tu ada masanya dipenuhi semut api. Agaknya hajat depa terbantut kot bila nak keluarkan hasil tetiba je kene gigit semut. Mimpi ngeri aku bermula bila kucing-kucing tu mula melepas hajat dalam pasu aku.
Aku ada pakai pasu plastik biasa dalam lapan ke sepuluh pasu macam tu, ada jugak pasu hygrow pot yang siap ada takungan air bawah tu dalam sepuluh pasu. Pokok yang macam lasak aku letak dalam pasu biasa. Pokok yang jenis perlukan lebih perhatian aku letak dalam pasu hygrow pot.
Sebab aku bekerja, walau dari rumah sekalipon kan, ada masa aku tak sempat menjenguk membelai pokok-pokok dek kerana mengadap laptop menyiapkan kerja, melayan drama-drama anak-anak aku sepanjang hari dari pagi petang siang ke malam. Setel rumah masak segala bagai.
Bila keluar rumah, perhatian aku lebih kepada anak-anak sebab pernah sekali masa aku membelai dan borak-borak dengan pokok, anak aku siap pi panjat pagar untuk kejar kucing. Mujur waktu tu takde kereta.
Sejak tu aku da kurang keluar dari rumah sebab risau bebudak lasak ni pi berlari ketengah jalan then ada plak kereta tengah melaju. Hui seram weh!
Ada satu hari tu laki aku balik rumah, waktu tu da malam. Dia tanya aku, kenapa pokok cili tu tumbang? Aku terkejut sakan, sebab pokok cili tu duduk dalam pasu hygrow pot tu kot. Macam mana plak dia boleh tumbang.
Mengenangkan laki aku yang saban hari memang suka menyakat mengenakan aku, aku abaikan je kata-kata dia.
Malas layan nak-naknya bila dia gelak tengok reaksi aku lepas dia cakap macam tu kan. Esok pagi aku tengok, memang betul weh pokok cili aku tumbang. Siap dengan akar dia tercabut abis dari tanah!
Dua-dua pokok cili pulak tu! Dengan baunya lagi ya Allah aku sedih aku sakit ati aku tapi aku betulkan jugak pokok cili aku walaupon pokok tu da mula kekeringan sambil hidung aku ni kembang kempis tahan bau yang langsung tak enak tu.
Rupanya kucing tu korek tanah dalam pasu dan tumpahkan ke lantai, pastu membuang atas lantai dan kambus najis dia dengan tanah yang dia jatuhkan tadi. Pokok-pokok yang dalam pasu biasa pon mengalami nasib yang sama. Kalau tak kene korek, kene najisnya terus.
Bermula rutinku saban hari duk buang najis kucing dari pasu dan betulkan semula pokok-pokok yang menjadi mangsa. Aku keluar pagi-pagi hari waktu anak aku masih tido.
Kalau suami cuti, aku mintak dia tolong setelkan najis tu. Terkini aku cucuk lidi dalam pasu. Petua yang aku dapat setelah join group-group cucuk tanam kat FB tu.
Pokok batch pertama yang aku beli sedari awal PKP dulu tinggal separuh je. Yang lain mati sebab aku yang tak cukup ilmu pertanian dan sebab kene korek ngan kucing sampai tercabut abis dengan akarnya dari tanah berulang kali dan sebab dinajisi kucing si entah siapa tu. Aku beli pokok lagi baru ni.
Ganti pokok yang da mati. Terkini aku beli cat repellant Daiso sebab kawan suami cakap, lepas pakai cat repellant tu, kucing dah tak datang rumah dia lagi. Aku letak cat repellant tu sebelah pasu bunga ros. Pokok-pokok bunga ros ni aku tak sempat lagi nak cucuk lidi.
Aku fikir cukup la dengan cat repellant tu kan. Petang tu keluar rumah, satu pokok ros aku bergolek dengan tanah terkeluar dari pasu. Aku cari najis kucing tapi takde.
Rupa-rupanya dia korek tanah dan jatuhkan atas cat repellent yang aku letak kat sebelah pasu tu. Dia ada je kat situ duk tak jauh dari aku time tu. Waktu tu aku da geram. Aku pegang tengkuk kucing tu angkat dia dan marah dia sambil tunjuk pokok ros dan tanah bertaburan.
“Ni kerja kau kan? Kenapa ko kacau pokok aku?” Then aku perasan cara aku pegang dia salah sebab kaki depan dia tu terkepak sikit, tak menguncup macam anak kucing yang kene gigit dengan mak dia.
Sekarang, aku rasa bersalah. Aku rasa berdosa aku rasa aku zalim sebab sakitkan kucing tu.
Kepada si entah siapa, anda pelihara kucing sebab anda minat. Anda ingin pahala menyayangi haiwan kesukaan nabi. Tapi anda dapat dosa dengan membiarkan dia merayau minta makanan dari orang lain.
Tak cukup ke makanan yang kamu bagi pada dia sampai dia gi mintak dengan orang lain pulak? Anda dapat dosa kerana menzalimi jiran. Jiran pulak menanggung bau busuk najis haiwan peliharaan anda.
Anak jiran terpijak najis kucing masuk pulak kereta, satu kereta pulak berbau. Jiran dapat migrain sebab tak tahan bau busuk najis kucing. Pokok yang ditanam mati gara-gara kucing anda. Cecah seribu jugak tau duit beli pokok tanah pasu segala bagai tu.
Kucing anda tu baka bangsawan dari negara kayangan ke sampai jiran yang takde kena-mengena ni perabis ratusan ribuan untuk jamban dia semata? Anda nak ganti ke duitnya tu? Anda juga punca jiran ni berdosa kerana menyakitkan haiwan tersebut dek kerana terlalu lama menahan rasa.
Kepada yang membela kucing, tolong la jaga hak haiwan peliharaan anda sebaiknya. Makan yang cukup, ruang untuk membuang najis, shelter yang selesa. Da nak bela kan, sediakan la litter box dengan pasir kucing tu. Jangan biar dia membuang sesuka hati.
Dia memang tak reti sebab dia tak sekolah. Kamu yang bijak pandai tu ajarla dia. Kalau sungguh dah tak nak pelihara dia, uruskan la dengan baik. Bagi pada orang yang nak ke. Aku tak nak jangan bagi kat aku!
Jangan la dia terbiar tak terurus. Jangan zalimi dia dan jangan sampai orang lain terzalim kat dia dek kerana tak tahan menanggung rasa.
Sekian luahan dari aku si jiran yang tersakiti dan yang takde sekelumit niat pon untuk menyakitkan kucing kamu.
– Ros Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit