Assalamualaikum readers. Terima kasih admin sedia post confessions aku yang aku tahu mengundang kecaman hebat. Tapi aku masih perlukan pendapat orang ramai.
Nak tanya pendapat, aku ada 20 ekor kucing. 6 ekor belum kasi. Yang lain dah kasi. Breed kampung, tapi ada la yang gemok bulu kembang tu. Aku bela dorang dah 4 tahun. Tahun lepas aku kasi semua kecuali 6 ekor tu.
Awal awal dulu aku bela 5 ekor je, tu pun ada hilang. Pastu ada terlajak preggy tak sempat nak kasi, keluar la jadi total 20 ekor yang kat kampung. Aku bajet dalam setahun ada la dalam 2 3 ekor hilang, jadi makin berkurang. Tetibe aku kena ikut suami. Sebab kerja kat Johor.
Sekarang suami paksa aku cari kerja pulak kat sini, bila masa aku boleh jaga kucing-kucing tu??? Walau kita dah merancang elok, kalau Allah nak bagi plan lain kat kita boleh ke kita lawan? Aku pjj ngan suami makin buruk keadaan ada lah. PJJ bukan lah penyelesaian yang baik untuk hubungan aku dan suami.
Sekarang aku tinggal di Johor ikut suami kerja kat sini. Kucing-kucing tu adik aku yang jaga. Cuma makanan pasir semua aku la yang postkan. Dia cuma jaga dan bersih cage lah. Masalah aku adalah, adik aku sekarang form 5. Nak exam dah kan.
Aku tak sedap la nak sibukkan dia dengan aktiviti kucing tu. Lagipun sekarang dia sangat sibuk. Balik sekolah pukul 6.30 petang baru sampai rumah. Sabtu Ahad kelas tambahan. Balik dari sekolah dah penat. Kadang tak sempat nak bersihkan cage tu. Bila kotor, macam macam penyakit lah yang datang.
Aku fikir, katakan lah dia habis spm nanti, dia nak pergi sambung belajar mana-mana, siapa nak jaga kucing aku tu? Takkan nak lepas macam tu je? Konfirm jiran jiran marah keluarga aku.
Aku nak stay kampung memang tak lah suami dah kerja kat sini. Swasta kayh, bukan gov yang senang nak pindah. Aku nak balik selalu pun tak dapat. Duit tak berapa nak ada.
Ada yang minta aku jual atau bagi pada orang orang yang nak adopt, masalah nya kucing kampung. Dan dah besar umur 3 hingga 4 tahun dah. Kalau bagi ke orang untuk adopt, boleh ke dia bagi kasih sayang macam mana kami bagi.
Kalau kucing berbaka mahal, sakit sakit pun orang sudi ambil. Dari jauh sanggup datang. Aku pun tengok ramai je buat iklan adopt kucing kampung siap ada yang kata lagi ambil lah kucing kat pasar, sebab dorang belum ada rumah. Boleh jumpa yang lawa lawa lagi ikut nasib.
Jadi aku planning nak PTS 20 ekor kucing aku. Sayang gile. Tapi dari terkenangkan dia okay ke tidak luar sana, sekurang kurang kita tahu dia dah tak ada. Dari dia tak cukup kasih sayang, kita tahu dia dah bahagia kat dunia lain.
Aku tak boleh bawa datang Johor, kami tinggal flat. Dan dengan aku pun ada 6 ekor dalam rumah ni. Indoor. Yang ini aku bawak ulang alik balik kampung. Kes nya dorang sakit, jadi aku isolation kat rumah aku. Sekarang dah okay, tapi masih kena pantau.
Bila aku fikir aku akan menangis sampai bengkak mata. Aku tak tahu dah nak buat macam mana. Tak sanggup nak lepas macam tu je. Kucing-kucing aku semua indoor. Outdoor pun 2 jam sehari macam tu. Tapi siapa nak jaga?
Berdosa kah aku???
– Fara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit