Kulit Bermasalah

Salam and hye dear readers.

Okay confession saya bukanlah sebab cinta ataupun nak share hal-hal kehidupan tapi sy nak memcari sesuatu untuk cantik. Saya tahu kalau saya tanya macam mana saya nak dapat kulit yg cantik dan sihat, mesti akan ada je yg suruh wuduk. Okay saya faham tu tapi saya perlukan jawapan atau cadangan yang lebih relevan, okay?

Saya mengalami masalah muka sejak saya menggunakan produk T*** dan sejak daripada itu kulit muka saya tak pernah sihat. Jerawat dan parut jerawat hitam besar2 di muka saya tak hilang2. Kulit muka kusam dan walaupun saya cuba guna foundation ataupun concealer tetap nampak tak cantik sebab muka bergerutu. Saya bukanlah jenis yg pandai makeup dan tak sukakan makeup tapi kulit sebegini memaksa saya untuk bermakeup.

Saya sekarang sedang menggunakan produk Rau**** skincare baru sahaja seminggu namun seolah tiada sedikit pun perubahan malah makin byk jerawat yg tumbuh. Kebanyakan seller produk akan menghilangkan diri selepas produk sampai ke tangan sy dan bila sy tanya tiada jawapan.

Jadi, sy betul2 ingin mencari seseorang untuk menjadi penasihat kecantikan sy yg tak berkira soal wang ringgit sebab sy tak mampu nk dptkan nasihat drpd pakar kulit. Sy tak perlukan muka putih pun tapi cukup lah hilang semua masalah kulit dan saya miliki kulit yg sihat dan tidak bermasalah.

Oh lupa nak cakap, sy juga sudah menggunakan produk farmasi tapi tetap sama juga. Apa sy salah cara atau kulit sy memang dah rosak teruk? Sy sangat hargai cadangan ataupun apa2 pandangan daripada kalian.

Terima kasih.

– Miss J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit