Kunci Hati

Sepanjang hidup aku, aku pernah couple sekali je. Dan aku takut itu lah kali terakhir sepanjang hayat aku. Nauzubillah.

Dari kecik ayah selalu pesan untuk tak bercinta sampai lah dah grad. Focus pada belajar. Aku tak pernah bantah & selalu ikut.

Bila dah masuk uni, dengar pulak ceramah tentang ikhtilat, bertambahlah aku cuba mengelak. Tak kira lah peluang yang ada, bagi aku, aku percaya pada qada & qadar Allah.

Lepas je grad, alhamdulillah – aku dapat kerja yang baik. Tak lama lepas tu, aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang serba serbi baik dimata aku.

Kalaulah aku boleh describe macam mana orangnya, dia lelaki yang drama TV3 pukul 7 suka portray. Masa tu rasa bersyukur semakin tinggi, sebab semuanya akhirnya berjalan according to plan.

Corner sikit cerita, prior to this, aku deal dengan depression & anxiety hampir 10 tahun sebab bimbang dengan masa depan aku. Ditambah pulak parents aku ada very high expectation pada diri aku.

Bila masuk pulak kerja, aku kerja dekat salah sebuah MNC di Malaysia ni. So, expectation dari management untuk perform tinggi. & aku pulak sejenis orang yang suka self-critic. So depression aku tak pernah pulih, semakin chronic instead.

Masalah aku, aku membesar dengan pemikiran Cinderella. Bahawa suatu hari nanti akan ada seorang Prince Charming yang akan datang menyelamatkan aku.

Jadi, automatically aku nampak diri aku sebagai victim yang menunggu seseorang untuk datang menyelamatkan aku. & pada mata aku masa tu, ex-bf aku tu lah penyelamat yang aku tunggu tunggukan.

Beberapa bulan pertama, biasalah, honeymoon period. Semuanya indah. Tambah pulak kita discover yang kita sangat compatible. Masa tu, kitorang lah BFF each other.

Here’s the thing, no matter how close & in love we were, there was never once we cross the line. Pegang tangan pun tak pernah. Sebab kita nak jadikan relationship tu as halal as possible.

Reaching the 6th month mark, dia ajak aku kahwin. Allahu, Allah sajalah yang faham bertapa happy & leganya aku masa tu. Dia lah yang Allah kirimkan pada aku, untuk membimbing aku.

Jadi, dia pun express his thoughts kepada ayah dia. So, here’s where the story gets tricky.

Dia kena marah dengan ayah dia. FYI, masa tu umur kitorang berdua 26 tahun. Kata ayah dia, anak lelaki dalam keluarga dia hanya boleh kahwin umur 30 tahun ke atas.

Kena focus dengan upgrade skills sebab diorang akan take over family company. Tambah pulak, ayah dia suruh cari orang yang lebih muda dari dia.

Supaya mudah nak control. Besides, diorang prefer perempuan yang belajar tinggi, tapi rela untuk jadi homemaker & jaga anak anak bila yang lelaki keluar making the bucks.

Bila dia bagitahu aku, hati aku remuk. Tapi bila dia tanya aku, kalau aku rela bina hidup dengan dia dari scratch, sebab bagi dia the only way kitorang boleh kahwin ialah kalau dia tak rely dengan company ayah dia.

Pada mulanya, aku setuju. Tapi, seorang yang rasa pentingnya mendahulukan ibu bapa. Jadi, pada aku, aku taknak husband aku jadi anak derhaka untuk aku.

Aku istikharah. Berkali kali.

Gerak hati aku mengatakan, jangan push untuk kahwin sekarang. Jadi, aku ingatkan pada dia. Kitorang postponed plan kahwin, plan untuk pujuk hati ayah dia. In meantime, parents aku dah kenal dia, & suka pada dia. Selalu lah jumpa.

Tapi disini lah dimana semuanya menjadi semakin sukar & perit.

Satu persatu kisah silam dia terkeluar. Satu persatu sikap kurang baik dia terkeluar. Tapi aku in denial. Sebab aku sayangkan dia. Dalam seminggu, kitorang mesti bergaduh 3-4 kali.

Dengan aku yang takde experience dalam relationship & takde contoh mudah disekeliling aku untuk sebuah perhubungan yang positive, aku jadi bodoh dalam setiap reaksi aku.

Tambahkan pulak, ex aku ni sangat perahsia, sebab ayah dia sangat particular dengan info yang diorang boleh bagi orang luar syarikat tahu.

Tak kiralah pasal syarikat, mahupun personal. Sebab taknak competitor jumpa kelemahan diorang. Jadi, aku yang lurus ni, tak pernah sekali pun cerita apa yang dia cerita pada aku. Not once.

Sampailah ke harini aku pegang janji aku. Tapi, disebabkan ini jugaklah aku takde kawan yang boleh nasihatkan aku.

Mental aku deteriorated semakin teruk. Depression & anxiety aku semakin teruk, sampaikan aku asyik terjaga malam. Benda ni affect relationship kitorang teruk. Kitorang break.

Tapi, kitorang stayed friends, sebab we’re each other’s bff. Both of us focused on self-development.

The result of this, he went on behalf of his company to monitor one of the major O&G project diorang dapat kat selatan tanah air. Tapi we still keep in contact.

After several months, we got together again. This time, its long distance.

Every weekend dia mesti balik untuk jumpa aku. Semuanya back to normal. Less fights.

But old baggages remain unresolved. Aku mula rasa bersalah. Aku yang dulu beriya menjaga ikhtilat, taknak couple lah, is in a relationship that who knows will end well or not. Aku mula rasa bersalah dengan Allah. Jadi, aku istikharah lagi.

Selang berapa bulan, ex aku bukak lagi cerita kahwin. Katanya kali ni dia ada duit cukup hasil new project diorang tu. Dia akan cuba persuade parents dia again.

It went up to akhirnya aku diperkenalkan dengan parents dia. & there’s a discussion for merisik on the coming months.

Tapi, hati aku semakin resah.

Sama ada old baggages menghantui aku, atau unresolved mental issues aku. Tapi sikap dia yang buruk semakin kerap terluar. Aku tak nafikan, dia suka gaslight aku. Tapi, aku tak pulak menafikan yang aku pun turut sama bersalah.

Akhirnya, satu malam dia terlepas marah & tengking aku. TLDR, we broke up again. But this, its for real. Everything was called off.

Aku menangis setahun. Aku yang keras & jarang menangis, bertukar menjadi orang yang akan menangis walaupun tengok iklan where happy family laughing together. Ya Allah, kenapa lah susah sangat aku nak merasa bahagia atas dunia ni?

Selepas setahun bila aku mula pulih, dia text aku balik. Nak jadi kawan katanya, sebab bagi dia, aku je yang faham dia. Aku layan di awalnya, tapi baggage masih disitu. Akhirnya, kita tamatkan contacts for real. Delete each other from our life.

Aku kembali ke square one, susah move on. Hati aku masih kuat pada dia. Seolah cinta mati. Setiap kali aku berdoa, aku berdoa agar Allah hilangkan rasa yang aku ada pada dia. Tapi aku tak salahkan Allah.

Aku percaya semua ni qada & qadar Allah. Sebab dengan jumpa dia lah aku belajar & berubah secara total menjadi orang yang lebih baik. Silver lining.

Ajaibnya, dari peritnya semua ini, Allah kurniakan kesembuhan dari depression & anxiety. Walaupun ianya mengambil masa bertahun tahun. Kemudian, Allah gantikan dengan rezeki tak putus putus.

Semuanya pun dah 5 tahun berlalu. Dia pun dah berkahwin dengan orang lain. Dan mungkin sekarang dah ada anak. Walaupun hati aku dah pulih, dan aku dah move on (dalam definisi aku), tapi hati aku masih tertutup pada cinta lelaki lain.

Bukanlah aku masih berharap, tapi hati ini hanya seakan akan hanya untuk dia. Terkadang aku terfikir, mungkin aku ni ditakdirkan untuk mengikuti jalan Rabiatul Adawiyah, dimana cinta aku hanya dimiliki yang Maha Esa, Dia yang Satu.

Aku menulis disini bukanlah nak meminta simpati, dan bukanlah nak memburuk burukkan sesiapa mahupun mengungkit ungkit kisah silam. Cuma aku sepi.

Semuanya terpendam, takde siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku, dan takde siapa yang tahu apa aku rasakan sehari hari.

Di kehidupan realiti, pada orang lain – aku adalah manusia yang beruntung. Alhamdulillah dikurniakan paras rupa yang baik & menarik, diberikan rezeki yang melimpah, seolah aku ada segalanya yang mereka mahukan.

Dan aku sememangnya bersyukur akan segala kurniaan Allah padaku. Tapi aku masih wanita biasa, terkadang mencemburui melihat orang lain bahagia berpasangan.

Seandainya takdir Tuhan, perjalanan hidup aku akan terus sepi, maka aku redha.

Cukuplah hidup aku adanya Allah. Tapi, sebagai manusia yang lemah,

Aku masih berharap suatu nanti agar Allah membuka semula hati aku & pertemukan aku dengan seorang lelaki yang baik, yang akan menjadi penyejuk hati aku & membawa aku ke syurga, sebagaimana aku boleh menjadi penyejuk hati dia & membawa dia ke syurga juga. Aamiin.

– Maria Mercedez (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *