Kunci Neraka Di Tangan Doktor Wanita

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Ini sekadar luahan hati saya.

Buat pertama kali dalam hidup, saya telah curang terhadap isteri saya dan saya sangat menyesal atas perbuatan saya serta bertaubat kepada Allah. Saya juga percaya, ini adalah ujian dan cara Allah tunjukkan kepada saya jalan kembali kepadaNya. 

Ceritanya bermula dimana saya berkenalan dengan seorang doktor wanita di satu laman media sosial. Doktor wanita ini tidak lah cantik dan bentuk tubuh badan tidak lah hot dan ambil gambar semua pakai filter.

Permulaan perkenalan dimulai oleh sebab doktor wanita ini menunjukkan tanda-tanda sedang menghadapi masalah rumahtangga dengan suami nya (sekarang ini bekas suami) dan mereka ketika itu sedang dalam fasa penceraian kali ke-3.

Doktor wanita ini bekerja di sebuah fasiliti kesihatan di negeri X manakala suaminya bekerja di Negeri Y. Rumah kediaman kelamin mereka adalah di negeri Z. 

Saya menjadi kasihan terhadap nasib yang menimpa kepada dia, bilamana dia menceritakan banyak sekali perkara buruk dan penderaan yang dilakukan terhadap dirinya oleh suaminya. Dia menceritakan penceraian mereka yang pertama, ke-2 disebabkan suaminya membuat penderaan.

Dipendekkan cerita, dalam masa seminggu kami telah check in di sebuah hotel. Selepas daripada itu, berlaku beberapa siri check in lagi termasuk di rumah doktor wanita tersebut.

Akhirnya, dengan kuasa Allah, terbongkarlah hubungan sulit saya dan doktor wanita ini dengan isteri saya dan seterusnya juga bekas suami doktor wanita tersebut. 

Saya memang berniat untuk menghalalkan perhubungan haram tersebut dan memang sudah beberapa kali mengutarakan rancangan itu kepada doktor wanita itu tetapi dia tetap tidak memberi kata putus. Punca penceraian ke-3 mereka itu bukanlah disebabkan oleh saya.

Pada suatu ketika, bekas suami doktor wanita itu menghubungi saya dan meminta penjelasan. Dia juga telah memberikan maklum balas dan cerita sebenar yang mana bertentangan dengan yang diceritakan oleh doktor wanita tersebut pada mula-mula perkenalan kami.

Bekas suami doktor wanita tersebut menunjukkan bukti-bukti penceraian mereka yang terdahulu dan yang ke-3.

Saya memang terkejut melihat semua bukti-bukti tersebut padahal sepatutnya sudah ambil maklum dan tahu bagaimana perangai doktor wanita itu (seminggu sudah boleh check in) tetapi menolak untuk tidak mendengar kata hati instinct pada mula-mula perkenalan. 

Antara kifarah yang Allah tunjuk cash kepada saya ialah doktor wanita itu diceraikan kali pertama, ke-2 dan ke-3 adalah disebabkan doktor wanita itu terlibat dengan perhubungan sulit dengan doktor lelaki di tempat kerja lama dan baru.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Kuasa, kerana telah memberikan petunjuk dan pengajaran secara langsung bahawa apa yang saya buat itu menzalimi isteri saya dan merosakkan saya dan keluarga.

Alhamdulillah, saya bersyukur juga kerana tidak terlanjur berkahwin dengan doktor wanita tersebut. Isteri saya menyatakan kifarah kepada saya sepatutnya dapat berkahwin dengan doktor wanita itu, barulah padan penzina berkahwin dengan penzina. 

Apa yang boleh diambil iktibar daripada kisah saya ini, jangan sesekali membuka pintu ke jalan penzinaan apatah lagi antara suami orang dan isteri orang.

Saya meminta maaf atas kesilapan saya memilih jalan yang hina itu dahulu dan saya tagih doa daripada warga IIUM Confession dan pembaca sekalian supaya hubungan saya dengan isteri cepat kembali pulih dan isteri juga cepat pulih daripada trauma ini.

Saya harap suami-suami di luar sana ambillah iktibar daripada kisah saya ini, semoga cukuplah dapat memberi sedikit pun peringatan dan pengajaran jika ada niat hendak curang kepada isteri anda.

Pesanan saya buat isteri-isteri di luar sana, jangan lah sesekali mencari tempat lepas kesunyian dan menceritakan masalah rumahtangga kepada orang lain khususnya berlawanan jantina kerana tidak ada persahabatan antara wanita dan lelaki.

Tambahan lagi, jangan lah diri sendiri yang menggoda dan membuka pintu ke lembah kehinaan itu, kunci di tangan anda mengikut pengalaman saya di atas.

Sekian luahan hati daripada saya. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. 

– Mr S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Huhu. pedas jugak tu apa isteri kata. Semoga Allah menunjukkan jalan taqwa terhadap confesssor

  2. Sakit dan derita yg dicipta dan dicari oleh diri sendiri, so carilah cara penyelesaian sendiri dgn cara yg paling baik.. jgn nk dalahkn org lain atau pon Tuhan pulak, salahkn lah diri awk sendiri.. taubat nasuha, dan mohon maaf kpd isteri.. hukuman yg awak terima ialah perkara ini xkan luput dari ingatan awk sendiri, spt juga org yg pernah membunuh org, walau pon mngkin juga org lain xtahu, tp Allah maha mngetahui dan perkara itu tetap akn menghantui nya, sehingga lah ke akhirnya, kecuali dia mnyerah diri kpd pihak berkuasa dan yg lbh penting ialah, mnyerah dirinya kpd Allah ta’ala.. wallahua’lam.

  3. thanks for sharing.. sebagai satu pengajaran kepada masyarakat.. semoga hubungan awak dengan isteri kembali pulih..

  4. semoga wife u tinggalkan u dan dapat lelaki lain yang berganda baiknya.
    perempuan yang baik utk lelaki yg baik..kbye

    • Kalau aku la kan… Sekali jer kau kantoi berzina, aku ucap Selamat tinggal. LANGSUNG TAKKAN ADA PELUANG! Kau kantoi bercinta, bermesej2, boleh la lagi Kasi PELUANG TERAKHIR.. Senang jer ea kau acah2 jadi penasihat pastu masuk hotel. Dasar buaya! Semoga wife kau tak terima kau Dan kau menyesal sampai mati. Kawin la kau ngan Doktor takde maruah TU. Kalau Dia nak… Kalau Dia tanak, padan muka kau!

  5. Salah tajuk tu bang..bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..tepuk dada, tanya iman..bukannya salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri. Semoga kekal istiqomah dalam bertaubat dan dipermudahkan urusan

  6. 1. Tau pun bini trauma. Semoga isteri u jumpa suami yg betul2 ikhlas jujur n setia bukan yg curang mcm u.
    2. Nak salahkan doktor perempuan tu pulak. Salahkan diri u sendiri. Dasar lelaki tak guna

    • Pencurang, dan dia salahkan orang lain atas kecurangan dia. Ketahikan apakah ini. Semoga isteri awak akan jumpa lelaki lain yg lebih suci.

    • Itulahh… Terpaling tak bersalah weyhhh… Kifarah dia nampak kt doktor tu je. Pastu nk cerita seolah2 dia yg terperangkap dan menjadi mangsa padahal sama2 syiok sama2 beriya nk check in smpai berkali2 pun. Eh kalau ko betul2 insaf, xde ko nk cerita pulak pasal bentuk badan doktor tu x hot, muka doktor tu biasa2.. Kalau dpt check in dgn pmpuan yg hot yg cun, rasa2 x insaf n x berhenti lg persundalan ko.Setan punya jantan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *