Hai semua, aku Kuntum sudah berkahwin 8 tahun. Anak 2 orang. Umur aku 34 suami aku 44. Aku suri rumah, suami aku penjawat awam. Jarak tempat kerja dengan rumah tidak lah jauh. 5 minit je.
Aku tak lah cantik cuma ok lah mata orang kalau tengok takda lah orang cakap ”jelek” hihi.. Kulit tak gelap, cerah gitu2 ja.. berat mungkin 60kg, Saiz S baju suami pun masih longgar hahaha..
Suami pun taklah hensem.. ok lah mata orang kalau tengok takda lah kata ”jelek” hahaha..
Aku cuma nak bercerita sebab ini aib jugak. Malu lah nak cerita dekat keluarga. Cerita dekat kawan pun malu.
Suami aku baik, ringan tulang. Cuma tabiat dia yang aku kurang senang baca komik kat app telefon berjam2. Atau pun main game yang dlm playstore tu lah.
Aku ok ja daripada dia main perempuan kan. Tak apalah hobi dia. Cumanya asyik tidur lewat ja. Tidur awal jarang sekali.
Kalau kata chat dengan perempuan, tak tahulah. Saya ni sampai tertidur tunggu dia. Terjaga pun saya kalau bukan sebab nak kencing atau terhidu asap rokok. Suami aku kuat isap rokok. Penat saya tegur kurang2kan lah isap rokok tu. Tapi sia2.
Aku pun nak jugak perhatian belaian ciuman dimanjakan sebelum tidur. Tapi setiap kali aku bagitahu direct macam angin. Peluk tidur cukuplah. Ciuman pun tak ada. Setakat di dahi, pipi adalah.
Cium mulut bukannya mahu seks semata2. Tapi hanya mengukuhkn lagi hati ni masih sayang dekat dia (aku hampir tawar hati)
Bila siang tak boleh lah bermanja2 ada anak. Time anak tidur, tidur juga lah kami tak pun tengok hp.. mahu bermanja2 ka apa memang tak lah sebab rumah panas (rumah sewa) mood tak ada.
Malam ja lah time anak tidur boleh buat tarik mood, tapi masa tu juga lah aku yang tertidur dulu.
Aku sudah cakap berulang kali, jangan sebab anak teruskan perkahwinan ni, kau makin tua kau tak menopause. Aku ni perempuan kalau sampai masanya menopause macam mna? senang bagi alasan kenapa cari perempuan kan?
Aku bukannya gila seks. Cuma itulah keperluan dalam perkahwinan. Kalau tak buat apa kahwin? Sebab mahu anak? Aku sudah cakap dekat dia kalau sebab mahu anak, aku sudah bagi. Jadi cerai lah aku.
Aku tak kahwin pun lepas ni tak apa. Menyusahkan otak aku ja. Bagus aku bahagiakan hidup aku, cantikkan diri aku, kerja ka apa2 yang berfaedah utk diri aku.
Sekarang ni pukul 3 pagi aku duduk luar, dia sudah lena. Hahahaha, kesiannya aku menagih kasih dari suami.
Soalan dia bila aku merajuk “sayang nak apa lagi? Tengok cara syang berbeza dengan apa yang sayang cakap” hahaha masa belum kahwin, bukan main, nanti sudah kahwin bla bla bla.. Bila sudah 8 tahun kahwin ni ermm…
Berbalas chat dengan rakan sekerja perempuan rancak (bab kerja atau tak) karpet pun nak di bagi tahunya suami aku. Aku tak ada lah cemburu pun aku cuma bila dengan aku chat erm lambat juga replynya.. tapi kalau perempuan 2 tu tak kira waktu suka ya reply.
Memang rumah tangga ni mcm ni kan? Tak kisah lah suami ka isteri sama ja. Aku ni sebaik mungkin sudah layan dia bab batin tapi kalau aku ja yang asyik meminta, eee tolong lah macam dia lah satu2 nya lelaki. Menyampah aku.
Jujur aku cakap kalau aku ni jenis install app chat2 ni, chat dengan mana2 lelaki memang jadi tak ada perasaan langsung aku ni dekat suami.
Kalau pikir anak aku sudah bagi dia pilihan. Cerai aku, aku dengan anak bongsu balik rumah mak aku. Dia jaga anak sulung sebab sekolah. Dia tak mahu.
Apa juga lelaki ni mahunya??? Salah kah aku mahu hubungn macam awal2? Tak kan sebab penat kerja sebab tua da jadikan alasan??
Berbalas chat dengan rakan sekerja tu tak sebab tua? Aku ni sudah lah sanggup ikut dia pindah kat negeri mak dia, aku tak ada siapa2 sini. Ini pulak aku dapat?? Sial! Hahahaha..
Kalau cakap aku tak usaha itu ini ermm semua sudah, aku sudah berusaha. Kalau sebab masalah ekonomi jadikan rumah tangga hambar, cerai ja lah. Tapi tak mahu.
Aku ni susah pun aku lalui ja dengan dia tak ada aku tinggal2 dia. Apa yang ada di rumah aku masak aku tak mendesak menghukum atau memaki mengata dia. Sabar sahaja aku selalu.
Tapi perangai macam ni lah kadang cari salah aku ja. Kalau depan mata aku sekalipun aku tegur, time moodnya tak ok jangan harap dia mngaku mengalah. Tapi kalau mood nya ok tahu pulak minta maaf.
Kalau ada tempat kerja yang ada hostel perempuan, sekitar selamat betul aku mahu kerja. Biarlah dia besar kan anak sorang2. Dia tak kedekut pun, ada duit dia bagi ja aku beli apa aku mahu. Cuma aku bukan mahu itu ja semata2.
Tapi bila aku kerja pulak tinggal kan anak mesti cakap aku ni ibu itu ibu ini. Adoi lahhhh… kalau anak sudah besar, aku umur 50 tahun aku mahu healing apa tua2 bangka ni?? Hahahaha..
Aku tak minta pendapat ka apa.. aku cuma meluah saja.. hehe.. terima kasih sudi baca.
– Kuntum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit