Kuntum Buntu

Assalamualaikum semua. Aku tak tahu la ramai perasan atau tak sebelum ni Kuntum pernah confess disini.

Boleh baca, (https://iiumc.com/aku-harap-dia-berubah/).

Sebelum cerita ni pergi lebih panjang biar la aku bagi tahu ini confession rumahtangga. Mungkin ada yang akan baca untuk bantu tapi mungkin juga ada yang tak suka baca sebab takut trigger dengan diri sendiri.

Confession aku dulu adalah mengenai campur tangan mertua dalam rumahtangga. Aku cuba cari kekuatan dengan kata-kata semangat sesetengah readers disini. Terima kasih aku ucapkan. Tak kurang ada yang buat aku tersenyum tercuit hati.

Macam aku katakan dalam confession lepas aku buat keputusan untuk jauhkan diri dari mertua sebab the negative vibes consumed me, a lot! Aku juga katakan suami dah berubah, tak menyalahkan aku. Makin membantu. Rupanya bahagia tu sekejap je Allah pinjamkan.

Suami kembali ke perangai dia yang lama. Main phone, tidak membantu dalam hal rumahtangga. Bukan setakat tak bantu aku buat kerja malahan menambah kerja aku. Tapi tak adil juga kalau aku kata dia tak tolong langsung.

Ada, beberapa kali selepas berkali-kali aku minta pertolongan. Tak susah pun sebenarnya. Setakat minta tolong sapu porch, minta tengokkan anak, susukan atau mandikan sebab aku memasak atau buat kerja yang lain.

Kemas rumah aku buat. Tapi mana barang kat dapur lepas dia guna memang aku bebel kalau dia tak basuh. Seingat aku tak pernah lagi aku goyang kaki dan minta dia tolong. Tak pernah.

Aku minta tolong time aku buat kerja yang lain je. Time kuarantin macam ni aku minta tolong dia beli barang. Takkan aku nak keluar tinggalkan anak?

Untuk pengetahuan memang aku tak pernah tinggalkan anak dengan dia. Aku ada isu kepercayaan. Kenapa aku tak percaya? Depan aku anak merengek nak susu masa aku tengah masak, dia main phone.

Bila aku bersuara baru pandai nak letak phone kat tepi. Susu pun aku yang buatkan. Macam mana aku nak tinggalkan anak bawah jagaan dia?

Isu baru kami adalah kemungkinan kami akan bercerai. Ada campur tangan mertua di sini. Dia pun dah keluar rumah tinggalkan aku dan anak. Kenapa aku kata ada campur tangan mertua? Macam dalam confession dulu, semua dia update status kat facebook. Aku dikatanya sakit mental.

Suami pun ada update status. Dikatanya aku wanita neraka sebab kufur dengan kebaikan suami. Benda ni jadi trigger sebab ada satu hari ni seharian dia tidur.

Sebenarnya dah beberapa kali sebelum ni. Bangun untuk makan pastu tidur balik sampai maghrib. Lepas maghrib sambung main phone. Tapi aku diam. Aku tak nak keruhkan keadaan walaupun dalam hati marah teramat.

Aku harap esoknya dia tolong buat kerja rumah. Tapi tak, sama je. Lagi dia tambah kerja aku kat rumah ada la. Aku cuba layan sebaik boleh dalam amarah. Tak tolong aku tapi minta aku urutkan dia. Aku buat cuma tak up to his standard la.. katanya tak cukup nak lagi.

Ingat aku ni tak penat ke lepas kat dapur baru nak ambil nafas kena urut pula. Dan yang trigger lagi dia melawat mak dia yang baru balik overseas. Oh lupa nak cakap, ini cerita musim kuarantin. Belum habis tempoh kuarantin dah jumpa.

Aku ni dah la tengah meruap marah. Dia balik buat selamba macam tak ada apa. Aku tak tahu dia pergi jumpa sebab aku memang minta tolong beli barang tapi keadaan dia keluar rumah tu kami tengah gaduh.

Ada hari sebelum tu masa mak dia balik aku dah ingatkan berkali-kali jangan jumpa lagi. Tunggu habis kuarantin dua minggu ni. Tapi tak juga dengar. Bukan aku tak bagi contact ke apa ke.. sabar la.

Dah enjoy holiday follow je la SOP KKM. Susah sangat ke? Kalau negatif ha senang habis kuarantin jumpa je terus. Tak ada siapa nak halang pun.

Macam mana kalau positive covid? Aku ada anak kecil! Ya Allah masa ni tak tahu la nak cakap macam mana. Aku takut sangat anak aku kena.

Aku halau dia suruh dia kuarantin dengan family dia dan aku terlanjur kata minta dia lepaskan aku. Dia keluar. Dan kemungkinan besar kami akan bercerai. Aku kusut.

Aku bukan nak bercerai. Tapi aku marah. Faham tak marah sangat? Kenapa dia tak boleh fikir dulu sebelum buat sesuatu? Benda bukan remeh.

Aku perlukan kata-kata semangat sangat sekarang. Aku mohon jangan la hamburkan perkara negatif. Kami masing-masing memang ada khilaf kami.

Aku mohon kalau ada nasihat atau cadangan, tolong aku. Kalau ada free legal advise pun aku berharap sangat (mengada pula rasa).

Kalau ada silap aku dimana-mana yang aku tak sedar, tolong cakapkan. Tapi tolong, aku tengah sedih tak stable sangat sekarang. Tolong jangan buat aku menangis dengan kata-kata negatif.

Terima kasih semua.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *