Kurang Berusaha vs Mengharapkan Orang

First sekali aku nak bagitau yg aku tak perfect. Mungkin tak layak untuk nasihat orang. Ni hanya pandangan aku. Korang setuju atau tak terpulang. Aku cuma nak tegur. Kepada generasi muda dan tak berapa muda tapi masih sihat, please lah ada cita-cita besar, impian besar dan tolong lah usaha keras untuk capai impian kau tu. Bukan untuk orang lain. Untuk kepuasan, kesenangan diri sendiri & family korang jugak.

Korang boleh panggil aku bawang independent. Aku bukan dari family kaya. Aku sederhana dan pernah hidup susah. Tapi mak ayah aku jenis yang sangat positif, jenis yg selalu galakkan anak-anak dia untuk capai macam2 kejayaan. Dan aku pun sedar aku BUKAN kategori family kaya raya harta tak habis 10 keturunan. So dari kecil memang aku dah work hard & smart untuk berjaya dalam hidup dan nak senangkan mak ayah aku. Hasilnya? Alhamdulillah income aku lebih dari 5 figures sebulan sejak umur 25 tahun.

Usaha yg macam mana untuk berjaya? Well tu depends pada kau jenis yg macam mana. Kalau kau kategori pandai, selalu skor straight A dalam exam besar, kau ambil lah course yg berpotensi dapat gaji lumayan. Bila result kau gempak, company yg cari kau kerja.
Kurang pandai? Jangan rendah diri sebab kepandaian kau mungkin bukan pada pelajaran tapi pada benda lain. Tunggu kau je yg kena cari dan cungkil sendiri. Setiap kita Allah dah kurniakan kelebihan masing2.

Result exam ke longkang? Jangan risau sebab ada banyak jalan lain. Contoh berkuli dengan mana2 syarikat, dapatkan pengalaman dan skills, lepas tu kau bukak lah bisnes sendiri. Kalau kau pandai ajaklah boss kau jadi partner. Fikir! fikir! Google cari peluang. Tapi jangan sampai tersontot dengan scam ya. Lagi satu, sekarang kan zaman social media. Pandai-pandai la ambil peluang buat duit. Jangan membawang je. Hehe. Tak reti? Google je macam-macam cara & tips keluar. Malu? Malu tak bagi kau apa-apa & tak tolong kau waktu susah.

Aku tulis ni sebab aku kesal tengok kawan-kawan aku yang bukan dari family senang, tapi masih tak nak ubah nasib. Masih kurang kesedaran. Masih kurang berusaha. Kerja pukul 9am-6pm. Malam buat la part time. Atau weekend? Especially yg bujang tu. Time ni la korang boleh dapatkan sebanyak ilmu & pengalaman. Ramai kawan-kawan aku yg cakap malu nak kerja part time. Tak de class. Tapi sudah nya hujung bulan sibuk ke hulu ke hilir pinjam duit.

Hmm aku anti betul dengan golongan yg nak menjaga class tp susahkan orang lain. Dan aku anti orang yg kurang berusaha macam ni. Ada sesiapa perasaan macam aku tak? Ke aku sorang je yg rasa macam ni? Bukan apa. Sebagai manusia yg sihat, aku percaya kau yg suka meminjam tu sebenarnya larat je nak buat kerja lebih masa atau kerja part time. Tak boleh weekdays, weekend. Nak seribu daya. Tak nak seribu alasan.
Contoh part time: jadi tutor, bawak grab, dll pekerjaan halal.

Mungkin ada orang cakap duit bukan segalanya. Alah cukup je gaji beberapa ribu ni. Dah tu rezeki yg tertulis untuk aku.. Haishh tapi pernah tak fikir, contoh… tiba2 orang yg kau sayang jatuh sakit atau ditimpa musibah yg perlukan cash yg banyak. Kau pulak mati kutu nak pinjam dan minta tolong siapa. Please hentikan mentality meminjam & mengharapkan pertolongan orang lain. Sampai bila? Kau sedar tak sebenarnya kau boleh dapatkan banyak income zaman sekarang ni. Tinggal kau je kena cari ilmu, apply ilmu tu dan tukarkan jadi duit.

Contoh lain buat bisnes online. Takde duit nak masuk kelas? Google dan buat research sendiri je. Kau perhatikan lah instagram2 atau owner page yg famous cara diorang jual dll. Yes takde benda yang senang. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Mula-mula je kau rasa susah. Lepas 1-2 tahun, inshaAllah masyukk income kau. Ada orang yg hebat tak sampai 2 tahun pun, ada orang yg ambil masa sikit. Yg penting jangan putus asa. Amalan2 yg memurahkan rezeki pun jangan lupa amalkan.

Income dari kerja tetap + kerja part time ni la kau kena asingkan. Simpan untuk emergency atau in case ada apa2 musibah = x 6 bulan gaji. Invest pada mana2 tools yang betul. Lebihan dr tu, baru la kau boleh guna untuk beli gajet baru ke handbag baru ke travel ke. Ni simpanan 000 tapi iphone baru kau la org pertama beli. Rokok berkotak-kotak sehari. Makan mahal-mahal. Tapi bila ada emergency mengharapkan pertolongan org lain. Ubahlah lifestyle. Dapatkan ilmu kewangan yg betul. Jangan malas berusaha.

Luahan aku ni khas untuk orang yg kurang berusaha tapi suka meminjam. Korang yg dah kerja keras, tapi masih belum cukup stabil dr segi financial, aku doakan korang dimurahkan rezeki dan jangan putus asa. Masa korang akan sampai nanti. Istiqamah je.

Sekian dari aku, bawang independent.

– Bawang Independent

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *