2 tahun berlalu tanpa aku sedar, aku mengangur. Sijil yang aku miliki seakan tiada erti, walaupun aku dekan setiap sem A kecuali math dan bi, semua itu tiada makna.
Ini kerana, berkali kali aku minta kerja, datang suara hati, ‘kau boleh ke buat kerja nie, kau kan lembab’ sudahnya aku tak jadi mohon, dulu aku ada kerja selama 3 bulan, tapi aku behenti sebab aku tak yakin diri aku.
Bayangkn nak buat, ‘Flyer, banner, katalog’ semuanya aku berkali kali tanya bos (lembap betul aku).
Itu belum lagi bab kira kira lagi lah aku slow, maklumlah paling tinggi aku dapat B-, Sudahnya aku behenti, sebab aku rasa aku susahkan semua orang.
Baru baru nie bila yakin tu datang, aku cuba beranikan diri minta kerja sekali bos kedai tu reply ‘maaf tapi tempat kami tak sesuai untuk oku’. Huhu, aku okey je sebab aku serius takut.
Itu belum lagi aku pergi shopping mall or mana mana tempat public, sudah pasti secara tiba tiba aku batuk, susah nak bernafas, tangan mengeletar, pasti dan pastinya aku berkepit je dengan orang yang aku kenal, kawan ke, mak ayah ke,
Sudahnya mak aku geram, baru nie, saja je, dia teman adik aku dapatkan rawatan, dekat bahagian atas, klinik tu 2 tingkat, manakala untuk urusan aku, mak aku cakap. ‘Sila turun dan beranikan diri sorang sorang jumpa dr ye’.
Mak aku tegas. Kalau A dia cakap A lah. Nak tak nak aku uruskan pendaftaran semua sendiri.. Beb nak nagis weh.. Walaupun dah 23. Nak tak nak aku terpaksa lah. Sudahnya balik aku demam!
Sekarang pula, kalau pergi shopping mall, dia bagi aku duit, dia cakap jangan ikut dia, pergi mana nak pergi, dia pesan be confident!. Sudahnya aku pergi masuk kedai buku jelah (sebab tak ramai orang) Dengan tapau aiskrim. Macam biasa balik demam.
Nie, aku cuba nak minta kerja, memikirkan aku tak ada duit kot, duit JKM berapa sangat, nak beli itu ini, kita hidup bukan hari ini sampai bulan depan je, kita hidup tak tahu bila..
Tapi tulah, aku selalu ada isu dengan diri sendiri, kejap rasa diri sendiri bodoh gile, tak cantik, semua serba serbi tak kena lah. Kalau orang ajak bergambar aku mengelak, aku selalu juga tanya sepupu sepapat, macam mana nak cantik..
Sekali dia kata, ‘oi kitaorang punyalah nak kulit macam kau susah nak jerawat dan burn, kau sibuk nak jadi orang lain’
Susah beb, nak lawan suara dalam otak nie, suruh diam tak mau, dah lah memanjang cakap hal negatif, kalau muncul suare ke 2 tu takpe gak sebab yang number 2 lebih kepada positif.. Tapi biasanya kedua dua nie akan muncul dan bising, dan aku penat nak layan.. Akhirnya aku tidur.
Tidur pun tak lena, badan aku akan mengeras, dada rasa kene hentak, bibir kering tiba tiba, dan badan aku mengeletar tiba tiba.. Untuk beberapa saat.. Sumpah tak selesa.. Sakit woo dan kau rasa nak marah semua orang.
Oh ye, aku juga tiada apa apa bakat pun, buat semua bende tak jadi dengan elok senang cerita tangan aku nie, hmm.. Gulung popia pun jahanam..
Kadang aku rasa nak lari dari semua orang aku malu, semua aku buat tak cantik.. Rasa nak tidur panjang je, tapi kawan aku kata, ‘nanti kalau kau masuk neraka, jangan kata aku tak pesan, jangan buat kerja b0doh!’ Aih kawan kawan.. Dek kerana kata hikmat dia lah aku bertahan..
How to be confident, aku tak pandai dalam apa apa pun.
– Mochi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit