Assalamualaikum… saya nurul dan merupakan seorang perempuan yang berumur 27 tahun, berpendidikan dan belum berkahwin. Sekarang saya hanya bekerja di swasta dan masih mencari pekerjaan yang stabil. Dari segi penampilan saya tidaklah cantik sangat tetapi ramai yang cakap saya hanya manis dipandang. Dulu pada zaman sekolah saya selalu dibuli oleh rakan2 lelaki yang menghina wajah saya yang banyak jerawat dan parut. Agak teruk dibuli sehinggakan saya selepas belajar sampai degree saya tak nak lansung terserempak dengan mereka kerana saya tidak mahu ingat peristiwa lalu.
Confident diri hilang hilang lepas saya tamat zaman persekolahan dan saya mula bangun membina keyakinan bila sambung belajar sampai degree. Tetapi self-esteem masih agak kurang kalau nak dibandingkan dengan mereka yang seusia saya sekarang ini. Sepanjang 27 tahun saya langsung xpenah bercinta dan kebanyakan saya memendam perasaan saya jika ade meminati mana-mana lelaki. Saya pendam perasaan kerana saya tahu yang saya tak layak untuk diorang dan tak mampu memiliki diorg. Bila saya mula meminati seorang saya kawal perasaan saya dengan mengingatkan hati sendiri yang ‘Dia tidak layak hidup dengan kau‘.
Empat aspek pada perempuan untuk dijadikan seorang isteri iaitu agama, harta, keturunan dan kecantikannya. Dari segi agama saya hanyalah perempuan biasa yang solat 5 kali sehari dan menjaga adap dan akhlak yg lain. Dari segi harta pon biasa-biasa saja kerana masih menapak di alam pekerjaan. Cantik pula hanya lah biasa-biasa seperti yang saya ceritakan diatas ini. Cuma dari segi keturunan agak kurang nak dibandingkan dengan orang lain. Family saya bukanlah teruk sangat seperti ade penagih, perompak dan sebagainya. Tetapi kurangnya dari segi keakrapan silaturahim. Bila saya meminati seorang lelaki saya bayangkan kalu dia jodoh aku boleh ke dia terima family aku yang sebegini rupa, oleh itu selalu saya pendamkan perasaan saya. Family saya jenis yang tidak beberapa mesra alam. Saya dan adik beradik saya pon kadang tak bertegur sapa hanyalah bila ade hal sahaja bertegur.
Saya mempunyai 7 adik beradik, seorang sudah meninggal di usia muda. Family saya dan saudara lain juga tidak rapat kerana kami semua adik beradik seorang yang pendiam. Diamnya kami kerana wujudnya seorang ayah yang garang, ego dan tidak suka akan gelak ketawa dalam family dari sejak azali. Oleh itu, hubungan adik beradik renggang setelah semua kian dewasa masih masing buat hal sendiri dan mereka seumpama tak nak tahu perkembangan hidup adik-adik. Cuma mak yang kian uzur sahaja yang cuba menceritakan kisah adik-beradik lain setiap kali pulang ke kampung.
Sebahagian dari adik-beradik hidup merantau kerana kerja dan Alhamdulillah semua masih ingat pada mak ayah dan nafkah pada mak ayah masih belum lupa kerana setiap bulan pulang ke kampung. Ya, mungkin kerana ego yang ditunjukkan oleh ayah kian diikuti oleh anak anak. Aku yang merupakan anak ke-5 hidup seumpama tiada adik beradik, bila meminta pertolongan pada si abang-abang dijawabnya ‘ buatlah sendiri xkan benda tu nak kena ajar’. Akhirnya aku ambik langkah diam dan berdikari dan hidup macam sebatang kara. Nak harapkan mak, dia xmampu tolong kerana sudah uzur dan si ayah seumpama buat tidak kisah pada hidup anak-anak.
Yang aku tidak suka perangai ayah tu bila dia dah xkisah pada anak-anak tetapi nasihatkan orang seumpama dia sorang yang betul orang lain salah. Aku memang banyak makan hati dengan ayah. Sehinggakan mak boleh kata kat aku, ‘Mak rasa tenang bila keluar dari rumah itu bila keluar berjalan-jalan dengan nurul’. Mak dan adik beradik lain rasa terbeban dengan perangai ayah. Tapi xmampu di buat apa memandang dia tidak boleh terima nasihat dan merasakan ketua keluarga yang sentiasa betul. Nak ajak berbincang pon, pasti end up kena dengar kata putus dia, jika tidak pon pasti akan ade pergaduhan. Selalunya bila ayah keluar kemana-mana, rumah tu akan rasa bebas sikit berbanding ketika dia ada. Jangan korang suruh pulak mak ayah aku berpisah, dingin-dingin dia, ketika aku masih belajar dia masih dihulurkan duit pada aku. Cuma dari segi kasih sayang antara anak dan ayah ade kurangnya.
Aku diluar seorang happy go lucky dan agak peramah. Bila aku dapat kerja di tempat bukan negeri aku, aku tanya mak ‘boleh ka nurul pergi mak? ‘. Mak aku jawap ’pergilah nurul merantau cari rezeki sana, mak tahu kau bebas kat luar’. Mak faham perangai aku yang sebenar, cuma bila masuk saja rumah tu aku rase di control dan sentiasa muram. Mak tak nak aku hadap dengan perangai ayah aku. Sungguh mak seorang yang tabah dan kuat.
Setiap kali raya tiada gambar family seperti family lain yang bergambar. Malah, konvo degree aku pon tak hadirkan diri sebab aku faham yang family aku yang tak suka bergambar dan ayah pula tak suka di tempat ramai orang dan tak suka bersosial. Bila kawan tanya kenapa tak datang aku cakap sakit, padahal aku xnak hati aku terguris kalu aku pergi sorang tengok diorang semua ade family yang ambil berat. Nak pergi dengan mak aku saja pon mak dah bertongkat, adik beradik lain pon dah xkisah pasal aku. Pendek kata tak banyak kenangan dan potret aku bersama dengan family aku. Yang menjadi tulang belakang untuk aku kuat ialah mak aku. Tak dapat aku bayangkan keadaan keluarga aku kalu mak dah pergi dulu. Mak lah yang menjadi pengikat kami antara adik beradik walaupun silaturahim masih dingin.
Raya 2018 mak ada tanyakan pada aku jika aku ade pasangan utk mendirikan rumah tangga. Mak nak tengok aku bahagia sebelum dia pergi memandangkan sekarang pon dia masih sakit dan uzur. Adik beradik yang atas aku kebanyakannya kawin lewat dan masih ade adik beradik atas aku belum kawin. Aku pula masih belum ade calon memandangkan aku xnak orang luar kesal bila kawin dengan aku yang mempunyai family yang dingin. Aku tak nak jeratkan kehidupan lelaki lain.
Sungguh aku masih menunggu seorang lelaki yang matang dan boleh terima keadaan family aku dan menganggap perkahwinan adalah sebuah tanggungjawab. Kebanyakan mereka akan mencari seorang isteri yang cantik, mempunyai keluarga yang baik-baik dan kaum kerabat yang erat. Aku bukannya terlalu desperate nak berlaki, cuma bila nak usahakan mencari jodoh aku terfikir keadaan family aku. Jodoh pon bukannya datang bergolek, perlu diusahakan juga. Kalau aku yang kena start rapatkan family, memang tak kan jalan memandang yang adik beradik lain dah tak kisah dan ketua keluarga pon bersikap dingin. Nak ajak keluar dengan keluarga pergi berjalan dan makan pon ayah tak suka.
Bila aku meminati pada seseorang, teringin aku nk jadi perigi cari timba tapi bila aku tengok life lelaki tu yang mempunyai keluarga yang baik-baik, aku stop. Jauh dari sudut hati aku juga teringin mempunyai family yang mempunyai silaturahim yang baik dan aku juga teringin menjadi seorang isteri dan ibu. Tetapi yang menjadi persoalan layak kah aku untuk lelaki di luar sana? Sedangkan keluarga sendiri dingin apatah lagi ade hati nak berumah tangga….
– Gadis berlesung pipit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit