Untuk part I, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6-iii/).
Awalannya, begitu resahnya, tidak dapat melelap mata mengingatkan esok harinya akan kesana. Ajakan Indera sudah disetujui, sudah diberi kebenaran ustaz dan keizinan oleh abang.
Saya resah, resah hati bukan kerana takut untuk kesana, tetapi resah memandangkan hubungan diantara kami berdua tidak pernah lebih dari bertentang mata, tiada berbual-bual juga. Hanya dia yang memula bicara, kadang disambut kadang dibiar tidak berjawab oleh saya. Saya yang bertanya? Tidak.
Dahulunya, pada minggu-minggu pertama kehadiran saya ke rumah ustaz (belum lagi mengenali Indera), saya dan abang diajak oleh ustaz ke pinggir hutan untuk melihat perkampungan Jahada yang berada disebalik bukit. Perkampungan keluarga Jahada dimana dia dibesarkan. (Perkampungab Jahada adalah desa yang berlainan dengan Desa Indera).
Perjalanan ke pinggir hutan tidak lama, hanya beberapa minit dengan menaiki kereta, lebih dekat lagi jika menggunakan laluan pintas berjalan kaki melalui kebun-kebun getah.
Rumah ustaz juga dikelilingi oleh kebun getah miliknya, rumah ustaz memang jauh dari rumah orang kampung yang lain.
Sepanjang laluan keluar itu, hanya beberapa buah rumah sahaja yang saya temui. Kebanyakkan penduduk disini, kelihatan sudah berusia, jarang kelihatan generasi yang lebih muda, jika ada pun, mereka yang telah berumah tangga. Boleh jadi, generasi muda ke bandar mencari peluang pekerjaan.
Setibanya saya dipinggir hutan, sewaktu itu, selepas Zohor, matahari tegak diatas kepala, kami berdiri dijalan sambil memerhati kearah kebun getah ditunjuk oleh ustaz. Bilang ustaz, lihatlah menggunakan anak mata sahaja.
Dilihat dari depan, hanyalah kelihatan kebun-kebun getah sejauh mata memandang, tetapi apabila berpaling dan menggunakan ekor anak mata untuk melihat, menampakkan seperti cahaya lampu yang banyak dari kejauhan, cahaya lampu yang didalam gelapnya malam.
Ustaz menyatakan, bahawa pada ketika itu, di perkampungan Jahada ada pasar jualan. Dan pasar jualan itu berlangsung ketikanya waktu malam. Jika didunia kita hari nya siang. Didunia mereka, hari nya malam. Adakalanya malam mereka lebih panjang dari kita, berhari lamanya, malah ada sehingga sepurnama kata Ustaz. Itu ingatan yang pertama kali melihat desa bunian disana.
Indera itu, berhadapan dengannya, dia baik sahaja, senyuman juga menambat, tetapi jika bertempur itu, bukan kepalang sadis nya dia, yang telah dilihat, sukar untuk dikikis pergi, masih tertinggal sisa didalam fikiran, membayangkan setiap kali dia ada bersama ustaz, mencanak risaunya akan keserakahan dia meleraikan nyawa sang jin.
Terkadang perilakunya tidak mengena dihati saya. Garang, bengis dan tiada peri-kemanusian. Jika memberi arahan kepada tentera, selalunya garang-garang sahaja. Tahulah dia itu panglima, tak perlulah ganas-ganas, tak ganas-ganas pun, orang takut melihatkan dia itu.
Tahu jin bukan lah mudah nak dibunuh-bunuh. Berkali-kali ditusuk lembing sekalipun, malahan kepala sudah terpisah dari badan pun, masih lagi dijegil-jegil matanya. Tiada Indera berfikir sejenak, terus ditikam, disembelih disitu-situ juga, sesudah muntah, rebah tidak sedarkan diri pula saya dibuatnya.
Sudahlah suaranya seperti halilintar, bingit telinga mendengarkan. Kalau melihat orang, sepertinya mahu menelan sahaja. Sudah beberapa kali saya ini muntah dan rebah tidak sedarkan diri dihadapannya kerana melihat yang tidak sepatutnya.
Celik mata, bertanya dia, baikkah kah kamu Aisyaku? Selalunya diam dan mengangguk sahaja, walau getus dalam hati, “Kamu ni Indera Sakma, tidak boleh kah kalau baik-baik sedikit, kejam sangat perilaku ini” tiada kira berapa lama bersama Indera, perilakunya begitulah, sedari mula dulu, kehingganya kini.
Perjalanan pertama dimulai awal subuh, belum lantai bumi cerah, Indera sudah menapak dilaman, berpesan Ustaz kepada Indera, tak usah terlalu lama, Aisya belum biasa. Indera itu, diketika dipagi hari, segar sahaja wajahnya, sedondon pula persalinan antara kami, berwarna putih.
Memilih pemakaian putih untuk mudah dilihat jika saya hilang dihutan, cetek betul pemikiran ketika itu, hahahahaha. Risau akan diapa-apakan Indera, walhal Indera itu, sehingga kini, tangan saya tidak walau sekali pernah disentuhnya. Apatah lagi untuk mencederakan saya. dialah yang seringkalinya tercedera melindungi saya.
Indera menampakkan susuk badannya disepanjang perjalanan, bimbang saya kelihatan berjalan seorang diri katanya. Tiiada ramai sebenarnya bunian yang boleh berbuat sedemikian. Yang ada pun, bilangannya segelintir, mereka-mereka yang mempunyai urusan diantara 2 alam. Yang berilmu dan handal juga.
Saya perlu memasuki hutan terlebih dahulu sebelum bertemu pintu kealam sana.
Lebih awal Indera meminta “berpijaklah mendekat padaku Aisya” katanya. Melihatkan jarak saya 2 depa jauhnya.
Bukan saya yang perlahan, tetapi langkahnya yang panjang. Dia berulang kali memperlahan derapnya, ditoleh dan ditunggu saya.
“Aisyaku… haus (letih) kah dirimu?”
(Mereka mengantikan letih itu kepada haus, dan haus itu kepada “keringan”)
Saya yang mendengar, hanya senyap sahaja, “kalau saya letih, awak nak dukung ke? Getus dalam hati. Susahlah berkawan dengan orang yang suka berlari ini, dan dia barangkali mahu diseret-seret sahaja saya ini kerana terlalu perlahan.
“Aisya mahu dikendong?” bilang Indera berdiri disisi saya.
Saya geleng-geleng-geleng kepala dengan lajunya,
Itulah, suka cakap dalam hati, Indera itu ada telepati. Boleh mendengar luahan dalam diam. Dirahsiakan dari Indera sekian lama, bersamanya beberapa kali kemudian barulah diceritakan kepada saya. saya yang tidak ketahuan ini, selalu mengolah dalam hati, setiap kali duduk bersamanya ada sahaja yang digetus dihati. Padanlah selalu sahaja dia itu tersenyum melihat saya. Ayam lah Indera itu.
Setibanya kami dipinggir kampung, bertemu 2 orang laskarnya yang menjaga perbatasan hutan, Indera itu memberi arahan seperti kata perintah telah ditaip dibenaknya. Tersusun, tiada teragak-agak dan garang sekali.
Memaklum pada laskarnya, sekawanan jin merupai haiwan menyelinap memasuki perkampungan. Jin jenis yang suka menyelinap masuk kekampung ini selalunya jin yang tinggal dibusut dan tunggul kayu. Menjelma ke alam manusia menyerupai bentuk ular hitam dan anjing.
Pesanan ringkas, jangan diusik-usik busut dihutan, tempat tinggalnya yang tak kelihatan, musnah busut, diikutnya pergi kepadamu.
Dahulu semasa di tingkatan sekolah perempuan sahaja, saya menyertai perkhemahan sekolah di sebuah Tasek tapak Ramsar yang dibangunkan, hanya dibina untuk tujuan perkhemahan. Didalam tapak perkhemahan itu, terdapat satu busut tumbuh ditunggul kayu berhampiran dengan toilet sharing yang didiami seekor jin jantan.
Panjang lidahnya sahaja sudah sedepa, setiap yang lalu/beratur dekat tempatnya, dijilat-dijilat dari atas kebawah, jika perempuan, dijilat pula dibahagian kemaluan.
Kawan-kawan saya ini susah untuk dinasihat, datang dari pelbagai latar belakang agama yang berbeda, was’hah dari budaya yang berlainan, Saya minta untuk jaga kebersihan pada yang period, diingatkan. pad itu harus dicuci bersih, balut dan kemudian ditanam. Tapi tak juga, selalu sahaja dibuang kedalam tong sampah.
Jin itu tenaganya datang dari makanan kotor, setiap kali masuk ke tandas, adanya dia duduk mencangkung menghisap sehingga mencerit-cerit bunyinya. Geram nak terajang dari belakang, sudahlah pengotor, hodoh, busuk.
Bila malam pula, diusik-usik pula orang yang tidak dapat tidur dengan mengulang semua percakapan mereka disiang hari. Elok-elok nak tidur dah, histeria pula seorang kawan ini, hanya sebab perempuan itu duduk dibusutnya pada siang hari, eh jin ni, kecil besar kecil besar je saya melihat.
Yang betul-betul histeria itu seorang sahaja, kerana jin itu menggigit lehernya, namun lagi 2-3 orang itu membuat-buat sahaja. Oleh itu, jangan suka-suka duduk atau sengaja mencocok-cocok busut, nanti anda pula yang dicocok-cocok jin.
Bebalik kepada perjalanan pertama saya ke sana, berjalan ke pinggir hutan sudahlah sekian hal, merentas didalamnya pula menganggu tumpuan.
Melihat jelmaan-jelmaan yang tinggal dihutan ini, sesekali langkah terhenti, Indera yang berjalan disisi, beberapa kali juga meminta saya agar terus berjalan. Jelmaan-jelmaan ini dibiar bebas kerana mereka tidak menganggu dan tidak pula boleh menjelma ke alam manusia, Cuma rupa mereka lebih buruk sedikit melebihi jin-jin yang selalu bermastautin didalam tandas.
Jin yang duduk didalam tandas itu, mereka suka melihat-lihat, kemudian membanding-banding jika jin itu betina. Kalau jin jantan pula, dilayan onani dan jika yang handal sedikit, berkeupayaan merogol manusia semasa mandi ataupun ketika tidur, elak-elakkan lah mandi berbogel, mata-mata yang melihat itu banyak sekali, bulatnya mata sebesar tempurung dijegil-jegil.
Amalkan pintu bilik air, sentiasa tertutup, lagi-lagi bilik tidur yang dilengkapi bilik air, pintu bilik air yang sentiasa terbuka ini sering mengejutkan mereka yang sedang tidur. (tidur kita, bangun dia, bangun dia, tidur kita).
Tak seronoklah jika aktiviti harian ditemani dengan mereka duduk disisi, nak masuk toilet, amalkan baca doa berulang kali, ada yang degil tidak mahu lari, ada juga yang diikut-ikut bacaan kita. Diejek-ejek, dimomok-momokkan kita, kadang terasa nak sahaja pelempang bertubi-tubi, baru dia tahu kuasa tangan manusia.
Tapi nanti, tahu pula dia saya dapat melihatnya. Susah jika dia mengetahui perihal saya melihatnya, merayu untuk dijadikan kawan, nak berkawan dengan orang, tetapi suka berbohong. Menipu ingin berubah menjadi baiklah, nak memeluk agama Islam lah, tapi tipu semua itu, takut diapa-apakan lah tu.
Jadi jika sudah membaca doa, namun dia tidak juga pergi, bersopan lah dalam bilik air, anggap sahaja ada yang memerhati.
Berbalik semula kepada perihal hutan tadi.
Melihatkan Indera melangkah, ada yang bertempiaran lari, melolong dari kejauahan, semacam dikejar pula, takut benar kepada Indera itu, ada yang hanya menyeringai menyorok dibalik pepohon.
Sesekali kepala keluar mengintai, dijulur dihendap memerhati kami berdua. Yang menjalar bergulingan dilantai hutan juga tidak kurang asyiknya, sudahlah berguling berpusing-pusing seperti roda menerbangkan dedaun diudara, dia ingat ini cerita Hindustan agaknya?
Yang melompat-lompat diantara pokok juga riuh sekali, riuh menjerit-jerit. Jin-jin ini tidak berkampung, dibuang oleh kaum sendiri, boleh dikatakan, ini kategori jin-jin yang b*d*h atau cacat kejadian.
Keriuhan mereka disebabkan kehadiran saya, bilamana tiada pernah manusia memasuki denai itu, melihatkan seorang perempuan disitu, menjadi mereka tidak keruan. Merasakan riuhnya disekeliling, menapak tangan menutupkan kedua belah telinga.
Indera yang melihatkan saya yang tidak senang dengan kehadiran mereka, lantas dengan laju mengeluarkan busur, memanah luncur ke sebatang pohon sebagai tanda amaran dan dilaungnya sederas-deras jeritan.
“Kabur (lari) kamu sekalian, KABURRR !!!” Jerit Indera, suara Indera itu, terasa lantai hutan bergetar seketika, makan apa lah Indera ini, kuat sangat jeritannya.
Panahan itu pergi nya sekuat kilat, panahnya melenyap, tanda pula tertinggal bakar dipohon. Kasihan pohon, maaf ye pohon, Pak Indera Sakma itu, memang bengis orangnya, yang dimarah sekelompok jin hutan, yang menanggungnya kamu sipepohon.
Ditanya Indera kepada saya berulang kali, adakah saya boleh teruskan berjalan, adakah saya baik-baik sahaja.
Dengan spontan saya menjawab “Aisya gatal gegendang telinga”..Apalah jawapan seperti itu, salah Pakcik Indera lah, dia yang jerit kuat sangat, gatal habis kedua belah telinga.
Indera melihat saya yang berwajah bodoh terpinga, senyum kemudiannya. Entah memahami atau tidak gatal gegendang telinga itu apa.
Setibanya kami diperbatasan sungai, deruan air deras mencuri tumpuan, Indera mengajak duduk dibatu-batu besar dibatas sungai.
“istirehat disini Aisyaku, kamu tampak haus(letih)”
Tanpa persoal, lantas menuruti sahaja. Kira-kira kerana keletihan, leka duduk berehat seraya menghayati deras air mengalir. Kedengaran dari kejauhan, bunyi air mendampar ke batuan, boleh jadi dipangkal terdapat air lata. Tidak lah pula nampakkan jeram itu, tetapi telinga ini menangkap bunyinya.
Kerana leka nya saya duduk berehat tanpa sedar Indera telah duduk disisi saya, tetapi batuan yang berlainan, Tiada kata lain dari Indera, hanyalah meminta saya mendengarkan sahaja deruan air yang mengalir itu, semakin lama menghayatinya, semakin lama saya semakin leka, leka mendengar dan menhayati aliran sungai yang deras itu.
Ralik tanpa sedari, Indera memanggil nama berulang kali, menoleh melihatkan tangannya dihulur meminta untuk saya bangun dari tempat duduk. Berpaling semula ke hadapan, sungai sudahpun tiada, yang tinggal hanyalah bunyi deruan air sahaja. semasa itu. Saya sudahpun memasuki alam Indera.
Duduknya saya dikelilingi taman bunga-bunga orkid, bunga orkid yang banyak sekali, sepertinya kebun bunga yang luas, tetapi hanyalah orkid. Membesar saya mengenali pelbagai tanaman orkid dek kerana ibu yang mengemarkannya, tiada sangka disini, orkid itu lebat bunganya, aneh sekali taman ini, bunga yang cantik seperti disusun-susun indahnya.
Usah ditanya tentang warna, dipandang sekalinya ungu, dilihat keduakalinya jingga, boleh merubah warna dengan hanya pandangan, bunga-bunga itu bergerak bersiulan dihembus bayu, meliang liuk menghasilkan irama yang merdu, leka ditaman ini, leka sekali.
Diamati dengan dekat, orked itu dalamnya dihuni mahluk yang kecil amat saiznya, sebesar size manik dijarum peniti, berwajahnya seolah manusia, berbadan camouflage dengan keseluruhan bentuknya orked. Siulan itu datangnya dari mereka, tiada pula mempedulikan saya yang melihat bersungguhan.
Mereka ini pari-pari hutan, suka bermain-main, suka bernyanyian, dan tinggalnya pula didalam bunga-bungaan. Jangan dibawa balik bunga hutan kerumah, takut terbawa penghuni yang cantik ini, meski cantik pada rupa, halus saiz tubuhnya, tidak menjamin lembutnya tingkah laku kepada sipemetik bunga.
Memandangkan wajah Indera, cerah pula wajahnya, selalu yang diingat sawo matang, melihatkan telapak tangan sendiri, lebih cerah membiaskan urat ditangan biru kehijauan, saya sememangnya berkulit cerah kerana berketurunan Chinese, tetapi tiada pula secerah ini, warna kuku sepertinya dioles dengan pewarna pink.
Kulit serasa lebih lembut dan licin, dusta apakah ini bilang saya. Indera yang melihat saya meneliti tangan, kuku dan muka sendiri hanya tersenyum sahaja. Aneh sekali perempuan ini agaknya. (memang lah dia tersenyum, macam-macam saya ngomel dalam hati)
Sebenarnya, ada sahaja laluan lain yang lebih dekat melalui denai terus tiba didesa, tetapi Pak Indera itu dengan sengaja membawa saya kejalan yang lebih jauh, semata ingin dibawa ketaman orkid yang indah itu, didunia ini, ianya kelihatan sungai yang deras airnya, dialam sana, taman bunga terdampar seluas mata memandang.
Hati-hati bermain disungai deras, bejeram lata, dilantai limpahnya batuan melebihi pasiran, tempat indahnya taman sibunian, jangan diambil pulang walau sebutir batu, jangan disorok yang bukan milik. Mendapat kelak yang tidak diketahui asal.
Taman ini dijaga oleh jin betina yang lanjut usianya, tinggal disebalik pohon kayu yang sebesar 2 pemeluk Indera, berbongkok tiga badannya, berkelubung sarung dan berbatik kainnya, tiada pula berselipar, berjalan menggunakan tongkat kayu berukiran kepala bunga.
Nenek kebayan dipanggil orang, nenek kebayam ini bukan jin islam, tetapi tiada mudharat pada manusia, hanya menjaga taman-taman dan penghuninya. Selalu berpesan-pesan kepada manusia yang terlebih langkah, disuruh pulang bila tiba waktu, ditunjukkan jalan bila tersesat.
Jangan pula menerima makanan yang diberi, makanan tiada sama jin Islam dengan sang kebayan itu. Apatah lagi dengan manusia.
Kami berdua disapanya nenek itu, sapaannya lebih lembut seakan mendayu halus bunyinya, pernah mendengar syair? Bgitulah disebut-sebutnya, nada dan berirama. Melihatkan wajahnya, dibalik kerubung itu, tiada lah terlalu tua, cantik masih parasnya.
Walau bergaris dikulitnya, masih rupawan. Cuma anak mata yang berwarna hitam keseluruhannya. saya sudah biasa melihat mata sebegini, tetapi jika kalian, boleh terganggu tidur malam. Ingin diberinya bunga kepada saya, namun melihatkan Indera memerhati, menyisip kembali bunga kedalam kerubung.
Semasa itu, dialam Indera, hari mulai petang, seakan senja, perbezaan waktu asbabnya Indera mengajak seawal subuh dialam manusia. Langit kelihatan kemerahan, tiada kehadiran awan walau setompok, tidak terlihatkan matahari, barangkali matahari hampir melabuh tirai.
Berjalan meninggalkan taman, dilambai-lambai nenek itu dari kejauhan.
Dibawa Indera memasuki kawasan perkampungannya, tempat tinggalnya Indera ini ditembok setinggi pokok tualang mengelilingi desa, Tingginya binaan tembok itu, tiada terlihat puncaknya. Dibina teguh dari batuan sungai, keras dan besar pula lengkoknya.
Desa ini besar takluknya, melihatkan kiri dan kanan, tiada muncul penghujungnya tembok. Apalah yang dibalik tembok itu, fikir saya pertama kali melihatkan dari kejauham. Gerbangan dikawal pula oleh 6-7 orang laskar pasukan Indera, mereka ini ada yang saya kenali, selalu juga ketemu dirumah Ustaz.
Mereka-mereka ini, ketiadaan Indera ketika dirumah Ustaz, boleh sahaja bertanya khabar dengan saya, bertemu sering juga berbual walau sebaris ayat. Namun, berdirinya Indera disisi, tiada siapa yang memandang, usahkan untuk menoleh, anak matanya juga tidak ditumpu pada saya.
Sepertinya, jika menegur dan bertanya khabar kepada Aisya, hukuman bunuh pula menanti, lain macam betul garangnya Indera ini. Tak hairan lah kalau mahkluk dihutan itu, larinya bertempiaran menyelamatkan diri menampak kelibat Indera, seperti kiamat yang melanda.
Melangkah masuk kedalam tembok, seperti melalui “red karpet” pula rasanya, diperhati oleh hampir kesemua penghuni yang berdiri berdekatam dengan dipintu gerbang itu. didalamnya, yang berkawal berdiri tegak, yang didalam tembok, juga berhenti memberi hormat. Yang lalu lalang berteguran dan memberi salam kepada Indera. Macam mafia pula layaknya Indera itu didesanya,
Siapa awak ini Indera sebenarnya? Dalam hati bersoal berteka-teki. Bila dia melangkah, orangan didalam desa itu, memberikan laluan pada nya. Saya yang berjalan disisinya, diperhati atas kebawah, ada yang menguntum senyum, ada yang hanya diam terpana, ada yang berwajah tiada respon, tetapi tiada siapa yang berani menegur.
Ada baiknya mereka tiada menegur, saya ini untuk berbalas jawab sememangnya gagal. Selalu hanya berbicara dalam hati. Sesekali menoleh Indera disisi.
Indera itu, Jikalau dengan saya, “Aisyaku, Aisyaku” baik sahaja tuturnya.
Dengan laskar, renungannya sahaja, buat semua diam terpaku, memberi arahan, tiada yang membantah, tidak hairanlah, jika dirumah ustaz, dia mengepalai acara. Ingatkan diumah ustaz itu, sudah sehabis bengis, disini lagikan kental baraknya.
(“Barak” bermaksud garang, mereka menggunakan perkataan barak didalam perbualan)
Ketika itu, tiada saya tahu Indera itu seorang panglima perang, saya ingatkan dia itu mafia. Kerana lain macam betul respon orang-orang kepadanya. Diceritakan oleh orang-orang desa kepada saya selepas mulai rapat mengenali dan berkawan dengan mereka.
Kata mereka, Jika ingin berbicara dengan Indera yang akan mengundang amarahnya, berbicara lah ketika Aisya ada disisi, lebih baik sedikit dari kebiasaan. Bagaimanalah agak perilaku dia ketika tiada saya bersamanya. Tapi jikalau kalian melihatkan dia, kalian tidak akan merasa yang dia itu berlembut orangnya. Tapi itulah, dengan saya, baik sahaja.
Tembok setinggi itu dibina mengelilingi desa kerana kehidupan diluar tembok sering dirundum peperangan, dikawal bukan hanya pada gerbangan, perimeter diukur lebih jauh dari itu, bukan golongan bunian sahaja yang ada disana, bangsa jin juga berkerajaan, juga kuat bala tenteranya. Kerajaan yang dibina mereka bertembok juga.
Di alam sana wilayah nusantara yang kita duduki ini, terdapat beribu bangsa jin yang mempunyai kerajaan yang besar.
Salah satu dari 7-8 bangsa yang pernah saya diduga adalah kelompok Jin berbangsa Qa****h, bangsa ini yang paling suka berperang, berperang bukan hanya pada bunian dan jin islam, sesama bangsa sendiri juga tiada henti. Terlalu suka melancarkan perang, Ingin memperluas jajahan takluk, tetapi tiada skill malah porak peranda pula.
Kerajaannya dipinpim jin bernama T**jun. T**jun ini berkali saya melihatnya, duduknya hanya didalam tembok, pernah diseru Indera untuk mengambil anak nya Da***i yang ditangkap oleh Indera menganggu kampung. Ingin dibunuh anaknya, namun dinasihat ustaz supaya jangan diapa-apakan Da***i itu.
Bimbang tercetus perang antara kedua. Memadai memberi amaran, walhal jika perang meletus, kelebihan datang dari infantri Indera, namun ustaz mahu mengelakkan manusia menerima kesan.
Datangnya T**jun itu kehalaman rumah ustaz, hanya sehembus angin yang lalu. dirasakan Indera itu cukup besar, besar lagi dia ini, tanduknya sahaja sedepa tangan tinggi, sebesar batang pinang saiznya. Bergigi taring kuning kemerahan dan berlidah cabang tiga.
Datang tanpa kata kehadapan ustaz, Indera dan lainnya, Saya yang berdiri dibelakang Indera dan ustaz direnungnya tanpa berkedip, seperti boleh menghidu keupayaan saya
Jikalau T**jun rasa wajahnya cukup mengerunkan semata untuk menakutkan saya, tidak berganjak saya dari melarikan diri. Selagi Indera disisi tiada takut saya kepada dia. Dia juga serunkan Indera itu, kerana Indera itu, tiada teragak-agak, tiada pilihan selain membawa pergi anaknya. T**jun itu ramai anaknya. Pembawa benihnya juga ramai, dari kalangan manusia pun ada.
Disebakkan bangsa Qa****h ini suka berperang dan mengacau jajah takluk bangsa lain, peperangan seringkali terjadi, semasa saya berada didesa juga pernah diserang beberapa kali oleh T**jun dan sekutunya. Tapi tiada pernah menang mereka itu, tiada kira berapa ramai pengikutnya, selalu sahaja dirembas kebumi,
Namun, adajuga peperangan besar yang meletus di alam sana, peperangan diantara kerajaan jin bangsa Qa****h dan kerajaan Jin berbangsa Za*****r, pada tahun 2014. Berlakunya dihujung tahun ketika musim tengkujuh. Peperangan ini meletus berminggu lama dialam sini, disana barangkali 2-3 hari.
Jin berbangsa Za*****r itu kerajaan nya menguasai bukit/gunung yang tinggi dan sejuk, Menjadi pelindung kepada tanah maksiat yang besar diwilayah Nusantara. (Amatan cetek saya merangkumi semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo, Selatan Thai, dan Kepulauan Sumatera, jika lebih jauh dari itu tiada kepastian)
Sudahlah musim tengkujuh, ditambah dengan peperangan antara mereka memburukkan lagi keadaan. Peperangan inilah menyaksikan bah besar melanda bumi semenanjung, membawa limpahan air yang luar biasa.
Yang dilihat bencana alam itu, kadangnya datang dari kesan peperangan diantara bangsa jin ataupun peperangan jin dan bunian. Pada peperangan yang besar itu, golongan bunian sebagai pengekang kemaraan mereka dari melintasi garis sempadan antara alam manusia.
Jin berbangsa Qa****h tewas, memundurkan mereka kembali kehutan, Bangsa Za*****r itu bangsa yang paling bongkak, burakah dan jaduk(susah untuk dibunuh). Peperangan berlaku digunung, membawa runtuhan ke bumi lembah. Akibatnya, manusia yang menanggung bencana yang berlipat kali ganda kesannya melebihi fenomena semulajadi.
(Terlalu banyak infomasi, nama kerajaan jin tidak boleh dinyatakan, mengelak nama diseru oleh pembaca)
Acapkali bencana dialam kita asbab peperangan & pergaduhan dialam sana, manakala bencara dan kemusnahan alam sana, disebabkan penerokaan dan rakusnya golongan manusia. Sama sahaja efeknya.
Diantara kedua ciptaan Allah swt ini, terdapat satu garis yang memisahkan dimensi. Diciptakan Allah swt antara kedua tiada dapat melihat, melainkan mereka yang diberi kurnian, seperti saya atau segolongan yang diangkat darjat kelebihan ilmu.
Pernah melihat langit terlalu merah dikala senja hari, lebih merah dan jingga dari biasa, dimana orang tua berpesan janganlah keluar dari rumahmu, duduklah sehingga tibanya malam hari.
Walau kita ketahui, kemerahan langit kerana biasan yang jauh jaraknya dengan mata, tetapi disebalik itu, kemerahan yang melampau adalah kerana kehadiran makluk jin yang terlalu banyak berawangan diudara, bilamana bersedia untuk berperang atau berandahkan.
Hujan panas, bah kepala air, tanah runtuh, adakala fenomena ini berkait dengan perilaku mereka-mereka yang disana. Tidaklah kesemuanya, ada sekali-sekala. Peperangan diantara jin, tiada dicampuri urusan dengan bunian selagi mana tidak melibatkan manusia. Bunian menjadi pelindung menusia, walau sedasyat mana kehidupan dialam sana, tiada manusia perlu merasainya tanpa rela.
Maaf, terlalu melalut penceritaan kali ini.
Kembali kepada penceritaan memasuki gerbang disana, sebaik melangkah kaki, saya melihat, golongan mereka sama sahaja seperti kita, ramai bilangannya, tiada lah saya tahu, yang mereka itu lebih meriah Cuma yang bedanya desa Indera berbanding desa Bunian yang lain adalah desa H*****h ini desa militari.
Kerana kedudukannya paling hampir dengan kerajaan jin bangsa Q*****h, kalau saya sering menyebut Indera mengejar hantu, bangsa ini lah yang selalu dikejarnya, golongan jin yang muda usia, nakal perangainya, menyelusup masuk kekampung, menjelma menjadi hantu-hantu, hantu pocong lah, hantu raya, niyang rapik dan sebagainya, walhal mereka itu semuanya jin juga.
Kelebihan mereka termaktub boleh merubah bentuk. Berlainan dengan bunian, walau asal kejadian sama, bunian hanya berupaya menjelma kealam manusia dengan susuk sendiri, tiada boleh merubah kepada bentuk yang berlainan.
Perkampungaan Jahada berbeza dengan desanya Indera, kampung Jahada itu pusatnya tertumpu jualan dan pasaran barangan keperluan. Menjadi tumpuan serata penghuni alam sana, baik dari kelompok bunian, jin islam dan kafir.
Kawasan seperti ini neutral zon, tiada peperangan dibenar meletus disini. Jika berlaku, “shot on sight” . mestilah shot on sight, kerana laskar Indera yng berkawal disekitarnya.
Manusia juga ada yang berkunjung kepasar jualan itu, ada juga barangan alam manusia didagang disana, berpeluang, akan saya ceritakan kemudian dalam penceritaan seterusnya.
Bercepat saya menulis, bimbangkan terlewat masa nanti. Sehabis bercerita jikanya berhabis, maka diam lah saya, jika tiada berkesudah, anggaplah sampai disitu sahaja.
– Aisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit