Kurniaan Deria Ke-6 V

Untuk part I, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6-iv/).

Perjalanan yang Aisya lalui untuk kekal ke sehari ini, tiadalah mudah, bersengkang juga mata, menadah juga telinga menahankan bingit. Nukilan tiada niat untuk memesong, sekadar melepaskan resah dihati yang sejak kebelakangan ini, merasa tiada tenang dalam diam.

Anggap sahaja, Aisya ini suatu dogengan, Indera pula suatu khayalan, alam desa itu impak bayangan, lebih mudah begitu, hanya raikan penceritaan, mudahan terselit barang satu dua peringatan. Menggunakan kata ganti nama sendiri dalam penceritaan merasakan lebih mudah. Nama diberi juga bukanlah nama samaran.

Tenangkan sukma mu, kosongkan dibenakmu, semat didalam hati berulang kali, kisah yang akan dibaca ini hanyalah cetusan karya untuk menghilangkan resahnya berkurung.

Rapuh sungguh hati Aisya ini,

Sejak nukilan Aisya diterbitkan oleh admin, merasai kesannya sama seolah yang ditempuhi pada masa yang lalu.

Sebelum bermula, Aisya ingin ingatkan pada pembaca, Aisya tiada pernah berbalas komen di page iium, hadir Aisya sekali sekala disitu, hanya sebagai pembaca.

Buat Saudari Khairun Nisa,

Berhentilah berbalas komen yang hanya akan memburukan keadaan, Aisya tidak minta untuk dibela, bimbang tersalah sangka oleh pembaca, Aisya ingin berbaik-baik sahaja dengan semua. Maafkan Aisya ya saudari Nisa, tiada niat untuk melukakan hati saudari.

Buat Saudara Saf,

Maafkan Aisya jika kata-kata Aisya ini akan membuat encik marah, tetapi Aisya ingin ingatkan, bahawa Aisya tahu Encik berbohong, dan encik juga tahu Encik berbohong.

Jika Encik ingin mempermainkan kisah hidup Aisya, tidak mengapa, Aisya sudah maafkan encik, tetapi mempermainkan perasaan keluarga Saudara Ashraff itu, adalah tidak bermoral, Tiada sekelumitpun pengetahuan Encik tentang dimana keberadaan saudara Ashraff sekarang, yang dihebahkan itu adalah dusta, encik tahu itu.

Maka Aisya dengan rendah hati, memohon berhentilah dari membiarkan orang lain membuat pelbagai andaian negatif kepada Saudara Ashhraff dan juga keluarganya. Jika tiada mampu meringankan kesedihan, jangan pula menambahkan duka yang pada yang telah terguris.

Berbohong itu salah satu tanda, tiadanya urusan encik dengan dunia disana melainkan hanya khayalan sendiri. Maafkan Aisya sekali lagi. Buat pembaca sekalian, perihal yang diceritakan oleh saudara Saf mengenai kehilangan Saudara Ashraff adalah dogengan semata, kerana bukan itu sebenarnya yang terjadi. Sungguhpun jika Aisya mengetahuinya, bukan Aisya orangnya untuk bercerita.

Menghormati itu adalah lebih baik.

****************************************************************************

Yang mengetahui akan nasib Aisya, menasihat ibu dan ayah,

“Lekaslah kesana, ke DS, mereka boleh mengubati anakmu, boleh menutup hijabnya”

Berkejaran ibu dan ayah membawa Aisya kesana, belum menapak dilaman, sudah meraung Aisya melihatkan sigembala yang sebesar-besarnya nya duduk dipintu masuk. Pemergian Aisya kesana adalah pada awal-awal tahun penubuhannya.

Jika pengasasnya masih “ada” di alam dunia, tentu diingatinya Aisya, anak kecil yang sering menangis, meraung bergulingan dipintu pagar yang berbukit itu, sehinggakan muntah berlahak dilantai. Semata tidak mahu menjejakkan kaki ke lobi. Melihat drama yang tiada sudah, ibu ayah pulang semula, diulang lagi pada hari selasa minggu hadapan.

Sudahlah sekian hari melihatkan “mereka-mereka” ini, disitu juga tiada terkecuali. Bagaimana untuk Aisya percaya yang mereka boleh membantu Aisya?

Awalan, Aisya kira mereka tiada yang membantu, Aisya kira mereka tiada yang menemani, Aisya kira mereka hanya menggunakan ayat suci Al-Quran? Jadi jika itu yang diwar-war kan oleh kesemua orang.

Maka mahluk apakah yang bertandang setiap kali hadirnya Aisya disitu? Empunya siapakah yang sentiasa bersidai disitu?

Yang belainan itu tidak perlu dikira kerana datang bersama pesakit lainnya, tetapi ini perihal mahluk yang sama, yang sama setiap kali pemergian Aisya ke sana, empunya siapa itu? Sudahlah garang dan bengis wajahnya. Melihatkan Aisya yang dapat melihatnya ini seperti mahu diterkam hendaknya.

Dipisahkan hanya tirai kain diantara Aisya dan pesakit yang lainnya, dikiri dan kanan, tiada tapisan, tiada menghalang sedikit pun sampai ketelinga, kerana kedunguann diri sendiri, yang tidak tahu menyembunyikan kurnian, ada mereka-mereka (jin) yang mengikut Aisya pulang.

Setiap kali kehadiran kesana, yang pergi tinggalkan Aisya satu, yang kembalinya tiga? Mahu lagi diteruskan kesana? Aisya hanyalah berusia 7-8 tahun ketika itu, tiada mungkin Aisya dapat bertahan.

Setiap kali tibanya hari untuk kesana, menangis-menangis merayu dikaki ibu, janganlah dibawa kesana, jika Aisya menangis ketakutan sekalipun, ibu dan ayah tiada juga menemani, ditinggal juga Aisya berkeseorangan bila ketempat kerja, menangis ketakutan dan mengigil seorang diri. Buat apa dibawa Aisya kesana sekiranya hanya untuk dibiarkan Aisya lagi menderita.

Berjaya menutup hijab selama satu jam-dua jam sahaja? Memadai hanya untuk buat Aisya tertidur sepanjang perjalanan pulang, namun setibanya dirumah, si tua, sihodoh milik kakak Siti (amah) yang bertinggung dimeja dapur malahap dengan lidah besar itu masih lagi disitu. Menangis lagi Aisya meraung-raung.

Kehadiran kakak siti lah yang membuat ibu dan ayah menyedari Aisya dapat melihatkan sesuatu, kakak siti itu asalnya dari kepulauan Jawa, bekerja sebagai amah dirumah, membawa sekali “teman” nya dari kampung halaman. Malam tiba, jin kak siti itu menyeringai dibilik Aisya, bergayutan dianjungan dan makan melahap sungguh, dengarkan hirupan dia sahaja, seperti guruh.

Terasa lagi peritnya sehingga kehari ini, terasa lagi air mata ini tiada keringnya, dan jikalah air mata dikumpul sebagai bukti, melebihi sekawah limpahnya, tangisan merayu jangan dibawa ke DS.

Pernah kalian lemaskan diri semata merasakan mengakhiri nyawa sendiri itu adalah lebih baik ?

Sesungguhnya, pernah bagi Aisya dan berulang kali juga, tuturlah apa sahaja seenak fikiran.

“Sudah lah gila, cetek akal pula”

Tapi bagaimana jika, hanya itu pilihan serasa terbaik buat Aisya keranakan terlalu letih.

Perbuatan berulang kali Aisya untuk menamatkan nyawa sendiri kerana tidak tertahan dibawa ke DS, membawa pula Aisya ke perubatan moden, duduk Aisya bermastautin di wad psikitrik, menghabis sebilangan usia remaja disitu. Ya, sipenulis ini, pernah dan acap kali berada di wad psikitrik, malu serasa malu, tapi itulah diri Aisya.

Dipasung bila malamnya, diikat pula tangan dan kaki pada katil, luka berbirat dipergelangan tangan bekasnya tertinggal sehingga kehari ini, mahukan tangan bukan apa, cuma ingin menutup mata dan menekup telinga. Keranakan senja tiba, lambakan “mereka” bergentayangan di wad. Yang menangis, yang menjerit, yang menghasut, yang bergayutan, yang duduk dipenjuru katil, hmmmm.

Menjerit bila tibanya malam, ubat penenang hanya boleh diberi selepas tengah malam, menjeritlah Aisya sekuatnya, takutnya Aisya tidak terluah, suara tiada lagi yang tertinggal, ketika dipasung, lagikan mereka datang merenungkan Aisya, duduk disebelah Aisya.

Bila Aisya menjerit, seolah Aisya cuba menjerit untuk membutakan mata sendiri. memang lah tidak boleh, tapi akal yang pendek seperti Aisya, merasakan mampu mengeluarkan biji mata sendiri jika menjerit terlalu kuat.

Deritanya Aisya ketika itu, mandi Aisya sentiasa berteman tanpa seurat benang dihadapan nurse, bimbang Aisya menekupkan kepala kedalam baldi dibilik air, baldi dan peralatan lain itupun hanya diberi ketika mahu mandi sahaja. yang dibekalkan sentiasa hanyalah baju dan kain sahaja sepanjang hari. Pakaian dalam pun tiada.

Pertama kali duduk disana, sebulan lamanya, sehari sampai 10 kali ingin membunuh diri, lebih baik ditamatkan sahaja riwayat Aisya. Sememangnya, difikiran ketika itu, jika ada peluang, mahu mati, mahu mati. Diasingkan satu ruang bersama mereka yang cenderung mencederakan diri seperti Aisya, dikawal paling rapi antara semua. Cctv dikeliling wad.

Mereka yang berdekatan dengan katil Aisya ini, pelbagai diagnose nya, mereka bilang, ada suara menyuruh mereka membunuh diri, mengarahkan mereka itu ini, ada diantara mereka itu ditumpangi jin, jin menguasai setiap tindak tanduknya, ada juga yang benar-benar sakit difikirannya, illusi dimainan benaknya.

Bagi Aisya pula, tiada satu pun mahluk menyuruh Aisya membunuh diri, mencederakan diri sendiri, melainkan diri Aisya sendirilah yang mahukannya.

Bertemu Aisya dengan doktor Budiman setelah entah berapa kali dimasukkan ke wad itu, bekalan ubat walau ditambah, ditukar, tiada perubahan pada skala Aisya, makin merosot dari sehari-kesehari. Berat badan menurun sehinggakan tinggalnya hanya tulang, suara telah lama hilang menjadikan Aisya seakan bisu, bisu dan buta dengan dunia sekeliling.

Tika ibu dan ayah datang melawat, untuk dbawa duduk kekerusi dibilik melawat juga harus dipimpin, tiada daya untuk melangkah, tak ubah seperti mayat hidup.

Adalah baiknya Aisya pergi meninggalkan dunia, kasihan pada ibu dan ayah, bersusahan datang melawat, meninggalkan kerja. Kasihan pada mereka adakala bertukar benci sedikit demi sedikit, kerana perasaan membiarkan Aisya disitu berseorangan, sama lah seperti menghantar Aisya kekubur. Tapi itu perasaan yang lalu, tekanan berada disitu barangkali.

Setiap kali bertemu dengan doktor pakar yang akan menentukan berapa lama Aisya harus disitu, kebanyakan mereka prejudis dengan Aisya, merenung sepertinya benci dengan kisah Aisya (mainan perasaan sebenarnya kerana terlalu lama dibiar duduk disitu). Berlainan mereka dengan doktor Budiman.

Dr. Budiman mencadangkan pada Aisya, tidak boleh dia lepaskan Aisya pulang selagi Aisya tidak menunjukkan respon yang positif, Aisya perlu berkerjasama dengan sistem, mengikut flow dan Aisya akan dikeluarkan dari wad, kerana jika Aisya berterusan begini, Aisya akan dihantar menetap ke rumah khas. (Hospital Bahagia)

Aisya cuba berubah, makan ubat tanpa culas, makan makanan dengan baik, cuba berkawan dengan mereka yang lainnya, cuba abaikan mahluk-mahluk yang turut sama ingin berkawan, malam Aisya berusaha untuk tidak dipasung, setakut mana Aisya, Asiya perlu tunjukkan respon yang positif, carta Aisya perlu meningkat, semua yang Aisya lakukan diwad itu, akan dicatit. Aisya perlu keluar dari situ.

Setelah seminggu mengekalkan rutin, Aisya dibenar pulang, doktor terus mencadangkan pada ibu dan ayah perihal bapa saudaranya (Ustaz Halim) boleh membantu Aisya. Bagi dia, tiada baiknya Aisya berterusan dengan ubat-ubatan hospital, kerana lambat laun, Aisya akan kembali semula ke jalan yang sama, cubaan membunuh diri.

Pertemuan dengan Ustaz lah yang merubah Aisya sehingga ke hari ini, hubungan Aisya dengan Ustaz sepertinya Aisya ini cucu kepada mereka berdua. Juga cuba ditutup hijab Aisya pada awalnya, tetapi tidak berjaya, berulang kali dilakukan, masih juga dapat melihat Jahada & Yahya.

Boleh jadi, ada baiknya Aisya meneruskan sahaja kehidupan Aisya seperti itu, tidak dapat melawan musuh, berbaik sahajalah.

Sedikit sebanyak kisah Aisya dimasa lalu, jangan cakap Aisya tak solat, jangan cakap Aisya tak baca Al-Quran, Cuma sebahagian dari mereka itu, memang tidak mahu berganjak pergi. Malu juga terkadang untuk bercerita perihal diri dimasukkan ke wad psikitrik. Tapi itulah, itulah Aisya.

Berbalik kepada sambungan perjalanan Aisya ke desa Indera itu.

Sedikit sebanyak Aisya akan menceritakan pengetahuan cetek Aisya mengenai alam sana, pertamanya sekali, pembaca harus berlapang dada, anggap sahaja ini cerita-cerita fiksyen. Mudah-mudah agar tiada rasa serong difikiran. Kerana dengan menulis, sesiapa sahaja boleh menulis. Yang benarnya, hanya Allah swt sahajalah yang tahu.

Dibawa Indera melihatkan desanya, desanya Indera itu, desa militan, tempat melatih tentera-tentera kerajaan sana. Digerbang masuk sudah ternampakkan tugu pahlawan berkuda sedang memanah, tidak hairan jika Indera itu pantas panahannya,

Dibalik tembok, adanya sebuah madrasah yang besar berdindingnya satu, bertingkatnya 7. Didalamnya dikatakan terdapat beribu bilik-bilik menempatkan pelajar, tempat tinggal golongan yang lebih muda menuntut ilmu sebelum mereka menyertai latihan ketenteraan.

Aisya tidak pernah berpeluang untuk menjejak kaki ke dalam madrasah, kerana hanya lelaki dibenarkan berada didalam itu. Lagipun kesemua pelajar itu adalah lelaki. Memadai melihatkan dari luar, dan mendengar keriuhan mereka mengaji, itu sudah cukup.

Dinihari, dihiasi qiamulai pada gelapnya malam, melelapkan mata dibalik merdunya bacaan mereka, walau sejauh mana kedudukan madrasah dan Aisya, jika Aisya menghayati suara mereka, seperti keberadaan pada ruang yang sama.

Di alam sana, Aisya dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri, Kiyai Bapanda Yunos (ayah), dan Induk Delima(ibu). Bapa Yunos ditugas sebagai guru yang mengajar dimadrasah besar itu. Penceritaan mengenai madrasah itu, semuanya datang dari pengetahuan Bapa Yunos. Bukan Aisya.

Yang Aisya paham mengenai organisasi mereka ini adalah, semua golongan muda diwajibkan menuntut ilmu agama semasa di usia remaja, perlu meninggalkan kampung halaman, dan membesar didesa pilihan, bergantung kemahuan sendiri.

Jika mahu menjadi tentera, harus belajar di Desa Militan, jika ingin menjadi pentadbir, harus ke desa yang berkaitan dengan pentadbiran, ada juga desa medikal, belajar soal perubatan (wallaualam). Desa ilmuan juga ada, melatih para guru-guru untuk menjadi tenaga mengajar disemua madrasah disetiap desa.

Indera pula, dia dibesarkan dan belajar dimadrasah itu sehingga menginjak dewasa, kemudian menyertai latihan ketenteraan dan dilantik menjadi panglima kerana luar biasa kehebatannya.

Yang diceritakan oleh Bapa Yunos, Indera itu, tiada sesiapa, tiada ibu ayah, tiada adik beradik, hanyalah sebatang kara, dibawa ke madrasah semasa usianya masih kanak-kanak, jika dia bengis dan garang begitu, adalah kerana dia sejak kecil lagi dibesarkan di desa itu tanpa kehadiran ibu bapa mahupun keluarga.

Desa militan itu, bukan suatu desa yang indah untuk kanak-kanak membesar. Penuh ranjau dan duri menanti tibanya hari dewasa.

Tiada Aisya tahu, kenapa, bagaimana dan mengapa dia hidupnya begitu, walau Aisya ini disisihkan orang didunia sini, ahli keluarga Aisya sentiasa ada buat Aisya, keluarga tok Ayah yang terima Aisya seadanya, malahan jika di alam sana, Aisya disayangi semua yang mengenali Aisya.

Tetapi berlainan dengan Indera, tiada biasa dia itu berkasih sayang, tiada biasa dia itu disayang orang, Boleh jadi, dengan Aisya adalah peluang untuk dia memulakan kehidupan berkeluarga. Mengenal rasa sayang.

Keberadaan dia dalam hidup Aisya, mempamerkan sikapnya yang selalu mendahulukan soal keselamatan Aisya, apa sahaja, semestinya keselamatan Aisya yang utama bagi dia. Susah untuk Aisya menidakkan kehadiran dia.

Indera itu baik orangnya, Aisya senang dengan dia. Wajahnya yang bengis itu, tidak pula menjauhkan Aisya dari dirinya. Tiada tampan, tiada pula Aisya kisahkan.

Kerajaan sana, amat memuliakan ilmu, jangan bilang mereka itu tiada yang soleh, jangan biang mereka tiada yang warak, pernah Aisya ketahui dan kenali beberapa orang alim disana, hidup nya hanya untuk beribadah, beribadah tanpa henti, sehinggakan lekuk-lekuk dilantaian terkesan pada sujudnya. Mereka itu amat soleh.

Sesungguhnya, solat, ibadah, hidup dan mati mereka untuk Allah, tuhan semesta alam. Tiada terpalit mereka dengan hal dunia walau secalit, jika diminta pada hartanya, nescaya yang tinggal hanyalah sehelai sepinggang buat diri sendiri, yang lain diberikan pada sipeminta.

Untuk menjadi guru agama, ulama’, kiyai, itulah ujian kerohanian buat mereka, mendahulukan akhirat melebihi dunia. Selagi mana hati mereka inginkan dunia, tiada layak dirasai untuk menjadi guru yang mengajar. Jika di alam kita, untuk menjadi guru perlu melalui ujian dikertas, temuduga dan sebagainya, tapi mereka, diuji dengan hal kerohanian, tiada mereka itu berpura-pura dalam kehidupan..

Pada mereka yang menuntut ilmu, menjadi guru dimadrasah, imam-imam dimasjid, apa sahaja yang melibatkan keagamaan dan kemasyarakatan, penaung membiayai keseluruhannya, dari tempat tinggal, makan dan minum, keperluan peribadi, malah diberikan pula saguhati berupakan wang. Itulah dunia sana.

Indahnya beragama buat mereka yang mengamalkan. Belum Aisya kenali ertinya sebenar-benar zuhud sehingga Aisya mengenali mereka.

Harta buat mereka, tiada bernilai. Harta yang ada cukup dalam kesederhanaan, berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dan beribadah yang utama.

Di usia Aisya sekarang, banyak telah Aisya lalui, Aisya pernah merasai Ramdhan disana, menyambut lebaran, berjemaah di masjid, berkunjungan, mengunjungi bandara, melihatkan suasana solat jumaat, merasai kenduri-kendara, majlis perkahwinan tetangga, bercucuk tanam, memasak.

Pernah dirawat kerana terkena panah dibahu, mengunjungi rumah Jahada & mengenali keluarganya, mendengarkan Tok Ayah berceramah disana, berpeluang sekali melihat latihan ketenteraan mereka. Juga pernah diserang oleh bangsa jin. Hmmm.. tidak tahu ingin meneruskan pada bahagian mana.

Banyak nya ingin Aisya berkongsi, tapi, itulah, sampaikah penceritaan Aisya nanti. Banyak juga isu kontroversi yang berulang kali Aisya fikirkan, harus atau tidak Aisya nyatakan. Menaip sebaris, padamnya 2 baris. Lihat lah bagaimana akhirnya nanti.

Penyampaian Aisya berbeza kerana tiada siapa mengenali Aisya, orang boleh bilang Aisya berbohong, memilih untuk percaya itu adalah laluan pembaca itu sendiri. Tetapi jika ilmuan agama di alam kita ini, tidak boleh mereka sebarangan menyampaikan pesanan, tersilap disalah tafsir, disalah maknakan oleh pendengar.

Maka ada baiknya mereka STOP kan apa sahaja spekulasi mengenai alam sana. meminta manusia kembali kepada alam fitrah, sedangkan alam dunia belum puas diteroka, manakan pula alam sana.

Berdegar-degar di alam maya, terkenal kerana dakwah, berdakwah menceritakan perihal alam sana yang tiada benar, usah percaya pada yang ada pendamping, jangan berubat dengan yang berkhadam, sedangkan diri sendiri disamping mereka.

Dirinya Aisya temui di alam sana menyebarkan dakwah Islam. Menerjah bersama ilmuan agama ke perkampungan jin-jin kafir untuk menyampai pesanan, persis kumpulan tabligh yang ada dialam kita ini. Ulama’ dan ilmuan agama seperti mereka yang berkunjungan diatara dua alam bukan lah hanya seorang dua, lebih dari yang Aisya mampu kira.

Ada yang dikhabar telah meninggal dunia, meninggal dan dikebumi bukan ditanah tempat lahirnya, namun Aisya masih boleh menemuinya dialam sana, masih lagi beliau berdakwah, masih beliau mejadi rujukan agama pada mereka yang berada dialam sana. persis dirinya ketika berada dialam manusia. Walaupun Aisya tiada lagi diingat olehnya, tapi pesanannya sentiasa Aisya kenangkan.

Menarikkan, beliau juga lah dulu yang beringat pesan pada Aisya, ini semua mainan perasaan mu nak, jangan kamu layankan. talbis iblis semuanya itu.

Tapi apabila melihatkan dirinya berada dialam sana, entah ungkapan apa yang boleh Aisya olahkan lagi.

Seperti yang Aisya katakan, ianya kontroversi. Aisya tiada mampu menjaga rahsia alam sana, bercerita juga kepada ibu, ayah dan abang. Kini menulis pula dikonfession, tidak hairan lah jika hal dunia seakan hilang banyak diingatan Aisya. Terkadang terlupa bagaimana untuk uruskan diri hatta untuk memulas tombol pintu.

Buat Kak Lia, (https://iiumc.com/hakikat-dunia-jin/) terima kasih kerana mengingatkan Aisya, tiadalah nasihat yang diberi hanya kerana rasa sayang kepada Aisya dan pembaca lainnya, bimbangkan Aisya hanyut dalam dunia fantasi.

Aisya juga berharap Aisya dipertemukan dengan Kak Lia sebelum segalanya bermula, tapi itulah, laluan takdir hidup Aisya tidak bertembung dengan akak. Tiada Aisya merasakan megah walau sekelumitpun kerana dipilih untuk merasai alam yang berlainan.

Bercerita bukan untuk berbangga apatah lagi untuk taksub akan dunia disana, Cuma sekadar menhilangkan resah dihati yang semakin lama semakin tiada hilang debarnya. Titipkan doa buat Aisha, insan mulia dan baik seperti akak, tiada halangnya doa dari dimakbul Allah, mudah-mudahan, dipanjangkan usia, kita bertemu. Baik dialam sini atau disana.

*********************************************************************

Bercerita perihal perkampungan, ianya berbeza dengan desa, desa lebih kepada organisasi yang terancang, tetapi perkampungan adalah penempatan rakyat majmuk. Pelbagai generasi, bayangkan sebuah kampung, begitulah perkampungan.

Kedudukan selalunya berhampiran dengan kampung-kampung manusia. Seperti Kampung Jahada, betul-betul dibalik bukit berhampiran rumah ustaz, mudah sahaja untuk melihat jika kena pada masanya.

Mereka ada berjualan dipasar, ada kedai menjual barang harian, mempunyai haiwan ternakan, bercucuk tanam, bergotong royong dan hidup dalam masyarakat yang harmoni, sangat harmoni.

Tiada isu bergaduhan jiran tetangga, tiada isu alihkan batu tanda, tiada isu umpat-umpatann, keji mengeji, bahkan mereka ini seperti sebuah keluarga yang sangat besar, saling menyayangi dan peduli diantara satu sama yang lain. Juga meletakkan asas ibadah paling teratas.

Aisya yang bukan sesiapa ini, dilayan begitu baik sekali, walau pada pertemuan kali pertama dengan ahli keluarga Jahada. Dihadiahkan oleh mereka sepasang persalinan solat yang dibuat dari kain yang seperti sehalusnya baldu, kilauan sepertinya dari benang sutera, malah seringan kapas pula.

Bila digengam tangan untuk merasai kelembutan kain itu, dirasai seperti merendam telapak tangan kedalam air yang sejuk dan nyaman. Disarung serasa tiada merasakan berat, melainkan hanya keselesaan. Ditinggalkan di rumah Induk Delima, bermudahan digunakan bila kesana. Tidak pernah terfikir untuk dibawa ke sini.

Diperkampungan ini, ada rumah-rumah yang memelihara haiwan ternakan, okey, Aisya nak bagitahu, Aisya tiada tahu jika wujud atau tidak haiwan ternakan itu di alam ini, mereka ada memelihara ayam yang berwarna hitam, hitam pekat, gelap dan berkilat. Persis ayam jantan rupanya, tetapi terlalu hitam.

Aisya lari jika melihatkan ayam ini, kerana mereka suka sangat mematuk, sudahlah hitam, nak patuk-patuk orang pula. Sembelih kang. Ayam begitu, banyak sekali berkeliaran disana.

Ada juga mereka pelihara lembu, tapi kan, lembu itu, mempunyai rambut dan berjambul setompok diantara kedua tanduknya. Tak kiralah walau berapa kali Aisya telah melihatnya, tapi setiap kali itulah, Aisya akan ketawa, lucu sangat lembu mempunyai rambut, warna rambut mengikut warna bulunya.

Jika berwarna hitam, maka hitamlah, jika berwarna perang, jambulnya blonde, terkadang terlintas juga, ingin dandan rambut lembu itu, tapi itulah, lintasan hati sahaja. tak pernah walau sekali Aisya mendekati, hanya melihatkan dari jauh sahaja. Takut dikejar, lembu itu besarnya seperti seladang.

Rumah-rumah mereka ini kebanyakkannya dibina dari papan hutan, beratapkan jerami, berdindingkan mengkuang bercorak-corak. Mempunyai beranda, kesemua rumah mempunyai beranda dan tempayan air ditepi tangga.

Berbeza dengan desa, desa lebih kepada rumah yang dibina menggunakan pasiran, batuan dan lebih kukuh, pula punyai patern yang sama. Ini merujuk kepada desa militan sahaja, desa yang berlainan, tiada Asiya tahu.

Selalunya, orang kampung mempunyai hubungan yang rapat dengan penghuni alam manusia yang berdekatan. Menjalin hubungan silaturahim yang baik. Yang diketahui Aisya, ramai sahaja manusia yang tinggal disitu. Berhijrah menetap di alam sana, ada diantara mereka yang telah terputus hubungannya dengan alam manusia, ada juga yang masih berkunjungan diantara kedua alam.

Sempat mengenali seorang abang, memadai namakannya Abg Idris, datangnya dia dari alam manusia, berkahwin dan telah mempunyai 5 orang anak dialam sana, perihal perkahwinan itu berlaku semasa dia masih lagi remaja, semasa bertemu Aisya, dia tinggal dikampung dan bekerja sebagai penjual barang dagangan dipasar jualan. Sering Aisya ketemuinya disitu.

Orangnya baik dan alim, usia anggaran berdasarkan paras wajah, lingkungan 40an, masih lagi berpulangan ke alam sini, melawat ibu dan ayahnya. Orang kampung alam sini mengangap Abg Idris itu tiada waras, kerana tiada pernah dilihat berkawan dengan orang lain, hanya membuat hal sendiri, jika tiada nampak kelibat abg Idris, dikatakan abang Idris lewat ke belantara mencari hasil hutan.

Begitulah andaian orang sini, berlainan dari norma, terus dicopkan gila, padahal tiada mereka ketahui, yang dianggap tiada waras itu, berilmu dan beragama juga, bahkan lebih baik lagi, cumanya berlainan alam. Abang Idris juga seorang yang pendiam, perihal dirinya yang berkeluarga dengan wanita bunian itu, hanya diketahui oleh ahli keluarga . Orang luar tiadakan percaya,

Kurangnya Abang Idris bercerita, sedikit pula yang Aisya bertanya. Tiada maklumat yang lebih dapat dikongsi.

Yang datang berhijrah kesana kebanyakkan dari mereka adalah golongan lelaki, berada disana ada yang berkehendakan kehidupan disana, ada juga yang tiada diberi pilihan, diajak dan kemudiannya bersetuju, Ada yang terhutang budi kerana diselamatkan oleh tentera bunian selepas ditangkap kerajaan bangsa jin. Semuanya bersebab. Aisya juga.

Walau apapun sebabnya, dunia disebelah sana ada, cumanya sedikit yang mengetahui.

Ada Aisya kenali penghijrahan oleh seorang wanita, nama nya Embok Nani, embok Nani ini unik, selalunya duduk dialam sana semasa muda, tapi embok Nani datang selepas suaminya telah meninggal dunia, pada usia embok dah pun berusia lebih separuh abad. Cinta tak kenal usia.

Pemergian Embok Nani berlainan banding dengan Abang Idris. Embok Nani meninggalkan sekujur jasadnya disini, boleh jadi kerana kudratnya, tiada upaya untuk dia berulang-alik, laluan sehala, tiada kembali pulang.

Kontroversi.

Begitulah Aisya nanti. Meninggalkan juga jasad dialam sini, kerana untuk menjadi sebahagian disana, adalah dengan menjadi sebahagian disana.

Tiada Aisya tahu bagaimana rasanya nanti, sakit kah, perit kah, mungkin kerap memikirkan perasaan itulah yang membuat hati Aisya tiada tenteram. Tiada Aisya tahu bila pemergian yang terakhir ini, namun serasa semakin hampir, seringkali jari jemari merasakan sejuk tiada penghujung, merasakan debar didada tanpa henti. Nafas pula adakala semakin pendek.

Jika Aisya kuatkan hati, tiada apa perlu Aisya takutkan sebenarnya, berulang kali Aisya sudah kesana, dunia sana tiada asing lagi pada Aisya, jikapun Aisya hanya bermimpi, tentunya mimpi ini tersangatlah panjang. Tidak kira berapa kali ke sana, berulang kali juga Aisya pulang kembali.

Cuma pemergian kali ini, tiada Aisya boleh kembali lagi. Sebanyak mana sayang Aisya seisi dunia ini, kelak lambatkan pergi, Aisya melupakan juga semuanya. Menungggu lebih lama, hanya memburukkan kenangan tentang Aisya pada mereka yang Aisya sayang.

Perginya Aisya nanti didalam tidur, jasad akan dikuburkan sama seperti mereka yang lain.

“Kenapa mesti ke sana, tinggalkan ibu ayah dan abang? Tak sayang keluarga ke yang sudah bersusah payah menjaga awak sejak dari kecil”

Dengan kudrat jasad Aisya sekarang, tiada mampu lagi untuk menahan kemerosotan ingatan dari sehari ke sehari. Semakin hari, apa sahaja tentang dunia, hilang satu demi satu. Banyak yang Aisya telah lupa, lebih-lebih lagi ingatan-ingatan yang paling terbaru. Terkadang, nama kedua-dua anak saudara sendiri pun telah dilupai, walhal setiap malam bervideo call dengan mereka berdua.

Percayalah, jika diberi pilihan, Aisya juga tidak mahu meninggalkan mereka semua, Aisya sayangkan mereka melebihi apa adanya didunia ini. Tapi itulah, biarlah Aisya pergi semasa masih ada ingatan Aisya untuk mereka.

Nanti kelak, bilakan sudah melupai semuanya, tiada lagi ingatan tertinggal, bimbang luka yang akan mereka hadapi itu, tiada Aisya dapat ubati lagi.

Okey okey okey, balik semula kepada perkampungan tadi. Aisya ini emosi orangnya. Air mata ini, mudah sahaja ingin menitis walau cuba disekat-sekat.

Aisya ingin menceritakan mengenai pasar jualan mereka, pasar jualan mereka bukan seperti pasar malam ditempat kita.

Jualan diadakan sekali sahaja pada satu purnama, Aisya tidak dapat memberi maklumat, berapa lamakah 1 purnama bagi mereka, tidak kira berapa kali Aisya kesana, tidak dapat Aisya meneka tempoh masa mereka. yang pasti, satu purnama mereka, lebih lama masanya berbanding satu purnama kita.

Pasar jualan juga, bukan lah kecil, jika berterusan berjalan seharian, tiada habisnya sampai kepenghujung, bertapa ramainya penjual, pedagang dan pembeli yang berkumpul disitu dari serata pelusuk.

Tiada mampu untuk dikira jumlah mereka, berdiri digerbangan masuk, memandangkan jauh, sejauh mata memandang, memadai melangkah sekadar kaki mampu melangkah. Perumpamaan melampau Aisya ibarat besarnya lingkungan pasar jualan itu sepertinya keluasan sebuah negeri.

Pemergian kali pertama bersama dangan anaknya kepada Jahada, bernama Suria dan suaminya Meru, Suria ini baik orangnya, pabila tersenyum, mempamerkan baris gigi yang tersusun indah. Bermata kaca seakan hijau zamrud, alis keperangan. Memiliki 2 cahaya mata.

Dari susuk wajahnya, usianya hampir sebaya Aisya sahaja. boleh jadi itu menjadikan Aisya rapat dengan nya. Pemergian seterusnya ditemani Indera.

Pasar jualan adalah neutral zon, zon bebas. Bilamana ianya zon bebas, tiada sesiapa baik golongan bunian, kelompok jin islam, bangsa jin kafir boleh berantakan disitu. Tidak boleh anjurkan perang. Tidak boleh bergaduhan. Apa sahaja yang mencetus ketidakamanan, adalah tidak dibenarkan.

Jika Indera bertembungkan ketua jin bangsa Q******h , iaitu T****n, dia juga tidak boleh berbuat kan apa-apa. Boleh melihat sahaja, melainkan, mereka yang mulakan dulu, maka boleh lah meletuskan perang.

Tapi seingat Aisya, selama Aisya berada disana, kawasan pasar jualan tiada yang pernah bergaduhan. Laskar sahaja beribuan mengelilingi pasar. Siapa pun tidak berani. T****n juga tidak pernah mengunjungi pasar jualan ini.

Jika berjalan dipasar itu, Aisya berpeluang melihat pelbagai jenis bangsa jin, pemakaian mereka ini adakalanya ditentukan oleh bangsa.

Seperti bangsa Q****ah, identiti mudah dikenali kerana mereka bertanduk dua dan tanduknya seperti dililit dengan tali pengikat kerbau. Dilengan pula ada besi yang mencekam seperti gelangan. Jika berambut, rambut mereka di ikat kebelakang. Pakaian pula seperti diperbuat dari kulit lapahan lembu, (seperti sahaja, bukan pasti).

Ada bangsa jin yang berjalan suka berkumpulan, pakaian meleret-leret dilantai, berjalan seiringan seperti berkawad, tubuh badan yang besar mengerutu, ditumit bersisir seperti kulit ikan melangkah pula tiada dilihat kanan dan kiri, yang dibahu jalan pula terpaksa mengelakkan dari berlanggar bahu dengan mereka.

Yang bersayap juga ada, melintasi ruang udara. Walau mereka suka berperang sesama mereka, mereka juga sukakan pasar jualan yang begitu ramai mahluk berkumpul. Yang paling awal tiba, dan paling akhir tinggalkan tapak pasar.

Segmen jualan dibahagi kepada beberapa bahagian, pedagang yang beragama Islam, akan berada dipintu masuk. Dipasar itu, bukan hanya bunian dan jin Islam sahaja yan menjadi pedagang, bangsa jin kafir juga tiada terkecuali, jualan mereka tentunya pada orang-orang mereka. Bahagian jualan mereka lebih kedalam, lebih jauh lagi, pintu masuk juga melalui pintu yang berlainan.

Tiada Aisya pernah mara lebih dari itu, memadai melihatkan dari kejauhan sahaja. walau ditemani Indera sekalipun, tidak pernah Aisya meminta untuk temani Aisya kesana semata untuk melihat-lihat. Indera selalu berpesan, tidak kiralah walau sekuat mana Aisya rasakan dirinya, tentu ada yang lebih hebat.

Berkisarkan pada barang jualan disisi gelap. Jualan mereka tentulah tiada sesuai dengan golongan yang beragama Islam. Pengamal perubatan syirik dialam kita juga berlambakan disana, baik yang beragama Islam mahupun tidak.

Mereka dikhabarkan (Aisya tidak melihat ini, hanya berpandukan cerita yang mengetahui) mereka menjual taring haiwan, kuku manusia, darah bermacam mahluk, rambut, haiwan bisa, mayat bayi kering, anggota badan manusia, minyak segala macam.

Ada kewujudan satu bangsa jin yang kerjanya sebagai pemungut hasil dari alam manusia. Pernah ketemui sekali, semasa di alam sini, bentuk badan seperti manusia tetapi berwajah tikus mondok bermuncung panjang, bermata besar, berambut jarang-jarang, kulit juga berbulu jarang-jarang yang berwarna seperti kulit orang tua lanjut usia.

Selalu ditemui dalam keadaan duduk mencangkung dan saiz tangan yang pendek. Jari jemari nya pendek. Jin ini perilaku seperti tikus, selalu menyorok tetapi gemar mencuri.

Penjualan barang-barang seperti ini kerana ada pembelinya. Ada penggunanya. Untuk apa dan mengapa, Aisya tiada tahu, tetapi tentunya tidak berlandaskan tujuan yang baik. Dulu bertanya juga Aisya, dari mana datangnya barang-barang yang diguna sebagai ritual pemujaan, rupanya, mereka juga ada Gedung membeli belah.

Sebesar-besar pasar jualan itu, bukan hanya jualan barang dagangan ada disitu, pengurup wang juga ada, jika ingin menukarkan duit, disitulah tempatnya.

Matawang setiap bangsa disana berlainan, tidak sama diantara satu sama yang lainnya, tetapi asas pembuatan sama Aisya kira, kerana mereka boleh bertukaran dengan segala macam bentuk matawang. Matawang dari alam kita juga ada, tetapi nilai matawang hanya wang RM100 sahaja, berlainan dari itu, tidak pernah Aisya lihat berada disana.

Matawang kerajaan bunian berbentukkan kepingan petak berwarna emas, perak dan gangsa dan timah mungkin (amatan cetek sahaja, Aisya tidak tahu samada benar-benar galian itu atau tidak kerana tiada keperluan Aisya untuk menggunakan wang disana, berjalan dipasar itupun kerana sekadar ingin tahu).

Belainan 4 warna, pabila di cantumkan keempat-empat kepingan itu membentuk gambaran keris, tongkat dan istana. Tidak Aisya merenungkan dengan jelas, sekadar imbasan sekali lalu sahaja, maka perician itu sekadar pengetahuan yang singkat.

Di situ, satu-satu nya perkara yang tiada dijual adalah makanan yang dimasak. Seperti dialam kita. Ada menjual mee goreng kawah, nasi goreng kawah, kuih muih, air balang, ayam goreng. Bertahun lamanya Aisya tidak ke pasar sehari, masih adakah berjualan seperti itu.

Aisya sering mengelak untuk menyertai kerumunan seperti pasar malam, pasar sehari. Cuba mengelak diri dari melihat yang tidak sepatutnya. Pemergian terakhir ke pasar malam di alam dunia, ada memori yang ditinggal benar-benar menganggu jiwa. (harap nak kongsi cerita, tetapi nanti terlari dari tajuk, jika ada ruang, Aisya ceritakan kemudian)

Sebarang bentuk makanan yang telah siap dimasak, sedang dimasak, minuman dihidang tidak boleh dijual, tidak tahu mengapa, tetapi ituah peraturan yang berkurun lamanya. Jika membeli buah-buahan sebagai contoh, juga dilarang untuk makan disitu. Semua orang maklum, begitu juga Aisya.

Laskar yang menjaga itu terlalu ramai, semua orang menurut sahaja perintah. Berlaianan pintu masuk, berlainan laskar dari berlainan kerajaan yang menjaga. Memilih pintu masuk itu perlu tepat, pintu yang sama tiada boleh sesuka hati untuk masuk dari mana-mana pintu. Seperti mereka ada bancian, kiraan atau biometric face atau apa,. Entahlah. Tiada Aisya tahu, anggapan Aisya sahaja.

Berkenaan barang jualan pedagang agama Islam, mereka menjual pelbagai jenis pakaian, makanan mentah seperti lauk, daging, yam, ikan, buahan, sayuran. Ada juga menjual ternakan dan tanaman. Ternakan yang banyak dijual adalah ayam yang hitam pekat dan menakutkan itu, burung-burung juga banyak sekali.

Akar kayu, batu permata, mutiara, perhiasan wanita, daun-daun herba kering, buluh-buluh, pernah dengar buluh perindu tak, dongeng dahulu kala, Aisya ingatkan buluh perindu tu adalah rimbunan pepohon buluh, walhal buluh perindu itu adalah air minuman. Khasiat dikata boleh dijadikan tarikan pada wajah dan merdukan suara, tapi itulah, tiada Aisya tahu keberkesanannya.

Jikalau permata dialam mereka itu, warnanya sahaja kepelbagaian, Aisya yang tiada minatkan perhiasan juga tertarik mata melihatkan bertapa berkilaunya permata yang menghiasi utasan rantai, gelang dan cincin.

Melihatkan Aisya merenung kan perhiasan cantik itu, diberikan kepada Aisya seutas gelang tangan bertahtakan permata merah delima, sebagai hadiah oleh penjual tersebut. Salam perkenalan bicara abang itu. Katanya sesuai warna merah dengan kulit Aisya. Pemberian hadiah itu, seringkali Aisya pakai, bilamana mengingatkan mereka-mereka disana.

Sepanjang melalui pasar itu, disapa oleh semua orang, yang tidak mengenali Aisya seraya berteguran seperti biasa berkawan. Seperti lama sudah berkenalan. Yang memberikan hadiah tiada kurang juga, terkadang tidak usah membeli, diberikan percuma sahaja. Diberikan kain persalinan dari sutera oleh seorang induk (ibu), buah keranji sebesar tapak tangan oleh seorang abang.

Disana, tidak boleh menolak pemberian mereka bimbangkan terkeduh hati, kerana sifat mereka amat suka memberi. Diberi pula selalu yang terbaik diantara yang terbaik. Berlainan percaturan hati mereka. mendahulukan yang lain melebihi diri sendiri.

Tentang pemakanan golongan Indera. Kebanyakan Ilmuan agama mereka seperti Bapa Yunos, mereka tidak memakan daging haiwan, diet hanyalah ternusu, buahan dan sayuran. Tidak kesemuanya lah. Hanya segelintir. Yang lainnya, sama sahaja seperti kita, makan juga ikan, daging, ayam dan sebagainya.

Ada juga barang dari alam kita dijual disana. Gasing, congkak, seruling, guli, getah gelang. Jika makanan pula, beraneka biskut dulu-dulu seperti biskut kapal terbang, biskut aiskrim ceri, biskut lemak. Ada asam jawa paket, gandum dan barley.

Ada juga dijual sanitary pad untuk wanita, dialam sana, golongan wanita tidak didatangi h**d seperti wanita dialam sini, kehadiran sanitary pad disana adalah untuk golongan manusia yang berhijrah kesana. (Hanya Allah swt sahaja yang tahu)

Buah tembikai berwarna merah antara makanan yang paling laris disana, diseludup dari alam manusia. Di sana, tembikai ada, Cuma kebanyakkan berwarna jingga dan kuning, mereka sukakan tembikai merah. Tapi itulah, berjalan disana, rambang mata, melihatkan kepelbagaian jualan mereka. Kali terakhir kesana adalah bersama Indera, 2 tahun yang lalu jika tidak silap.

Selain berjualan, perjumpaan muafakat antara ulama juga dapat dilihat, walaupun ijtimak ulama’ yang paling besar diadakan dibandara, di pasar jualan itu juga terkadang mereka turut sama hadir. Kerana ramai yang datang dari pelusuk nusantara.

Berulang kali bertemukan dengan ulama’ dari alam kita, tiadakan mereka mengenali Aisya, tetapi Aisya mengenali mereka, kerana mereka terkenal dialam maya. Sangat kontroversi.

Mengapa Bahasa mereka bercampurkan aduk dengan bahasa Indonesia, kerana wilayah nusantara itu merangkumi juga sumatera Barat dan Acheh, tahukan Agama Islam pertama kali menapak dibumi Asia Tengara bermula di Perlak Acheh.

Panjang sangat penceritaan Aisya, terpaksa bersambung lagi, perjumpaan Itjimak Ulama’ terbesar dialam sana diadakan dibandara. Acheh merupakan salah satu Bandara di alam sana, tahulah kalian kenapa Aisya pernah berkunjung kesana didalam penceritaan Aisya sebelum ini.

Kepercayaan Aisya menyatakan di kepulauan Borneo dan Bumi semenanjung juga mempunyai komuniti bandara yang adanya kerajan penaung disitu.

Jika masih berpeluang, Aisya kan menceritakan lagi.

Berlapang dada buat semua.

– Aisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *