Kursus Asas Komando III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kursus-asas-komando/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kursus-asas-komando-ii/).

Assalamualaikm kepada admin dan pembaca IIUM Confession sekalian. Semoga Allah rahmati semuanya.

Sekali lagi, kisah ini adalah pengalaman sebenar aku yang dengan sengaja diubah sedikit fakta dan nama wataknya bagi menjaga kerahsiaan.

Sekiranya ada yang teka-teka dan wataknya hampir sama dengan watak sebenar di luar sana, ianya adalah kebetulan yang disengajakan.

RESTU IBU

Beberapa minggu sebelum aku menyertai pemanasan pra asas komando, skuad aku Johari mengajak aku ke rumahnya untuk mengemas barang keperluan.

Selain Fathi, Johari juga rapat dengan aku cuma kami berlainan unit. Aku dan Fathi satu unit yang sama sebelum aku menyertai Komando.

Jo anak orang senang. Tinggal di bandar besar dan anak tunggal lelaki. Perwatakan Jo jenis jarang serius dan suka bergurau. Jo bercadang untuk pegi kursus tanpa maklumkan kepada kedua orang tua.

Aku pesan, “Jo, restu mak ayah tu pentg. Terutama mak. Doa tu kita nak” Jo akur.

Selepas makan nasik tengahari, Jo cekalkan hati untuk bagitahu keluarga, cita-cita Jo mendapat tentangan. Ibunya menolak keras dan tidak mahu izinkan.

Aduhh…berat nanang. Terpaksa la pulak aku layan drama airmata Sana’y Wala Nang Wakas. Ibunya sempat berpesan sewaktu aku dan Jo mengangkut beg ke dalam kereta..

” Mummy doakan Jo gagal..Mummy tak redha”

Aku dan Jo tergamam. Jo kemudian bersalam dan memeluk ibu ayahnya. Ayah Jo agak cool. Diam je. Ibunya menangis hiba. Hasrat Jo untuk menyarung beret komando tetap berkobar.

Sepanjang jalan balik ke kem kami berbual pasal restu ibu. Jo tetap nak teruskan. Apa nak jadi… jadi!

Restu ibu tu kunci kejayaan seseorang. Doa yang tiada hijab dengan Maha Pencipta. Jo return to unit (RTU) dua minggu selepas lapor. Jo gagal! Aku rasa sedih juga.

Tapi salah satunya aku tahu, Jo tak dapat restu dan doa ibunya dimakbulkan. Jo macam biasa, sifat rileks dia.

Sentiasa ceria dan pasrah. Katanya nak ulang balik nanti tapi Jo alami ACL. Lepas operate, minatnya berkubur.

SALAM PERKENALAN

Salah sorang JL yang faktap dan ganas namanya Alexis. Orang Borneo dan berkepakaran TTS. Kalau dia chopping kick kat ubun-ubun, berkicap hidung. Aku suka Stap Alexis. Tapi bila dia mengganas, aku benci dia sebenci-bencinya macam lagu Spoon.

Mulanya Stap Alexis tiada dalam senarai JL. Lega rasanya. Rasa macam nak gantung pisang. Melalui cerita senior, tumbukan perut JL Alexis boleh memutuskan usus besar.

Tapi selepas beberapa minggu peringkat kem, Stap Alexis join the club menggantikan JL yang bertukar keluar. Naya Pak Karim..

Salam perkenalan pertama tidak lain tidak bukan tumbukan di perut. Senaknya rasa macam nak terkeluar isi perut. Berpinau mata dan hilang sekejap nafas. Saluran trakea tersekat dan mengucap panjang. Allahuakhbar..Allah…Allah…

“Masa ni baru kau ingat Tuhan…”

Tapi, JL Alexis ni pandai main tarik tali. Kalau mood dia ok, kami akan senang. Kalau buat silap, kejap je dia naik hantu. Yang bagusnya dia tak makan langau. Dan kalau bab solat memang dia cukup pantang kalau ada yang melewatkan solat atau culas solat. Habuan rotan standby..

LANGAU

Langau ni ibarat lalat hijau langau yang hinggap kat tahi tu. JL yang melangau lebih dibenci daripada JL yang ganas macam Stap Zul dan Stap Alexis. Selalunya kaki langau ni terdiri daripada staf bantuan kursus basic.

Sekiranya pelatih melakukan kesalahan, kaki langau akan dengan sengaja membangkitkan kemarahan JL bertugas sehingga pelatih akan dijadikan lauk dan langau akan bersorak sorai. Kita beroleh kemenangan yang pertama.

Pernah sekali aku dan Iain berkesempatan rembat rokok Stap Rustam yang suka melangau. Langau dia membingitkan telinga. Dia tak balun pelatih tapi suka melangau sampai acara bertukar.

Sebatang demi sebatang sampai licin rokok John dBlend dia. Padan muka. Mengamuk dia sepanjang hari. Tapi biasalah komando…mana nak mengaku.

“Komando..mana rokok aku!!!?”

Stap Rustam nak check siapa yang merokok, jadi dia bariskan pelatih dan hidu tangan setiap orang. Teknik merokok yang kental ialah kepit rokok guna ranting kayu dan merokok sambil bakar sampah.

Aku dan beberapa skuad yang lain dengan sengaja sapu tangan di ketiak dan celah punggung.

Sepanjang hari tu kami ketawa mengekek puas hati walaupun sakit badan dapat habuan dibelasah sebab rembat rokok Stap Rustam. Tapi tiada sorang pun komando yang mengaku. Rasakan set4aannn!!

****

“BUDDY” YANG TERSAKITI

Dalam basic komando, selalunya JL akan tentukan buddy. Tapi ada kalanya kita lebih selesa dengan buddy kita sendiri yang boleh jadi teman cerita dan tolong bila susah. Suatu hari, “buddy” aku, Rancholdas Shamaldas Chanchad sakit perut.

Waktu tu kami sedang duduk santai cuci senjata. Dan setiap pelatih kalau nak ke tandas kena ada buddy. Jadi Rancho maklum kepada JL untuk bawa aku sekali ke tandas medan.

“Stap, nak ke tandas…saya bawak Lah sekali..”

“Ok..” jawab JL

Sampai ke tandas, Rancho pun memerut. Lama juga. Sampai terlelap aku kat luar dibuatnya. Tak lama kemudian Rancho panggil…

“Lah…air takde ni..” Bisik Rancho.

“Dah tu…kau nak aku buat ape?”

“Tolong ambil air di sungai tu.. tolonglah..”

“Kau ambil jela daun ni…nahh” aku hulur daun-daun kering kepada Rancho. Malas aku nak redah ke sungai. Walaupun dekat tapi nanti jadi jamuan mata JL. Tak pasal pula banyak nak kena jawab..

“Geli la pakai daun..tolonglah woi..” rayu Rancho.

” Kau ni komando kepala #$&@# apa…tu pun geli …#&5#@ ” maki aku.

Dengan geram aku berjalan slow motion ke arah sungai. Lebih kurang 100 meter. Tapi, apa yang aku takutkan akhir nya berlaku..

“Hoi komando…demo nok gi mano tu?” Jerit Stap Machey

“Sss.ssuu..suungaii stap!”

” JL buke doh royak jange gi sungai takdo arahey..demo bodo ko?” Jerkah Stap Machey sambil melibas badan aku dengan rotan. Menari-nari aku kesakitan..

“Anak harun punya Rancholdas!!” Jerit aku. Tapi dalam hati la..

Selepas menjelaskan tujuan aku ke sungai. Stap Machey mintak aku panggil Rancho. Dengan punggung masih bertahi, Rancho datang ke arah sungai mendekati kami.

“Loni demo basuh berak dio..pakai air sungai.”

Sekali lagi…”Acil4kakkkk Rancholdas Shamaldas Chanchad!!!!” (Dalam hati)

*****

ABESENT

Lari atau hilangkan diri dari basic memang kerja gila. Tapi disebabkan tak tahan, Jelutong menghilangkan diri.

Jelutong ni dapat nama sebab asalnya dari Jelutong, Penang. Orangnya fit. Tapi mentalnya sedikit koyak sebab sebelum basic, ibunya sakit. Jadi Jelutong tak dapat nak fokus.

Boleh nampak dia down dan banyak mendiamkan diri. Pernah kami curi-curi guna handphone dari ejen untuk hubungi keluarga dan Jelutong menangis bila dapat bercakap dengan ibunya.

Suatu pagi, semasa latihan compass marching, Jelutong hilang. JL tak senang duduk dan terpaksa cari segenap pelusuk hutan. Kelibat

Jelutong langsung tak nampak. Jejak pun takda. Takut disorok hantu kopek je. Kami disoal setiap sorang untuk siasat mana lokasi Jelutong.

Hanya sorang yang pernah Jelutong bagitahu dia akan lari iaitu Biawak. Biawak ni dapat nama sebab kulit mukanya yang menggerutu kesan parut jerawat batu. Sekarang macam dah jambu sikit. Katanya pakai Simplysiti.

Jelutong akhirnya ditemui JL di rumahnya di Penang. Entah siapa ejen yang bantu dia larikan diri hari tu. Jelutong pilih untuk keluar dari perkhidmatan terus untuk jaga ibunya. Dikenakan tindakan dalaman.

Tak lama lepastu, ibunya meninggal. Salute kat Jelutong. Korbankan minat dan impian demi menjaga orang tuanya. Basic boleh pergi…ibu mana nak cari ganti?

ARWAH AYAH

Hasrat arwah ayah untuk aku menyarung uniform kesampaian bila aku buat keputusan untuk menyertai perkhidmatan. Ayah pesara PDRM dan sangat bangga dengan perkhidmatannya.

Berbanding umi, ayah banyak memberi galakan kepada aku. Umi pulak banyak risau itu ini. Waktu aku bagitahu nak masuk komando, umi menentang. Katanya jangan merosakkan diri. Umi lebih suka anak-anaknya menjadi orang biasa.

Tapi arwah Ayah steady. Diberinya tips-tips dan diperturunkan segala ilmu berguna. Nasib tak turun ilmu lipat bumi dan ghaib disebalik pokok pisang. Kalau tak, sepp sepanjang latihan tak kena balun. Tau-tahu je dah kat rumah makan nasik ikan aye singgang cicah budu.

SOLAT JUMAAT

Waktu yang bagi aku paling heaven sepanjang kursus adalah waktu solat jumaat. Pelatih akan berpakaian bersih dan bergerak awal ke masjid. Selalunya di masjid orang akan sedekah pisang.

Sampai di masjid selain port merokok, pisang akan menjadi target kami. Punyalah lapar, berebut kami dengan budak- budak nak makan pisang. Saat tu paling aku terasa sekali.

Aku janji kat diri sendiri, lulus nanti setandan pisang aku nak sedekah kat masjid. Rupanya dalam sedekah seseorang tu, ada hamba-hamba Allah yang kelaparan.

Pernah suatu hari tu latihan di luar, kami solat jumaat dan ada orang sedekah nasi lemak. Punyalah happy. Berbungkus kami sebat. Sudahnya, time khutbah membuta. Lelap sampai orang qamat. Dan selalunya JL akan tanya tajuk khutbah hari tu. Jemm..

Majlis Penutup Kursus Asas Komando

Pada hari bersejarah ini, ahli keluarga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Pelatih bukan main teruja akhirnya hari yang ditunggu sekian lama tiba.

Betul kata Soleh, semua ini ibarat angin lalu. Akan berlalu pergi. Datang dengan pulang dengan kejayaan. Alhamdulillah.

Majlis Penutup diserikan dengan pertunjukan demonstrasi khas oleh abang-abang komando. Penuh bergaya dan bersemangat menyambut adik baru.

Welcome to the club. Standby la pantang blok bujang. Selalunya sampai adik yang baru pulak lapor. Naya pak karim..

*****

Filem PASKAL

Sewaktu berkesempatan menjalani latihan bersama dengan negara luar, aku disapa seorang komando dari negara jiran. Katanya dia tahu pasal komando Malaysia melalui filem PASKAL ditontonnya dari Netflix.

Bangga lah juga orang luar kenal komando Malaysia walaupun aku bukan PASKAL dan bukan peminat filem tu.

Sampai sekarang aku bingung memikirkan kenapa mak Leftenan Komander Arman kejap bertudung kejap free hair. Hari tu beria kata nak suruh tempah siap-siap lubang kubur.

Pahit tapi manis

Setiap orang yang melalui kepayahan untuk menyarung beret komando. Restu ibu, kecederaan masa latihan, mental koyak dan sebagainya.

Aku bersyukur walaupun aku bukanlah yang terbaik tetapi direzekikan Allah menyarung beret kebanggaan dan lulus kursus yang aku sendiri tak sangka.

Kenangan dalam kursus bila dikenang boleh jadi topik perbualan berjam-jam sampai Subuh. Sekarang ni jarang dapat berkumpul bersama dan memang takan ada peluang lagi disebabkan semua sibuk dengan tugasan masing-masing.

Setiap orang ada cerita dan perjuangan masing-masing. Marah dan benci dalam basic berakhir selepas memakai beret dan lambang kebanggaan disemat di dada.

Terima kasih kepada semua JL yang ganasnya mereka membentuk peribadi kami hari ini. Hidup ibarat roda, tempoh hari kami mengecam JL.

Hari ini, ada dikalangan kami yang menjadi JL dan sumpah seranah pelatih (dalam hati) menjadi makanan ruji. Tapi keikhlasan dalam mendidik menjadi seorang komando membuatkan semua itu alah bisa tegal biasa.

Sekian dulu coretan aku. Banyak kisah yang nak aku kongsikan namun keterbatasan waktu dan terikatnya aku dengan kerahsiaan tidak membenarkan aku berkongsi dengan lebih dalam.

Harapan aku semoga tulisan ini menjadi kisah tauladan dan ada manfaat (kalau ada) kepada yang membacanya. Sekadar untuk hiburan dikala senggang. Bak kata Ramli Sarip, aku menulis bukan kerana nama..hehe

Bahasa-bahasa kesat jangan dicontohi. Jangan digigit telinga anak yang menangis. Walaupun “signature” aku sekarang adalah gigit telinga junior tapi telinga anak sendiri jentik pun tak pernah.

Mana tak nya, mahu dipepah dengan skuji oleh bini aku kalau turunkan kepada anak.

Isteri aku dan kebanyakan isteri komando yang lain mahupun anggota keselamatan banyak berkorban untuk suami. Bersusah payah demi penuhi cita-cita suami. Terima kasih.

Nak belikan gelang emas pulut dakap 916 abang tak mampu, tapi menjaga hingga hujung nyawa.. insha Allah.

Salam buat semua. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Terima kasih sudi membaca.

– Abdullah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *