Kurus

Hai semua. Ini adalah confession yang pertama saya dan terima kasih admin kerana siarkan tulisan saya ini.

Wanita dan kurus ni memang tak dapat dipisahkan. Confession ini adalah untuk mereka yang ada perasaan atau memilih untuk menguruskan dan mengurangkan berat badan.

Mengapa perlu kurus? Bagi saya yang baru melahirkan anak, saya perlu dapatkan kembali berat badan saya yang lama kerana:

Pertama, saya tak perlu beli pakaian baru. Boleh pakai baju dan seluar lama yang sedia ada untuk harian.

Kedua: senang nak cari baju raya. Size baju saya adalah M. Saya hanya perlu tengok size bahu 15inch, confirm baju tu akan muat dengan saya. Tak perlu fikir yang lain lagi dah.

Ketiga: saya kan baru bersalin dan ada dua lagi anak yang perlu diuruskan. Jadi, untuk uruskan anak terutama bayi, banyak pergerakan bangun duduk berdiri dan naik tangga turun tangga.

Badan dan kaki rasa berat nak bergerak dan bila nak naik tangga (rumah dua tingkat). Secara tak langsung buat saya rasa malas dan mula la asyik nak harapkan orang lain. Jadi, tak seronok la bila dah sampai macam ni. Sampai bila kan.

Bagaimana nak turunkan berat badan? Bagaimana nak kurus dan fit macam masa muda dulu?

Selepas melahirkan anak yang ketiga ni melalui kaedah pembedahan, saya ingat tak dapat dah untuk saya kurus. Badan saya dah menggelebeh disana sini. Kalau sebelum ni, selepas bersalin, saya bertungku, bertangas, berbengkung.

Dan Alhamdulillah, dapat balik berat dan size saya yang lama. Setiap kali mengadung, pertambahan berat badan saya adalah lebih 20kg ye.

Jadi, selepas bersalin baru ni rasa down sangat. Sedih. Kaedah pembedahan tu bukan pilihan saya tapi terpaksa untuk selamatkan baby.

Jadi, untuk 2 minggu pertama selepas kelahiran saya hanya fokus untuk sembuhkan luka diperut. Aircond sentiasa on. Punya la risau takut luka tak sembuh.

Selepas tiga minggu, agak mengejutkan kerana berat badan saya turun hampir 20 kilo. Mungkin disebabkan saya kurang selera makan.

Walaupun nampak banyak penurunan disitu, tidak menjamin apa-apa ye. Sebab badan tak fit. Isi dibahagian perut, pinggul, paha menggeleber. Bila dah macam ni, kalau minum air ais akan rasa perut bergoncang goncang, rasa tak selesa.

Kalau tak jaga makan, kawasan yang menggeleber tu akan senang berkumpul lemak. Jadi, dah tentu badan akan senang naik balik. Jadi, macam mana? Kalau sebelum ni, saya rajin melakukan senaman. 30 minit setiap hari tanpa gagal ye.

Tapi boleh kata hampir tiada perubahan. Penat je dapat. Senaman dirumah je berpandukan youtube. Diet yang saya amalkan adalah kurangkan makan.

Masa ni tak faham lagi apa itu diet. Ingatkan diet ni kena kurangkan makan. Yang penting senaman. Rupanya saya salah.

Inilah yang saya nak kongsikan. Untuk turunkan berat badan dan fitkan badan kita perlu ubah cara permakanan. Diet tu adalah kena makan.

Tapi makan makanan yang sihat, supaya badan kita dapat nutrisi yang lengkap contoh seperti karbo, protein, vitamin, kalsium, dan lain-lain.

Nutrisi ni la yang akan bina balik sel sel badan kita, akan bina balik otot dan tingkatkan balik metabolisma badan kita. Macam mana nak dapatkan nutrisi ni ni? Dengan cara makan makanan yang berkhasiat seperti nasihat nasihat pakar permakanan.

Follow saja piramid makanan yang kita pelajari dulu. Lebihkan sayur sayuran dan buah buahan. Jangan lupa minum air masak secukupnya.

Saya dah cuba dan rasa sendiri perubahan. Yang paling saya rasa perubahan adalah pada luka ceaser.

Selepas enam minggu saya rasa luka dah tak sakit. Jadi saya cuba lakukan senaman ringan. Senaman Yang tak perlu pun lompat lompat. Boleh je cari di reels, youtube, tiktok video-video senaman ni. Boleh buat dirumah je. Tak lama.

Saya hanya peruntukkan 10 hingga 15 minit je setiap hari. Senaman ni hanya menyumbang 10% je dalam penurunan berat badan ni. Yang lain adalah pemakanan. Untuk mereka yang baru nak mula turunkan berat badan, jangan lakukan senaman lagi.

Untuk permulaan, boleh fokuskan pada permakanan sahaja dulu. Cuba la ubah cara permakanan dan kurangkan pengambilan kalori.

Banyakkan protein dan sayur sayuran. Protein untuk built muscle dan sayur untuk penghadaman.

Sepanjang diet ni, tak perlu stress. Kalau teringin nak makan makanan kegemaran, makan je. Tapi perlu ada kawalan pengambilan. Sebab tu yang perlu ditekankan adalah ubah cara permakanan.

Biasakan dengan makan secara sihat dan terkawal. Dengan izin Allah, perlahan-lahan kita akan biasa dan rasakan perubahan pada tubuh badan.

Sekarang, bila dah dapat berat badan ideal, dan badan lebih fit, kejap (ada muscle). Saya dapat rasakan badan lebih ringan walaupun berat yang sama seperti dulu.

Kadang- kadang ada hari terlebih makan, saya akan pastikan esoknya, saya lebihkan makan sayur sayuran dan minum lebih air masak.

Dengan izin Allah, berat badan tetap maintain. Alhamdullillah.

Untuk pengakhiran, kurus ke gemuk ke semua tu boleh adjust. Atas kemahuan diri sendiri. Tak perlu kita nak mengata apatah lagi menghina bentuk badan seseorang.

Kurus tak semestinya cantik. Bagi saya terpulang pada diri masing-masing. Asalkan selesa dan buat kita bahagia.

Sekali lagi saya nyatakan confession ni saya kongsi hanyala untuk mereka yang ingin turunkan berat badan. Saya harap dapat membantu sedikit sebanyak.

Segala yang saya kongsikan ni hanya melalui pemerhatian dan pengalaman saya. Maaf sekiranya ada salah dan silap.

– Wanita biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *