Assalamualaikum dan hai, nama saya Rocky Labu (bukan nama ic) umur hujung 20-an dan berasal di salah satu negeri di semenanjung.
Bekerja jauh di oversea tapi masih dalam wilayah Malaysia lah. Ini pertama kali aku menulis di sini.
Tulisan aku bukan berkaitan permasalahan atau isu-isu semasa, tapi lebih ke arah minta pandangan atau pendapat khususnya kaum hawa si luar sana.
Jadi confession ini tak lah menarik sangat untuk di baca tapi siapa yang sudi membaca harap boleh tinggalkan komen sepatah dua.
Baik, ceritanya bermula apabila aku mengenali seseorang namanya Sara (tentulah wanita) melalui socmed dan kami niat berkawan untuk ke arah perkahwinan lah. Kami decided untuk taaruf dan mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh berkawan.
InsyaaAllah moga dipermudahkan.
Dia berumur pertengahan 20-an dan bekerja di sektor swasta dan tempat kerjanya hanya beberapa kilometer saja dari rumahnya. Aku kenal Sara di pertengahan tahun 2022, jadi masih baru lah jugak belum cukup setahun pom lagi.
Sepanjang kami berkenalan alhamdulillah tiada apa konflik yang terjadi. walaupun kami tak declared sebagai “pakwe & makwe”.
Dari segi persamaan itu adalah jugak yang sama dengan aku, contohnya, kami kalau bab barangan kami tidaklah utamakan barangan berjenama asal ia nampak smart dan kualiti nya memuaskan itu sudah ok.
Aku pernah hadiahkan dia jam tangan yang harganya dalam linkungan RM 25-30 dan aku ada tertengok status Sara di socmed dia tengah pakai jam “murah” pemberian aku itu.
Perasaan aku rasa gembira sangat waktu tu, yalah perempuan zaman now mana lah nak pakai barangan yang jenama cikai dan tak ada clazz.
Untuk info korang juga, keluarga kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain dan aku pom belum bertemu parents si Sara.
Walaupun dia agak sedikit risau penerimaan keluarga aku yang dari orang ada-ada berbanding dia yang berlatar belakang keluarga bukan senang. Tapi itu bukanlah masalah utama.
Okeyh berbalik kepada isu pokok, di sebab aku bekerja jauh di seberang, aku hanya sempat berjumpa secara Face to Face dengan Sara hanya sekali sahaja ketika waktu aku cuti panjang (itu pom tak sampai sejam) sebab waktu itu waktu tempat kerjanya tengah lunch.
So, di pendekkan cerita aku tamat cuti dan terpaksa balik ke seberang dan kembali tempat aku bertugas. Aku masih mesej Sara macam biasa.
CUMANYA…. jeng-jeng dah nak masuk fasa permasalahan dah. Haha
Cumanya sejak kebelakang ni aku sedikit terasa hati sikit dengan Sara… tak banyak sikit jaa.. haha. Sepanjang perkenalan kami selama beberapa bulan ini hanya aku seorang yang akan mesej dia dulu.
Kalau aku tak mesej dia, dulu sunyi-sepi lah jawabnya noti whassap melainkan grup whatsapp tempat kerja aku, tiap hari rancakk, dimana-mana rancakk, berdosa…haha
Ok gurau jaa, aku sambung lagi… aku akan whatsapp dia seminggu sekali jaa (aku akn bagitau kenapa), kalau aku tak ada text Sara dulu memang tak adalah noti dari dia.
Bila aku mesej dia aku akan tanya dia “dah pulang rumah ?”, “okey tak work hari ini?” “ramai tak customer hari ini?”
Aku pulak tak pernah dapat text seperti tuu dari Sara. Dalam keadaan aku stress oleh sebab tekanan tempat kerja aku berharap sangat dia tanya khabar atau macam mana kerja seharian ku.
Benda nampak simple kan, tapi benda tuu boleh beri kesan positif untuk seseorang. Plus, jika waktu aku text jugak, akulah yang selalu dominan bertanyakan soalan sedangkan Sara dia hanya seperti calon menjawab peperiksaan sahaja.. haha.
Itu sebab utama kenapa aku text dia seminggu sekali sebab aku yang selalu bertanya ditambah pulak aku seorang yang introvert nya on-off yang kadang-kadang susah nak mulakan conservation… ehh silap conversation.. haha.
So, di simpulkan Sara ini pasif participant dalam perbualan kami dan dia tidak terfikir pom nak ambil tahu atau ambil berat kehidupan ku seharian. Itu pasal aku mesej dia seminggu sekali dengan berharap banyak lah idea aku boleh bersembang dengan Sara.
Tapi kalaulah dia seorang yang talkatif waktu text mungkin aku pom berasa teruja nak mesej dia dengan kerap.. dua tiga hari sekali pom okeyh dah.. Sebab jenis aku, aku tak suka sembang perkara yang cepat mati idea.. sebab dia akan jadi krik.. krikk.. haha.
Jadi, di sini persoalan aku buat pembaca semua.. menjawab kamu yaa di komen, pertama, aku risau LDR kami di masa akan datang jika Sara masih berpawatakan yang sama even kita sudah berumah tangga.
Macam mana jika tiba-tiba ada orang lain (perempuan) yang hadir lebih banyak ambil berat pasal aku berbanding dia sendiri,
Niat aku tak mahu berlakuan curang pada Sara sebab hati aku dah terima dia, kalau lah dia dapat berikan perhatian dah cukup buat aku terobat dengan kesakitan LDR.. haha.. ada tak solusi buat kami ini.
Kedua, adakah aku yang punca permasalahan ini (yea lah kaum di tindas pulak tuu, deme deme tuu mana pernah salah) hukk.. hukk….
Tapi serius kalau boleh aku tak nak kenal orang lain dah, walau dalam kepala nie duk ada bisikan ablasa duk tiup di telinga “baik kau kenal “samwan” lain lagi bagus”.
Oh lupa nak beritahu kami tak pernah berhubung melalui voice call atau video call sebab dua-duanya pemalu.. Haha.
So, gais harap dapat beri komen yang membina. Thanks in advanced..
– Rocky Labu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit