Oklah rasa nak reply confession suami simple tu, (https://iiumc.com/ist3ri-tak-suka-ikut-cakap-su4mi/).
Sebab aku terbahak gelak baca confession brader umur 43 tahun yang ada bini lawa tu anak dua kan? Memang lawak!!!
Meh sini nak cite kisah aku yang ada laki simple wannabe kata dia. Aku keje makan gaji, sebulan gaji adelaaa RM7k. Keje pagi balik malam sampai rumah. Laki aku keje kontraktor, ada syarikat sendiri. Alhamdulillah, bab kewangan takde masalah.
Walaupun aku bekerja, pagi aku bangun seawal jam 5 pagi untuk memasak. Balik rumah aku panaskan saje lauk frozen yang dah siap masak.
Aku macam isteri lain yang bekerja. Housework aku buat sendiri takdek helper. Laki simple aku kata dia tak nak ada orang lain dalam rumah kami, dia tak selesa nak lepak rumah kalau ada bibik.
Anak-anak aku uruskan. Masa kejadian ni anak sorang lagi, so aku takde hal nak uruskan. Sekarang ramai wanita, isteri yang berdikari. Small matter.
Yang jadi matter ni laki aku pun kata dia seorang yang simple. Tapi aku rasa ni gebang jer!!! Cerewet lagi ada.
Dia kata tak suka tengok aku make up! Sebelum kawen aku memang make up la juga biasa calit foundation, cheek color, lip color, mascara.
Calit lipstick sikit pun dia tak suka. So bila dah kawen dia tak suka aku make up. Pada hal nipis je aku make up.
So aku beranggapan dia tak suka aku tunjuk dekat orang lain. Wah suami tak suka lali lain tengok aku cantik ke? Aku cakap dalam hati. So aku just guna skincare dan uv protection je.
Dan laki simple aku ni tak suka aku pakai baju kemeja gi ofis. Dia suruh aku mula berpakaian longgar, so benda baik kita follow kan?? Why not. Aku ikut. Aku jadi lebih muslimah.
Bila dah beranak, rambut aku gugur. So laki simple aku kata potong pendek ajelaaa. So aku ikut cakap dia. Dia kata simple je rambut pendek ni. Aku follow.
Minyak wangi pun dia tak suka aku spray. Laki simple aku tak suka. Aku kata beli laa minyak wangi yang dia suka untuk aku. Dia cakap dia tak suka wangi-wangi. Suka bau natural aku. Ok aku ikut gak ni.
Dia kata dia simple kan???? Hak tuih satu kali!!!! Sebab dia kantoi masa aku pantang anak kedua, dia dah nikah sorang lagi kat siam!!!!
Kantoi sebab masa aku pantang tu hari raya. Bini kedua dia asyik call hp dia, aku jawab!!!! Kantoi!!! Wah simple betul, sakit beranak tak abis lagi luka poen aku pun tak kering lagi dia dah kantoi!!!
Dah nikah lebih kurang 8 bulan!!! Ya ampun, maknanya laki simple la kan??? Nikah kat siam jer takde majlis, kan simple tu????
Kita ni tengah struggle berpantang, heboh nak cek anak kuning semua!! Sini bengkak sana bengkak, tiber bengkakkan hati aku plak!!! Mak aku kejar laki simple aku guna parang kontot!!
Malam raya dia balik raya rumah satu lagi. Simplekan????? Ape ade hal, dia kan laki, duit dia suka hati lah dia nak kawen 4 sekali pun, simple!!!
Ok dia kata dia simple tak suka pompuan make up kan??? Fake giler la!!! Bini baru dia tu make up tebal macam nak pi photoshoot model stokin!!! Lekcu merah wei!!! Hahahahha!!!!
Pakai ketat, sendat memang daa booomm!! Free hair rambut merah dan panjang!!!! Dia tu personal asistant laki aku!!! Kah kah kah!!! Aku gelakkan diri sendiri!!! Laki aku simple kan??? Pompuan tu mandi perfume dia tak kisah pun, laki simplekan???
Hahaha patutlah selalu out station ada projek juta-juta!!! Ahhahaha simple simple je aku terkena!!! Dia kata nak bernikah sebab nak tambah zuriat. Ooiiii ko simple simple mengandungkan aku, pas tu ko pi siam nikah satu lagi alasan nak tambah zuriat???
Apa aku mandul tak function ke???? (Geram nak mencarot!!!) Lepas tu dia komplen kata aku tak berhias diri, muka aku ada jerawat yang sebulan sekali ada la dua tiga ketol), rambut aku tak cantik, pendek, tu alasan dia nikah baru. Hahahaha!!!! Bodoh simple kata dia!!!
So apa aku buat???? Aku kikislaaa duit dia. Simple kan??? Dah nama suami, kata banyak duit. Tanggungjawab tu laksanakan, simple je!
Aku minta duit belanja DIRI aku sebulan RM3000, gaji melahirkan zuriat dia. Duit aku nak beli make up, gi salon. Madu aku kan dapat semua tu, takkan aku nak pandang je?
Duit belanja rumah dia settlekan semua, aku tak nak masuk campur. Aku minta bibik dua orang, sorang untuk asuh anak-anak aku, sorang lagi handle urusan rumah. Simple kan, pandai buat pandai tanggung!!! Aku request pakej pi umrah setahun sekali.
Setahun sekali bercuti dalam dan luar negara anak beranak. Tak dapat aku gegar keluarga bini nom 2. Apa susah?? Family pompuan tu pon tak restu anak dia nikah laki orang yang simple!!!
Lepas kantoi nikah baru dia nak amek hati mak aku, dia belanja family aku pi umrah. Tau pun nak sucikan dosa, simple-simple je tipu kami anak beranakkan???
Aku tak kisah giliran, sebab hati aku sakit!!!! Simple konon.
Ni bisnes dah slow, pendapatan dah kurang. Berani kata nak cut bibik aku tinggal sorang. Berani nak kurangkan elaun aku!!!! Ah takde, aku tak layan!!! Cukup sekali aku terkena dengan simple kau!!!
Bini nom dia pun tak beranak lagi. Zuriat celah mana ni kata nikah satu lagi nak menambah??? Simple sangat ke ape???
Belum cite bab makan, huk aloh!!! Orang dah masak tu makan ajelaa, kata simple!!!!
Tertekan nak sambung bab makan ni. Simple jer nak kata manusia kalau tak reti bersyukur orang dah masak, dah hidang pun tak reti nak bersyukur.
Nak makan ikut tekak dia, tapi beli barang dapur semua suruh bini. Blah laaaa!!! Dah nikah satu lagi, household provision kalau tak cukup, aku amuk je. Simple!!!!
So cita dia, kalau laki tu kata dia simple jaga-jagalah!!! Dia nak bagi kau kawan baru. Kah kah kah!!!!!
– Letchumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit