Lafaz Taklik

Salam dan hi. Sekadar nak meluah rasa. Kenalkan, saya Cengeng. Disebabkan bila tumbuh dewasa ni asyik kuat menangis ja. Rasanya sesuailah dipanggil saya ni Cengeng.

Ceritanya saya berkahwin lebih kurang 5 tahun. Tapi nak dibandingkan dengan orang yang dah 3 0tahun hidup bersama, saya ni dah berkali-kali ditaklikkan.

Setiap pergaduhan, tak peduli siapa yang salah, siapa betul. Ada sahaja taklik yang dilafazkan. Contoh, kalau keluar rumah tanpa izin, jatuh talak.

Bila ditanya, dikatanya taklik tu terpakai masa tu sahaja. Hati dah rasa tak sedap, ajak pergi pejabat agama untuk bertanya, tak hendak.

Sebagai isteri, bila taklik dilafazkan, selalunya saya akan terus mendiamkan diri. Sebab takut jatuh talak. Tapi hati sentiasa rasa tak sedap. Sebab banyak sangat taklik sampai saya sendiri pun dah lupa.

Sebagai orang yang dah habis mengaji spm ni kan, bukan tak ingat ustaz/ustazah bagi ceramah dulu-dulu. Bila taklik dibuat main, disebut-sebut sentiasa boleh jadi haram.

Disebabkan tak tahan, saya kata sekali lagi buat taklik, saya langgar.

Disebabkan tu, setiap kali bergaduh, kemudiannya.

Bila dia nak buat lafaz taklik ja, saya cakap lafaz lah, saya langgar betul-betul nanti. Tak campur dengan adanya orang luar yang masuk campur hubungan kami suami isteri.

Rasa kecewa sangat. Dah lah suami pun macam ni, ada pula yang tambah garam atas luka. Terasa perit sangat. Dan akhirnya, gaduh kecik je. Dilafaznya taklik dan kali ini, terus dilanggar.

Sekarang alhamdulillah hidup makin okay lepas bergelar janda. Tapi, setiap kali ex contact balik. Luka lama bernanah kembali. Bukan berdarah dah.

Mau tak bernanah, tak habis-habis kena psycho. Katanya family saya bencikan dia, katanya saya menghina family dia. Tak habis fikir, masa mana dan bila menghinanya.

Contact memang tak dah, seluruh family dia dah saya block kecuali dia atas dasar anak. Mungkin betul lah kowt, time saya tengah meroyan gugur.

Dah hilang suami, hilang pulak anak. Ada saya tanya, apa yang masih tidak puas hati lagi dengan saya. Dah bercerai pun.

Untuk pengetahuan, saya baru balik dari hospital. Dah diugut nak diambil satu-satunya anak yang tinggal.

Hilang waras sebentar sehingga keluar ayat-ayat tidak enak didengar. Tapi saya dah pun minta maaf atas keterlanjuran kata bila kewarasan tiba.

Letih, sungguh letih. Masa bergelar isteri, caci maki sentiasa ada. Sepak terajang pun dah merasa dari awal perkahwinan. Orang ketiga, campur tangan orang ketiga juga dirasai.

Ingatkan bila bercerai, takkan disakiti lagi. Yep, fizikal dah tak boleh tapi mental tetap diganggu. Mungkin kalau dah dapat cop gila baru puas hati mereka.

Hidup ni rasa tenang aman damai ja bila dia langsung tak contact. Tapi cukup 1 mesej dari dia, hilang kejap damai tu.

Bila teringat, auto rasa berdebar, pi klinik sehari lepas dapat mesej dia, kadar nadi pun tinggi.

Tangan asyik ketar ja, buat apa-apa pun jadi gelabah. Sampai kan kalau orang menyampai perkara pasal dia, minta simpan dulu sampai balik rumah takut tak boleh nak drive sebab tangan jadi terketar-ketar.

Selalu terfikir betul ke saya yang terburu-buru tamatkan perkahwinan, betul ke tindakan saya..

Betul ke apa yang dia kata, saya yang tidak pandai sabar, isteri yang tak taat, saya sebenarnya yang jahat dan tak bertimbang rasa. Gagalnya perkahwinan kami adalah disebabkan saya.

Tolong bagi saya kata-kata semangat. Rasa tak suka perasaan yang macam ni, saya gembira ianya berakhir. Tapi ada masa saya ragu-ragu dengan diri sendiri terutama bila dapat mesej dari dia.

– Cengeng (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *