Assalamualaikum, aku rasa tak boleh brain bila baca komen2 enabler ped0 ni. Geram pulak rasa. Maybe sebab tak kena kat batang hidung sendiri.
Aku pun ada kawan2 yang ada beberapa situasi tu diorang anggap ‘normal’, tapi bagi aku tak. Sebab orang yang tak pernah kena ni beranggapan semua orang ‘baik’. Yalah ujian orang tak sama kan.
Apa yang boleh aku katakan waktu kecik dulu rasa macam sangat ditindas, yalah seorang budak kecik yang tak tahu apa2, tak mampu buat apa2, tapi tau rasa ‘tak selesa’ tu.
Aku boleh katakan peristiwa2 hitam tu masih segar dalam ingatan aku, detail ya aku ingat, walaupun waktu tu aku umur 5 tahun, biasakan kita lupa banyak memori dalam hidup, tapi peristiwa2 tu masih segar dalam fikiran aku.
Aku pernah jadi mangsa kepada ramai orang, tapi alhamdulillah Allah masih selamatkan aku, tak sampai kena ‘rogol’, seingat aku la.
Mungkin aku terlalu comel kot waktu kecik sampai ramai orang gila. Sedara mara jauh, main sep2 private part. Bapak sedara aku upah aku dengan gula2 end up tangan dia dalam seluar aku.
Nasib baik mak sdara aku panggil waktu tu, selamat aku. Jijik. Dalam tandas ada sedara intai, aku takfaham diorang ni gila ke?
Waktu sekolah rendah kawan2 ramai jenis blue, kata nak tengok private part nanti aku bayar. Ko ingat apa. Aku rasa tak selamat, kat mana ja aku selamat.
Dekat tempat mengasuh pun anak pengasuh tu ada yang baya2 aku dah suruh aku buat benda tak senonoh dengan dia, suruh main dengan private part dia, mana la dia belajar.
Nasib baik keluarga aku tak pernah buat yang bukan2 dekat aku. Kebanyakannya orang luar, dan aku pun taktau kenapa aku tak cerita kat makayah aku waktu tu, aku rasa macam bodoh nyaa, sebab aku sendiri taktau apa semua tu.
Bila makin besar baru aku tau benda tu salah. Dan bila aku tengok muka2 sedara2 aku tu rasa macam nak lari jauh, tapi kena salam. Jijik tau, itu yang aku ingat, yang aku tak ingat tu.
Aku pernah terjumpa gambar bapak sedara aku dukung aku waktu kecik, nampak macam rapat, penyayang. Lagi mengerikan kalau fikirkan, mana tau ada yang aku tak ingat, apa la yang dia buat kat aku.
Sekarang pun aku dah besar umur 20-an, tipu la kalau aku cakap aku takpernah berharap yang anak2 dia akan kena macam mana aku kena.
Tapi bila tengok anak2 dia macam kesian pulak. Yalah anak taksalah, bapak yang salah. Aku harap dia memang dah berubah la.
Pengajaran buat aku, kalau ada anak2 nanti memang aku tak akan percayakan sesiapa. Aku akan jadi pelindung untuk anak aku, ajar sentuhan selamat tak selamat. Aku taknak anak aku rasa apa yang aku rasa.
Semoga Allah melindungi anak keturunan kita daripada kejahatan manusia dan zina. Aamiiiinnn.
– Tutti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Budak bawah umur tolong galakkan cakap mengadu menangis dekat orang boleh dipercayai walaupun yang pegang tu ahli keluarga sendiri. Perlakuan gangguan seksual ni adakala memang sebab pelaku ni ada isu tak boleh ditolak, otak tak betul semua kehendak nak kena ikut, anak manja, rasa diri ada kuasa atas orang lain, tak faham no means no. Kalau orang cakap kami reply minggu depan sebab kami nak bincang dulu, orang yang tak faham ni dia insist time tu juga kena reply. Dia cepatkan timeline orang lain, sedangkan orang ambil masa nak fikir.
Boleh gila kalau kawan dengan orang macam ni. Boleh push limit diri adik, sebab dia buat-buat tak faham, ada orang hanya ok ikat tocang satu getah, mereka tak setuju braid lilit rambut. Ada langsung tak nak ikat rambut, ada siap bertudung, tapi dengan orang begini dia akan buat sampai adik lilit rambut.
Bila dia cepatkan timeline atau erti kata lain mendesak, adik mungkin tak boleh berfikir. Boleh berfikir pun, tak tentu boleh lari. Ini satu bentuk coercion.
Budak kecik boleh jadi tak tahu pun apa mereka buat salah jadi orang dewasa kena pantau.
Budak besar yang menganggu ni boleh jadi memang ada isu. Mereka boleh brainwash, manipulasi, coerce, ugut cederakan orang, ugut cederakan diri supaya orang terus berkawan dengan dia padahal dah tak sedap hati, sampai ke tahap berpura depan orang ramai untuk tunjuk mereka bukan predator. Kena senaraikan interaksi dengan mereka. Kadang adik tak tahu dia ni otak tak semenggah, tapi hati adik boleh tahu ada benda tak kena sampai bila adik tak kawan dah dengan dia.
Contoh tiba-tiba dia kutuk muka adik. Tiba-tiba dia cakap benda tak betul pasal personaliti adik. Itu semua nak menutup kejahatan dia. Ternyata itu lah yang menunjukkan memang sepanjang adik kenal dia takde niat ikhlas dan berniat jahat semata bila dia pergi kutuk muka tu sebab kalau dia tak suka muka adik kenapa dia nak berkawan dengan adik. Tak logik bukan?
Semua perkara bawa ke pihak berkuasa, bawa kepada polis. Andai ada kekangan atau selepas lapor outcome tak seperti dijangka, nyatakan dengan jelas jangan kacau, jangan dekat, anak keturunan kau semua sila jauh dari keluarga aku. Kalau adik masih ada rasa boleh kesian dekat anak-anak pelaku maksud perkara yang adik lalui boleh jadi tidak terlalu teruk.
Orang menerima gangguan tahap teruk takkan nak tengok dah muka, takkan nak ada apa kaitan, takkan nak tahu anak-anak, cucu pelaku keluarga mereka sekalipun. Tak buat apa pun, tak nak tahu, tak nak ada apa sebarang cara untuk berdekat. Nak mereka duduk jauh dari keluarga, tak nak bertembung dan sebagainya.
Adik kena juga tahu dalam dunia ni ada jenis lelaki yang benci perempuan. Ada benci perempuan rambut pendek, ada benci perempuan berjaya, ada benci perempuan keluarga sayang, ada benci perempuan yang pakai tudung, ada benci perempuan yang jaga kehormatan diri, ada benci perempuan yang sama muka dengan yang reject dia, ada benci perempuan yang nampak moden, ada benci perempuan sebab bahasa pertuturan, ada benci perempuan selalu score exam.
Jadi orang lelaki begini bagi mereka menganggu perempuan adalah satu power gain kepada mereka. Bila selepas menganggu mereka kutuk, adik boleh ambil tindakan sebab itu maksud pelaku membangkitkan rasa kebencian orang ramai kepada adik, kalau orang benci peribadi mana tahu boleh pergi cari adik, sedangkan pengutuk ni boleh jadi nak tutup kejahatan dia jadi dia kutuk orang.