Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya penulisan ini disiarkan.
Tujuan aku hanyalah untuk berkongsi. Aku rasa apa yang bakal aku share ni, pasti ramai pernah lalui. Komenlah pengalaman kalian nanti ye.
Ceritanya begini, aku merupakan seorang yang datang dari keluarga sederhana, mula bekerja pun boleh dikatakan bukan smooth sailing.
Jadi, sekarang dah berpengalaman sedikit, aku pun dapat offer bekerja di sebuah syarikat multinasional, baru je beberapa bulan.
Nak dijadikan cerita, aku rasa rakan kerja tempat aku ni sangatlah competitive. Ya, terlalu competitive sampai benda tak perlu compare pun nak di-compare.
Aku bagi contoh, hari pertama aku bekerja, seorang rakan sekerja aku (kita gelar dia S), si S secara tiba-tiba datang ke meja aku dan “flex” designer bag yang baru dia beli. Aku hanya senyum kambing dan puji cantik.
Yela, secara logiknya kau pun taktau nak respon apa kan bila takde angin takde ribut tetiba datang tunjuk beg, hahaha.
Lepastu, dia tak semena-mena bagitahu harga beg tu, designer bag kan, sudah tentu ribuan ringgit. Sekali lagi, aku mampu bagi respon hambar dan merendah diri, “Oh yeke? Mahalnya, aku tak mampu” sambil tersenyum.
Disini la aku katakan, makin merendah makin dipijak. Dia respon kembali dengan, “Kau TAKDE DUIT lagi, sebabtu kau tak mampu”
Mungkin apa yang dimaksudkan adalah aku pekerja baru yang tidak berduit. Aku diam jela, sabar walaupun bisa kata-katanya menghina aku tanpa kenal siapa aku.
Aku bukanlah tak berduit, aku seorang yang berjawatan professional dicompany lama, dan di company sekarang pun aku jawat profesion yang sama.
Dari segi kewangan tu bukan masalah besar padaku, cuma aku memilih hidup sederhana. Yela aku membesar dalam keadaan sederhana jadi aku terbiasa begitu.
Tak cukup dengan itu, sekali lagi manusia yang sama (Si S) memandang rendah aku bila dia bertanya berkenaan belanja perkahwinanku.
Aku jawab jela dengan jujur, aku tak spend banyak, 9ribu untuk keseluruhan majlis kerana aku buat secara kecil kecilan atas sebab covid, hanya untuk keluarga dan orang terdekat sahaja.
Tak semena-mena dia jadikan benda ni satu comparison, tanpa siapa bertanya, dia bagitahu dia spent 50-60k untuk majlisnya dulu.
Tak cukup dengan itu, dia memperlekehkan catering aku yang bernilai 8.50 per kepala, dibandingkan dengan dia RM19. Competition yang tak perlu pun sepatutnya tapi tulah, makin merendah makin hina aku dipandangnya.
Paling aku sakit hati, bilamana dia compare aku dengan bini dia, dia kata bini dia suka beli barang branded tapi tak pakai, menyusahkan dia. Kemudian dia sambung, “mesti kau pun macam bini aku nanti, menyusahkan laki kau”.
Di situ kesabaran aku memuncak, aku sound balik dengan, “kau ni sama je macam perempuan yang kata “lelaki semua sama”, sekarang ni seolah kau nak kata semua perempuan macam bini kau”,
Pada aku, bini kau menyusahkan kau janganlah letakkan aku dalam kategori yang sama sedangkan kau baru kenal aku beberapa bulan.
Aku perasan dia terlalu competitive, kalau kau berkongsi sesuatu cerita. Dia akan berkongsi cerita tentang dia yang lebih hebat dari apa yang kau kongsikan.
Contoh, kau kongsi “dulu aku pengawas (contoh ye)”. Dia akan bagitau dulu “Dulu aku KETUA pengawas”. Tak nak kalah weh. HAHAHA.
To be honest, aku serabut berdepan manusia macam ni, jadi aku ambil keputusan untuk berdiam dan pakai earphone yang noise cancelling.
Hasilnya, perbualan aku dengan dia terbatas, hanya tentang kerja, sebab bila dia cuba borak pasal benda personal aku tak dengar ahahaha.
Dan aku cuba husnuzhon, mungkin social skill dia teruk, dia nak borak tapi jadi “bragging” tanpa sedar.
Dan kalau kau yang membaca ni berperangai macam ni, aku tujukan lagu Kalah Dalam Menang untuk kau.
Biar miskin dan kuasa, jangan miskin jiwa.
Assalamualaikum…
– Yang dihina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit