Assalamualaikum. Saya mahu membalas kenyataan berkenaan beberapa hari lepas ada seorang wanita mahu suaminya menghentikan minat kepada muzik metal kerana baginya muzik itu melalaikan / merosakkan akidah.
Saya rasa akak ni memang jenis isteri yang tak cerdik dan tak tau bersyukur la. Suami akak tu layan metal je bukan sampai cari pompuan lain / bawak pompuan masuk rumah. Ini siap menangis bagai nak merayu supaya suami akak hentikan minatnya tu. Terus-terang saya cakap kalau saya jadi suami akak, dah lama akak kene syarahan agama dengan saya.
Yang kelakarnya bila akak sebut band macam metallica, black sabbath ngan cradle of filth tu BLACK METAL ? Hahahaha. Apa lah akak ni, nak kata bodoh marah pulak tapi akak memang bodoh gila lah. Malang betul suami akak dapat bini macam akak ni. Pasal suara syaitan tu, betul ke akak tau suara syaitan ? Ilmu ghaib mana akak belajar ni ??? Saya nak menuntut ngan akak boleh ???
Nasihat saya, akak tak payah beria sangat la nak rasa bahagia dan bersyukur sangat ngan perubahan suami akak tu sebab akak adalah seorang isteri yang taktau menghargai minat suami. Akak sedar tak yang akak dah halang minat suami akak ??? Saya dapat rasa yang suami akak tu terpaksa je wat semua tu sebab melayan kerenah bodoh akak ni. Macam orang takde otak.
Haish ni la dia apa yang peribahasa melayu katakan BODOH YANG TAKLEH DIAJAR. Banyak sangat baca Mastikar ni sebab tu jadi gini. Wei tu muzik je la wei. Akak ni otak tepu sangat. You killing ur husband with your ‘ stupid-and-filthy’ narrow minded ! kesian la ngan suami akak.demi mnjaga kehendak isteri yang kononnya memahami nilai kesesatan…jangan lah kau bandingkan cara suami main gitar dgn cara guitaris kumpulan new boyz main! GRRR DAMN IT !
Aku tak nafikan metal ni membawa persepsi tak baik kepada segelintir masyarakat kita yang memandang serong tapi janganlah jadikannya sebagai tiket untuk kau label genre metal ni genre SETAN ! Metal tu kan banyak cabang genrenya, ada internet ada buku , kajilah ! Jangan baca Mastikar ! MASTIKAR TU PENIPU MACAM NAJIB . Kau pernah tengok ke rupa setan betul-betul ? Pernah dengar setan bersuara ? Silap haribulan tak cukup tanah kau lari kalau dia muncul depan kau menjelma jadi sundelbolong pastu dia mengilai bagai nak gila, aku rasa kau kojol terus kot.
Aku dah selalu jumpa manusia macam ni, perlekehkan minat orang lain, macam la dia bagus sangat. Seriously, THIS IS DISGUSTING A.F !. Tolong jgn generalise semua muzik metal tu negatif la. Bukak sikit minda yang sempit tu untuk belajar benda-benda baru, tu la jangan asyik layan drama tv3suku pukul 7 aje. Huhuhu. Aku mengaku aku memang suka layan lagu-lagu Thrash dan Death Metal dari band macam Slayer, Megadeth, Kreator, Sodom, Tankard, Death, Morbid Angel, Cannibal Corpse, Dying Fetus, Orbituary, Deicide dll. Band-band ni muziknya memang brutal jangan cakap la, riff guitar laju, double-bass beat, ngan vokal siap ada growl terjerit terpekik terlolong huhuhu. Lagi brutal muzik sesebuah band tu lagilah aku suka. Hehehe.
Muzik Thrash / Death Metal ni la yang banyak mengajar aku erti hidup dan mengajar aku untuk survive dalam hidup akhir zaman yang mencabar ni. Ajar aku pengenalan kepada perkataan-perkataan bahasa Inggeris kerana aku suka membaca inlay kaset dan CD band-band Metal yang aku beli, untuk memahami apa isi kandungan yang cuba mereka sampaikan melalui lagu-lagu mereka, walaupun memang la ada lagu-lagu metal yang menceritakan tentang menentang agama, menceritakan tentang ritual pengorbanan, pembunuhan, rogol, cannibalism, sexism, seksaan, penderaan dan lain-lain.
Aku dah biasa ngan pandangan serong / penghinaan terhadap aku. Ramai yang menghina malah ramai juga yang mentertawakan. Alah bisa tegal biasa. Padahal mostly tu aku rasa baru dengar lagu je tu belum tengok lirik lagi. Silap haribulan kalau tau lirik siap la aku ni dicop pengikut gereja setan la, psychomaniac serial killer la. Lahaii melayu, bila nak maju. Huhuhuhu. Mereka yang akal pendek / perasan bagus akan cakap genre metal mengajak kita jadi penyembah setan / pembunuh perogol bersiri / penyeksa orang / kaki pukul. Tapi yang mereka taktau genre metal ni fokus utama adalah masalah ekonomi negara, perang, masalah sosial dikalangan masyarakat, penindasan dalam komuniti sekililing, kisah penderitaan hidup, dan bangun menentang ketidakadilan pemimpin.
Cuba la pandang sesuatu tu dari sudut positif sikit. Cara dan perspektif kita memandang sesuatu itu la yang sangat penting.Jika positif, maka postiflah ia. Kalau negatif, maka negatiflah ia. Fahami dan jangan prejudis .Aku ada ramai kawan, budak Metal, Punk, Hardcore,Skinhead, tapi kini menjadi hamba Allah Taala yang lebih baik, keluar khuruj berdakwah, dan mempunyai suatu sikap yang terpuji iaitu tak mudah menghakimi orang lain. Bukan macam kau. Siapa ? EH KAU LA YANG SUKA SANGAT JUDGE ORANG TU ! Huhuhu :3
– Amirul Azagthoth
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit