Lahir-lahir Terus Jahat

Assalamualaikum. Nama aku Ana. Umur aku 19 tahun. Moga moga kisah aku ada manfaat buat semua. Aku ada 7 orang adik beradik. 3 lelaki dan 4 perempuan. Aku anak yang bongsu. Ada ibu yang tegas dan penyayang dan ayah yang supportive dan penyabar. Alhamdullilah.

Sejak kecil memang aku kurang menonjol berbanding adik beradik yang lain. Sebab apa? Sebab aku kurang segak berbanding kakak dan abang aku. Aku dilahirkan dengan kulit yang gelap dan wajah yang kurang menarik berbanding adik beradik yang lain. Kalau dalam kalangan sepupu sepapat memang adik beradik aku disambut meriah. Mak saudara aku masing masing ada anak buah ‘ favourite’ dalam kalangan adik beradik aku. Kecuali aku. Adik beradik yang lain pun tak suka aku dan suka ‘exclude’ aku.

Ibu suka gelakkan rupa aku dan bandingkan aku dengan adik beradik lain. Ayah cuma diam dan kadang kadang dia join sekali. Mula mula aku tak suka dengan wajah aku. Muka aku ikut ayah aku. Adik beradik lain ikut ibu. Dulu waktu aku sekolah rendah, benda yang paling aku benci ialah bila orang cakap muka aku ikut ayah aku. Aku tak suka dengan orang yang lebihkan adik beradik aku.

Waktu naik sekolah menengah aku rasa besar rahmat aku masuk sekolah yang ada persekitaran yang baik. Aku jumpa dengan rakan sebaya yang baik. Aku bergaul yang kawan kawan yang baik. Aku mula muhasabah diri tentang layanan orang lain terhadap aku.

Aku mula sedar yang selama ni mungkin ada rupa aku memegang sedikit percentage yang menyebabkan berbezanya cara layanan orang lain terhadap aku. Aku waktu kecil seorang yang degil, panas baran, suka mencarut, suka buli kakak abang aku walaupun aku yang paling bongsu, kuat dengki. ( Semua sifat yang negatif yang korang terfikir ada pada aku ). Mak ayah selalu biarkan dan menangkan aku, sebab, well aku anak bongsu. Aku juga ada sekali dua dalam memori aku, aku melawan ibu ayah aku. Di kampung pun , aku selalu melawan mak ayah saudara aku.

Sebenarnya benda yang paling buat aku naik angin dulu ialah abang aku. Abang aku yang paling tua selalu sentuh sentuh aku ( in improper way) yang buatkan aku naik angin, marah, menangis dan mengamuk satu rumah. Baling baling barang. Ibu ayah selalu diamkan bila aku mengadu. Adik beradik lain pun senyap  kalau tak gelakkan sekali.

Mungkin diorang anggap abang aku sekadar mengusik (Abang aku usik aku depan mak ayah dan adik beradik lain dan dulu kurang kesedaran tentang sexual harassment ). Tapi aku boleh jamin yang abang aku bukan pedophile atau pervert. Mungkin dia suka tengok reaksi aku bila aku marah marah jadi dia buat lagi. In a playful manner lah orang cakap sebab at certain point waktu sekolah rendah bila aku stop bagi reaction dia pun stop kacau aku. Jadi , itu ke sebab aku jadi violent? Tidak.

I don’t know if this makes sense tapi aku rasa sesetengah orang memang dilahirkan dengan perangai yang buruk. Macam aku. Sebelum abang aku mula using aku pun , aku memang jenis yang degil walaupun tak lah teruk macam lepas abang aku start usik aku. Takdelah nak mengamuk satu rumah. ( kalau ikut every piece of memory yang aku ada ) Abang kakak aku pulak memang kontra sebab diorang memang sejak kecil perangai elok dan disenangi ramai. Termasuklah abang aku yang usik aku tu. Memang soft spoken habis.

Dikurniakan dengan kawan kawan yang baik, aku rasa diri aku jahat. Aku mula bandingkan diri aku dengan kawan kawan aku. Aku tak alim macam dia. Aku tak baik macam dia. Aku tak penyabar macam dia. Daripada situ, aku mula ubah perangai aku. Aku cuba. Kalau gagal aku cuba lagi. Susah. Sangat susah sebab aku bukanlah orang yang baik sejak azali. Tapi, alhamdulillah, aku jadi lebih baik sampai impression orang dan kawan kawan rapat aku terhadap aku ialah diorang akan kata aku seorang yang baik.

Tapi memang tak sama lah dengan adik beradik aku yang dilahirkan baik. Percakapan dan perbuatan adik beradik aku lebih kepada macam instict. While each and every of my words and actions is calculated and staged. Bila aku nak bercakap aku akan consider dengan sangat berhati hati menurut apa yang aku belajar. It doesn’t come out naturally. Jadi aku bukanlah baik sebenarnya tapi aku cuma memendam personality aku yang sebenar.

Tapi aku happy sekarang. I feel so blessed. Layanan orang lain terhadap aku pun dah lain. Ibu ayah , adik beradik , sepupu sepapat. Aku dah jadi anak kesayangan ibu ayah tau ( lol delusional gila ) Nak kata aku tak didiskriminasi llangsung sebab rupa aku , memang tipulah. Ada je. Tapi aku dah kurang ambil peduli bab bab tu. Aku suka rupa aku sekarang. Sebab aku ikut ayah.. Kalau aku rindu ayah , aku boleh tengok muka sendiri. Kalau rindu ibu boleh tengok muka kakak abang aku , hahahahaha.

Tentang abang aku yang seorang tu , tipulah aku tak marah langsung , kadang kadang sampai mengalir air mata bila ingat balik. Tapi aku buang perasaan tu jauh jauh sebab we are on good terms now. Nak aku tak rosakkan apa yang aku ada sekarang. But I won’t let what happened to me happen to any other girls. Sexual harassment , be it in playful manner or not is never okay.

Allah memang tak pernah silap dengan percaturan Dia. Cantiknya percaturan Allah , membawa kepada diri aku yang sekarang. Alhamdulillah. Ibu, ayah, abang, kakak, sahabat sahabat. Jazakumullahu bikhairal jazak. Perubahan aku bukanlah dari diri aku tetapi dari Allah dan dari kalian.

– Ana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *