Assalamualaikum dan salam sejahtera (dah mcm penyampai berita RTM bunyinya)
Aku TERBACA bro gaji ciput punya confession untuk counter sis gaji RM2.8K nye confession. Malangnya aku tak baca pun confession sis tersebut.
Definisi pointer sendu bagi perempuan tak sama dengan pointer sendu bagi laki. Dan matlamat sambung degree perempuan pun tak sama dengan lelaki.
Sebagai lelaki, sendu bagi aku adalah below CGPA 2.5 dan matlamat aku sambung degree untuk belajar benda yang aku betul-betul minat.
Aku lagi sanggup pegi MLVK or SKM daripada terpaksa accept tawaran degree yang aku tak minat.
Dari pengalaman, kebanyakan perempuan betul-betul berminat pasal kerja masa awal graduate je.
Tapi lepas beberapa ketika, perempuan akan lebih fikir kawin, suami, anak.
Kalau dapat laki yang mampu sara dia, banyak perempuan akan berhenti kerja untuk jadi surirumah dan buat business part time secara online atau bootsale (tapi banyak yang aku kenal kaya dan masyuk buat business part time tu).
Lelaki pulak lain sikit, bila dah sendu pointernya, dia tak kan mengharap yang terlalu tinggi. “Asal dapat, sudah” akan jadi prinsip.
Aku ada kenal kawan lelaki yang SPM terbaik kat sekolah tapi result Matrik sendu tahap gaban (below 2.3).
Walaupun dapat offer degree (untuk isi kekosongan), tapi dia tolak dan pilih sambung diploma dekat satu institusi di Melaka. Masa kami baru nak masuk sem akhir, elaun dia dah RM4k.
Masa kami tengah cari kerja pertama, gaji dia dah RM6.5k. Dia kata itu yang dia minat dan ternyata dia berjaya akhirnya.
Ada lelaki yang aku kenal lagi, sebab masalah kewangan keluarga, dia pilih masuk Universiti yang paling dekat dengan rumah walaupun dapat degree yang dia tak minat.
Dia extend 2 semester dan graduate dgn CGPA atas sikit dari 2.5. Tapi dia sedar dengan kesenduan tu dia kene mantapkan skil yang lain dan kelebihan yang dia ada adalah penguasaan bahasa inggeris yang baik.
Masa belum graduate dia dah kerja part time and fulltime (cuti sem) yang berkaitan dengan customer service dan front end.
So dari situ skil komunikasi dia makin mantap dan paling menarik sebab banyak bercakap dengan orang buatkan dia belajar banyak general knowledge.
Bila graduate, dia minta kerja di restaurant yang high end. Dari situ dia belajar managing people and customer.
Tak lama kerja kat pelbagai restaurant dan cafe, dia dapat offer jadi Area Manager dekat company Jepun.
Tak lama lepas tu dia berjaya dapat offer PTD dengan sekali jalan je.
Masa interview, interviewer tanya pasal duit seringgit je – muka sapa kat duit, tema duit tersebut, nama gabenor dan gabenor tu yang keberapa.
Sekarang dia dah bergelar Diplomat di Luar Negara. Dan pernah bergelar Pengarah di usia tak lebih 33.
Perempuan yang aku kenal, Belajar target pointer 4.0. Tapi in the end, instead of jadi doktor, dia pilih jadi cikgu dan buat business online.
Ada perempuan lain yang aku kenal, masa zaman bujang memang top employee, gaji cepat naik, pangkat cepat naik, kerja company ternama dibumi.
Masa baru kawin still maintain top, bila dapat anak terus slowdown dan malas nak kejar pangkat. “Gaji aku dah cukup banyak dan sekarang aku nak masa yang banyak untuk anak”.
Nasihat aku kat sis, 1 bulan belum boleh kira stabil lagi untuk overconfident.
Pada bro gaji ciput, aku dapat rasa gaji bro mungkin RM3.2k.
Aku berharap sis RM2.8k terjumpa dengan bro gaji ciput seterusnya jatuh cinta dan berkahwin dan bro bimbingla sis tersebut supaya be successfully humble in a successful life (ape aku merepek ni?)
– Braderbear
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit