Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession, jika admin sudi untuk berkongsi kisah saya, saya harap saya dapat sedikit sebanyak semangat untuk saya teruskan perjuangan meneruskan kehidupan sebagai seorang pekerja.
Nama saya El (Bukan nama sebenar), Saya seorang fresh graduate, dah bekerja hampir 3 bulan di sebuah Syarikat corporate.
Saya tak akan bagitahu tempat tu kat mana, negeri mana. Biarlah rahsia. Sebab apa yang saya lalui sangat perit, tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Saya ni boleh dikategorikan sebagai orang yang ‘betul’ sebab saya follow semua orang cakap. Tak boleh bersuara hak sendiri. Itulah saya dulu dan sekarang.
Waktu belajar dulu pun saya lah orang pertama yang akan mula brainstorm dan buat assignment.
Orang lain akan tunggu kerja dibahagikan dan buat part mereka. Selebihnya yang akan compile, saya lah orangnya. Saya penat dengan diri sendiri.
Saya cerita dulu pekerjaan pertama, Saya pernah bekerja sebagai operator. Mereka pergunakan saya betul-betul macam kuli.
Saya pernah diminta untuk buat overtime sebab order banyak, dan saya juga kena hantar pekerja-pekerja lain ke stesen lrt, atas alasan mereka tidak ada kenderaan untuk pulang.
Pada mulanya saya macam boleh terima sebab saya kesian, mereka pujuk saya seolah-olah macam tak ada orang lain yang boleh hantar.
Orang lain kereta lagi selesa berbanding kereta secondhand saya, tapi saya juga jadi mangsa. Dalam seminggu tu 3 hari berturut-turut jugak saya hantar mereka.
At last, saya pengsan. Diorang dah tak berani minta saya hantar. Tapi diorang terminate saya pada bulan saya habis contract, mungkin diorang nampak saya tak tahan pressure.
It’s okay. Saya diberhentikan pada awal bulan Februari. Lima bulan job hunting akhirnya dapat kerja bulan 7 tahun yang sama. Iaitu di Syarikat corporate tersebut.
Waktu saya mula-mula masuk bekerja, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya rasa saya sesuai dengan pekerjaan ni,
Saya dari jurusan Bahasa di mana pekerjaan saya sekarang iaitu admin memang lari jauh dari bidang yang saya belajar di universiti dulu. Saya terima perkara tu dan saya tak kisah pun sebenarnya asalkan saya boleh bekerja.
Tapi langit tak selalu cerah, saya diuji dengan majikan. Bulan kedua saya kerja dengan dia, dia mula panggil saya ‘Sayang’. Dia kata dia anggap macam adik, tapi saya tak boleh terima benda tu.
Saya geli dan saya tak selesa nak pergi bekerja. Saya suarakan perkara ni dekat mak ayah dan abang saya, yang saya tak selesa dengan bos.
Saya agak kecewa pada mulanya sebab diorang kata benda ni normal dalam dunia corporate, ikut ja cakap bos. Dia yang bagi gaji dekat kita. Menangis jugak saya waktu tu.
Dia pernah sentuh saya ya, walaupun bukan pada tempat-tempat sensitif, tapi dia tetap sentuh saya. Dan saya memang tak selesa. Pergi kerja macam nak pergi berperang. Lebih kurang macam tu la perumpamaan dia.
Mak ayah dan abang mereka kerja Kerajaan dan diorang tak pernah bekerja dengan Cina, jadi mereka tak tahu pace diorang sangat laju. Orang bisnes memang begitu. Otak sentiasa fikir duit.
Ada satu malam tu, saya punya officemate tegur saya punya bos jangan panggil saya ‘Sayang’. Itu dah termasuk dalam se*ual harassment.
Dia apa lagi memang hentam saya la malam tu. Dia anggap saya macam adik tapi saya tak appreciate. Allahu.
Saya apa lagi, saya cakap nak resign malam tu jugak. Lagi dia mengamuk. Habis dia suruh saya left group-group kerja yang berkaitan, esok tak payah datang office. Lebih kurang macam tu la ayat dia.
Saya dengan beraninya pergi jugak office esok hari tu, slow talk dengan director. Saya cerita kenapa saya nak resign bawah dia. Saya beranikan diri cerita apa yang dia buat kat saya.
In conclusion, saya kena pindah office buat sementara waktu, untuk redakan balik pergaduhan antara saya dan bos saya. Tak jadi resign.
Deep inside, saya rasa sangat bersalah sebab saya dah menjatuhkan air muka dia, tapi saya juga ada hak untuk defend diri saya sebagai seorang pekerja dan perempuan.
Mungkin ini yang dikatakan lain orang lain ujian. Alhamdulillah, saya masih lagi bekerja.
– El (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit