Lakonan Mantap Sahabat

Hi, nama aku Farah. Umur 25 kerja di Subang. Aku baru kerja dekat company baru nie dalam 6 bulan. Aku ada roomate yang satu office dengan aku nama dia Tini. Family aku asal Melaka, aku konon nak berdikari la kerja dekat Subang jauh dari keluarga. Aku dengan Tini nie okayla nak kata rapat sangat pun tak tapi disebabkan kami satu office dan satu rumah jadi kebanyakkan masa kami bersama. Dulu aku masa awal kerja aku naik scooter je, Tini tumpang aku. Aku tak kisah sebab dari zaman belajar aku pergi kelas pon naik scooter dengan kawan aku. Bila dah lama kerja nie, ayah aku macam tak berani nak bagi aku naik motor sebab banyak kes jenayah sana sini. Ayah aku pon belikan kereta untuk aku Myvi 1.5 warna biru.

Bermula sedikit demi sedikit perangai Tini yang sebenar. Aku inform dia awal-awal yang minyak kita divide dua. So, dalam RM30 seorang. Dari office nak ke rumah dalam 10 minit. Kau tahulah 1.5 minyak pon 1.5 la juga. Aku bukan naik Kancil yang minyak satu tank boleh tahan setahun. Tini ni aku ada perasan sejak naik kereta dia suka tengok meter kereta aku, lagi lagi kalau aku ada pergi memana tanpa dia. Mula la dia kata eh tinggal 3 bar eh tinggal 1 bar. Aku jadi tak seronok taw sebab yela kereta aku suka hati aku la nak drive pergi mana. Tak dinafikan dia tu murah hati jugak ada certain part dia bagi lebih seringgit dua untuk minyak tapi tak bermakna hari-hari dia kena tengok meter kereta aku. Air wiper aku tak nak tengok pulak. Tu yang first.

Second, aku tengok dia nie ada masalah pembaziran yang amat ketara. Dan aku tak suka. Aku pon membazir juga tapi ada la bahagian dia. Dia membazir part mana???????? Part eletrik dengan air…. Nie yang aku perasan….. Aku tak tawla kalau housemate aku yang lain perasan ke tak. Oh lupa nak inform, aku stay dengan kakak saudara aku dan rakan rakan beliau seramai 4 orang, aku duduk sebilik dengan Tini. Aku rapat juga dengan kak Zana dengan kak Syiqin sebab diaorang best friend forever till jannah. Kak Zana tu kakak saudara aku. Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku balik Melaka ulang alik, hari Sabtu tak silap aku. Aku gerak pagi dalam pukul 12 t/malam aku sampai rumah. Aku tengok bilik terang tapi kunci. So, Tini takde dia keluar tanpa tutup lampu. Kipas dia tutup. Yang kedua, kalau kadang kadang aku basuh baju ke memasak ke dia duduk ruang tamu, bila dia naik atas dia tak tutup lampu kipas di mana tiada orang di tempat tersebut. Geram je aku tengok. Ada tu dia keluar sebelum keluar dia tengok tv. Astro dia tutup tapi tv tak tutup. Kipas tu memang selalu la tak tutup. Rumah nie jarang ada orang sebab masing masing kerja shift. Lagi satu hal, pernah tu dua tiga kali dia tutup peti sejuk tak rapat. Habis rosak barang dalam peti sejuk. Tak masuk kes air, pernah tu dia tak tutup air dari malam sampai ke pagi. Lepas tu dia suka simbah air sebaldi dalam bilik air sebelum dan selepas mandi. Btw, kitaorang mandi pakai shower. Baldi tu untuk dia menyimbah lantai yang tiada apa apa.

Third, dia nie fake. Nak tahu macam mana aku mula tahu dia fake????? Sejak aku tahu perangai dia macam mana. Pernah sekali kita orang gaduh pasal benda kecil je tapi dia sentap mak enon lebih. Aku nie jenis kalau bab kawan aku cepat mengalah, dia minta maaf aku pon minta maaf. Sejak kes tu kitaorang dah kurang cakap. Dan aku perasan kak Zana dengan Kak Syiqin start macam kureng dengan aku tanpa sebab yang munasabah. Lepas tu aku perasan, dulu Tini ni biasa biasa je dengan kak Zana tapi sekarang akrab gila. So, aku pelik siapa adik saudara siapa sebenarnya. Ada satu hari tu aku terlupa nak ingatkan Tini pasal hal kerja tapi aku ada inform dua tiga kali bukan aku tak inform, lepas tu dia ingat aku saja nak aniaya dia. Lepas kes tu dia tak bercakap dengan aku, siap macam protes hentak pintu rumah, pintu toilet, periuk belanga semua. Sebab kes kecil sebesar zarah!!!!!!!!!!! Dia tak kena marah pun dengan supervisor kitaorang ke apa sebab kes remeh ni tapi dia marah aku macam aku punca dia punya family berantakkan!!!!!!!!! Aku yang jenis tak suka gaduh dengan member nie, aku tanyala dia kot kot aku punca…… Dia tak ngaku. Aku pun minta maaf malas nak panjangkan keadaan. Tapi nampakla muka fake dia tak puas hati dengan aku. Oh, lupa nak cakap Tini ni kalau orang tak kenal takkan tahu dia macamana sebab dia nie luar cakap lembut muka pon muka toye kesian dia tu. Aku pula jenis yang main pakai sound je pastu aku nie jenis tak reti cakap tak. Pernahla dua tiga kali aku sound si Tini ni sebab pembaziran melampau dia….. Banyak lagi aku tak tahu pasal si Tini sebab kitaorang pun baru serumah. Dia kalau dengan aku macam tak happy je tapi bila kak Zana dengan kak Syiqin muncul muka dia macam dilimpahi cahaya NUR!!!!!! Aku pun tak tahu apa yang aku dah lukakan hati dia sampai dia tak suka aku.

Jadi, demi mencari sebuah jawapan aku pun tanyala officemate aku a.k.a ex housemate Tini. Tini nie dah kerja lama dari aku. Aku tanyala Myra ni kenapa Tini tak sewa sama lagi dah dengan dia dan rakan rakan. Myra cakap dia pun tak tahu kenapa dia tiba tiba cakap nak pindah dengan aku. Seingat aku, aku pernah tanya Tini ada masalah ke dengan diaorang, Tini cuma cakap tak tahan dengan perangai ex housemate dia. So, aku macam okay jela. Before aku wujud kat office tu, tunang dia hantar pergi kerja. Aku pun cerita masalah aku dekat Myra. Maka, terungkaila sedikit demi sedikit cerita Tini ni. Myra cakap masa sewa sama sama dia memang seorang pembazir. Masak macam nak masak kenduri kahwin padahal makan 5 orang je, bila tak habis buang. Pinggan mangkuk tak cuci. Gelas sebiji pun terbiar berhari hari. Mandi lama gila macam ada bath up je dalam rumah tu…. Tapi aku pelik sebab masa duduk dengan aku dia masak sikit je lepas tu rajin mengemas. Tak pernah pulak ada pinggan mangkuk tak cuci. Kadang kadang siap basuhkan kuali aku lagi. Aku bukan tak cuci eh cuma aku biarkan sejuk lepas makan baru aku basuh. Bila dengan aku sekejap je dia mandi. Lagi satu Myra cakap dia ni suka bersaing, kalau bersaing sihat takpela juga nie bersaing nak jatuhkan orang lain. Sampai bff dia pun dia sanggup jatuhkan. Lagi satu perangai dia, setiap kali dia bengang dengan aku mesti dia akan post macam macam status dekat fb. Macam mana aku tahu?????? Lepas gaduh mesti ada post baru bernada sindiran yang sinis. Kalau tak gaduh sepatah haram post dia tak muncul. Dia takde twitter so fb jela tempat dia…..

Dia pandai twist cerita, pandai buat macam dia mangsa. Dan dia pandai jadikan aku macam kawan yang jahat takde hati perut. Myra cakap dia yang dulu beriya nak sewa sama dengan Myra bila dah lama lama dia buat hal. Barulah tahu perangai sebenar dia. Yang pasal kes dia dgn bff dia tu. Dia dulu masuk kerja sama sama dgn bff dia. Entah macam mana rezeki bff dia naik pangkat, dia jadi busuk hati. Belakang bff dia, dia burukkan macam macam. Myra ada tanya aku, Tini ada cerita pasal tunang dia tak? Aku cakap takde aku malas nak campur hal laki bini. Myra cakap tunang dia selalu pukul dia tu yang selalu meroyan tak sudah agaknya. Hahahahahaha…….. Aku gelak bukan sebab apa sebab ayat meroyan tu. Tak memasal member kena. Sayang benar kat tunang dia. Dah kena sedas dua pun sayang lagi. Dulu Myra cakap muka dia pernah lebam tapi dia cakap jatuh tangga. Time stay dengan aku mata dia pernah lebam tapi dia kata dia tercium jamban. Aku malas nak campur sebab tunang dia okay je cuma baran nauzubillah. Myra cakap dulu sebilik pun dia tak bercakap dengan Myra padahal awal awal okay je. Sekarang nie situasi tu kena dekat aku. Sebilik tapi macam tak wujud. Lepas tu Myra cakap dulu masa beli barang dapur sama sama mesti habis berdesuppppppp. Tapi kalau beli asing asing barang dia macam sebulan kemudian pun masih ada. Tak nafikan dulu aku pernah share beli barang dapur dengan dia memang cepat habis. Lepas tu aku stop kongsi sebab aku dah jarang masak time tu.

Sekarang nie dia nak perhatian dan nampakkan dia baik dia selalu masakkan untuk kak Zana dengan kak Syiqin. Siap buat breakfast bagai, untuk aku haram dia nak sediakan air segelas pun tak tapi aku tak kisah sangat sebab aku bukan kuat mencekik. Pernahlah aku tanya kak Zana dengan kak Syiqin kalau aku ada buat salah ke apa tapi diaorang nasihatkan aku suruh bincang elok elok dengan Tini siap suruh aku bertolak ansur. What the heck???????!!!!! Apa yang aku buat???!!!! Jadi, ceritanya sekarang orang dah nampak dia mangsa dan aku seorang kawan yang jahat dan tak bertolak ansur. Lepas tu, Myra cakap kalau dulu nak ajak lepak memana memanjang takde fulus tapi bila dengan aku elok je ada fulus cuma kekadang dia kata dia takde. Pelik aku mana gaji dia beribu riban tu pergi. Mak ayah dia siap transfer ok duit makan minum spender anak baju dia. Buat masa ni, ni jela perangai si Tini yang telah aku kenalpasti dan disahkan oleh Myra. Nanti kalau aku detect perangai aneh dia yang lain, aku taip lagi. Ni pon aku taip time dia tengah balik kampung.

Tujuan aku taip ni bukanla nak aib sesiapa cuma aku nak minta pendapat. Aku yang ada masalah hati jiwa atau si Tini ni???? Kalau korang ada pengalaman lebih kurang sama, sharela dengan aku supaya aku dapat tangani situasi ni. Aku nie walaupun takdela baik mana tapi bila jadi kes macam ni aku rasa tak best. Serumah seoffice pula tu. Dan aku harap supaya kak Zana dan kak Syiqin baca luahan aku ni supaya akak berdua tak tertipu dengan lakonan sutradara dari Tini tu. Sesungguhnya aku la mangsa sebenar. Dan Tini aku harap berhentila lakonan kau tu kelak orang akan tahu juga. Kalau kau nak berlakon sekali pun pergilah casting dekat Suhan Movies ke Skop Production ke kenapa kena berlakon depan kami!!!!!!! Jangan sampai aku tunjukkan perangai kau yang sebenar Tini. Aku pun manusia biasa yang ada batas sabarnya. Aku harap kau ikhlas kawan dengan aku. Aku dan Myra masih mencari jawapan kenapa kau berperangai sedemikian rupa Tini.

p/s: Maafla sebab buat korang baca luahan yang mengambil masa sedekad untuk habis…

– Farah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit