Lakukan 8 Perkara Ini Jika Anda Mahu Deanlist

Aku ada terbaca confession pasal malas tapi dapat dean list. Aku jugak rasanya tergolong dalam golongan “malas tapi dapat dean list”. Kat sini aku bukan nak cerita pasal buat baik sesama manusia or makhluk tuhan or amal ibadat sebab tu semua sendiri boleh fikir kan. Aku just nak share cara aku dapat dean list, manalah tau dapat membantu orang lain. Muslim or non-muslim pon boleh ikut kalau nak ikut. Point yang paling penting bagi aku ialah study smart not study hard.

Ni tips yang aku amalkan:

1. Mesti datang kelas! Jangan ponteng! Sebab apa? sebab selain ia dapat membantu korang punya carry mark, ia juga dapat membantu korang punya knowledge pasal subjek yang diajar. Percaya atau tidak, sebenarnya walau korang main-main dalam kelas, at least 10-15% pelajaran dalam kelas akan terselit dalam kepala otak korang.

2. Kat dalam kelas pilihlah tempat duduk yang selesa, tak kira lah belakang sekali ke depan ke asalkan selesa. Aku suka duduk belakang sekali sebab senang nak buat aktiviti lain. Huhu… Keselesaan itu penting untuk belajar. Kalau selesa tu percayalah otak korang senang nak terima input baru.

3. Beri tumpuan dalam kelas. Tak payah 100% pon takpe. Sekurang-kurangnya 50% pon dah kira ok. Sebenarnya kalau korang beri tumpuan dalam kelas, nanti bila korang buat ulang-kaji, otak korang akan proses balik input-input yang telah tersedia ada dalam kepala otak tu. Lagi bagus kalau korang faham apa yang diajar, info tu akan lebih berkekalan dalam kepala otak korang. Kalau ada kuiz mengejut, nescaya boleh jawab punya.

4. Score carry mark! Carry mark tu penting, dan carry mark ni aku rasa lebih senang nak score daripada final exam. Kalau carry mark korang hampehhh nescaya result korang akan rendah lah jugak melainkan korang ni genius boleh score 100% final exam.

5. Kira berapa banyak yang korang perlu score dalam final exam untuk dapat A or B or whatever. Bila dah tau carry mark, senang nak buat kira-kira ni. Kat sinilah boleh apply study smart not study hard. Study ikot keperluan je, study bab yang korang rasa senang dan yakin nak jawab. Sebab tu carry mark penting, kalau carry mark dah tinggi, tak payah study bebanyak masa final exam. Gila apa nak study satu buku, tu kurang bijak namanya.

6. Untuk final exam, study bila korang rasa dah bersedia nak study. Persetankan orang lain. Tak payah nak ikot orang lain, sebab otak kita ni semua lain-lain. Ada orang suka study waktu malam sunyi, ada yang suka study sambil dengar lagu kuat-kuat. Pilihlah mana yang korang suka. Kalau malas nak baca nota, cara paling berkesan untuk study ialah korang print soalan-soalan exam yang lepas-lepas dan jawab soalan tu je. Serius beb, ni berdasarkan pengalaman lah, banyak soalan yang lebih kurang sama je kadang-kadang soalan sebijik kot.

7. Bila dah habis study, kunci mulut tu. Tak payah nak beramah-mesra kat tepi dewan exam. Lagi banyak korang bercakap, lagi banyak info hilang dari kepala otak korang tau. Tak payah nak tanya soalan-soalan dan bincang soalan-soalan sebab nanti otak korang akan confuse. Nanti apa yang dah ada dalam otak korang tu akan bercelaru. Tak payah bawak nota ke dewan exam, tinggalkan semuanya kat bilik. Bawak diri sendiri sudah. Yakin je dengan apa yang korang dah study.

8. Habis jawab exam terus balik, tak payah nak fikir pasal soalan-soalan tu lagi. Dah lepas jawab exam tu tak payah nak bincang-bincang jawapan, tak payah nak gatal-gatal check betul ke tidak, buang masa je semua tu! Baik fikir pasal exam yang akan datang.

Silalah kawteam dengan pensyarah korang. Bukan bodek eh, tapi berbaik-baik. Serius benda ni pon membantu jugak. Kandang-kadang diorang ni akan murah nak bagi markah time assignment atau presentation.

So, itulah yang aku selalu amalkan. Orang cakap aku ni study main-main tapi result gempak, ni tak adil. Tak adil kepala otak korang! Dah korang yang malas nak buat assignment, mana nak scorenya. Buat assignment lagi senang dari study untuk final exam kot! Dah carry mark aku tinggi, buat apa aku nak buang masa study banyak-banyak masa final exam. Korang cakap tak nampak pon aku study. Dah aku suka study pukul 4-6pagi, mana korang nak nampak sebab korang dah membuta waktu tu. Tak payah nak pegang nota 24jam, bukan masuk kepala otak pon. Lebih baik study 2jam tapi focus bebetul. Jangan tension tengok orang lain. Kesian pulak aku tengok roomate aku selalu tension tengok aku tak study. Esok exam, malam tu boleh lagi aku layan cite Korea. Relaxlah beb! Yang penting kau tahu kemampuan kau sendiri. Ada faham?

– Akak Deanlist

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit