Lalui Perkara Yang Sama

Assalamualaikum semua. Saya merujuk kepada artikel di ini, (https://iiumc.com/susahnya-kahwin-lelaki-susah/). Bila baca ni saya terasa sama saja dengan apa yang saya lalui.

Saya dah umur masuk 40 tahun, ada anak 3, lebih 10 tahun dah kahwin. Bekerja dalam bidang professional begitu juga suami. Sepanjang 10 tahun ni boleh dikatakan saya banyak memendam rasa dengan keluarga suami (saya namakan K saja).

Kami dulu tak bercinta, konon nak bercinta lepas kahwin, kahwin ala baitul muslim konon. Bila saya beritahu emak ayah, lihat kepada latar belakang keluarga dia, orang kampung, ayah cikgu berpangkat, emak ayah cakap mungkin sesuai.

Tapi lepas kahwin baru saya sedar yang kami tidak sehaluan dalam banyak hal, tidak sekufu keluarga. Ibu dia seorang yang kasar dan suka mencarut walaupun bergaya bagai mak datin.

Saya terkejut bila dengar ibu dia panggil adik dia binatang & b4bi. Ayah dia juga pengasar dan tidak senonoh, suka makan dengan lahap. Meludah sesuka hati dalam pinggan bertimbun dalam sinki sehingga bibik saya mengadu geli nak basuh pinggan.

Tak pelikla bila adik dia yang lulusan tahfiz pun suka mencarut, perkataan binatang & b4bi tidak lekang daripada mulut.

Keluarga dia dari luaran nampak hebat dan bergaya termasuk adik perempuannya yang tidak bekerja. Tetapi pengotor yang amat. Rumah langsung tidak dirawat.

Tiap kali balik kampung saya kena beli kain buruk, alas kaki penyapu dan penyodok baru. Kena sental tandas tiap kali balik.

Pernah kami balik lepas anak saya buat pembedahan mata, kami terpaksa tidur atas toto berpasir dengan panasnya.

Dapur mak dia tu pinggan bukan saja penuh sinki, tapi bersusun atas lantai sampai nak basuh tangan pun susah. Basuh pinggan cuma sekali sehari. Time ada tikus memang siap masuk dalam jug air lagi.

Saya bukan saja tidak boleh membantah atau bersuara, dah balik rumah mak dia pun masih ada benda yang tak kena. Dipaksa saya gembira duduk rumah mak dia. Tak ke gila tu.

Makan minum anak menantu pun tidak dijaga. Tiap kali balik kami perlu singgah beli makanan untuk kami dan keluarga dia.

Bayangkan pernah waktu raya pertama saya hanya boleh jumpa makanan pukul 2 ptg kat rumah mak dia. Lepas saya complain, K tempah makanan utk rumah mak dia time kami beraya kat sana.

Hal duit memang masalah utama kami. Dari awal kahwin sampai sekarang saya lah penanggung utama nafkah keluarga.

K selalu tak ada duit, bil telefon pun selalu tak bayar. Dulu bila saya bagi tanggungjawab bayar bil elektrik dan air, kerap tertunggak sehingga pernah kena potong elektrik dan air.

Barang makan kat rumah K boleh buat lembu kenyang. Kalau keluarga melawat saya la macam cicak berak berkejar cari lauk dan masak dgn anak kecil, guna duit sendiri.

Sampaikan masa saya nak lahirkan anak sulung segala perbelanjaan baju baby bagai saya yang beli dan bayar. Lepas seminggu gaji duit tinggal RM10 dalam dompet, nak minta beli telur sebiji pun berkira.

Duit dia ke mana? Saya tidak nampak ke mana wang disalurkan kecuali kepada keluarga dia. Ibu dia bergaya dan bercitarasa tinggi, siap pakai SK11 & Iphone walau tak bekerja dan masih ada 10 orang anak dalam tanggungan (K anak sulung).

Masuk tahun ketiga kahwin, saya hilang sabar dan bertindak memfailkan fasakh. K terkejut dan bagitau peguam saya dia tak sangka saya buat begitu.

Dia bagitau lawyer, ibu bapa dia terlalu mendesak. Bertahun turun naik mahkamah K mula berubah dan tidak berani permainkan duit saya sewenangnya.

Lepas ada anak tiga, K mula buat bisnes, buat loan sampai 200k tapi bisnes tak menjadi. Bisnes adik dia yang maha pemalas dan ratu bergaya yang uruskan.

Saya dah melarang tapi dia tak dengar. Lebih percaya keluarga sendiri. Akhirnya dia terduduk bila gaji habis 2k sebulan bayar hutang kering.

Dalam masa yang sama, K beli rumah di kampung keluarga, sebab rumah keluarga dia rosak lepas banjir. Saya bersetuju awalnya dia nak beli rumah sebab kesian kepada adik dia yang masih kecil dan sedang membesar, tapi tak sangka rumah rosak teruk lepas keluarga dia duduk.

Sudahla rumah rosak, duduk free tanpa ada rasa nak menyumbang walau seringgit dua. Time kami balik kampung rosak sini sana sayalah yang cari tukang repair dan bayar. Tak cukup dengan tu, ada masa minta wang nak bayar bil elektrik dan macam-macam lagi.

K dengan gaji dipotong sebegitu banyak mana dia nak cekau duit tengah bulan time mak ayah dia mintak tu. Makan minum dia dan anak pun saya yang cukupkan. Saya tak tahula mak dia ni ada rasa malu ke lepas segala benda saya tanggung masih nak kikis duit saya.

Sekarang saya memang rasa marah dan meluat dengan keluarga dia. K tidak bergaji sekarang kerana cuti belajar yang dah habis tempoh. Bayangkan gaji tak ada tapi hutang masih perlu bayar.

Dengan segala tanggungan keluarga di bahu saya pun saya dah cukup stress. Ni tambah beban hutang dia lagi. Keluarga dia sepatah haram tak bertanya khabar, padahal rumah tu mereka yang duduk. Walhal ayah dia cikgu besar, takkan tak boleh bantu langsung.

Satu perkara lagi yang buat saya rasa macam dihempap bila dapat surat ugutan daripada lintah darat. Adik dia yang buat pinjaman dengan along surat ugutan sampai ke rumah kami.

Banyak perkara berlaku sepanjang 10 tahun ini, kebanyakan masalah dari keluarga dia. Sikap dia yang tak cakna pun banyak datang dari keluarga dia.

Macam mana dia nak pandai ambil tahu hal makan isteri anak kalau mak dia pun boleh biarkan anak brderet kelaparan di pagi raya.

Saya mudah naik marah bila teringat pasal keluarga dia dan perkara lepas. Memang betul pun jenis orang yang desperate gini akan buat apa saja untuk dapat keluar dari kesusahan dan ingin kesenangan segera.

Saya tengok adik perempuan dia jadikan kahwin tu untuk kelangsungan hidup semata. Ada masa saya fikir lebih baik saya sendiri daripada terus memendam begini.

Kalau K baca ni, ketahuilah how annoying it is to face your family. Please do not force me more, or i just burst. Waktu susah kamu semua langsung tidak boleh membantu, kedekut masa, wang & tenaga, tapi waktu senang dikikis sesedapnya.

– Mdm S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *