Laman Cari Jodoh, Goal Praying atau Keduanya?

Terima kasih admin siarkan. Sesuai dengan tajuk, aku memang nak tanya pendapat korang pembaca kat sini. Tapi sebelum tu, mukadimah aku agak panjang tau.

Aku pernah terdengar satu ceramah tentang usaha mencari jodoh mengikut syariat Islam (maaf tak ingat siapa penceramahnya), lebih kurang begini:

1. Minta tolong orang tua/ ibubapa untuk carikan calon yang baik.

2. Minta bantuan daripada orang-orang yang beramal soleh untuk perkenalkan calon yang baik.

Calon yang baik aku rasa semua dah faham, antara kriteria paling utama adalah beragama (faham dan amalkan ajaran agama).

“Orang yang benar-benar cintakan Tuhannya pasti akan ikhlas menjaga tanggungjawab mencintai makhlukNya pula.” Sangat setuju kan?

Namun, di sini aku tersilap langkah dalam usaha aku mendapatkan jodoh.

Aku ada seorang ex dan aku anggap kawan baik juga sebab dah lama sangat kawan, lebih 5 tahun. Boleh dikatakan, aku lebih arif tentang agama berbanding dia.

Tapi kami sering bergaduh (sebab ‘long distance’ kot?) dan akhirnya masing-masing dah tawar hati. Ex aku ni mula berkenalan dengan perempuan lain.

Dia pilih yang lain ni mungkin sebab lagi menyenangkan hatinya, lagi cantik (aku tak pernah tengok tapi aku rasa ya) dan lagi dekat depan mata tak perlu ‘long distance’ lagi, walaupun aku tau aku jauh lebih bekerjaya.

Soal dia memilih yang lain sebab beragama? Aku rasa tak. Aku tau aku memang silap besar dekat sini sebab dah tahu ‘couple’ tu haram tapi nak cuba juga dan akhirnya aku yang kecewa. It’s okay.

Selain daripada tu, ada beberapa lelaki lain yang cuba mendekati tapi mereka ni pula berlainan agama dan pada masa tu aku masih berpunya dan pilih setia. Cehh. & that’s it.

Ok, berbalik kepada usaha mencari jodoh No. 1 dan No. 2. Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik.

Abah aku agak tegas dalam bab agama ni dan hasil didikan beliau, kami adik-beradik celik solat dan pandai mengaji Quran.

Cuma bila soal jodoh, abah lebih terbuka dan katanya menerima siapa sahaja pilihan kami adik-beradik asalkan kami dan pasangan serasi.

Jadi, kalau aku nak gunakan cara No.1, aku rasa kurang sesuai memandangkan circle abah aku pun dah tak ramai, di kampung mahupun di masjid.

Cara No. 2 pula, bila aku teliti ahli keluarga yang lain pun lebih kurang sama, biasa-biasa sahaja dan circle aku sendiri tak ada yang berciri-cirikan soleh dan solehah juga. Hmm.

Ada satu cara lagi yang aku dapat tahu dari perkongsian seorang sahabat baik iaitu ‘Goal Praying’ atau berdoa dengan spesifik. Berdasarkan kisah benar ya. Kakak ni kongsikan bagaimana dia bertemu jodoh Lelaki Kiriman Tuhan.

Kenapa aku kata macam tu? Sebab Allah swt kirimkan jodoh 90% persis doa spesifik yang diminta secara konsisten pada waktu-waktu mustajab doa (contohnya lepas solat, waktu hujan, ketika musafir, ketika berbuka puasa dll). Prosesnya?

Dua tahun sebelum bertemu jodoh, kakak ni berdoa secara spesifik tentang ciri-ciri yang dihajati seperti fizikal yang tinggi, tenang mata dan hati memandang, menjaga solat berjemaah, rajin membantu isteri, meraikan pendapat serta beberapa kriteria yang lain.

Kakak ni juga kongsikan yang beliau selalu mengamalkan bacaan surah al-Fatihah untuk diri sendiri, bakal suami, ibu bapa dan bakal ibu bapa mertuanya.

Hasilnya, beliau merasakan setelah berkahwin hubungan suami dan keluarga mertua sangat baik. To be honest, I prefer this one method most.

Oh ya. Aku dah masuk 30 tahun ini, bukan seorang rupawan tapi manisnya ada. Hehe. Seorang penjawat awam dalam bidang kajian penyelidikan ‘nocturnal fauna’ dan tergolong dalam kumpulan pengurusan dan professional.

Kerja hakiki aku memang banyak ‘outstation’, majoriti kawan sekerja adalah lelaki dan akulah ketuanya. Jadi, aku nak tanya pendapat korang,

1) Ok tak mencuba dalam laman cari jodoh dan lain-lain platform? Mana tahu ada yang boleh kongsikan pengalaman sebab aku sebenarnya serik juga nak berkenalan lagi. Penat tau. Kalau ikutkan aku, buat ‘Goal Praying’ tu ja, hmm.

SOALAN BONUS.

2) Wujud lagi tak lelaki yang masih boleh terima kerja hakiki macam aku ni? Selalu ‘outstation’, ‘rural outreach program’ dan balik jauh malam tinggal-tinggalkan suami/ keluarga kat rumah.

Korang jangan suggest aku kena cari kerja lain pula tau. Huhu. Aku cinta kerja ni, bidang pun minat sedari kecil, lagi pula sangat kena dengan bidang yang aku pelajari dulu. Terima kasih semua.

– Raf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *