Sebelum nak tulis ni aku duduk terfikir nak tulis atau tak, sebab nya aku malu dan aku rasa ramai akan kecam aku.
Dan aku rasa confession ini akan ditolak oleh admin, jadi buat penat je tulis.
Tapi aku perlukan bantuan korang sebab aku dah keliru dan mahukan jalan keluar.
Nama samaran aku Sazali dan umur samaran aku adalah 32 tahun.
Tajuk kat atas berkenaan kahwin, ya aku sekarang ini belum berkahwin lagi. Tapi aku nak sangat kahwin, jiwa aku meronta nak sangat tapi aku tak mampu.
Sebabnya kerjaya tak stabil, maksud stabil kat sini adalah kerja tak tetap, contohnya sekejap RM1000, sekejap RM2000. Aku rasa kalau aku kahwin akan aniaya isteri aku je.
Ini terjadi disebabkan aku salah pilih kerjaya dah umur 32 ni baru aku betul betul nak cari kerjaya tetap. Berbalik pada hal kahwin pula.
Jadi aku mulakan tentang kebaikan kahwin lewat ini.
Salah satu nya adalah kita boleh nampak kesalahan ibu bapa yang berlaku zalim pada anak, cara didikan mereka dan cara mereka kawal emosi.
Melihat mereka mematangkan aku dan aku sedang berusaha upgrade diri sendiri.
Ok itu kebaikan sekarang ini kita berpindah pula kepada keburukan tak kahwin.
1. Aku rasa nak sangat buat hubungan kelamin / setubuhan dengan perempuan.
Jadi aku tak dapat semua ini yang mendorong aku mencari sumber lain.
2. Website orang dewasa atau pornografi.
Bila dah tengok video bukan bukan terutamanya yang orang puteh, dan yang menggiurkan aku, menyebabkan aku dah tak ada keinginan pada wanita yang berkulit gelap dan gemuk.
Bila dah ketagihan sangat,
3. Aku hampir melakukan zina, aku hampir mencari perempuan yang sudi, sebab aku dengar ada je yang ketagih juga.
Alhamdulillah iman masih kuat lagi untuk menghalang aku.
Disebabkan aku tahu benda ni haram, dosa besar, sesuatu yang jijik dan aku memang jijik dengan zina jadi aku dapat hentikan diri aku dari zina.
Tapi aku still nak juga, Jadi aku pun mencari alternatif lain.
4. Patung orang dewasa / patung robot dewasa.
Ya aku cuba google dan aku terjumpa robot dan juga patung untuk melepaskan keinginan aku.
Memang canggih maksiat zaman sekarang, sampai robot dibuat khas untuk melampiaskan nafsu.
Yang buat aku jijik dengan diri aku, aku boleh tertarik dengan patung silikon.
Sebab mereka betul betul hasilkan patung level artis china kecantikannya.
Start sini aku persoalkan diri aku.
“Jijiknya kau sazali, sampaikan patung silikon ni pun kau boleh naik syahwat”
Jadi macam mana ya nak hentikan perbuatan aku ini?
Aku dah puasa, dah zikir dan dah solat.
Tapi masih belum mampu berhenti.
Yang aku belum buat adalah kahwin sahaja untuk hentikan ketagihan aku untuk bersetubuh.
Aku tengah usaha ke arah perkahwinan tapi buat masa sekarang ekonomi aku belum mampu.
– Sazali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit