Bismillah.Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera. Terima kasih seandainya penulisan ini disiarkan. Semoga mendapat manfaat.
Januari 2018
“Please give me a call untuk bangun solat malam”
Aku membaca mesej yang masuk di dalam inbox berkali – kali. Aku terkedu! Allahuuu.. dia hadir disaat aku ingin mencari cinta ilahi.
Adakah ini permulaan 2018 yang baik buatku ? bisik hati kecilku.Lantas aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Aku berfikir seketika. Andai ini adalah takdir dari Ilahi, aku terima. Dengan lafaz bismillah, aku mula menaip.
“Insyaallah”
************************Bermula saat itu. Setiap hari rutinku bermula dengan mengejutnya. Aku kunci jam bermula jam 3.45 pagi, 3.50 pagi, 3.55 pagi , 4.00 pagi , semata – mata ingin mengejutnya!
Entah kenapa, hatiku terasa bahagia disaat dia mengucapkan terima kasih kerana mengejutnya.Hairan. Perasaan apakah ini Ya Allah!
Terasa seluruh hidupku yang sebelum ini suram terasa cukup indah. Terasa kekecewaan terhadap seorang lelaki selepas 4 tahun setia, dan dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan insan lain seakan – akan berlalu pergi.
Pertama kali dalam hidupku. Aku mengingatkan kepada seorang lelaki tentang solat sunat dhuha. Tentang puasa sunat isnin dan khamis. Tentang solat malam. Allahuu..kenapa disaat aku mencari cinta Ilahi, allah temukan aku dengan dia!
Terasa tanganku menggigil tiap kali aku menaip mesej buatnya. Hairan. Aku tidak pernah mengenali lelaki ini. Tetapi kenapa aku melayannya dengan cukup baik. Bahkan sangat baik berbanding lelaki – lelaki di luar sana!
Aku merujuk “kesku” ini kepada seniorku. Aku tidak mahu keliru lagi. Aku ingin tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Aku tidak pernah merasakan perasaan ini seumur hidupku. Mendebarkan tapi dalam masa yang sama menenangkanku!
“Istikharah Mia, Istikharah” katanya lembut.
Dan buat pertama kalinya dalam hidupku aku menyebut namanya di dalam sujudku yang lama. Menggigil aku menahan air mata. Tetap jatuh meskipun aku berusaha untuk menahan. Perasaan apakah ini. Aku sedang mengadap Tuhanku. Dan aku sedang menangis untuk seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali. Bukan sahaja menangis. Bahkan aku sedang teresak – esak . aku rasa cukup takut jika dia bukan takdirku.
Bagaikan sebuah mimpi yang panjang. Dan seolah – olah aku tidak mahu bangun dari mimpi ini. Teruja untuk terus tidur!
Sebab aku takut hakikat yang sebenarnya. Aku takut andai aku bangun dari mimpi ini. Dan aku bakal terluka. Sungguh. Aku tidak bersedia lagi ya allah.
Aku tidak pernah kenal keluarganya. Tapi hairan. Aku terasa dekat dengan mereka. Seakan sudah bertahun mengenali mereka. Terasa seperti ada sesuatu yang mengikat. Atau mungkin sebab aku tidak pernah ada adik perempuan. Maka, aku jadi mudah mesra dengan adiknya yang tidak pernah punya kakak. Ya, mungkin!
Kepada sahabat – sahabat yang rapat denganku , aku mohon pandangan. Meskipun aku mempunyai sedikit ilmu. Namun, aku sangat – sangat perlukan sahabat – sahabatku. Ada yang menyuruh aku meneruskan. Ada yang meminta aku untuk tidak meletakkan harapan . Dan ada yang cakap jangan teruskan Mia! Tanya seorang sahabat kepadaku.
“Mia, Kau tak penat ke layan orang tu special tapi sebenarnya dia tak special”
Aku tidak melihat lelaki ini segak dibalik baju uniform yang dipakai. Bagi aku semua ini tidak penting. Aku melihat kepada agamanya. Aku melihat kepada hubungan kekeluargaannnya. Melihat kepada hubungan persahabatannya.Aku melihat dia.Dan aku terlihat syurga disebalik wajah tenangnya. Dan aku melihat kedamaian disebalik redup pandangannya.
Aku fikir. Inilah perasaan yang paling ikhlas seorang aku terhadap seorang lelaki. Disaat dia memberikan aku video kuliah agama. Mengingatkan aku tentang al mulk sebelum tidur. Dan memberikan aku doa berbuka puasa. Air mataku mengalir laju. Sungguh aku takut andai lelaki ini bukan takdirku.
Satu hari. Dia minta aku jujur dengannya. Dia tanya kenapa aku sanggup kejut dirinya saban hari. Kenapa aku melayan dirinya, dan keluarganya dengan baik. Katanya lagi, dia suka aku mengejutnya. Dia suka aku baik dengan keluarganya.
Saat itu aku sangat berdebar!
Tapi aku lebih berdebar tatkala dia memberitahuku yang malam tadi dia keluar dengan pasangannya. Dan pasangannya telah mendapat tahu tentang kewujudan aku!
Tiba – tiba aku hilang kata – kata.
Aku kumpul kekuatan yang tersisa. Kataku, saya kejut awak sebab awak yang suruh. Dan saya baik dengan awak, dan keluarga awak . Mungkin sebab saya memang baik. Jadi saya memang akan layan semua orang dengan baik.
Aku cuba untuk gelak. Walaupun tiada apa yang melucukan saat itu!
Tiba – tiba aku terasa terasing di dunia sendiri.
Sekali lagi aku ke bilik seniorku. Mengutip kekuatan yang mungkin masih berbaki di dalam diri.
Puan..kataku perlahan. Sedaya upaya menahan air mataku daripada terjatuh. Suarku serak tiba – tiba. Aku hilang kata – kata. Terasa ingin marah. Tapi aku tanya diriku. Aku ingin marah pada siapa ? Marah pada allah ? marah sebab allah temukan aku dengannya ?
“Mia, saya akan berkahwin bulan 6 ni “
Aku baca whatssap yang dihantar tanpa perasaan.Aku hilang kata – kata. Tanganku menggeletar.
Allah. Allah. Allah…
Sungguh rasa ini cukup sakit.
“Tahniah. Saya tumpang gembira. Semoga allah s.w.t permudahkan”
Send!
Dan akhirnya air mataku jatuh jua.
‘Ya allah, seandainya dia benar – benar bukan untukku Ya Allah. Kekalkanlah kebahagiaannya juga. Hindarilah dia dari segala bahaya. Lindungilah di manapun dia berada. Dan jauhkanlah dia dari orang yang ingin menyakitinya. Aku mohon padaMu ya allah hadirkanlah orang yang benar – benar ikhlas mencintai dirinya. Mencintainya kerana cintaMu. Dan mencintainya kerana agamaMu ya allah agar kebahagiaan akan selalu bersamanya”
Bagai terdengar esak tangisku saat aku mengalunkan doa ini. Sungguh. Dia bukanlah takdirku. Dan sungguh aku benar – benar terluka dengan kekhilafanku kali ini. Ya allah, aku telah meletakkan hatiku ditempat yang salah.Allahuu…
Bagaikan terdengar suara Murobbiku berpesan. Katanya, sebagai Kaunselor , allah akan hadirkan ujian kepada kita dalam pelbagai cara. Maka bertenanglah dan hadapilah ujian dengan sabar. Dan yakinlah dengan janji allah. Teruskanlah berdoa. Dan berpeganglah dengan tali allah. Mudah – mudahan kamu akan selamat di dunia dan di akhirat.
Menyesalkah aku dengan apa yang berlaku?
Jawapanku tidak.
Kerana, sekurang – kurangnya aku dapat belajar sesuatu. Aku dapat belajar untuk lebih berhati – hati pada masa akan datang.Dan paling penting, aku makin percaya dengan kuasa allah s.w.t.
Ya, inilah takdirku.
Terima kasih allah untuk teguranMu kali ini.Wahai hati, kuatlah!Redhalkanah dengan apa yang sedang kita lalui.
Ya allah, permudahkanlah ujian ini.Sesungguhnnya aku sedar engkau tidak akan menguji hambaMu melampaui batas kemampuannya.
**********************
Alhamdulillah. Hari ini adalah hari ke empat puluh tiga.Dan hari ini aku sudah mampu tersenyum bahagia seperti sebelum aku mengenali dia.Aku yakin dan percaya apa yang berlaku mempunyai sejuta hikmah yang tersembunyi.
Dan yang paling utama adalah ;Just be yourself my dear,and the right people will love the real you!
Wahai sahabat – sahabat yang pernah atau sedang atau masih terluka. Kuatkanlah semangat.
Allah s.w.t wrote your love story for you is the best one ever.You have to complete yourself first. And the right partner will just enchance your awesomeness.
Its all in allah s.w.t time.
Remember this,
“Although they plan, allah s.w.t also plans and allah s.w.t is the Best Planners” (Qur’an 8:30)
All the best.
– MIA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit