Bismillah. Semoga penulisan ini mampu memberi manfaat buat semua yang membaca.
Subuh tadi, aku teringat conversation aku bersama Mama. Conversation yang telah menjadikan aku lebih kuat untuk meniti hari – hari yang mendatang. Dan mungkin juga mampu untuk membalut luka hati hati yang masih atau sedang terluka di luar sana…
Insyaallah.
***************
“Macam mana hari ni, angah okay tak?” suara Mama meriah di hujung talian.
Aku sedar. Mama tahu apa yang aku rasa tika dan saat ini. Biar jarak terpisah beratus batu. Tapi hati seorang Mama takkan pernah silap menilai hati si anak.
“Mama, Angah sedih” Kataku perlahan. Sedaya upaya mengawal air mataku yang bila – bila masa akan gugur. Sekuat manapun aku. Tapi bila mendengar suara Mama, aku akan menjadi lemah. Terasa ingin saja saat ini aku memeluk Mama dan menangis semahu – mahunya!
“Boleh Mama tahu,kenapa Angah sedih?” Tanya Mama
“Angah sedih Ma. Sebab Angah tak tahu benda ni akan jadi macam ni Ma” Balasku.
” Okay,memanglah Angah tak tahu. Angah bukan Tuhan. Benda nak jadi. Biarlah Ngah. Move on Ngah. Mama memulakan “Sesi Kaunseling” dihujung talian.
Aku telan air liur. Terasa pahit!
“Mama, tiba – tiba dia datang dalam hidup angah, lepas tu tiba – tiba dia hilang. Hari – hari Angah kejut dia Ma” Balasku sedikit emosi.
” Berapa lama Angah kejut dia?” – Mama
” 7 hari Ma”
Hahahahhahaha…….
Mama ketawa.
” 7 hari je ke Ngah? Mama ingat 7 tahun tadi! Sedih mengalahkan 7 tahun! ”
Aku diam.
Mama menyambung.
“Angah, dengar ni. Mama kejut abah Angah hari – hari Ngah. 21 tahun Mama kejut. Tapi last – last berpisah jugak kan? Boleh tak Angah jadi macam Mama? Pejam mata. Move on! Angah sedih – sedih macam ni,apa yang Angah dapat? Padahal dia tengah bahagia. Rugi Ngah! Rugiiii!!!
” Tapi Ma, adik dia cakap Mak ayah dia nak jumpa Angah” – Aku
” Angah dengar cakap Mama. Angah tak perlu jumpa family dia. Tak perlu ada kaitan dengan family dia. Tak perlu ambil tahu apa – apa pasal family dia. Tak perlu baik dah dengan family dia. Kenapa Angah ingat Angah ni JKM ke? – Mama
“Susahlah Ma, kesianlah dekat Mak ayah dia datang jauh – jauh nanti” – Aku
” Dengan Mama, Angah boleh cakap Angah tak boleh call, tak boleh balik kampung kalau Angah busy. Sekarang , takkan Angah tak boleh cakap dekat Mak ayah dia Angah busy macam Angah cakap dekat Mama? – Mama
Dush dush dushhhh….
Aku terdiam. Terkulat – kulat memamah kata – kata seorang Mama. Hampir 3 bulan aku tak balik kampung. Call juga jarang – jarang. Terlukakah Mama?
” Mama, susahlah Ma bila dah jadi macam ni. Angah jadi serba salah Ma” – Aku
” Apa yang susahnya. Angah bukan kenal pun family dia. Mama ni dengan anak – anak, sedara mara, kawan – kawan , harta benda lagi. Tapi Mama okay ja. Pernah ke Angah tengok Mama nangis? – Mama
Allahuuuu…
Aku hampir terlupa. Susuk tubuh ini lebih jauh menderita berbanding aku!!
” Angah, sekarang bukan soal susah atau senang. Sekarang, soal Angah nak move on atau tak, tu ja!” – Mama
Aku diam. Cuba mengumpul kekuatan. Mataku terasa panas!
” Angah kena sedar. Angah ni ibarat dia tengah berjalan nk ke seberang sungai. Masa tengah meniti jalan, dia terjumpa Angah. Jadi dia berpaut sekejap dekat Angah. Dia dah ada destinasi dia Ngah. Dia tumpang berpaut sekejap ja Ngah. Lepaskanlah dia Ngah. Dia dah ada destinasi dia Ngah. Lepaskanlah dia Ngah – Mama
Mama… Suaraku semakin serak. Terasa ingin meraung. Sakit ya allah. Sakit!
” Angah tak perlu sedih. Angah fikir, Angah rasa Angah akan bahagia ke kalau Angah hidup dengan dia? – Mama
” Mama, Angah macam nak tanya dia. Kenapa dia mintak Angah yang kejut dia. Kenapa dia tak suruh tunang dia. Atau kenapa dia tak kunci jam sendiri. Kenapa dia suruh Angah Ma? – Aku
” Angah. Angah tak perlu tanya soalan tu. Soalan tu tak perlukan jawapan dah. Kalau betul Angah nak tanya, sepatutnya Angah kena tanya sebelum Angah kejut dia. Sekarang tak perlu tanya dah” – Mama
“Ma, dia cakap dia suka Angah kejut dia. Dia suka Angah baik dengan family dia. Kenapa dia cakap macam tu Ma? – Aku
” Angah tak perlu percaya semua tu. Angah kena tahu orang lelaki ni dia boleh jadi macam – macam. Sekejap dia boleh jadi suka. Sekejap dia boleh jadi tak suka” – Mama
Aku diam. Cuba memahat kata – kata Mama bukan sekadar di hati. Tapi juga di benakku.
” Angah, Mama nak tanya. Angah tak penat ke jadi baik?” Mama
Mamaaaa…………
” Angah tak perlu sedih. Mama kenal angah macam mana. Angah anak Mama. Angah duduk dalam perut Mama. Angah besar depa mata Mama.
” Ngah, lepas ni Angah tak perlu dah ambil tahu pasal dia. Cuba Angah jadi macam Mama. Orang buat macam mana pun. Mama steady ja. Hidup ja macam biasa” – Mama
” Ngah, lepas ni. Angah tak yah bercinta. Mama rasa Angah ni tak reti bercinta. Angah duduk diam – diam. Biar Mama yang cari!
Gulpppppp….. Hahahahahaa!!
**************
Im pretty sure. I didnt meet you just for nothing. And Im like ” Why are you so sad Mia? You have all this love around you. You are so so loved. You are not alone.
Sometimes, Allah s.w.t breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah s.w.t sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness , so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah s.w.t takes everything away from us, so we can learn the value of everything he gave us.
Make plans, but understand that we live by Allah’s grace.
On heartbreak.
I know, there is no short cut to healing. But we can try to cope with the pain. And we cope with pain in every different ways.
Im kept telling myself. You just have to move on by 0.00001 cm every day Mia. Just keep forward. Crawl if you have to. But move forward, so that you are on your way!
Please help yourself to heal. Ask yourself. What can you do with your heartbreak.
And I choose to write up!
All the best everyone!
– Mia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit