Langit Tak Sentiasa Cerah

Assalamualaikum

Thank you admin jika sudi post confession aku ni. Truth is aku tak ada tempat mengadu. Since ni melibatkan hal rumahtangga, kat siapa lah yang aku boleh mengadu. Nak mengadu kat kawan, malu. Sebab marriage life diorang nampak happy je, nampak ok je. Nak mengadu kat parents, segan. Diorang ingat aku okay je. Lagipun diorang jauh. Aku pun tak nak burden kan mak aku dengan masalah aku. Maka aku pun guna medium ni untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati ni.

Actually dah 3 hari aku tak bercakap sangat ngan suami aku. Aku cakap je cuma dia yang tak nak balas jadi aku pun diam je la. Oh before that, suami aku dah beberapa bulan tak kerja since dia kena buang kerja last year December. Tapi nasib baik la dia ada kelebihan dalam repair2 benda yang berkenaan electric, kereta ni so dia hanya buat part time kerja2 odds macam ni. Tapi , bukan nya selalu ada customer. Kadang2 je ada. Cukup buat lepas nak tanggung diri dia sendiri.

While me, alhamdulillah aku ada kerja tetap. Gaji pun ok. So korang mesti faham la kan, almost everything aku yang tanggung dalam rumah ni. Suami aku pun dah lama x bagi duit nafkah. Tapi kalau dia ada duit lebih dia beli kan susu, kadang pampers anak guna duit dia (yep kami ada anak sorang) Aku kerja 9-6, then aku buat part time meniaga online, weekend pun kadang2 aku kerja. Anak pun aku yang tidur kan, kalau weekend tu aku yang bagi mandi, bagi makan etc. Suami aku ada buat tapi kadang2 sahaja bila aku kena pergi kerja. Dia bukan tak boleh buat cuma dia buat bila aku tak dapat buat je la. Semua tu really take a lot of my energy, my time and my strength. Aku penat sangat.

So nak dijadikan cerita, malam tu aku betul2 penat, kul 4am dah bangun (tak dapat tido) then malam anak pulak tiba2 datang perangai dia sampai kul 10pm lebih dia tak nak tido. Biasa kul 9pm dia dah lena dibuai mimpi. So aku letih teramat. Puasa pulak haritu. So aku keluar bilik nak pergi solat, aku masuk bilik sebelah (bilik baju) aku terhempas pintu bilik 2kali. Suami kat depan masa tu dia tiba2 nak angin kat aku. Dia tanya “awak kenapa ?” Then aku cakap la takda kena mengena ngan dia. Dia tak puas hati ngan jawapan aku, dia cakap aku tak da adab, tak hormat dia. Aku yang memang dah la rasa macam nak tumbang sebab penat gila, lagi dia nak tambah. Maka memang bergaduh la kami tiba2 masa tu. aku dah cakap tak da kena mengena ngan dia, dia tak leh terima. Yang dia tau dia cakap aku tak hormat dia.

Dah gaduh tu tiba2 dia cakap dia menyesal la kawin ngan aku, dia tunggu masa je nak lepas kan aku la, dia siap halau aku. Fyi, aku dah lali dengar semua ni sebab dia dah selalu cakap benda ni kat aku bila gaduh. Masa awal2 yela aku nak nangis depan pintu bila dia cakap camni. Bagi aku, aku tak pernah nak menyesal apa2 tapi kalau sekali aku dah sebut aku menyesal, memang betul aku menyesal. And yes, I did once. Dia halau aku, dulu yes aku nangis, konon2 sampai nya hati awak nak halau saya la apa la. Aku siap pernah memang betul2 pergi pun, dia pulak nak call aku berpuluh kali. But now, jangan harap la aku nak nangis. Aku siap cakap , “kenapa saya perlu pergi? Ni bukan rumah awak pun, barang dalam rumah ni pun banyak saya yang beli, mak saya yang bagi. Kalau awak nak pergi, awak la keluar!”

Honestly, memang dengar macam kurang ajar but kalau aku diam siapa yang nak defend aku kalau bukan diri aku sendiri. Aku dah takda hati nak nangis, aku dah tak da hati nak menghadap orang cakap aku macam2 sedangkan he’s not been a good husband himself. Solat aku yang kena tegur, duit nafkah tak bagi, dan lain2. Zaman aku nangis berderai air mata disebabkan being treated like shit is over. If aku tak stand up for myself no one will. Aku sedih bila time gaduh kami jadi macam ni sedangkan we are so happy during normal days. Macam orang cakap, langit tak sentiasa cerah.

Bagi kami dua sekarang ni secara jujurnya hanya letakkan di tangan Tuhan. Kalau ada rezeki jodoh panjang, panjang la. Kalau takda pun takpa. Both of us just go with the flow. Aku pernah cakap kat dia kalau aku tak tahan sangat nanti and dia pun tak nak lepas kan aku. Aku sendiri akan pergi tuntut cerai. Dia tak cakap apa2. Kita dah adult kot, let’s sort this out. Sampai bila mampu nak bertahan? Coming from a broken family myself, aku dapat tengok the goodness dalam penceraian (from perspective of a child ) – mak bapak dah tak gaduh, dah tak maki, dah tak pukul2, rumah rasa aman ja walaupun jealous ngan kawan2 lain yang both parents hidup bahagia. I guess we have our own kind of happiness living with one parent.

Suami aku tak pernah pukul aku, cuma maki2 tu biasa sampai aku pun dah lali. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Cuma aku jadi lemah kalau anak aku tengok kami gaduh. Mula air mata nak meleleh. Tapi kalau anak tak tengok aku gagah je. Serious tak rasa nak nangis pun. Cuma rasa frustration yang menebal. Hati aku lembut untuk memaafkan and start over but he never ask for it. Maybe bagi dia aku je yang salah, or maybe he is too ego to ask for it. Entah, tak kisah la. In my heart after my prayer aku always memaafkan dia. Kalau diberi pilihan yes I would choose to fix this broken relationship. Despite all this he is a good person , tak pernah berkira 1 sen pun dengan aku bila dia ada duit, dengan anak lagi la. If he has rm100, dia boleh guna half untuk beli barang anak. He’s responsible I know, cuma maybe belum ada rezeki dia nak dapat kerja tetap. Dia tolong2 aku bila aku perlu dia. A funny and loving person. Cuma bila marah jadi macam harimau, I mean, who doesn’t kan? A normal person would do. And the mistake is that bila marah cakap macam2.

Entah lah, I don’t know where this is going actually. Mintak kalian doakan yang baik2 buat aku dan suami ya? Maybe sekarang ni kami diuji. Doakan aku kuat, doakan suami aku dapat kerja tetap, doakan both of us lebih matang and respects each other. Sebenarnya both kebahagiaan dan kesusahan adalah ujian dari Nya. Sama samalah kita tabah menghadapi semua ujian2 ni.

– Marsya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *