Assalamualaikum. Hai semua. Aku kat sini nak cerita kat korang yang satu adat dalam perkahwinan orang Melayu- langkah bendul. Seriously, aku dulu macam rasa adat ni macam biasa je. Bola dah lalui mak aih, sakit tu boleh bawak ke hujung nyawa. Harap korang baca cerita aku ni sampai habis kemudian korang share komen ek?
Jodoh aku sampai lebih kurang setahun lebih lepas habis kolej. Jadi aku waktu tu terpaksa langkah 2 bendul yang maha besar dan diva dan lalui perkahwinan adat. Sebab apa aku kata diva? Kejap lagi korang akan tau sebab apa aku kutuk sangat adat dan kakak2 dan abang2 aku sendiri.
Masa pihak lelaki datang nun jauh dari Selatan, abang aku sebagai wakil wali letakla hantaran RM15k++. Waktu merisik dan bertunang tu aku dah rasa lega, maknanya separuh kaki aku dah nak masuk ke alam perkahwinan. Alhamdulillah. Happynya waktu tu Allah je tau. Tapi semua orang cakap darah manis, semua tu macam ayat penyedap hati je.
Jadi kami adik beradik buat la mesyuarat ada la dekat 3 kali mesyuarat sebelum nak letak tarikh bernikah dan kenduri kahwin.
Yang membuatkan aku tak sangka waktu tu, walaupun orang cakap RM15k+++ tu dah jadi milik aku. Tapi aku sampai tahap defisit waktu tu. Terus terang aku cakap macam kena sabotaj pun ada.
Ok. Aku bernasib baik, sebab saudara mara sebelah bakal suami waktu tu, betul2 support kami. Dari urusan settlekan dokumen kahwin, dorang tolong hantar kami pi masjid jumpa imam, pi pejabat agama semua. Bab beli barang hantaran pun dorang banyak jugak tolong.
Korang mesti hairan kan. Apa family aku punya peranan? Ok, mesyuarat 1 abang aku dah tetapkan nak makan nasi arab. Aku masa tu dah rasa la mesti dah banyak habis ni. Korang bayang la nasi arab satu kepala saja dah berapa. Masa tu aku cool down lagi.
Masuk kali kedua mesyuarat, abang aku pulak tukar pulak cadangan dia. Nak kenduri lauk biasa je. Sebab kenduri memang nak buat waktu malam. Alad nikah nak buat petang sebelumnya. Aku dah rasa pening2 waktu tu.
Masa dalam mesyuarat, aku tengok siapa pun tak berani bangkang apa yang abang aku decide sampai dorang mengaku terpaksa turut macam lembu, tak ada pilihan.
Kakak2 aku waktu tu dah mula start bunyi, nak iphone. Aku kira2 mau dah dekat 6k++ lagi nak kena tambah. Cuma bakal suami aku waktu tu kata, dorang kena terima apa sahaja pihak lelaki bagi. Lagipun abang aku cuma kata, sepersalinan pakaian sahaja. Yang aku pelik kakak2 aku tak bangkang pulak masa mesyuarat. Dorang hanya datang bising kat aku lepas mesyuarat.
Kakak aku yang umur 33+ dok ulang iphone sampai aku dah pening. Tak ubah macam budak yang mintak dibelikan mainan. Aku kata apa sahaja pihak lelaki bagi kena terima. Kena la jaga maruah kan. Malu kot.
So, dah masuk mesyuarat ketiga. Kali ini totally berubah dari apa yang 2 mesyuarat sebelum. Abang aku dah tetapkan dalam RM15k++ tu, kenduri akad nikah dia mintak RM1000, aku waktu tu kira2 dah. Family aku baru 30 orang lebih. Family belah laki lepas akad nikah hanya 20 lebih orang je. Katering apa abang aku ambik sampai RM1000?
Lepas tu dia nak kenduri buat kat restoran untuk malam, korang nak tau berapa? RM30++ satu kepala untuk 300 orang tetamu. Aku masa tu dah start menangis. Aku katakan kita buat la dekat masjid, lagipun masa uruskan dokumen nikah. Siap sorang mak cik ni bagitau, dia kata ada katering yang satu kepala boleh dapat RM7 je. Aku rasa sesuai la buat kat masjid. Bajet tak lari, berkat pun dapat. Ye la, solat tak tinggal. Tak ada hiburan.
Oleh kerana, kenduri sebelah laki ni jauh kat selatan. So abang aku suruh aku bagi Rm1400+- untuk tiket kapal terbang. Waktu tu kepala aku dah nak pusing habis. Aku kira duit aku dah banyak habis ikut kehendak dorang. Mana untuk belanja make up lagi. Goodies lagi. Mujur barang hantaran dan baju kahwin dah settle. Waktu tu kat tangan ada kering sangat2.
Korang kira la sendiri. Berapa yang tinggal kat tangan aku waktu tu. Bakal suami aku dah pesan waktu tu, apa2 lepas ni dia akan bertanggungjawab. Dia suruh bertahan dan aku ikut je game dorang sampai habis kenduri. Aku pun iyakan je la. Dia kata lepas kahwin, aku kena taat dia. Bukan lagi adik beradik.
Bila dah hari kenduri akad nikah, tup tup hari tu pulak mak andam buat perangai. Kata nak suruh aku pi rumah. Sedangkan, aku dah kalut serabut dengan banyak benda. Kakak aku waktu tu dah suruh pondan make upkan. Siap marah2 lagi kata masa dah tak ada.
Aku ni seumur hidup dah baligh pun tak pernah tunjuk rambut kat laki, lagikan nak tadah muka bagi pondan makeupkan kan. Aku dah geram. Air mata nak menitik teruk dah. Mujur waktu tu tu mak andam dah ubah fikiran, dia sendiri nak datang rumah nak make upkan aku. So aku dah boleh lega balik.
Lepastu petang esoknya, bila dah nak kenduri malam. Aku dok iron baju kenduri waktu tu. Aku nampak dah kain sepersalinan dari dulang hantaran dah ada kat lantai. Kakak aku yang 33++ tu dah tarik muka. “Siapa nak pakai songket keras macamni?” Sedihnya hatiku Tuhan je la tau. Kan itu dari pihak laki, aku pun tak demand inikan dia tergamak macamtu.
Kakak aku yang umur hujung 20an tu siap serba salah lagi bila kakak yang 3 series tu campak2 je kain tu kat lantai. Aku tahankan je lepas ni dah tak hadap lagi kerenah dorang.
Sadisnya lagi, malam kenduri duit salam3 tu abang aku kebas. Sampai tetamu yang hadir tanya duit nak hulurkan pada pengantin atau keluarga? Aku tahan lagi marah. Dah la duit hantaran belanja ikut cara dorang, ini duit salaman pun kebas.
Waktu kenduri aku di belah pihak lelaki, dorang dah turut di airport. Suami aku bayar duit kereta yang ambik kat sana. Aku dah start geleng, suami aku berhempas pulas support semuanya. Abang2 kakak2 aku duduk dekat sejam je masa kenduri, lepastu nak cepat2 balik. Mak sedara suami hulurkan lauk pun tak nak ambik, sedangkan airport domestik tak dilarang bawak makanan.
Aku termenung kat pelamin waktu tu. Aku rasa kalau mak ayah aku hidup lagi, mesti dorang tak tunjuk perangai macamni. Mesti duit kenduri belanja cara cermat. Tapi aku tak ada pilihan, siapa lagi nak harapkan melainkan darah daging.
Aku sangkakan hidup lepas kahwin aku dorang tak buli. Rupa2nya, bila aku pi honeymoon dan jalan2 abang2 dan kakak2 aku dah update status kata aku ni menunjuk2 di FB. Ada banyak kali macamtu, aku dah block FB dorang semua.
Adik aku cerita, abang dan kakak aku yang 3 series tu kata aku ni bermasalah. Adik beradik tak ziarah rumah. Lepas kahwin macam lupakan dorang. Apa entah lagi. Abang aku pulak pi update status FB siap ada hashtag. Aku kata kat adik, tengok apa yang dorang buat kat aku masa kenduri tu dorang tak ingat pulak.
Aku rasa sebab kami ni cuma adik beradik satu bapak sebabtula cara layanan dorang pada aku dan adik2 tak sama. Mak aku dah pesan sebelum meninggal, yang aku dan adik2 apa pun akan dipinggirkan dan dibuli. Mak aku dah biasa jaga dorang lepas baru kahwin dengan ayah. Walaupun bukan madu, cuma sebagai mak tiri je. Mak aku siap pesan, aku sebagai sulung kena kuat.
Suami aku sekarang ni, dia yang banyak sabarkan aku dan pujuk. Dia kata semua ni akan berakhir bila kami 3 beradik dan capai kejayaan dalam hidup. Sebab buat masa sekarang, dorang rasa dorang terbaik. Dunia ni bulat, yakin yan siapa yang kita aniaya akan kena kafarah.
Aku tak mintak banyak. Mintak Allah sedarkan dorang yang hidup ni tak perlu ada pride dan buat puak sendiri. Allah tak tidur dan aku yakin suatu hari nanti dorang berubah. Cumanya buat masa sekarang, aku kena jarakkan diri dengan dorang selagi kami 3 beradik belum berjaya. Korang, doakan kami ye.
– Mrs. Ae
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit