Langkah Sebelum Beli Rumah

Abam rasa benda ni penting, terutamanya untuk anak muda. Jadi hari ini Abam nak share dengan korang tentang apa langkah sebelum beli rumah. Daripada rumah tu terjual kepada rakyat asing, jom kita semua pakat beli sebijik sorang.

Semua orang pasti nak ada rumah sendiri, betul tak?

Sekurang-kurangnya 1 biji rumah agar keluarga yang dibina mampu hidup dan tinggal dengan selesa. Tak kisahlah apartment ke, flat ke, atau semi-D, mengikut kemampuan dan gaji korang.

Namun, sebelum beli rumah, korang kena buat langkah-langkah ni dulu gais.

1) ELAK

Elakkan daripada membuat HUTANG JAHAT seperti Pinjaman Peribadi, Kad kredit dan sebagainya. Bank tak suka dan anda dipandang ‘hina’ dimatanya (memetik kata-kata Tn. Ahyat Ishak).

2) MULAKAN

Mulakan Tabungan sebab anda bukan anak cicit Menteri. Belajar kumpul duit, seeloknya 15-20% dari harga rumah yang nak dibeli. Bukan apa, ini untuk melatih anda membayar ansuran rumah juga nanti.

3) CARI ILMU HARTANAH

Asingkan sedikit duit untuk tambah ilmu tentang hartanah. Pergi ke Seminar dan beli buku dari sifu-sifu yang ada. Cari ilmu yang betul agar bijak mencari lokasi dan faham urusan jual beli.

4) JANGAN JADI PENJAMIN

Elakkan juga menjadi Penjamin apa-apa Pinjaman kepada kawan atau famili. Bimbang mereka pula yang akan mencalarkan imej baik kita di mata bank kemudian hari. Rekod CCRIS bukan senang untuk dibaiki.

5) BAYAR HUTANG

Jika kita masih ada hutang dengan orang lain, maka selesaikan dulu hutang tersebut. Anda sukahati beli rumah, tapi hutang orang belum langsai. Tak pepasal si polan memaki setiap hari.

6) PENGGANTIAN GAJI

Sediakan Takaful untuk diri sendiri iaitu Takaful Hayat. Pampasan daripada Takaful tersebut berguna andai tiba-tiba hilang upaya untuk bekerja. Sekurang-kurangnya anda ada duit untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut buat seketika.

7) SEMAK DSR

Kira harga Rumah yang anda layak beli berdasarkan slip gaji. Belajar kira Debit Service Ratio (DSR), pergi ke bank atau cari ejen hartanah yang boleh bantu anda. Nanti barulah korang tahu harga rumah berapa yang korang layak beli. Jangan ikut kehendak, tapi ikut kemampuan diri.

Haaa, boleh ke boleh? Nah tips memikat bakal pasangan (Rujuk bawah)

Nanti dah beli rumah, korang hantar la gambar korang bersama rumah tu dekat bakal pasangan. Mesti Si Dia akan bertanya, rumah dekat belakang tu rumah Awak ke?

Korang pun jawab camni, “Eh bukan lah, Rumah tu bukan Saya punya. Tapi, rumah tu milik Awak, Saya dan Keluarga kecil kita… cia… cia… cia…”.

Silakan #Like dan #Share jika bermanfaat.

– Lelaki Seksi ada Rumah Sendiri, #AbamJambang

– AbamJambang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *