Untuk part I, (https://iiumc.com/lara-seorang-isteri/).
Assalamualaikum semua pembaca.. Ini adalah sambungan daripada kisah saya yang pertama dulu.
Allahu… sungguh saya sangat terharu dengan semua komen/ doa yang diberikan.. saya baca semuanya.. terima kasih banyak2 atas perhatian semua. Kini sudah 4 bulan daripada kisah yang saya kongsikan. Mungkin ada yang tertanya apakah tindakan saya.
Ok, setelah lama saya berfikir, muhasabah diri, saya memilih untuk BERJUANG dalam perkahwinan ini.
Sabar ya.. mungkin ada yang tidak suka dengan tindakan saya (sebab majoriti memang mencadangkan perpisahan).
Saya tidak tahu sejauh mana atau sekuat mana saya untuk bertahan, tetapi jika Allah izinkan saya akan cuba buat yang terbaik. Sebab saya fikir, sekurangnya jika berlaku apa2 di masa akan datang, saya tidak menyesal sebab saya tahu saya telah BERUSAHA.
1. Anak.
Ya. Ini faktor terbesar kenapa saya bertahan. Tiap kali keinginan bercerai itu meluap2, saya pandang wajah anak2.. Sungguh, saya tidak punyai kekuatan itu.
Betapa mereka masih terlalu kecil untuk faham erti perpisahan ibubapa. Saya merasakan saya ibu yang pentingkan diri sendiri jika pilih untuk berpisah.
2. Kebaikan.
Saya muhasabah diri sendiri. Saya listkan kebaikan2 suami.Layanan dia pada anak sangat ok. Kadang2 dia bantu juga saya buat kerja rumah(buang sampah, jemur baju).
Sekurangnya suami saya bukannya penagih, kaki judi, kaki perempuan atau kaki pukul. Ada ramai lagi insan yang mengalami nasib jauh lebih teruk daripada saya.
Ternyata saya juga banyak kelemahan/ kekurangan. Jadi tiap kali hati saya terluka dengan perkahwinan ini, saya bacakan al-fatihah untuk suami (petua ini saya ambil daripada komen netizen. Terima kasih, sedikit sebanyak memang boleh melegakan hati saya)
3. Penyakit suami.
Ramai tertanya apakah penyakit suami. Ok, suami saya menghidap PSORIASIS. Sejenis penyakit kulit yang kronik. Boleh menyebabkan kulit mengelupas sangat teruk dan naik biji2 seluruh tubuh.
Suami saya pernah dimasukkan hospital disebabkan penyakit ini.. Dan saya la membantu suami menyapu krim di belakangnya.
Sekarang suami bergantung dengan ubat hospital kerajaan (kos ubat RM43,000 untuk bekalan setahun setengah. 6 kali cucuk). Suami mendapatkannya secara PERCUMA kerana saya pegawai kerajaan (perlu renew pemohonan perubatan bila dicucuk dos yang terakhir).
Jadi ini selalu buat saya rungsing.sekiranya bercerai, apa akan jadi dengan penyakit suami. Saya pernah melihat dia sangat terseksa dengan 99% kulit mengelupas teruk.
Sekiranya dia stop ubat cucuk ini, sudah tentu psoriasis nya akan kembali teruk (setakat hari ini tiada lagi penawar penyakit ini)
Walaupun suami terlalu banyak melukakan hati saya, sungguh saya tidak sampai hati untuk melihat dia kembali terlantar di hospital akibat penyakit ini.
Untuk makluman pembaca juga, psoriasis ini adalah penyakit keturunan. Sebelum kahwin memang saya tahu suami menghidap sakit ini. Tetapi saya terima suami seadaanya kerana Allah.
Sebab saya amat yakin suami mampu membahagiakan saya (pada ketika itu layanan suami pada saya tersangat baik. Semuanya berubah selepas kahwin). Percaturan hidup berubah, sikap semua berubah dan ini juga merubah rasa cinta kami.
4. Cinta.
Ya. Antara kami sudah lenyap terus rasa cinta. Kami tiada kemesraan langsung. Suami memanggil saya dengan nama penuh. Bercakap ‘i, u’ sahaja.
Hidup dirumah yang sama seperti housemate sahaja.. Antara kami hanya ada rasa tanggungjawab terhadap anak2. Tetapi kalau di kampung suami, suami akan sedikit lembut bercakap dengan saya.
Pernah juga ibu mertua bertanyakan pada saya. Pelik kenapa kami sentiasa serius bila bercakap, tiada lawak jenaka/ kemesraan. Even kakak saya sendiri perasan dan bertanyakan soalan yang sama.
Allahu…. tetiba mengalir air mata saya. Sedih sebenarnya. Sangat sedih… Allah… Allah.. kadang2 saya merindui sikap suami yang dulu. Caring, berlembut dengan saya. Tapi semua tu lenyap.
Sedih bila kita tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Kadang2 hanya untuk bersembang kosong atau mengadu pekara biasa seperti ‘cuaca panaskan harini’, ‘harini saya sibuk bos bagi kerja last minute’.
Tetapi respon suami sangat mengecewakan sebab dia TIADA MINAT LANGSUNG untuk bersembang dengan saya. Rutin dia hanya melayani anak2 sahaja.
Kadang2 suami langsung tak hiraukan/ bercakap dengan saya bila ada anak2. Pekara ini sudah lama berlaku sehingga saya pun sedar diri dan sudah give up untuk meraih perhatian suami.
sSow talk? Berjuta kali dah.. tidak menjadi, suami tetap dengan sikapnya. Oh, untuk yang baru membaca, tidak baca part 1, ketahuilah bahawa suami saya sejenis yang hati kering.
Dia punya kering seolah2 dia hidup untuk diri sendiri. Macam2 cara saya nasihat tapi tak jalan. Sudahnya saya give up. Teruskan kehidupan seperti biasa.
Hanya HADAP, TELAN dan PENDAM semuanya. Kadang2 rasa sedih juga seolah diri ini langsung tidak bernilai/dihargai.
Adakah diri ini tidak layak untuk dicintai? diberi perhatian? saya ada teebaca komen, SEUMUR HIDUP ITU TERLALU LAMA. Lama juga saya termenung.adakah saya akan menderita sepanjang hayat saya?
Atau adakah suami akhirnya berubah dan kami akan kembali bahagia? Allahuu… sungguh saya keliru..
5. Batin.
Saya ada cerita suami ada masalah batin. Ada komen yang membuatkan saya tersinggung. Maaf ya, saya bukan gila s***. Tetapi adakah normal sekiranya seorang suami menginginkan hubungan kelamin hanya 2, 3 bulan sekali? Malah, sekarang sudah 8 bulan suami tidak menyentuh saya.
Masa awal perkahwinan lagi saya merasakan sesuatu yang tidak normal. Suami hanya bertahan beberapa saat terus p*****.
Saya dah banyak kali ‘slow talk’ pekara ini. Tetapi respon suami sangat menyecewakan. Dia merasakan perkara ini tidak penting.. saya bimbang jika suatu hari dia betul2 mati pu*** dan menjejaskan kesihatan dia.
Jadi sudahnya saya hanya membiarkan masa berlalu 7 tahun.. Ya, 7 tahun sudah saya bertahan dalam perkahwinan ini.
Kejap, ada juga yang bertanya kenapa boleh ada dua anak jika betul suami ada masalah batin?
Untuk makluman semua, saya insist untuk mengandung.kami merancang dengan hospital untuk anak pertama.
Anak kedua memang rezeki sungguh2 daripada Allah.. kami berdua terkejut (sebab ketika itu suami berbulan2 tidak menyentuh saya. Sekali itu je, terus menjadi, alhamdulillah) sebab tu saya sangat tersinggung bila kantoi suami tengok porno di telefon.
6. Sikap.
Ya. Sikap suami masih tidak berubah sepanjang 4 bulan selepas confessions saya disiarkan. Suami masih lagi seorang yang dingin, ego terlalu tinggi melangit.
Bercakap tak mahu kalah. Mungkin sebab dulu kan dia engineer, dia merasakan dirinya hebat. Ahli keluarganya juga menyanjung tinggi dirinya.
Suami sering bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain.terlalu pentingkan diri sendiri dan terlalu ambil mudah semua pekara. Dan segala beban tanggungjawab saya galas sendiri.
Allahu… banyaknya senarai kan… kalau diolah, masih terlalu banyak lagi. Tapi secara kesimpulanya masalah suami adalah SIKAP.
Perkara ini sukar dibentuk sebab dalaman diri sendiri. Jika suami tidak ada kesedaran untuk berubah, saya tidak dapat menolong. Hanya mempu berserah dan berdoa pada Allah agar diberikan jalan yang terbaik).
Kadang-kadang sikap suami lah yang membunuh jiwa saya. (Macam yang saya pernah cerita part 1, saya pernah kemurungan yang teruk, cuba untuk bunuh diri.
Sebab sangat tertekan dengan sikap suami.. kami ada banyak masalah tetapi saya terpaksa fikirkan sendiri. Jadi boleh bayangkan betapa psikonya lelaki seperti ini?)
Dia sangat pakar dalam menyinggung perasaan orang. Serius, sangat2 pakar.. Pernah jugak bila timbul isu, kami bergaduh dan suami tidak bercakap langsung dengan saya dalam tempoh lama tapi boleh bergelak tawa dengan anak2.
Suami boleh jalankan rutin macam biasa seolah2 saya tidak wujud atau tiada apa berlaku. Hanya saya yang memendam rasa… penat kan? Sebab tu saya kata hatinya kering sangat.
7. Ibu mertua.
Ok, ini saya nak ulas sikit. Ramai yang mengatakan sikap ibu mertua yang menberikan wang bulanan pada suami menjadikan suami sorang yang manja, malas berusaha.
Untuk makluman yang baru pertama kali membaca, suami saya sudah 4 tahun diberhentikan sebagai engineer. Kemudian dia start bisnes printing sendiri. Tapi oleh sebab sikap dia yang tidak bersungguh2, bisnes dia tidak maju.
Boleh dikatakan hampir tidak mempunyai income. Hidup dia bergantung pada duit bulanan daripada ibu mertua..
Sungguh saya sedih, malu, marah dengan suami tentang sikap dia mcm ni. Banyak kali slow talk tapi hampa, endingnya mesti kami akan gaduh besar..
Malah saya pernah minta tolong daripada ibu mertua supaya stop bagi duit bulanan pada suami.. sebab saya nak tengok respon suami bila tiada duit. Adakah dia akan berusaha mencari duit sendiri. Tapi tidak dilayan juga oleh ibu mertua, hmm…
Dari sudut lain, saya faham tindakan ibu mertua itu supaya anaknya tidak hidup kesempitan atau juga tidak mahu saya memandang rendah anaknya yang tidak berpendapatan (kerana gaji saya agak tinggi dan kebanyakan belanja rumah saya yang tanggung).
Tapi kadang2 sungguh saya geram. Setiap kali balik kampung, seluruh ahli keluarga suami sangat menjanjung suami. Betapa suami bagus, pandai dll. Sedangkan hakikatnya saya sahaja yang tahu sikap sebenar suami.
Ini mungkin antara sebab kenapa suami mempunyai ego yang melangit. Disebabkan ego ini jugalah suami tidak mahu dan tidak akan menceraikan saya.
8. Rezeki.
Untuk makluman semua, suami saya sudah mendapat kerja menjadi cikgu sains di sekolah swasta.. baru seminggu.. Ini pun sebab kakak saya yang warwarkan kekosongan jawatan cikgu ditempat anaknya bersekolah.
Saya tersangat2 bersyukur, menangis jugalah. Sekian lama menunggu.. 4 tahun. Suami kembali bekerja.. Saya berharap agar sikap suami saya berubah.. Semoga dia lebih prihatin, peka dan rational. Jauh disudut hati, saya masih sayangkan perkahwinan ini.
9. Manusia biasa.
Ya. Saya hanyalah manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kadang2 bila emosi mengatasi kewarasan akal, saya jadi ‘gila’ juga.
Kalau dulu bila hati saya terluka/ sedih, saya akan melenting. Tapi sekang mungkin sudah tua, berumur 34 tahun, saya sudah penat untuk marah2. Saya memilih untuk BERSABAR selagi boleh.
Lagipun saya tahu, kalau saya marah2 pun TIADA GUNA. Sebab sikap suami hanya akan DIAM setiap kali timbul apa2 isu. Dia tidak berminat untuk selesaikan.. sudahnya saya akan meracau sendiri… penat kan?
Cuma buat masa sekarang saya belum punyai kekuatan untuk berpisah itu walaupun jauh disudut hati, keinginan itu sentiasa ada..
Saya ketepikan perasaan saya demi untuk kebahagiaan anak2. Saya yakin dan percaya, ramai wanita yang mengalami nasib seperti saya.
Saya pohon doa juga daripada kalian. Semoga ada sinar kebahagian buat kami. Atau mungkin ada nasihat/ kata2 untuk suami saya (mungkin juga saya akan share kisah ini pada dia.. mana tahu kata2 daripada netizen boleh melembutkan hatinya untuk berubah).
Terima kasih sudi membaca kisah ini sampai ke hujungnya.
– Lara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit