Lari Dari Penghargaan Manusia

Assalamualaikum.

Hai. Nama aku EM, umur nak masuk ptgahan 20-an. Tak ada benda pun confession aku ni cuma nak cerita sikit life aku.

Aku, seorang budak perempuan yang dulu sukakan penghargaan. Siapa tak suka dipuji kan? Sebab dari sekolah rendah sampai sekolah menengah RENDAH, aku ni kira budak hot dekat sekolah, senior ramai kenal. Paling noob, mak ayah hantar pergi sekolah untuk belajar, aku darjah 5 dah start ada couple. Tapi, now aku jadi manusia jugalah. Semoga terus jadi manusia yang dapat berbakti untuk manusia lain.

Time change, everything’s changed. Masuk tingkatan 3, semua berubah selepas fizikal aku berubah. Yang kononnya hot dulu sebab kurus, tapi akhir tingkatan 2, my face break outs and badan pun menggebu. Hormon tengah tak seimbang, proses aqil baligh pula time tu.. So, my senior still my senior lah sebab masuk sekolah dekat, jadi senior yg sama kau kenal masa sekolah rendah, tu lah senior kau sekolah menengah walupun bukan semua. Yg tu tak berubah, tapi tak dah hot macam dulu.. Yg kau turun tangga feeling-feeling princess darjah 4, ada abang-abang darjah 6 bersiul sweet-sweet nak memanggil. Couple pun tak ada sampai sekarang (eh dulu pernah ada sekejap lah tu pun masa form 6, sekejap je lah tapi buat aku serik dengan istilah couple sampai sekarang). Kalau boleh memang nak jodoh yang tepat sampai terus depan rumah. But, peracangan Allah tu baik, so better aku tunggu. Selesaikan apa yang aku patut selesaikan sebab mak ayah aku pun jenis nak suruh aku habis belajar dulu. Baik bos 1 dan bos 2, saya yang menurut perintah.

Tapi satu benda dalam life aku yang aku perasan, aku tak ramai kawan… Yelah, mcm kawan kat alam maya ni pun baik fb, insta, tak lah macam kawan-kawan aku yang lain.. Up status, 5 minit 38 likes, 1 day 92 likes. Up gambar kat insta, 2 hari dah dapat 290 likes (lagi-lagi kawan-kawan yang belajar kat uitm, huiss ramai betul instapemes – kalau dah lebih 200 tu xpemes ke). Sampailah satu tahap aku pernah rasa insecure.

Lagipun kan impak lepas fizikal aku yang berubah tu, personaliti aku pun sedikit berubah. Tapi macam banyak je perubahannya. Self-esteem? Jangan cakap laaa.. Down habis.

Korang bayangkan aku pergi vacay ke Bandung dengan family aku, ada mat indonesia ni menjual dekat sana dia sound dengan kawan dia, kuat pula tu, sentap gila. “Kok masih muda tapi mukanya udah rusak gitu yaa”.

Pehh. Kau pergi kelas tuisyen, budak lelaki yang mulut macam harem, nak usha budak lain.. Main baling-baling pemadam terkena dekat aku, dengar dari belakang, ” alamak salah baling, yang tu tak lawa”.

Kira macam lepas aku berubah tu, aku sendiri pun macam depressed cuma tak dirujuk ke pakar je… Aku mengasingkan diri. Nak kawan, kawan.. Tak nak kawan blah tapi still aku rasa insecure gila.

Eventhough aku takde boyfriend, tapi aku ada lah beberapa orang kawan lelaki macam brother by soul yang orang sekarang cakap tu, hahaha. Yang tu memang tak boleh sentap lah dengan dorang. Nak kawan dengan budak-budak lelaki kena ikut rentak laki. Sentap-sentap bukan dorang sedar pun kau terguris. Hahaha. Cuma sekarang dah tak macam dulu sebab masing-masing belajar jauh, ada yg dah tukar phone.. Contact pun jadi mcm biasa-biasa je. Masing-masing busy.

Tapi aku ada sorang kawan lelaki juga ni sampai sekarang satu-satunya kawan lelaki yang I can consider jaga hati aku. Tapi dia memang macamni dengan budak perempuan sepanjang apa yang aku tengoklah selama aku kawan dengan dia. Dengan budak lelaki, cara lelaki lah.

Tapi aku masih rasa insecure. Sebab aku rasa aku tak ramai kawan. Yelah yang dkt pesbuk, insta semua tu like banyak-banyak dari mana? Mestilah dari kawan dorang kan. Dan yang paling sengal aku rasa aku ni non-matter pun.

Yelah, mana tidaknya. Aku pergi jalan dengan member aku… Dia terjumpa member dia, member dia tu tegur dia je.. Dekat u pun kalau aku keluar dengan sapa-sapa, ada yang kenal aku, satu group tugasan tapi jumpa dekat luar pun macam buat tak nampak je. Ego aku be like takkan aku yang kena tegur dorang dulu (nampak tak nak dapat penghargaan manusia).

Lepastu, aku kan masa tu self esteem low, lepas ru ex roomate aku ni jenis cakap lepas, tapi sekarang aku dah faham dia tu memang macam tu. Dia boleh pula cakap memang kau don’t matter, loner, forever alone. Paling sengallah bila dia keluar dengan member-member satu kos dengan dia, kalau dia ajak aku lepas tu dia boleh gurau-gurau yang bila aku bertanya tu, nanti dia cakap “eh siapa ni, aku kenal kau ke?” Dia maksudkan atau tak, aku anggap dia tak maksudkan. Cuma memang cara dia gurau kasar.

Lagi satu, masa bila aku nampak aku ni sibuk cari penghargaan manusia, first tu bila aku sear aku tak ramai kawan, aku tak dapat banyak like dekat pesbuk & insta (sampak sekarang pun, insta aku tak sampai pun 50 likes, but now I just don’t care). Okey sambung cerita dulu eh. Lepastu aku ni jenis aku cepat hafal number ic, no. phone and birthday orang. Kira aku ni memang jenis penghafal lah, jadi aku punya feeling yang aku ni not matter to my friends disebabkan oleh keupayaan aku menghafal hari jadi orang.

Masa dulu tu aku rasa macam aku je yang beriya-iya hafal birthday orang, wish orang, tapi birthday aku? Kawan-kawan aku birthday kawan dia yang lain boleh pulak dia ingat, boleh pulak dia sambut. Begitulah apa aku rasa.

Sampai lah…………

Aku terdengar satu ceramah dekat radio. Kalau korang pandai, korang tau siapa. Beliau selalu ceritakan pasal jangan kira apa orang kata, jangan berharap penghargaan manusia. Mula-mula aku nak berubah tapi ego tu masih ada. Jadi aku rasa macam, alahai orang ni, dia cakap macamni tapi dia pun banyak follower (terlupa dia public figure), tapi lama-lama aku berubah atas dasar aku nak berubah.

Dan betul.. Kita akan berubah atas dasar diri kita untuk berubah. Sampai sekarang berat badan aku masih lagi sama, aku masih lagi berisi. Muka jelah Alhamdulilah dah pulih. Aku belajar memahami orang. Kau tak boleh pandang rendah fizikal orang lain sebab bukan dia nak pun benda macamtu jadi dekat dia.

So, ini eksperimen life aku. Siapa ada insecure tu, banyakkan muhasabah diri, dalam hidup apa yang dicari?

Tak banyak pun, simple-simple je cuma aku harap doa dan galakan untuk perubahan aku konsisten.

Bila aku lenturkan ego, terima nasihat dan tak berapa peduli apa yang jadi dekat sekitar aku.. Bukanlah langsung tak peduli.. Cuma tak pedulikan benda yang tak patut pun kau fokus. Aku berhenti untuk cemburu life orang lain. Kadang-kadang tak nafikan syaitan memang nak cucuk jarum, tapi aku fikir jadi apa fungsi akal yang aku ada yaa? Jangan biarkan nafsu menguasai akal. Bahaya oii bahaya!

Kalau kau nak layankan pesbuk + insta, tabahkan hati betul-betul. Kalau insecure kau sebab kau rasa kau masih lagi potato yang belum upgrade, tapi banyak instapemes kat luar sana yang terkenal dengan kecantikan.

Ingat, apa yang ditayangkan di media sosial bukan semuanya realistik. Apa yang kau nampak bukan apa yang betul. Aku tak cakaplah semua. Aku bagi contoh aku sendirilah, ambil gambar nampak flawless je, tak pakai apa-apa apps or filter pun, tapi sebab apa eh… Sebab handphone sekarang usually ada beauty shot.

Jadi bila aku dah usha kawan-kawan aku punya insta, rasa dah macam nak self-esteem down tu, aku pun logged out. Senang cerita.

Fesbuk tak dapat buat sebab facebook banyak info aku boleh dapat jadi untuk aku berubah tu is just stop selfie or update status. Senang cerita benda-benda yang menyalurkan kepada mencari penghargaan manusia. Aku just share benda yang aku rasa patut je sebab kadang-kadang yang viral pun bukan semua betul. Kena pastikan dulu dari sumber-sumber lain sebagai sokongan baru boleh share.

Begitulah.

Oh yang pasal aku rasa not-matter tu. Apa aku buat? Yang mana aku kenal kat kampus tu, aku tegur dorang dulu. Yes, lama-lama sekarang aku rasa perubahan positif. Even ada masa aku memang tak perasan kelibat dorang walaupun kawan tu lalu sebelah aku, (yelah kalau tgh layan whatsapp ke kan), so dorang akan tegur juga. Kadang-kadang kita ni nak menerima je, memberi taknak. Sedar aku ego dulu.

Pasal birthday tu macamtu jugalah. Tapi aku tak kisah dah. Kalau ingat wish, tak ingat takkan nak paksa. Tapi ex roomate aku yang gurau kasar tu kadang-kadang kena juga. Dengan dia jelah. “Sudahlah kau, duduk dengan aku sebilik berapa tahun pun tak ingat birthday aku, pergi keluar makan pun tak pernah nak ajak aku jauh-jauh. Balik-balik mall depan mata tu jugak kau ajak” Tapi namanya kawan, kat mulut je tak sampai ke hati pun.

Pasal benda kecik je dulu aku nak ambil hati bagai. Sampai aku terlupa, aku fikir orang luar yang lupa birthday aku, tapi aku lupa family aku sentiasa ada untuk ucap hari jadi untuk aku. Aku lupa aku still ada ibu dan ayah yang care pasal aku. Aku lupa kawan aku lelaki yang sorang tu tak pernah lupa wish aku setiap tahun (lelaki wei lelaki, susah member laki nak ingat birthday orang ni even bukan semua tapi rata-ratanya, kan?) Aku lupa, eventhough Aku tak ada kawan sebaya yang ramai, tapi makcik-makcik jiran kat kampung semua rapat dengan aku, makcik-makcik tu mana ler ada pesbuk, kalau ada pun tak aktif.

Kawan baik macamana pun apa mampu bagi? Makcik-makcik jiran aku asal aku balik kampung je (nampak kampung tapi aku duduk kawasan perumahan kat bandar, aku belajar jauh dari rumah so aku jadikan as kampung lah, hehe), ada yamg buatkan aku bubur Chacha. Ada yang buatkan lauk sambal tumis lah, mi goreng lah.. Hantar ke rumah, bukan jiran satu dua pintu, jiran berpintu-pintu. Kadang-kadang, bila terfikir balik benda kau boleh masak sendiri tapi itulah rezeki, itulah nikmat. So masa aku terdetik hati nak berubah tu, aku diperlihatkan nikmat-nikmat yang sebelum ni aku tak nampak. Mungkin aku kurang bersyukur sebelum ni.

Jadi, aku masih dalam proses berubah. Penat aku hidup dalam lingkungan penghargaan manusia. Maaf andai penulisan aku ni panjang. Ia sekadar perkongsian sebab aku faham, perempuan dan insecure tak dapat dipisahkan. Cuma mungkin jalan cerita kita berbeza. Asal aku jadi begitu bermula dengan insecure, low self concept, low self-esteem.

Tapi once, sesekali daripada kita cari kelemahan diri kita, cari kekuatan diri kita. Walaupun satu kekuatan, benda tulah yang kuatkan kita sebab kita dah utamakan diri kita SEBELUM kita minta orang lain utamakan diri kita.

Dalam hidup ni kan tak semua benda kita nak kita akan dapat, bahagian kehidupan masing-masing. Kita down bila tengok follower kat social media dia lebih banyak dari kita, tapi kalau kita betul-betul perlukan pertolongan, berapa ketul yang dari sosial media tu berguna untuk membantu? Jadi daripada kita terlalu mengagumi mereka, lebih baik mengagumi siapa yang selalu ada pada saat kita betul-betul memerlukan. Tapi sebaik-baik kekaguman tu baliknya tetap juga pada yang Esa.

Instead of looking at what’s stressing/depressing, look at what’s blessing.

Okey tu je nak share. Doakan perubahan saya konsisten dan sorry ler kalau luahan agak panjang.

Sekian ~~~~

– E.M.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit