Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi siarkan cerita ini. Nama aku A. Umur dalam 20-an. Awas! cerita ni sangat penjang. Aku datang dari destructive family. Aku suruh parents aku bercerai dan waktu tu aku form 2. yes 14 tahun buat keputusan agak gila. aku percaya mesti pandangan orang ‘gila ke ape?!’ For me that’s the best solution and I never regret it.
Dari kecil aku dah terbiasa dengan pergaduhan mulut parents aku, perang mulut between mak aku and ipar2 nya dan mentua laki (atuk aku). Mak aku bukan menantu pilihan family ayah aku. macam2 makian , sindiran pedas dari mulut dorang untuk mak aku. Tapi ayah aku, bagi pandangan aku agak tidak adil kerana sebagai seorang suami perlu melindungi isteri dan juga hormat ibu bapanya. Parents aku hampir 24 jam bergaduh tanpa henti sampai satu tahap mak aku dah nak bunuh diri sebab tekanan melampau. Sebut je pisau, pasu bunga, kaca semua aku dan adik aku hadap. setiap kali dorang gaduh, adik aku nangis ketakutan dan aku akan tenangkan dia. 14 tahun perkahwinan dorang kejap baik kejap gaduh punca sebab campur tangan family.
Aku selalu terkena gangguan makhluk halus, sakit, nampak lah, kene tindih lah. setiap kali pergi berubat orang yang sama namanya disebut. aku marah gak lah sampai tahap dendam dan niat supaya salah seorang ahli keluarga si fulan terkena balik ape dah buat kat aku. okay sambung balik.
Satu pagi dorang gaduh teruk before pergi kerja, aku kat atas main game dan dengar dorang gaduh. Time aku main game tu. aku tanya adik aku (7-8 tahun) ‘dik, kalau dorang bercerai, tak duduk sama, adik okay tak?’ time tu aku just terfikir perceraian je jalan penyelesaiannya sebab aku kesian tengok adik aku membesar dalam keadaan mcm tu. And jawapan adik aku ‘adik sayang dua2 tapi adik tak happy dorang asyik gaduh,adik ikut along je’. And aku turun bawah jerit kat dorang ‘along rasa baik bercerai je cmni!’ and they stopped setelah 3 bulan ‘panas’ 24 jam tanpa henti. Endup dorang bercerai kat mahkamah.
Mula2 crack gak lah, aku tengok kawan2 aku perfect family. Result down teruk. Tapi aku bangkit, aku nak buktikan anak yang parents bercerai pon boleh berjaya. Starting from that, Allah tolong aku dari segi pelajaran. Setiap kali exam aku score cemerlang. And sampai satu tahap ayah dan mak aku masing2 kahwin dengan pasangan masing2. Aku okay je asalkan dorang bahagia. Mak tiri aku layan aku baik2 , ayah tiri pon. Tapi tak kekal lama, mak tiri aku tak ngam ngan adik aku sebab dia kata dia nampak adik aku hantu. Nth la bukan nak tuduh sesapa, tapi aku syak belah ayah aku ade main ilmu hitam. sampailah perkahwinan ayah aku dan mak tiri tak kekal lama dan dorang bercerai.
Lupa nak cerita, aku ade sedikit kelebihan dapat rasa mende2 tak elok akan berlaku dan ilmu hitam. Dari awal aku syak ayah tiri aku jahat, aku pandang dia first time pon lain macam hati aku rasa and waktu tu terus terdetik ‘ tak lama perkahwinan ni 3 tahun je’ Aku tak mendoakan cuma tak sedap hati and yes betul hati aku rasa. Tahun ketiga, ex ayah tiri aku kantoi mencuri barang kemas mak aku, berjudi, tipu orang, songlap duit mak aku and paling teruk pinjam ahlong! aku rasa time tu diuji sangat2 dengan tak mampu bayar yurang pengajian uni sebab MARA lambat masukkan duit sebab masalah sistem. Kalau tak byr takleh ambil exam. Dah jumpe dekan pon tak lulus untuk lambatkan bayaran sampai MARA masukkan duit. aku serba salah time tu minta duit dengan mak aku. Paling sedih mak aku kata ‘ibu just ade RM 150 untuk bulan ni untuk kita bertiga’. yes aku nangis. aku makan kalau ade makanan sampai lah kawan aku time tu pinjamkan duit RM20 and suruh aku makan.
Selepas sebulan, dapat duit MARA aku start berniaga tudung. time tu tawakal je kat Allah laku ke tak laku. Alhamdulillah untung RM 3k dengan modal RM 700. aku jenis tak minta duit dari mak aku melainkan terdesak and dengan duit tu aku start menabung dari RM 0.00 sebab duit dah kena songlap dengan ex ayah tiri.
Sekarang ni, aku masih student dan aku agak aktif dalam persatuan dan MPP. Pasal MPP, sedikit luahan dari ex-MPP sendiri. Aku just nasihatkan kepada semua MPP buatlah amanah sebaiknya, jangan ambil kesempatan dan bukan bertanding semata-mata jawatan. Tak halal dunia akhirat dik dengan benefit kau dapat. memang penat antara masa kau belajar, kerja mpp, pe’el manusia including MPP members sendiri. Sampai satu tahap kau akan rasa give up bile team MPP ego tinggi melangit, cakap je lebih hasil kerja kosong. For pelajar lain, aku harap tolong jaga adab lagi2 kau tak puas hati dengan management or ape2 lah, sayang lah muka cantik tapi bahasa takdak.
To conclude, aku nak share :
1) Para suami/bakal suami, tolong berlaku adil antara family dan isteri sebab isteri tu anugerah Allah.
2) Bagi rakan2 senasib aku, jangan give up. Allah dan janjikan terbaik untuk kau. Cepat atau lambat. Tawakal dan keep praying.
3) Buat lah simpanan, cukup2 lah mintak duit kat parents. Try berdikari. Jangan lak dapat duit pinjaman beli phone mahal2 dan senang hati pergi travel.
4) Kalau kau dah senang, bantu2 lah orang yang memerlukan. sikit pon takpe sebab dengan bantuan kau tuh, kelak in shaa Allah melimpah ruahkan rezeki kau.
5) Bagi yang terkena gangguan sihir, amalkan sebelum tidur 7x al-fatihah, 1x ayat kursi, selawat ke atas nabi 3x, istighfar 3x, zikir 3x,
6) tolong lah amalkan ayat pendinding 7x ‘Bismillahillazi layadirru…’ in shaa Allah, Allah lindungi kau dan family dari sihir, bahaya etc.
7) Tak kira MPP ke MT kelab ke, buat amanah sebaiknya, banyak mende kau belajar lagi2 soft skills. Kalau taktahu jangan bodoh sombong tanya dan belajar.
Sekian, terima kasih kepada yang sudi membaca. Aku doakan semua mendapat rahmat Allah. amin..
-Ms A-
– Ms. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit