Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi post confessions saya. First of all, alhamdulillah aku bersyukur sangat2 pada Allah sebab aku dikurniakan parents yang sangat2 bertanggungjawab, baik, rajin, jaga makan minum kitaorang.. aku bahagia sangat2. Cuma mungkin kami diuji dengan adik bongsu yang ada sedikit masalah..
Aku ada 5 orang adik beradik dan aku merupakan anak ke dua. Usia awal 20 an. Adik aku yang bongsu umur 15 tahun dan sekolah tahfiz (swasta) dekat pusat bandar. Dalam adik beradik kami, dia antara anak yang paling awal masuk asrama, time tu umur dia baru 13 tahun (form 1). Muda lagi kan? Usia setahun jagung.
So nak dijadikan cerita, waktu awal2 dia dekat tahfiz tu dulu dia memang baik, ok je takde langsung masalah disiplin, even fly keluar asrama,cikgu pun kata adik Saya baik je tiada masalah disiplin. Tapi sejak dia naik tingkatkan 2, berubah terus perangai dia.. Sedih parents.. Saya pun lagila sedih sebabnya dia dah terjebak dengan Vape ( time tu memang musim vape).. patutla saya pelik.
Tiap2 kali adik saya balik rumah, mesti ada bau yang manis sangat2.. Ala2 manis buah.. Saya pun Husnuzzon jela.. Maybe perfume dia yang latest kut.. Tapi ditakdirkan Allah, ada suatu hari tu saya kemas2 la bilik dia (kebetulan dia cuti sekolah), saya ternampak ada something alat berbentuk 3 segi and warna silver.. Saya pun musykil la… Saya jadi tertanya-tanya, n then saya geladah almari dia pulak,,
Allahu saya terjumpa alat macam sembur2 tu and time tu saya memang zero ilmu tentang vape. Kebetulan ada nama brand dekat botol tu, saya search dekat internet memang sah tu adalah vape berperisa buah. Allahhuu dengan ada gambar Perempuan seksi dekat page tu. Apalah nak jadi dengan adik aku ni.
Time tu terus aku terjah dia, aku tanyala dia siapa yang ajar ni? Dia kata senior. Lepastu aku cakap kan haram hisap vape ni. Dia balas ala kan fatwa tak keluarkan hukum lagi ke apa ntah dia kata time tu aku da lupa pastu aku balas la adik, kalau dah syubhah (ragu2) better tinggalkan je lagipun tak elok tau untuk kesihatan, tengok bibir kau tu jadi bengkak2. Memang sejak form 2 ni aku rasa lain macam je dengan adik aku yang sorang ni sebab bibir dia bengkak2, macam kena tumbuk tapi dia tak kena tumbuk pun sebab takde lebam..
Readers mesti tertanya-tanya kan dekat mana adik saya boleh dapat duit beli benda2 tu? Adik Saya sekolah dekat bandar. Dekat Bandar tu memang ramai orang melayu yang kaya. Rumah besar2, kereta jangan cakapla, boley kira dgn jari je yang local.
Setiap kali ada tahlil, mesti dapat duit. Tak banyak pun sikit la. Paling sikit pun RM50 sorang. Baru sekali tahlil. Kalau sebulan tu dua tiga kali memang kaya adik saya. Saya pun kalah. Tapi tula sayang, adik saya and the geng guna untuk benda2 yang tak sepatutnya, macam beli vape, fly n etc. (kalau simpan kan bagus).
Pusat tahfiz adik saya ni, kalau dah masuk tingkatkan 2, mesti duduk dekat rumah belakang. Means jauh sikitla dari Pusat pengajian so kena jalan sikit nak ke sana. Budak first year (junior) je yang boleh duduk dekat depan. So adik saya ni mmg suka bergaul dengan orang yang lebih senior.
Maklumlah, Pusat tahfiz ni bercampur campur umur. Ada tua Ada muda. Paling muda form 1, n paling tua form 5 kut. Tapi tula sayang Adik saya tersalah pilih kawan n terjerumus dalam masalah social. Pernah jugak saya Tanya Adik Saya ok ke sekolah tahfiz tu? Dia kata ok je cuma dia tak suka budaya pinjam meminjam barang orang tanpa minta izin nak barang banyak yang hilang. Ouh.. Siapa kan yang suka? Aku pun mana suka orang yang sesuka hati je ambek barang aku tanpa minta izin.
Dia pun stress nak handle kawan2 macam ni. Tapi aku sebagai kakak bagila nasihat sikit2 sabar je la nnti esok2 dia pulangkan la tu. Tapi lama kelamaan waktu kami ziarah dia dekat sekolah, dia pakai baju yang bukan dia punya,, bila ditanya, member dia punya. Dan benda ni dah banyak kali jadi n aku harap kalau dia nak pinjam, make sure minta izin sebab dekat dalam grup wassap sekolah tu yang Ada parents, ramai jugak parents yang mengadu pasal benda ni huhu..
Sebenarnya Ada lagi masalah yang aku nak cerita, harapnya korang tak bosan. Harini dah hari ke 3 adik saya tak ke sekolah (Lari kali ke dua).. Kali pertama dia lari sebab handphone dia hilang kena curi (sape suruh bawak) . Bila ditanya kalini lari sebab apa dik? Dia kata ada banyak masalah tapi dia share 1 je.
Ada sorang Ustazah tu mengajar depan Kelas. And then waktu dia sentuh topik2 masalah social, macam merokok, vape, dia pick nama adik n member adik. Kitaorang malu la.. Kalau ada pelajar lelaki je tak apa, ni perempuan pun ada sekali (allahuuu malu sampai camtu sekali).
Then saya tanya dekat adik sorang je ke yang dia buat macam tu? Tak lah, ada lagi yang lain. Macam member orang sorang tu baru balik Dari mekah, time tu Ustazah tu ajar Tajuk apa ntah. Dia pick nama member orang kata perangai sama je sebelum dan selepas balik Dari mekah Baik tak yah pegi.. Allahuu inikah orang kita panggil Ustazah? aku kata takpela adik maafkan jela dia, anggap je dia belum matang lagi. (style aku kalau nak tenangkan diri). So nila antara sebab dia lari ke rumah.
Dia kata ada banyak masalah tapi dia share yang ni je.. Hmmm bila aku fikir balik elok jugak adik aku lari ke rumah daripada Dia pecahkan cermin kete Ustazah tu, pancitkan Tayar kete ke,,, benda ni kalau dekat sekolah biasa benda common je. Dan sekarang ni kami tak tahu nak buat apa dengan adik kami ni… Sedih sangat sebab dia dah macam takde masa depan..
Aku dah nasihat dek, kau butakan mata, pekakkan je telinga kau.. Lantakla orang nak kata apa, Ni life kau adik, u should think about ur future.. (dia bercita cita nak masuk Darul Quran) tapi kena amek spm dulu. Readers, Ada suggestion sekolah yang bagus tak, environment yang bagus, kawan2 yang soleh untuk adik saya ni boley suggest Huhu. (nak sekolah yang boley amek spm yang Ada Bahasa arab, syariah Quran sunnah).
So pengajarannya buat parents dekat luar sana, sebelum nak hantar anak2 ke mana2 sekolah, kena risik dulu sekolah tu elok ke tak, environment dia, pengurusan sekolah dia mcm mana supaya anak2 tidak menjadi mangsa keadaan.
Adik saya pernah bagitahu saya bestnya kalau dapat pindah dari sini huhu.. Muka dia bersinar sangat bila aku respond.. Tapi tula parents suruh stay, ikutla kata hati anak2, mereka juga ada hak. Jangan lupa recommend school for my brother ok (:
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit