Hi semua saya nak cerita pengalaman buat laser treatment buang bulu.
So sorry my story bukan pasal result treatment ni. Saya pun sebenarnya sekali je cuba treatment ni. Cuma kat sini saya nak cerita how good is dia punya marketing strategi sampai saya boleh terpikat.
Ok nak dijadikan cerita saya sama dengan ramai wanita diluar sana teringin nak kurangkan bulu dekat lengan ni haha, takdela lebat sangat tapi macam saya cakap tadi iklan dia buat saya terpikat. Macam iklan satu syarikat penerbangan ni ‘Now Everyone Can Fly’ hahaha.
Ok 1st saya tengok iklan yang naik kat fb saya, saya buat tak endah je tapi bila dah kerap sangat akhirnya tangan ni pun stopla kat page dia. Apa yang buat saya tertarik?? Of course la harga dia.
RM99 per treatment (untuk half arm)?? Sape yang tak ter’click’kan??? So murah. So kalau macam diorang cakap kita perlukan at least 5/6 treatment untuk dapatkan kulit mulus tanpa bulu , wow ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Bagi sayalah.
Sebelum saya mesej diorang, saya pergi ke ig diorang dulu. Sebab saya nak confirm harga. Saya memang scrolll habis la ig diorang ni tapi saya tak jumpa harga lain selain yang dipampangkan kat situ.
Contoh harga dia tulis kat situ half arm RM99(T). Nak dijadikan bodohnya saya ni, saya duk pikir T tu pertreatmentla kononnya haha. Cuba lah google rasanya memang harga sama yang korang akan dapat.
Dan diorang juga sertakan banyak review dari customer berbentuk mesej whtsapp dan komen kat situ memang bagusla. Ada yang cakap bulu tumbuh lambat etc. Lagila buat kita excited.
Saya pun mesej la diorang tanya harga dan berapa kali treatment diperlukan. Memang kat situ dia cakap harga sama. So saya pun book la slot. Teruja ni nak buat treatment walaupun kena travel jauh.
Staff yang buat treatment dekat saya tu pun mulus je lengan dia. Dia cerita kat saya bulu kat lengan dia lagi lebat dari saya dan tu result lepas dia buat 2/3 treatment( saya tak ingat sangat).
Sedikit kesal kat sini sebab diorang cukur bulu saya tanpa cakap perkara sebenar dulu. Bulu tangan saya tak lebat sangat dan bulu jari hampir tiada. Saya tahu kalau kita cukur bulu akan tumbuh lagi lebat.
Lepas dah siap treatment baru lah staff lain masuk dan jeng jeng jeng. Harga sebenar pun muncul (staff tu tunjuk list harga dekat saya). Terkejut beruk saya kat situ tapi saya kekal tenang di depan beliau.
Harga full treatment (6 session) Rm6k lebih . Hahahah tapi kat sini saya nak minta maaf awal2 saya tak ingat ni harga untuk arm saja atau arm + leg (saya memang terkejut sampai lupa nak ambil gambar harga).
Jauh benar dengan RM99 tu, dia cakap kalau saya booking sekarang saya akan dapat diskaun. Saya masih buat muka teruja dekat diorang dan cakap saya nak kena balik fikir dulu. Puas diorang pujuk last sekali diorang cakap ok tapi tak dapat la harga diskaun tu.
Saya okkan je. Muka diorang pun tak seceria tadi. Tapi saya pun bengang sebab kalau saya tahu takde saya bagi diorang cukur bulu saya . Dan of course bulu tumbuh seperti sediakala dengan cepatnya tapi saya rasa makin lebat pula, entahla.
Mungkin bagi orang lain rm6k apala sangat. Saya pun tak kisah laburkan rm6k duit saya tapi berbaloikah?? Saya takde jumpa review customer diorang yang boleh yakinakan saya saya akan confirm dapat result yang saya impikan.
Atau kalau diorang guna konsep ‘money back guarantee’ memang terus saya booking full.
Saya tertanya-tanya, kenapa diorang nak sorokkan harga sebenar? Kenapa tak terangkan betul-betul pada customer? Tak salah ke buat macam tu?
Betul ke bulu tak tumbuh/tumbuh lagi halus lepas beberapa treatment? Entahlah. Bagi sesiapa yang ada pengalaman jom share. Terima kasih semua kerana sudi membaca story saya.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit