Salam semua terima kasih admin kalau sudi publish cerita ni. Saya bukan dari UIA tapi pernah la ke sana. Nie saya nak cerita pasal seorang kanak-kanak perempuan yang dah lama stabil pakai tudung. Tentu ramai ibubapa yang buat macam ni so saya bukan la nak kata ini hebat ke apa. Saja share untuk yang belum tau je la. Yang dah tau skip pegi cerita lain la ok
.
.
Anak perempuan ni sejak umur 2-3 tahun memang dah biasa pakai tudung. Maknya selalu cakap pasal aurat dengan dia. Jadi dia biasa dengar dah cerita pasal aurat, pasal lelaki, pasal malu sejak kecik lagi. Jadi, amat penting la sebenarnya ibu bapa nie rajin bercakap dengan anak (pasal AURAT) sejak kecik. Sekarang ni ramai ibu bapa yang tunggu anak dah besar baru nak cerita pasal penting tutup aurat.
.
.
Sebenarnya mereka kena mula cerita sejak umur 3-4 tahun lagi, cakap simple-simple je contohnya macam
.
.
“tengok mama pakai tudung ya? Mama pakai tudung sebab malu la nanti orang lelaki tengok rambut mama. eeee malunyaaaaaa tak nak lah diorang nampak rambut mama, malu hukhuk”
“mama pakai baju long sleeve sebab kalau short sleeve nanti orang lelaki semua nampak tangan mama, eeeee malu la mama”
Di atas ni contoh aje la, banyak lagi boleh cakap iaitu cakap sambil=sambil je dengan budak tu. Bila rajin cakap macam tu, lama-lama budak perempuan tu faham yang orang perempuan kena ada rasa malu.
.
.
Kadang-kadang memang dia akan tanya kenapa orang lelaki tak pakai baju , orang lelaki kan kalau panas boleh selamba aje bukak baju dan lepak. Dalam kesempatan macam nie lah ibu tu boleh explain kat budak tu yang itu la beza lelaki dan perempuan. Perempuan dia kena rasa malu untuk buat macam tu, lelaki tak sama. Dari sini dia nampak yang dia berbeza dengan adik beradik lelaki dia dari segi malu.
.
.
KENAPA ORANG TU TAK PAKAI TUDUNG?
.
.
Kadang-kadang memang anak kita akan tanya kenapa kakak tu tak pakai tudung atau makcik tu tak pakai tudung pun. Di sini penting untuk ibu bapa cakap yang baik-baik saja kepada anak. Kalau saya, kalau anak-anak nampak apa-apa yang kurang kat budak-budak lain atau orang dewasa Islam lain, saya jawab begini
“mama dia belum beli tudung lagi untuk dia, mama dia tak sempat la tu, nanti Mama dia beli inshaAllah”
“dia belum pakai tudung sebab tak ada orang pun pegi dakwah kat dia baik-baik. Kita kena buat dakwah baik-baik, kena cakap baik-baik kat dia….”
“dia tak pakai tudung sebab dia tak tahu lagi yang tudung tu penting. Tak pe nanti lama-lama dia tau inshaAllah. Kita kena la doa untuk dia, cepat Adek doa la. Ya Allahhhh, tolonglah bagi hidayah kat Kak XYZ, bagi la hidayah kat dia supaya dia pun pakai tudung”
“dia tak jahat, diorang baik aje cuma dia belum tahu yang tudung tu penting”
Yang anak perempuan saya cerita nie, masa umur 4 tahun memang dah lekat tudung dan baju lengan panjang. Ada sekali tu ada tetamu tidur rumah saya dan pagi tu tetamu tengah bersarapan. Anak perempuan saya bangun tidur dari bilik dan datang ke dapur. Dia tak tahu yang Pakcik lelaki tu dah ada di ruang tamu.
Oleh kerana dia dah terlanjur ke dapur tanpa memakai tudung, dia pun tutup kepala dia dengan tangan (angkat dua-dua lengan ke atas sambil cuba tutup kepala) dan lepas bercakap dengan saya dia cepat-cepat lari masuk bilik. Memang macam tu la kalau dia tak sempat pakai tudung tapi tiba-tiba ada orang lelaki masuk rumah, dia akan tutup rambut guna tangan.
Kalau ada orang ketuk pintu rumah, dia akan berlari lintang pukang ke bilik untuk cari tudung
Kalau ayah dia sambut tetamu lelaki, dia akan duduk dalam bilik dengan saya dan dia tutupkan pintu bilik sambil kata eh cepat-cepat tutup pintu , kita tak pakai tudung ni nanti orang tu nampak pulak (dia kata)
Pegi mana-mana pun memang baju lengan panjang saja tapi yang lebih kerap ialah jubah kanak-kanak atau maxi. Saya tak pernah gahkan pakaian yang bukak aurat utk dia walaupun pakaian tu untuk kanak-kanak (cth: gown). Di rumah memang selalu cakap pasal dosa pahala dan syurga.
Alhamdulillah dia memang lekat tudung sebelum umur 4 tahun lagi. Iaitu
– bertudung bila di luar
– bertudung bila lelaki datang rumah
– bertudung bila nak bukak pintu rumah
inshaAllah kalau makin ramai ibu bapa ajar dari kecil, anak perempuan akan senang tutup aurat. Saya agak kurang percaya dengan prinsip sesetengah orang “Biar anak rasa dulu puas-puas free hair dan pakai lawa-lawa (sexy?) nanti kalau pakai tudung awal-awal nanti dah besar dia memberontak nak pakai sexy dan lawa-lawa”
Tak, saya tak percaya begitu.
Apabila dididik dari awal, hijab/aurat tu akan jadi SEBAHAGIAN dari identiti budak tu. Dia jadi pelik apabila dia tidak bertudung dan berlengan panjang. Sebab dia tidak pernah tampil begitu. Kalau ditakdirkan satu hari nanti tiba-tiba dia teruja tengok imej seseorang yang free hair dan sexy (terdetik di hati dia eh cantik nya macam tu), syaitan memang akan goda dia tapi hati dia akan fikir 1000x untuk buat. Dia akan betul2 fikir betul ke aku nak bukak tudung ni, kang Mama Papa dapat tahu kang, kang ada orang nampak kang, malunya.
Jadi asas iman tu akan jadi perisai diri dia sebagai wanita (bila dah besar). Dia akan fikir lama sebelum dia tiba-tiba nak bukak aurat.
Sebab tu, ibu bapa jangan ambik mudah bab aurat dengan anak perempuan. Saya percaya saya bukanlah satu2 nya ibubapa yang ambil berat hal ni jadi confession nie memang bukan untuk kata saya lain dari orang lain atau hebat. Ni sekadar utk ibu bapa yang belum tahu lagi.
Oh ya sebelum habis, ingat lah ye. Bukan sekadar latih bertudung tapi juga baju lengan panjang (aurat kaki slow-slow bila dia besar nanti). Dan biasakan dia dengar perkataan malu, perkataan “lelaki nampak”, dan perkataan “Allah suka”. Bila nampak wanita-wanita yang tak bertudung pula, hanya cakap yang baik-baik saja kepada anak iaitu tidak memburukkan langsung wanita itu :-)
– Anastasia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit