Latih Jaga Orang Tua

Aku rasa ramai yg capai impian nak jaga orang tua iaitu abah mak sampai tua sampai akhir hayat mereka. Tapi, dalam nak mencapai hasrat tu kita akan menempuh pelbagai cabaran.

1. Diri kita jadi tak mampu nak jaga

Bila dah tiba2 Allah uji ibu atau bapa sakit memerlukan penjagaan sepenuhnya dari mula bangun sampai buang air besar kecil atau sebagainya.
Masa tu kita “bekerja” “belajar” “cuti” “dah berkahwin” “duduk jauh” “masih muda tak tahu nak jaga macam mana” “mengandung” “ada benda lain lagi penting” “kewangan merosot” “geli nak basuh berak kencing ibu bapa” akan minta abg kakak atau sesiapa jagakan kerana alasan tak mampu. Sebenarnya “sibuk”. Dan cara lain hantar ke pusat jagaan orang tua.

Sebenarnya alasan itu sudah menyebabkan impian kita nak jaga orang tua dah malap. Kita tak fikir Allah dah bagi impian kita. Kita je terlalu fikir masalah sampai lupa jaga orang tua Allah nak bagi pahala, nak bagi rezeki lagi luas , nak bagi kita jujur sayang ibu bapa.

Maka apa patut kita buat bila dah sedar?

1. Latih diri jaga orang bila sakit

Apa perlu latih?
1. Basuh berak kencing mereka.
2. Suapkan makanan
3 Layan kerenah orang tua
4 Jangan marah2
5. Bagi makan ubat
6 Senangkan hati dgn picit atau berborak
7 Latih perasaan geli jadi tak geli
8 Latih diri jgn mengeluh tapi berzikir sambil jaga
9 kalau saudara nenek atok atau sesiapa saudara yg sakit dan lain jantina dgn kita, cubalah jaga sebaiknya. Supaya kelak bila kita perempuan nak jaga ayah, kita boleh. Sama juga lelaki bila nak jaga ibu pun sama.
10 Peluk cium (sama jantina) Supaya kita menjadi anak yg cium peluk mak ayah.

Dengan siapa perlu latih?
Orang terdekat yang kita nampak sakit contohnya;

1. Abg adik kakak
2 Nenek atok
3 Saudara
4 Rakan sejantina

Apa aku sampaikan adalah utk diri aku juga yg sedang jaga nenek aku sakit. Aku latih diri aku basuh berak kencing dia walaupun usia aku muda lagi. Tak nak sebut berapa . Yg penting Doakan beliau sihat ye. Aku doakan korang berusaha jaga ibu bapa korang dgn melatih diri dari awal.

– Muslimat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit