Latihan Fire Drill

Assalamualaikum kepada pembaca confession yang ringkas ni. Aku post sebab aku nak share pengalaman aku yang masih noob ni berkaitan dengan tajuk. Sape aku? Cukup la kau tau aku kerja oil and gas tapi aku bukan si meran di kejuruteraan cashier tu.

Fire drill. Satu latihan cara mengosongkan bangunan dengan selamat sekiranya berlaku kecemasan. Ni aku copy paste dan translate sendiri dari encik Googleruddin.

Ni point aku:
-Dalam tempoh 10 bulan kat training center, dah 4 kali buat fire drill.
-kat offshore pernah sekali.
-Sepanjang 3 tahun di poli, seingat aku tak pernah ade.
-5 tahun di sekolah menengah, pun tak ade.
-6 tahun di dua sekolah rendah yg berbeza hanya sekali ada fire drill (aku darjah 5 time tu).

Dalam masa 14 tahun, hanya sekali aku terlibat dengan fire drill. Kontra giler dengan training center yg aku berada sekarang. 4 kali dalam masa 10 bulan. Jangan salah paham pulak. Ni aku share kisah aku. Tak tau la kat tempat kau macam mana. Bukan jugak niat nak rendahkan sekolah.

Kenapa perlu ada fire drill? Practice makes perfect. Kalau tak, kau mana nak ambik tau pelan kecemasan tertampal kat dinding atau pintu bangunan. Ye la kau kan malas membaca.

Safe area/muster point kat mana tu kau perlu tau. Dah jadi insiden,baru nak bace pelan, buat mende. Ape nak buat kalau assembly point penuh dgn asap, alternative assembly point/escape route kau tau tak kat mana? Macam mana cara nak evacuate bangunan dengan cepat dan efficient?

Kau tengok cerita Deepwater Horizon tu. Bila jadi emergency, semua macam semut jumpa gula (except part alarm tak bunyi dan staff BP tu.). Semua dah tau tempat nak dituju. Arghhh kau mana nak ambik iktibar benda macam tu. Kau sibuk seluk awek sebelah. Kau lagi rela baca kisah artis tak dapat beraya sebab tak sempat beli baju raya.

Benda macam ni nampak remeh sebab kau yakin kau tak akan terlibat dalam insiden macam ni tapi bila berlaku, ia libatkan nyawa.

Aku pesan sebab aku sendiri kurang didedahkan dengan benda macam ni time sekolah dan poli dan aku bimbang orang awam tak tau pasal ni.

Kalau kau pegang jawatan yg layak buat fire drill, buat la. Maksud layak, suara kau boleh diterima orang lain. 3 bulan skali pun dah kira ok. Atau kau duk dalam ofis baca tips backpack ke korea?

Sape lagi, kau la!

– ayoh ngoh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit