Lautan Ego Ibu Mertua

Assalamualaikum semua. Lamanya aku tak baca confession sini. Sebab kebelakangan ini aku sibuk sangat. Aku tertarik kisah Mak Mertua Toksik (https://iiumc.com/mak-mertua-toksik/) confess by Mawar, sama jugak dengan kisah aku.

Penceritaan ini bukan niat membuka sisi negatif/aib suami aku, cuma dijadikan iktibar kepada manusia bergelar ibu mertua diluar sana agar menerima menantu seadanya. Semua orang ada kekurangan masing-masing.

Aku dan suami mendirikan rumah tangga hampir 18 tahun. Aku tahu aku bukan menantu pilihan. Walaupun aku tahu aku seorang yang multitasking, boleh memasak, menjahit, bercucuk tanam, berdikari since aku dan suami pjj lebih 7 tahun.

Then aku juga bekerjaya dan mampu membeli rumah yang aku bayar duit aku sendiri.

Jarang aku bergaduh teruk dengan suami. Itupun sebab orang ketiga. Ibunya claim aku balik bermalam lama dirumah emak aku.. hahaha kan, macam bermadu kan.

Karang adalah drama sakit dirumah mertua, setengah sakit kepala kena beli koyok, setengah sesak nafas, setengah nya pulak nak terberak flush tak function.

Dan bergegas la suami aku anak beranak selaku doktor, mekanik balik ke rumah mertua. Emak aku dah paham, di suruh aku bersabar banyak-banyak.

Untuk 10 tahun pertama aku try hard untuk ambil hati ibu mertua aku. Bila balik kampung selalu je aku offer masak, hah elok je kau makan, tinggal tulang je tak makan.

Bagi hadiah (walaupun pernah dicampak hadiah tu), termasuk bagi dia cucu, anak dan cucu dia sayang tapi menantu dia benci. Menantu selalu dianggap orang luar bagi dia.

Untuk lima tahun ini aku ambil langkah menjauh, sebab aku dah penat melayan emosi huru-hara aku.

Banyak aku telan pahit sepanjang 15 tahun ini. Aku ingat lagi, anak sulung aku dilahirkan pra matang. So kulit agak gelap dengan berat kurang 2 kg.

Aku sedih seorang nenek sanggup gelarkan anak aku juga dari darah dagingnya sebagai hitam seperti arang. Di cebik ibuku cara penjagaan bayi. Padahal ibuku dah berbelas cucu pada masa tu.

Alhamdulillah anak aku comel montel speedy recovery, asbab penjagaan rapi dan tegas ibuku masa berpantang. Kalahlah cucu dia yang ditatang (kebetulan lahir lebih sebulan dari anak aku). Ibu mertua aku dan bersaing berpisah tiada.

Suami aku? Dia serba salah sebenarnya bila menyedari perang dingin antara ibu nya dengan isteri. Sebagai anak emak, kadang aku terasa juga.

Bertahun juga dia belajar untuk kawal ibu dia, bertegas untuk tidak mengikut rentak mengarut ibu dia. Allah mendengar doa aku.

Kadang ibu dia triggered macam persaingan pun ada bila terpaksa berkongsi kasih anak dengan menantu.

Kadang aku fikir biarlah ibu mertua aku, lantak la situ nak membebel ke apa jangan tangankan aku, maki aku sudah. Aku still hormat dia macam aku hormat mak aku.

Eh mak mertua je ke camtu? Tak tak, fil ok terlalu baik. Semoga Allah lindungi fil aku selalu.

Mak mertua aku selalu menengking fil aku, mengherdik dan tahap menghina pun ada. Malas la aku nak judge, biarlah Allah menentukan kedudukan isteri yang tidak menghormati suami dia.

Eh adik ipar ok ke tu? Tak ok sangat. Walaupun educated, kurang adab dan akhlak tak cukup untuk membuatkan kita nampak hebat.

Adik ipar aku pengotor, tuala di biarkan dikatil. Pakaian di longgok. Tandas tak gamak nak guna. Anak-anak aku sanggup menahan niat membuang jika ke rumah nenek nya.

Najis baby kucing dibiar kering merata. Bau najis kucing dari litter box tempat kucing membuang memenuhi ruang seluruh rumah. Eh tt tak tolong kemas ke? Aku ni kedatangan pun tak dialu- alukan. Inikan pulak nak tolong kemaskan rumah.

Ingat lagi, masa suami aku ada elok la dilayan nya. Dulu ingat lagi, suami aku ke masjid solat jumaat teruk aku kena basuh. Sebolehnya ke masjid pun aku nak ikut tahu.

Masa tu aku tnya apa salah aku sampai layan aku camtu, salah ke aku nikah ngan suami aku. Adakah penikahan aku tidak direstui?semua ditidakkan.

Lepas kejadian tu seperti lori 10 tan terlepas beban kat bahu aku. Sungguh aku lega. At least family suami aku tahu aku bermaruah, jangan sebarangan melayan manusia seperti tiada perasaan. Ignorance is the best remedies. Itu yang aku lakukan.

Itu baru secebis memori silam aku sepatutnya di penuhi dengan vibes cinta dan kasih sayang. Kita sahaja yang memberi kasih sayang tidak memadai untuk memadam keegoan seorang ibu mertua.

Now mak mertua aku disahkan paralyzed. Nampak sedikit runtuh egonya. Emosi tak menentu, kerap mengamuk dan menangis seperti kata pepatah kita pada hari ini adalah kita di masa yang lalu..

Tapi waktu ini dia perlukan anak kesayangan dia sebagai kekuatan dia. Aku tak pernah menghalang suami aku berbakti untuk parents dia.

Aku selalu berdoa agar diberi kesempatan agar dapat diampunkan segala dosa terhadap ibu mertua, Walaupun aku tahu dia masih tidak ikhlas menerima aku sebagai menantunya.

Satu hari aku angankan agar dia memelukku sambil mengucapkan emak minta maaf, atas apa yang emak lakukan terhadap kamu. Sungguh aku tidak rampas anak lelaki kalian. Demi cinta aku masih bertahan, melainkan anak kalian membuangku.

– Bunga larangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *