Hi semua. Nama aku Enn (bukan nama sebenar). So hari ni aku nak share story berdasarkan tajuk tu, lavish life style. Tapi tak berhenti dekat situ, sambungan dia…. Menyusahkan..
Bukan aku, tapi boss tempat kerja aku, company SME. Which is sekarang ni aku sahaja worker dia yang bekerja atas term “part-time” (kononnya la).
Mesti hairan kan kenapa pulak aku nak busybody dengan gaya hidup boss aku? Kalau aku tak affected, memang tak lah aku nak kisah, masalahnya hampir setiap bulan menyusahkan aku.
Sebelum aku cerita lanjut, aku nak tekankan aku tengah buat bisnes online dan mencari pekerjaan baru, cuma belum ada rezeki.
Ok lah kita mulakan, boss aku ni non-Muslim. Okey sahaja pada awalnya aku kerja. Tapi back 2 years ni, aku makin menyampah.
Ok first, aku kerja bahagian akaun (in fact, semua kerja aku buat, admin, hr, sales, technical).
Sebelum ni aku bekerja sepenuh masa, lepas PKP aku decide untik berhenti jaga anak, pada masa tu la boss aku offer aku kerja part time dengan gaji beza 70% dari gaji dahulu,
Tiada EPF dan SOCSO waktu kerja Isnin – Jumaat, 8- 5 petang. Ye, waktu tu aku terima sahaja asal anak-anak depan mata aku kan.
Masalah setiap bulan adalah, company ni terlalu banyak pinjaman dengan bank. Boss aku pulak suka berjanji dengan pihak bank untuk buat pembayaran pinjaman pada bulan-bulan tertentu dengan kadar tertentu.
Aku pun dah beberapa kali hadap muka pegawai pinjaman untuk perbincangan penangguhan bayaran, delay, bagi cek PDC dan lain-lain.
Yang menjadi masalah bila sampai masa untuk buat bayaran, masukkan cek, boss aku suruh aku buat surat kepada bank untuk batal cek. Bukan sekali, berkali-kali.
Teruk sangat ke sampai tak ada duit langsung?
Oleh kerana aku buat akaun dan segala pembayaran, yang aku dapat simpulkan, sebenarnya bukan tiada duit, tapi gaya hidup boss yang terlalu lavish dengan menggunakan duit syarikat.
Untuk pengetahuan, boss aku juga merupakan staff kepada salah satu syarikat yang besar dengan gaji basic 10K sebulan dan elaun sebanyak 3k sebulan.
Company tu merupakan bekas company JV dengan company boss aku dan syarikat yang lagi satu sebelum ini.
Tapi boss aku terlalu boros, macam man aku tahu? Sebab aku closed dengan staff syarikat tersebut, so aku tahu la bila cek gaji masuk dll sedikit-sebanyak.
Bayangkanlah, clear cek gaji dia sahaja, dalam seminggu sahaja, mesti boss aku akan suruh aku transfer kepada akaun peribadi nya, jumlah bukan sedikit, ada 500, ada 1000.
Esoknya transfer lagi. Entah lah. Pernah sekali company dapat bayaran 20k, boss aku suruh aku transfer kepadanya RM19000.
Aku tunggu sahaja next order bila nk suruh transfer, 4 hari kemudian, boss aku inform lagi untuk aku transfer kepadanya.
Oleh kerana waktu tu dah hampir hujung bulan, gaji aku kena delay lagi, alasan cek belum clear. Padahal gaji aku RM 1200. Nak dibandingkan dengan claim dia seminggu yang banyak KKK tu, apalah sangat.
Gaji aku? Selagi cek invoice dari ex- syarikat JV yang dibayar belum clear, selagi itu lah aku kena tunggu.
Pernah sekali aku dapat gaji aku pada 14hb.. Alasannya nak settlekan loan dahulu. Padahal dia sendiri setiap minggu aku rasa hampir 5k boss aku claim dari akaun syarikat ke akaun peribadi nya. Loan bank tidak juga berbayar.
Yang parahnya, bila buat application nak delay payment, selalu pakai term “kami mengmbil berat kebajikan pekerja kami”, padahal?
Aku yang buta mungkin, sepanjang bekerja selama 4 tahun, tidak pernah ada kenaikaN gaji, bonus?? Lagi laah tak pernah merasa. Aku buat sales, komisen tak pernah pun dapat. Sekarang aku bekerja part time (kononnya sahaja) pun, tiada EPF dan SOCSO.
Tapi bayaran caruman EPF kepada anaknya blh pula dibayar sedangkan anak dia student, dantak buat apa-apa untuk syarikat? Bila aku tanya knp mcm tu,masukkan dalam list dia claim tak?
Tidak katanya. Seronok lah, kerja tak buat, tapi caruman jalan. Sedangkan aku?
Walaupun aku sepatutnya kerja Isnin – Jumaat sahaja, kadang-kala, boss aku suka ganggu dan push aku pada weekend.
Pernah sampai aku bergaduh dengan suami aku. Katanya aku terlalu fokus dengan kerja on weekend. Yang sebenarnya, aku tak senang duduk selagi kerja aku tak selesai.
Dan lagi best, aku tak pernah dibayar untuk kerja on weekend.
Sekarang ni aku dah mulakan bisnes online dan aktif mencari kerja baru. Aku dah penat macam ni. Mungkin aku yang salah dari awal tak pernah cakap tidak.
Tolong doakan bisnes online aku berjalan lancar dan doakan aku dapat kerja baru secepat mungkin.
Kepada boss-boss diluar sana, walk the talk lah, kasihanab staff. Hargailah staff.
Maaf kalau tak faham, aku tak pandai nak susun ayat.
Thanks semua.
– Enn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit