Salam semua. Hayatul Husna di sini. Terima kasih admin sebab sudi post artikel aku dulu yang pasal jaga solat. Berita gembiranya, artikel aku mendapat sambutan dan harap memberi kesan kepada korang semua termasuk diri sendiri ni. Yang berita sedihnya, majoriti yang komen kata orang sekeliling mereka ramai tak jaga solat. Allahu.. Sedih.. Sedih sangat-sangat.. Berlinang air mata jugaklah sebab baru sedar umat akhir zaman ni memang dah jauh terpesong.. Semoga kita semua istiqamah beribadat dan ‘upgrade’ amalan kita dari semasa ke semasa.
Mula-mula aku nak pesan dulu yang artikel ni panjang dan aku berharap korang sudi baca sampai habis. Aku menaip dalam masa lama jugak sebab sibuk dengan kerja dan benda-benda lain. Huhu. Kalau korang penat baca, save artikel ni kat mana-mana dan sambung esok pulak ye. Penat aku taip taw. Haha. Eh bukan, sebenarnya aku rasa rugi sangat kalau korang tak tahu pasal benda ni. Dan aku harap bila korang dah habis baca artikel ni, korang dah ada satu ‘mindset’ yang kukuh untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.. Topik kali ni aku tak tahu lah ramai yang dah tahu belum. Tapi dekat barat, topik ni memang hangat. Orang-orang terkenal contohnya Oprah Winfrey, Jim Carrey, Will Smith, dan ramai lagi lah. Semua tengah berbincang dan amalkan benda ni. Benda ni namanya ialah Law of Attraction (LOA).
LOA secara asasnya ialah menetapkan minda sendiri kepada pemikiran dan ‘vibe’ yang positif. Bila pemikiran positif, alam semesta akan memberi tindak balas yang positif kepada si pengamal dan bagi apa yang mereka nak. LOA ni korang boleh praktik untuk apa sahaja contohnya nak duit, nak kahwin, nak anak, nak business maju, nak travel luar negara, nak result cemerlang, nak semua lah pendek kata. Tapi hanya untuk benda-benda yang elok lah (benda tak elok Allah tak layan ye). Dan niat tak menghalalkan cara. Gittew. Ada satu buku tajuk The Secret by Rhonda Bryne, bincang secara terperinci tentang konsep LOA dan penulis juga ada juga tambah kisah-kisah orang yang berjaya lepas mengamalkan LOA ni. Buku ni memang laku keras dekat barat. Majoriti TV talk shows ada cakap pasal buku ni.
Aku pun bacalah buku The Secret ni dan memang betul buku ni telah mengubah mindset aku. Tapi sepanjang aku baca tu aku mula perasan sesuatu. Apa yang aku perasan ialah semua yang diajar dari LOA ni hampir sama dengan apa Islam ajar kita. Orang barat baru praktikkan LOA ni sedangkan Islam dah praktikkan LOA ni sejak dari zaman Nabi SAW masih hidup lagi. Aku google cari kaitan antara LOA dengan Islam. Mana tahu ada orang perasan jugak tentang persamaan ni dan ternyata ada! Jadi aku semakin yakin untuk tulis artikel ni untuk korang baca. Tapi ada juga ilmuwan yang berdebat kata buku The Secret boleh membuatkan umat Islam terpesong sebab hanya berharap kepada alam semesta. Sebab tu foundation iman dan agama kita kena kuat, “Seorang Muslim yang benar di jalan Allah akan tahu sesuatu itu salah disisi agama secara langsung atau tidak langsung.”, bak kata Ustaz Dr. Asri.
Aku cuma nak kongsi kaitan antara LOA dengan ajaran Islam. Korang boleh praktikkan LOA ni tapi nak bagi impak besar lagi dengan usaha korang, tambahkan dengan amalan yang Allah suka. Contohnya solat dhuha, istikharah, tahajud, doa sentiasa, husnuzon, bersyukur sentiasa dan banyak lagi. LOA praktikalnya akan cadang korang senaraikan semua benda yang korang nak kat dunia ni. LOA suruh mintak dengan alam semesta dan bila dah tetapkan minda positif tentang semua benda yang korang nak tu, alam semesta akan bagi. Konsep Islam pulak ialah DOA kepada Allah untuk semua benda yang korang nak kat dunia dan malah untuk di akhirat nanti. Lepas doa kena diiringi dengan usaha dan tawakkal. Ajaran Islam lagi hebat sebab korang boleh mintak dengan Allah terus. Allah yang mencipta dan memiliki seluruh alam semesta. Sedangkan LOA suruh mintak dengan alam semesta sahaja. Nampak tak beza dia?
Antara tips yang selalu disebut dalam LOA ialah gratitude. Bagi kita yang Muslim ni, iaitu amalan bersyukur. Aku ada baca satu buku tentang seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan kumpulannya selepas beberapa minggu jugak dok terapung kat laut tu akibat terkandas selepas kapal terbang mereka terhempas. Lepas tu ada interviewer tanya dia lebih kurang macam ni lah, “Apa iktibar yang awak ambik selepas kejadian ni?”. Lelaki tu jawab, “Saya tidak akan merungut dah dengan apa-apa segala masalah sebab sekarang saya dah sedar betapa nikmatnya ada atap untuk berteduh dan makanan untuk dimakan.”. Cara nak bersyukur yang senang ialah selepas korang bangun dan sebelum korang tidur, senaraikan semua benda yang positif berlaku sepanjang hari korang. Nak tulis atas kertas atau monolog dalam kepala pun tak kisah. Asalkan korang tahu benda apa yang korang patut bersyukur sepanjang hari. Contohnya, aku bersyukur tubuh aku sihat, aku boleh berjalan, boleh buat kerja tanpa sebarang kesulitan, aku dapat makan untuk pagi tengah hari dan malam, aku ada tempat tidur yang selesa, aku ada air untuk mandi dan minum, aku ada ibu bapa yang kasih dan sentiasa doakan aku, aku ada baju elok untuk dipakai, aku ada masa untuk beribadat dan banyak benda lagi lah untuk disyukuri. Allah dah cakap dalam Quran, bila kita bersyukur dengan nikmatNya, lagi banyak nikmat yang Dia akan bagi. SubhanaAllah..
“And [remember] when your Lord proclaimed, ‘If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; – Al Quran (14:7)
Next, kisah yang berlaku dekat orang lain yang mereka tak sedar sebenarnya mereka mengamalkan LOA. Contoh yang dalam IIUM Confession; ada kisah seorang confessor ni dia letak wallpaper Turki dekat dekstop dia. Dia tahu dia tak ada simpanan langsung untuk pergi Turki tapi dia yakin nanti dia akan dapat pergi berjalan ke Turki suatu hari nanti. Ditakdirkan kemudian masa, company dia yang hantar dia pergi Turki dan ditanggung sepenuhnya. Dia pergi bawak diri je kot. Haha. Dia fikir positif yang suatu hari nanti dia akan jejak kaki ke Turki. Seorang confessor lain pulak dia cerita setelah lama berusaha akhirnya dia dan suami dapat beli rumah sendiri. Dia tak berputus asa dan stay on the game walaupun dia tahu susah nak memiliki rumah sendiri. Walaupun dia cakap rezeki untuk naik gaji tak ada, tapi dia bersyukur sebab dia dah ada rumah sendiri.
Kesan LOA ni dekat aku pulak. Bila aku mula mengamalkan fikiran positif dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, hati aku jadi tenang. Masalah dan timbunan kerja tak kurang pun tapi aku boleh buat dengan hati yang tenang. Malah kualiti kerja aku lagi bagus daripada dulu. Then, kalau aku fikir nak makan sedap walaupun waktu tu sengkek, akan ada orang belanja makan aku. Yang ni selalu jadi. Haha. Lepas tu benda yang aku selalu dok bayang dalam minda, confirm akan dapat. Cuma antara cepat atau lambat je.
Aku perasan artikel dalam IIUM Confession makin banyak negatif. Yang page KRT tu memang dah lama aku tinggal sebab bagi aku walaupun banyak kisah kita boleh ambik iktibar, tapi kebanyakkannya kisah-kisah negatif. Bila aku dok baca benda-benda negatif, secara tak langsung minda aku hanya serap permikiran negatif. So aku putuskan untuk berhenti baca kisah kat page KRT tu. Salah satu sebab kenapa aku nak share pasal LOA ni, kita perlukan pemikiran positif untuk jalani hidup yang lebih bahagia, aman, dan tenang.
Berbalik kepada buku The Secret tadi, harga buku ni dekat Popular memang mahal. Aku waktu tu memang berminat nak beli tapi kewangan tak mengizinkan. Ditakdirkan suatu hari masa aku pergi Big Bad Wolf punya event tahunan dekat The Mines tu, buku The Secret ni ada jual! Dengan harga 5 kali ganda lagi murah. Aku pun apa lagi, cepat-cepat ambik buku tu letak dalam bakul. Ni pun sebenarnya aku dah praktikkan LOW. Cuma aku tak sedar aku dah praktikkan dulu. Aku letak ‘mindset’ positif yang aku akan baca buku tu, walaupun aku tak tahu bila aku dapat beli buku tu.
Sebenarnya aku tak terang secara lebih terperinci macam mana dan beberapa tips untuk amalkan LOA dan elak daripada fikiran negatif. Kalau aku tambah lagi, mungkin kena ada part 2 lah kot. Hahaha. Korang boleh search LOA kat youtube. Ada vloggers yang cerita pasal LOA dan macam mana derang praktikkan LOA. Senang nak faham dan suka tengok reaksi vloggers yang bagi positif vibe. Korang jugak boleh beli buku The Secret kalau korang jenis suka baca buku. Yang pasti objektif utama aku taip artikel ni ialah aku nak kongsi dengan korang pasal LOA ni; bagaimana kita boleh kaitkan dengan ajaran Islam; dan aku harap dapat memberi impak besar dalam hidup korang dan ubahlah pemikiran ke arah positif. LOA ni memang hebat tapi agama Allah berganda lagi hebat. Bawah ni aku share satu hadis tapi aku tak berani nak translate ke Bahasa Melayu sebab takut tersimpang maknanya.
God has stated, “My servant draws not near unto Me with nothing more loved by Me than the spiritual practices I have enjoined upon him, and as My servant continues to draw near unto Me with supererogatory spiritual practices, I shall love him. When I love him, I become the hearing with which he hears, the seeing with which he sees, the hand with which he strikes and the foot with which he walks. Were he to ask something of Me, I would surely give it to him and were he to ask Me for refuge, I would surely grant it.” — Prophet Muhammad, Hadith Qudsi [Bukhari]
Kesimpulan daripada hadis di atas lebih kurang macam ni; bila kita berjalan ke arah jalan Allah, Allah akan berlari menuju ke arah kita. Kasih Allah lagi besar 7 kali ganda daripada kasih seorang ibu kepada anaknya (Aku baca kat mana entah tapi ayat ni memang melekat dalam kepala aku). Allahu… Lastly, tahniah kepada korang yang baca sampai habis. Aku bagi 5 bintang! Akhir kata aku, bersyukurlah dengan nikmat Allah bagi dan bersangka baiklah dengan Allah dan aku jamin 200% Allah akan bagi lebih daripada tu. =)
– Hayatul Husna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit