Lawatan Antenatal Saya

Assalamu’alaikum kepada anonymous (https://iiumc.com/lawatan-antenatal-klinik-kesihatan/), dan semua pembaca, saya anonymous 2 terasa terpanggil untuk berkongsi kisah antenatal anak saya yang kedua, yang pernah rapat no 1 dan no 2, 4-5 tahun lepas.

Iye betul anak saya yang sulung dan kedua rapat setahun seorang. Si sulung tu 4 bulan, dapat tahu saya mengandung lagi anak ke 2.

Kaedah merancang sendiri disebabkan suami tak bagi makan pil perancang. Tapi yela benda nak jadi kan.

Tipu la cakap kalau tak down dengan keadaan sekeliling, diri sendiri pun macam orang gila kejap bila dapat tahu mengandung lagi.

Diri sendiri memang down habis sebab mmg belum ready lagi anak masih kecil, saya hampir membeli pil gugurkan kandungan (Astaghfirullahal’azim semoga Allah ampuni dosa n niat saya yang dulu ni, aku hamba yang jahil pada masa ni), tapi saya tak beli.

Saya mintak doa dengan tuhan semoga Allah permudahkan urusan sehingga ke lahir, suami pun support dia kata tak pela ni mungkin tuhan nak bagi rezeki yang kita tak tahu. Saya pun redha dan banyakkan sabar.

Disebabkan kandungan yang tak dirancang ni jugak, saya buka buku pink lambat, hampir 23 minggu baru saya buka buku pink,

Memang lewat sangat bukan sebab tak nak ambil tahu langsung tapi sebab diri masih rasa takut nak jumpe dengan pengawas (jururawat) dan guru disiplin (doctor).

Bagi saya dia orang ni lagi buat diri saya stress dengan diri saya yang memang tak mampu nak hadap benda ni.

Sepanjang buat buku pink, saya minum air gula n sangkut GDM on diet control, dahtu sampai 3 4 kali kena hantar sampel darah sebab HB low, dah tu urine pun kena buat banyak kali juga sebab banyak kali kencing kotor.

So memang dugaan mengandung tak jarak ni bagi masalah untuk ibu2 macam kita ni.

Tak campur tazkirah pengawas dan cikgu disiplin, dengan misi yang kerek+doc yang tegas buat saya rasa apelah dugaan anak aku yang ke dua ni.

Tekanan dari klinik dengan kesihatan si ibu sendiri buat saya rasa saya terpaksa nak go through hidup ni, ase lifeless, tak de makna mengandung no 2 masa tu.

Tapi hikmah tu tak terkata bila mula sakit contraction kuat di wad bersalin pukul 5 petang lebih, pukul 6 lebih dah selamat bersalin, Allah permudahkan.

Anak nak masuk 6 bulan ayahnya pula dinaikkan pangkat. Anak kedua ni sihat, ceria, suka senyum, suka tambat hati ayah dan ibu dia sampai sekarang suka buat kami gembira. Kalau nakal tu adat lah kan memang tak lari dah budak2 kecik ni suka main.

Sekarang si abang 5 tahun, si adiknya 4 tahun dan saya baru pregnant balik selepas 4 tahun lahirkan anak kedua.

Senang kata memang ada baiknya merancang dengan betul, jangan jadi macam saya anak kedua memang masalah ketika mengandung bertimpa2 tak tahu nak kata ape,

Tambah plak diri down, misi suka perli2, doc yang sangat tegas sampai rasa memang ibu jarak dekat ni macam kena buli pun ada, macam dipulaukan pun ada.

Kisahnya tuhan kalau dia nak bagi rezeki kan takkkan kita nak menidakkan, kalau saya takde iman 4 tahun dulu mungkin anak saya tak hidup (keguguran) n benci saya sepanjang hidup dia sebab tak mau terima dia dalam hidup saya.

Tuhan tu maha pengasih dan maha penyayang, bila Tuhan permudahkan urusan kita insyaAllah dia akan tolong.

Saya lebih suka kalau misi atau doctor menegur secara berhikmah dengan kata lain bagikan fakta atau kesan jangka masa panjang kalau kita tak ikut cara yang betul.

Sepanjang saya mengandung anak ke 3 ni, saya dah 2 kali jumpa doc dan dengan nurse 3-4 kali. Baru lepas minum air gula dan sangkut GDM lagi sekali.

Saya cakap dengan nurse n doc saya dah cuba kawal makan, banyakkan buah dan sayur, nasi pun makan suku saja, doc cuma cakap takpe.

Adatla tu mengandung, time jumpa nurse plak dia cakap awak jangan down kalau result sangkut GDM ni, tak pelik pun kalau sangkut GDM ni,

At least kita boleh kesan dari awal sebab kita bahagian misi n doc ni sedia maklum dah bila mengandung memang sistem badan akan kacau. 1 badan akan haywire di mana2.

Kalau sebelum ni rembesan insulin mungkin ambil masa sejam, dah mengandung dia mungkin rembesan hormon tu slow tu yang trigger semua sistem badan.

Saya bila dapat nasihat macam tu, dalam hati saya “wahhh, ada nurse yang sangat caring macam ni”, yang tak salahkan pesakit semata2.

Yang memberi nasihat berhikmah, buat saya rasa ambil la darah banyak kali pun saya tak kisah bila saya dapat doc dan nurse yang sangat menjaga hati dan jiwa ibu2 mengandung yang cepat sensitif dan down ni.

Masa mengandung anak kedua saya di KK lain dan anak ke 3 ni KK lain, jadi situasi dan pengalaman deal dengan doc dan misi pun berbeza2.

Senang kata profesionalisme dalam kerjaya ni sebenarnya atas orang dan organisasi tempat tu la kot.

Kerja dengan bahagian yang selalu consult orang ni memang kena mental fizikal kena kuat, saya tabik spring buat dia orang ni yang menegur dan memberi info yang terbaik sebagai patient.

Tapi yela pengalaman setiap orang berbeza2. Ada masa nasihat dan teguran memang diperlukan, tapi cara penyampaian pun kena lah betul dan kena dengan situasi.

Jadi saya boleh cakap pengalaman mengandung ke2 dan ke 3, ke3 ni lebih baik dari segi kesihatan dan nasihat yang berguna.

Yang masa ke2 saya malas nak ulas lebih sebab kalau boleh saya tak mau ingat, sebab saya rasa masa tu experience yang tak berbaloi untuk diingat, sebab banyak siri kena perli dan kena marah, saya datang pukul 11.30 pagi masa bulan puasa pun kena marah (tepuk dahi).

Cuma tula kalau bahagian KKM ni boleh lebih mesra pengguna, bagi info yang betul tentang masalah yang dihadapi tanpa diperli dan dimarah orang mesti takkan condemn.

Semoga nurse2 n doc2 yang merawat ibu mengndung lebih menyantuni pihak2 kami yang kadang kala moody dan hati mudah sensitif n cepat down ni.

Selamat maju jaya untuk semua doktor2 dan misi yang berkerja tak kira siang malam dan buat ibu2 yang mengandung semoga selamat sehingga ke akhirnya.

– Anonymous 2 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *